Sunday, March 28, 2010

BAIDURI DERMASISWA

BAIDURI

79 pelajar yang bakal menduduki pemeriksaan sijil tinggi pelajaran Malaysia s-t-p-m terpilih untuk menerima dermasiswa daripada persatuan Baiduri.

menurut pengerusinya, datin seri saripah zulkifli, pemilihan itu bukan hanya berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi lebih kepada mereka yang memerlukan.

bertunjangkan kepada konsep satu Malaysia, bantuan dihulurkan kepada mereka yang berhak dan layak menerimanya.

sebelum ini, dermasiswa persatuan baiduri hanya focus diberikan kepada murid tahun 5 dan 6 sahaja.

peka dengan bebanan yang ditanggung untuk pelajar s-t-p-m, dermasiswa ini dijadikan agenda tahunan persatuan baiduri.

dengan itu ia selaras dengan matlamat kerajaan khususnya kerajaan negeri dalam usaha menghasilkan modal insan yang berilmu dan perak sebagai hub pendidikan.

end//

GELANGGANG RAKYAT

GELANGGANG RAKYAT

dasar menjadikan sukan sebagai budaya masyarakat kini dapat direalisasikan melalui pembinaan gelanggang rakyat di setiap kawasan parlimen .

setakat ini kementerian belia dan sukan telahpun menyerahkan pengurusan gelanggang tersebut kepada persatuan penduduk, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampong j-k-k-k dan persatuan belia setempat.

dengan pendekatan sebegini ia menggerakkan aktiviti sukan setempat dari semasa ke semasa selain memberi peluang kepada persatuan memperoleh sumber kewangan daripada pembinaan gelanggang tersebut.

setakat ini di sekitar negeri perak, sebanyak 76 buah gelanggang rakyat siap dibina manakala 27 buah lagi dalam pembinaan.

semalam, menteri besar dato seri dr zambry abdul kadir merasmikan gelanggang rakyat di kampong batu 4 segari dan kampong teluk dalam pangkor.

setiap gelanggang yang dibina dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan sukan.

end//

REUNION CLIFFORD

REUNION CLIFFORD

“moh balek kuale” menjadi tagline bekas murid sekolah Clifford di kuala kangsar, untuk mengumpul semula penuntut sekolah tersebut.

ia tidak kira sama ada mereka dari sekolah rendah mahupun menengah.

pertemuan berkonsepkan satu Malaysia membawa kemeriahan dan kecerian kepada 250 bekas pelajar Clifford yang terdiri daripada bekas murid dari tahun 1968 hingga 1978.

hampir 30 tahun tidak bertemu, jalinan mesra dapat dibina tanpa mengendahkan kefahaman politik, bangsa dan agama antara satu sama lain.

menurut naib pengerusi induk cliffordian sesi 1973/1978 mohd azlin mohd nadzri, melalui usaha ini juga, aktiviti bantuan kepada sekolah akan dibuat sama ada dari aspek sosial mahupun kewangan.

dua tahun lagi, misi untuk mengumpulkan lebih kurang 500 bekas pelajar akan dilakukan.

mereka yang merupakan bekas pelajar sekolah Clifford kuala kangsar dapat menghubungi mohd azlin di talian 012 508 0119 bagi menjayakan pertemuan yang bakal mengimbas zaman persekolahan.

end//

BUANG BAYI HOSPITAL

BUANG BAYI HOSPITAL

bagi mengekang gejala pembuangan bayi, cadangan mengadakan Ujian air kencing secara rawak kepada pelajar perempuan di sekolah dilaksanakan.

Pendekatan itu dilihat juga mampu mengelak remaja daripada melakukan perbuatan di luar kawalan.

Pandangan ini dikongsi Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.

namun, cadangan mewujudkan pusat khas penjagaan kes anak luar nikah dilihat kurang signifikan.

justeru, langkah praktikal adalah dengan menjadikan hospital kerajaan sebagai rujukkan.

dengan kepakaran sedia ada ia juga dapat memberi khidmat bantuan kesihatan ke atas bayi yang ditinggal.

sekaligus kaedah ini mungkin dapat mengurangkan kos di pusat penjagaan kesihatan dan kebajikan anak-anak yang ditanggung kerajaan.

datuk kamilia ditemui pemberita R-T-M di tualang sekah.

end//

PANAS KERIAN

PANAS KERIAN

pemantauan bersepadu akan dilakukan ke atas kawasan penanaman sawah padi di daerah utara perak.

cuaca panas dengan kadar suhu yang tinggi di daerah Kerian terutamanya, dilaporkan mampu menjejaskan pengaliran air ke sawah padi.

menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir memberi jaminan tindakan segera akan diambil berikutan kebimbangan pesawah yang dinyatakan kepada beliau.

perkara ini turut akan diajukan kepada jabatan pertanian.

dato seri dr zambry ditemui di majlis amanat menteri besar perak kepada peladang-peladang negeri Perak di bagan serai.

hasil tanaman padi merupakan antara sumber pendapatan penduduk di daerah kerian ini.

end//baizura

JOM MASUK U

JOM MASUK U

carnival pengajian tinggi Negara k-p-t-n jom masuk “u” mengakhiri sesi jelajahnya hari ini di Perak.

berlangsung di stadium indera mulia ipoh, orang ramai khususnya para pelajar lepasan
S-P-M dan S-T-P-M serta ibu bapa mereka digalakkan menghadirinya.

sejak januari hingga mac lalu carnival itu diadakan di sembilan zon,ia mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah pengunjung 197 ribu orang iaitu melebihi sasarannya 150 ribu orang.

dengan penyertaan daripada 20 institusi pengajian tinggi awam i-p-t-a serta agensi di bawah kementerian pengajian tinggi, ia menjadi medium mendapakan maklumat berkaitan peluang memperoleh pendidikan.

semalam turut diadakan majlis penutupan carnival jom masuk “u” yang dirasmikan menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir.

hadir sama ketua setiausaha kementerian pengajian tinggi, datuk dr zulkefli A.hassan

end//

Saturday, March 27, 2010

MB SIDANG DEWAN 30 MAC 2010

MB SIDANG DEWAN

“kenapa perlu saya hadir ?”.

itu jawapan menteri besar perak, datuk seri dr zambry abdul kadir kepada pakatan rakyat P-R perak.

ia berikutan pihak pembangkang menghantar surat kepada menteri besar dan speaker Dewan undangan negeri DUN untuk mengadakan mesyuarat khas sebelum sidang dewan bermula 30 mac ini.

ia kononya untuk membincangkan perihal perjalanan sidang dewan supaya berlangsung dengan aman, selain memikirkan hala tuju demi kemajuan negeri.

namun, bagi dato seri dr zambry, beliau menyifatkan itu adalah politik pembangkang yang kini dilihat “ketandusan” untuk mencari isu yang bertujuan mengelirukan rakyat semata-mata.

bercakap mengenai perjalanan sidang dewan akan datang , dato seri dr zambry menjelaskan jentera barisan nasional b-n sentiasa rasional dengan setiap tindakan.

malah aspek pembangunan negeri menjadi keutamaan dalam sesi perbahasan persidangan nanti.

end//

SIDANG DEWAN 30 MAC 2010

SIDANG PERAK

Menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri Perak 30 Mac ini.

Hanya 56 soalan lisan dan bertulis yang dikemukakan Adun pakatan pembangkang berbanding lebih 200 soalan diwar-warkan sebelum ini.

Menurut speaker DUN Perak, Datuk R.Ganesan, sebelum ini pihak pembangkang mendakwa akan menghantar 216 soalan bertulis dan lisan yang akan dikemukakan sepanjang 2 hari sidang berlangsung.

Namun sehingga kini, soalan berkenaan tidak diterimanya dan ia dikatakan hanya diserahkan kepada bekas speaker V.Sivakumar.

Menjelang sidang hujung bulan ini, bekas speaker dan Adun Pakatan Pembangkang sebelum ini merancang untuk mengadakan sidang yang sama walaupun mahkamah telah menetapkan Datuk R.Ganesan sebagai speaker yang sah.

Malah, pembangkang juga katanya menuntut untuk bersidang selama 5 hari berbanding yang telah ditetapkan iaitu 2 hari.

Justeru, tegas Datuk Ganesan, tindakan akan diambil jika ada mana-mana adun yang tidak mengikut peraturan dan tidak menghormati persidangan sepanjang ia berlangsung.

END//##

APMM JAWATAN KOSONG

APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (A-P-M-M) akan menambah lebih ramai juruterbang, krew udara dan perenang penyelamat yang terlatih bagi memantapkan Cawangan Operasi Udara yang menjalankan pemantauan di perairan zon maritim negara.

Demikian yang dinyatakan Ketua Pengarahnya Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish.

Penambahan ini berkaitan dengan perancangan jangka panjang iaitu untuk memperolehi lebih banyak lagi helicopter dan pesawat sayap kaku untuk ditempatkan di stesen udara A-P-M-M di seluruh negara.

Datuk Mohd Amdan berkata kekurangan anggota kini menyukarkan APMM untuk meningkatkan keupayaan dalam pelbagai operasi yang dijalankan.

Buat masa ini, A-P-M-M banyak dibantu oleh anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipinjamkan sebagai jurulatih.

mereka yang berminat untuk menyertai APMM boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Datuk mohd amdan ditemui di Ipoh

End//

Thursday, March 25, 2010

GERAN TANAH

27 penduduk penempatan setinggan lega kerana masalah yang dihadapi sekian lama dapat di atasi.

Exco Kesihatan Negeri Perak,Dato Dr Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri telah meluluskan penempatan ini dan kerajaan negeri akan mengeluarkan geran kepada mereka.

Dalam pada itu penempatan setinggan pertanian di kawasan itu juga lega kerana Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memberikan perkenan untuk mereka meneruskan aktiviti pertanian


Tanah ini merupakan hak milik asal Sultan Idris Shah lebih 30 tahun.


End//Aimidiyana

KLINIK 1 MALAYSIA

KLINIK 1 MALAYSIA


Klinik 1 Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

Objektif utama penubuhan klinik ini adalah untuk membantu golongan masyarakat bagi mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang berpatutan.


Hasil tinjauan RTM mendapati Klinik 1 Malaysia di Bercham ini memberi maklum balas positif dari pesakit-pesakit yang berkunjung di klinik tersebut.


Dalam pada itu,perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini memenuhi permintaan pesakit yang memerlukan rawatan segera.Klinik yang beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam ini di anggarkan 10 ribu pesakit telah mendapatkan perkhidmatan di sini.

Menurut Penolong Pegawai Perubatan Klinik 1 Malaysia,Encik Marzuki Mohammad jumlah kedatangan pesakit pada 2 bulan pertama di anggarkan 2 ratus orang sehari.

Tambah beliau lagi,jarak perjalanan yang hanya memakan masa 15 minit sahaja dan berhampiran dengan kawasan perumahan menjadi pilihan penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini.

Perasmian Klinik 1 Malaysia yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir pada 11 Januari 2010 ini terbukti berjaya malah mencapai matlamat yang jelas.

End//Aimidiyana

BUKU SEJARAH SEBELUM MERDEKA

Tinggalan sejarah merupakan pusaka yang perlu dihargai. Ia menjadi catatan kepada perkara yang sudah berlalu.

Menyedari kepentinganya Kementerian Pelajaran Perak mengambil inisiatif menerbitkan buku “Sejarah Perkembangan Sekolah-Sekolah Melayu Negeri Perak.

Buku ini berkisar kepada aktiviti-aktiviti sekolah pada zaman sebelum merdeka malahan ia ditulis dalam ejaan lama.

Ia bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pembaca yang khususnya golongan muda untuk memahami lebih mendalam sejarah ini.

Penulis buku, Mohd. Nor Long yang dilahirkan di Kuala sepetang merupakan seorang pesara guru dan juga berpengalaman sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.

Beliau berasa bertanggungjawab untuk menerbitkan buku ini supaya sejarah ini tidak dilupakan dan membantu golongan muda mengenali sejarah tanah air yang sangat bernilai.

Buku tersebut kini boleh didapati di pasaran.

END/ Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

LOJI BARU

Dua buah loji akan dibina di daerah Kuala Kangsar dan Kerian pada tahun ini.

Di kuala kangsar, loji pembinaan akan dilakukan di bukit chandan iaitu didapati penduduk di situ berhadapan dengan masalah tekanan air rendah.

Sementara di daerah kerian, ia merupakan kawasan banjir.

Perkara ini dinyatakan exco kemudahan awam, tenaga dan air, dato ramly zahari.

Kos pembinaan loji air tersebut bernilai 170 juta ringgit setiap satu. Ia termasuk kos penyelenggaran.

Dalam perkembangan lain, datuk ramly menjelaskan kerajaan negeri kerugian hampir 60 juta ringgit setahun akibat kehilangan air yang tidak diketahui puncanya.

Justeru tindakan segera dilakukan agar kerajaan mampu mengurangkan kerugian berkenaan.

Setiap hari sebanyak 137 juta liter air dibekalkan kepada pengguna selruh negeri Perak.


End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim.

Wednesday, March 24, 2010

HARI POLIS 203

HARI POLIS

Hari Polis yang ke 203 akan disambut oleh 15 Ibu Pejabat Polis Daerah di Negeri Perak esok secara serentak.

Amanat perutusan akan dibaca oleh setiap ketua Polis Daerah pada majlis berkenaan.

Melihat kepada usia unit pasukan ini yang menjangkau 2 abad, seluruh anggota polis disaran memastikan PDRM menjadi agensi utama menguatkuasakan undang-undang.

Menurut Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan misi ini hanya dapat terlaksana sekiranya warga polis turut sama komited dan berintegriti tinggi dalam melaksanakan tugas selaras dengan visi pasukan.

Visi berkenaan diyakini dicapai seterusnya pasukan polis terus dihormati kerana menjalankan tugas secara adil, betul dan profesional.

Jelas beliau, anggota polis harus mempamerkan tahap disiplin tinggi,
bersih dari kegiatan rasuah dan penyelewengan.

END//KIMIE

ORANG ASLI

ORANG ASLI
Taraf ekonomi masyarakat orang asli sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaaan.

Pelbagai perubahan telah dijalankan bagi meningkatkan sumber pendapatan golongan ini ia memberikan satu sinar baru khususnya kepada masyarakat orang asli sendiri

Penerimaan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan ini mendatangkan kesan yang positif dalam kehidupan masyarakat orang asli.Pelbagai projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mendatangkan peluang pekerjaan kepada masyarakat ini .

Menurut Pengerusi Persatuan IbuBapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Pos Perwor, Encik Adin Ngh perancangan yang berbentuk ekonomi adalah salah satu insiatif kerajaan bagi membantu golongan orang asli agar tidak tertindas dalam arus pembangunan negara.

Dalam pada itu,Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Lintang Datuk Ahamad Pakeh Adam berkata sektor-sektor pertanian akan diperhebatkan lagi dengan bantuan daripada pihak kerajaan dalam proses meningkatkan nilai pendapatan suku kaum orang asli ini.Ia merupakan pengisian khas dalam membantu masyarakat orang asli.

Secara tidak langsung kehidupan masyarakat orang asli dapat diperbaiki.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat (Muafakat)anjuran Pelajar-Pelajar Khidmat Masyarakat Tahun 1(Set8) Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Nur Aimidiyana

SPRM-ISU BALAK

SPRM – ISU BALAK


Isu pembalakan secara haram bukanlah satu perkara baru .

Sehingga kini siasatan masih lagi di jalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walau bagaimanapun tindakan lanjut akan di ambil berdasarkan hasil sisatan yang di buat.

Dalam pada itu,Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Encik Mustafar Ali berkata pihak beliau akan meneliti setiap perkara khusunya melibatkan aktiviti pembalakan sama ada ia dijalankan atau diterokai secara haram atau tidak.

Justeru,beliau turut mengharapkan kerjasama daripada pihak masyarakat dalam membantu memerangi gejala rasuah.

Beliau berkata demikian ketika Taklimat Aspirasi SPRM Dan Hala Tuju SPRM Negeri Perak 2010 Serta Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Negeri Perak hari ini.

End//Nur Aimidiyana

MAHSYA KURNEA

Kerajaan negeri Perak telah bersetuju akan mengadakan kerjasama dengan pihak N-G-O untuk menubuhkan sebuah rumah perlindungan bagi membantu gadis-gadis terlanjur dan golongan yang memerlukan.

Exco Pelancongan,Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Dato Hamidah Osman berkata penubuhan rumah perlindungan ini bertujuan sebagai langkah alternatif serta memberikan perlindungan sementara kepada golongan tersebut.

Tambah beliau lagi,kerajaan negeri akan memberikan bantuan kewangan kepada N-G-O.

Dalam sidang media yang sama,beliau menjelaskan setakat ini 5 ratus orang dari seluruh negara telah berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat berminat untuk mengambil kanak-kanak malang ini sebagai anak angkat.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Di Wad Kanak-Kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun(HRPB) dalam lawatan tersebut beliau sempat melawat bayi perempuan yang ditinggalkan petang semalam dan menamakan bayi tersebut Mahsya Kurnea yang membawa maksud Kurniaan Yang Hebat.

Tuesday, March 23, 2010

ANUGERAH BUAT RAKYAT

Pengurangan cukai taksiran adalah anugerah kerajaan buat penduduk negeri Perak.
Sebelum ini pemilik rumah pangsa dikenakan bayaran cukai sebanyak enam ratus ringgit dan kini dikurangkan menjadi dua ratus ringgit.
Menurut Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim kerja tambahan akan dilakukan untuk menilai bangunan-bangunan yang belum dinilai. Ia bertujuan untuk menyelesaikan cukai yang tertunggak
Sepuluh ribu premis yang masih belum membayar cukai taksiran dan dianggarkan jumlah tunggakkan yang belum selesai adalah sebanyak empat puluh juta ringgit.
Dengan pengurangan ini dapat membantu meringankan bebanan rakyat dan tidak memberi kesan kepada ekonomi negeri Perak.

End/Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

SIMPOSIUM NUSANTARA

Usaha mendokumentasikan sejarah-sejarah lama di negeri Perak giat dimulakan.
Sejarah-sejarah lama dikaji semula sebelum ia dibukukan. Ia supaya kesahihan sejarah tidak di tokok tambah.
Dalam pada itu kerjaan negeri bersetuju memperuntukkan 50 ribu ringgit untuk projek dokumentasi ini yang diserahkan kepada university teknologi mara u-i-t-m Perak.
Beliau berkata demikian di majlis perasmian Simposium Nusantara kali ke7 di Auditorium Taman Budaya, Perak di ipoh.
Majlis disempurnakan Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman .
Jelas dato hamidah dengan adanya projek sebegini, ia dapat membangunkan sektor perlancongan di negeri Perak menerusi tarikan sejarah yang sedia ada.
promosi buku dokumentasi ini juga bakal diadakan secara besar-besaran bagi hebahan kepada masyarakat.

End/Nur Shazleen Rahim

KESAN CCTV DI BANDARAYA IPOH

Pemasangan CCTV di perak kurangkan kes jenayah dan masalah pembuangan sampah di Perak. Kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim yang berucap di studio Perakfm.
Langkah yang diambil Datuk Roshidi Hashim ini memberi kesan positive dalam aspek keselamatn dan kebersihan di negeri Perak.
Selain itu Perak juga akan menfokuskan dari sektor perlancongan. perlancongan perubatan, “Help Tourism” akan dilaksanakan bagi mempertingkatkan ekonomi negara.
Medan dipilih sebagai salah satu destinasi untuk menjadikan negeri Perak sebagai salah satu pilihan untuk perubatan.
Usaha yang dilakukan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara negeri Perak dan Medan.
Beliau yakin dengan promosi ini berikutan dengan kepakaran perubatan yang ada di negeri ini.
Kejayaan projek ini mampu memberi pulangan ratusan ribu kepada ekonomi khususnya negeri perak.

End/Nur Shazleen Rahim

PENEMBAK NEGARA NUR SURYANI

PENEMBAK NEGARA

Penembak kelahiran Perak, Nur Suryani Mohd Taibi mencatat sejarah apabila meraih pingat perak dalam acara 10 meter Air Rifle wanita di kejohanan Piala Dunia semalam.

Kemenangan itu menjadikan Negara julung kali memperoleh pingat dalam kejohanan dunia tersebut.

Nur suryani berjaya mengumpul 499.8 mata keseluruhan iaitu hanya kurang 2.6 mata daripada pemegang pingat emas Katerina Emmons dari Republik Czech.

Negara menghantar 10 orang penembak kebangsaan bagi Kejohanan kali ini yang berlansung di syney, Australia.

Mereka dijangka pulang ke tanah air pada ahad ini.

End//

TEKSI REMPUH

REMPUH MATI

Tiga kereta terperosok dalam kedai apabila tiba-tiba sebuah teksi merempuh ke bahu jalan di Jalan Raja Muda Aziz di Ipoh, semalam

Pemandu teksi sewa, Kok Ah Kow, 67 tahun dipercayai diserang sakit jantung menyebabkannya gagal mengawal kenderaan sebelum ia terbabas.

Walau bagaimanapun kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan kepada orang awam.

Teksi yang dipercayai menghala ke pasir putih itu tidak membawa penumpang.

Menurut jurucakap polis, tiga kereta yang dilanggar itu hanya mengalami kerosakan kecil dan pemandu kenderaannya sudah membuat aduan polis.

Ah kow meninggal dunia sejurus selepas kejadian. Mayatnya dibawa ke hospital raja permaisuri bainun untuk bedah siasat.

End//baizura

Monday, March 22, 2010

PERAK AMAN JAYA

PERAK AMAN JAYA
Lima buah makmal akan ditubuhkan bagi mempercepatkan transformasi pembangunan negeri perak.

Dalam pada itu Menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir menjelaskan pembangunan itu merangkumi kawasan luar dan dalam bandar supaya mewujudkan pembangunan yang seimbang.

Ia termasuk hal berkaitan pendidikan.

Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Ulu Perak, Bagan Datoh, , Seri Iskandar , Gua Tempurung dan , Lembah Beriah dekat Kerian.

Dato seri dr zambry ditemui ketika mengadakan lawatan ke bangunan Perak Techno Trade Centre P-t-t-c di meru raya.

End//shaz

TRONOH PEMBANGUNAN

kerja-kerja pembinaan Tronoh Laketown Resort akan dilaksanakan bila-bila masa sahaja.

Projek bernilai berbillion ringgit itu dimajukan oleh syarikat Putrajaya Holdings sendirian berhad.

Dengan pembinaan bandar baru itu yang berhadapan dengan university teknologi petronas u-t-p, ia akan merancakkan pertumbuhan baru kepada masyarakat sekitar.

Perkara itu dinyatakan menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir di ipoh.
Pembinaannya akan melibatkan kawasan seluas 400 hektar iaitu antara kawasan yang menjadi tumpuan dan symbol mercu pendidikan di perak.

Selain u-t-p, terdapat institut pengajian yang terkemuka di tronoh iaitu university teknologi mara u-i-t-m dan kolej professional mara.


End//

Sunday, March 21, 2010

GST TAK BEBAN

GST TAK BEBAN

Penangguhan bacaan Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan G-S-T tiada kaitannya dengan isu politik barisan nasional b-n.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
sebaliknya ia menunjukkan kesungguhan kerajaan mendahulukan kehendak dan keperluan rakyat.

rakyat diberi peluang mendapatkan penerangan yang jelas mengenai kelebihan sistem g-s-t berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (S-S-T) yang diamalkan kini.
Dato seri ahmad husni ditemui di Ipoh.

Melalui sistem G-S-T, ia dapat menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan defisit negara.

Dengan pelaksanaannya juga ia tidak akan membebankan rakyat miskin dan golongan pertengahan.

Ketika ini, di rantau Asean hanya Malaysia, Brunei serta Myanmar belum memperkenalkannya.

End//

ORANG RAMAI POLIS

ORANG RAMAI POLIS

Anggota polis sahaja tidak cukup untuk menangani jenayah.

Kesedaran orang ramai akan peranan dan tanggungjawab diri merupakan mekanisme yang lebih efisen.

Menerusi saluran interaktif yang pelbagai, maklumat berkaitan jenayah boleh disampaikan bila-bila masa sahaja.

Setakat ini, pasukan diraja Malaysia p-d-r-m menyediakan khidmat SMS, rakan COP, talian hotline dan e-aduan menerusi laman web.

Dalam pada itu menteri di jabatan perdana menteri, dato seri nazri aziz berkata, orang ramai perlu menghakis persepsi takut kepada polis.

Ia terutamanya jika ingin menyampaikan maklumat berhubung kes jenayah. undang-undang sedia ada kini, akan dapat melindungi mereka.

Dato seri nazri ditemui semasa program komuniti policing bersama masyarakat kati di kuala kangsar.

Hadir sama timbalan polis perak, dato zakaria yusof

End//

Thursday, March 18, 2010

LANTIKAN PEKENAN SULTAN

LANTIKAN

Raja Kechil Tengah Perak Datuk Seri Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dinaikkan pangkat sebagai Raja Kechil Besar Perak , bermula 16 Mac lalu,.

Gelaran yang disandang olehnya dianugerahkan kepada Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Turut menerima lantikan ialah Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah sebagai Raja Kechil Tengah Perak yang baru.

Pelantikkan ini diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengurniakan kenaikan pangkat dan gelaran pelantikan raja-raja bergelar dan ahli dewan negara perak.

Dua ahli Dewan Negara yang baru dilantik bagi penggal dua tahun mulai 17 Mac 2010 ialah Datuk Seri Dr Jalaluddin Abdul Rahim dan Datuk Seri Ismail Shahudin.

10 ahli lain yang dilantik semula ialah Tan Sri Raja Aznam Raja Ahmad, Datuk Yusof Sulaiman, Tan Sri Darshan Singh, Datuk Ismail Shah Bodin, Datuk Abdul Karim Mohd Jamil, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, Datuk Zubairi Tajuddin dan Datuk Seri Raja Mansur Raja Razman.

End//

[[MELANCONG PERAK]]

[[MELANCONG PERAK]]

Sepuluh buah kereta Proton Saga menanti mereka yang melancong ke Perak.

Ia strategi menggalakkan lebih ramai pelancong ke negeri itu.

Peraduan "Melancong Dan Menang Di Perak" di anjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama PROTON dan CELCOM.

Peraduan berbentuk cabutan bertuah ini terbuka kepada semua individu dan premis perniagaan serta tertakluk mengikut syarat penyertaan.

Ia dijadual berlangsung mulai 1 mei hingga 15 disember .

Menurut Exco Pelancongan, Dato Hamidah Osman, usaha seumpama ini akan dapat dimantapkan jika mendapat sokongan daripada pemain industri pelancongan dan pihak swasta.

Cabutan bertuah akan dibuat dalam dua sesi.

Cabutan pertama pada 21 ogos dan cabutan kedua pada 21 disember.

Borang penyertaan boleh didapati di premis-premis yang dilantik.

Maklumat lanjut boleh hubungi sekreteriat "melancong dan menang di Perak di talian 05-5290894.

End//baizura##

Wednesday, March 17, 2010

HARGA TINGGI

KETERLALUAN ZAMBRY

“mengharapkan pendekatan berbincang”.

Perkara itu dinyatakan menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir berhubung isu pembayaran pindah milik tanah rizab keretapi tanah melayu di kuala sepetang-taiping.

Jelas dato seri dr zambry pihaknya ada menerima surat daripada K-T-M-B berkaitan tuntuan bernilai 37 juta ringgit bagi pindah milik tanah seluas 94.4 hektar itu.

Namun, kenyataan akhbar hari ini melaporkan presiden k-t-m-b, dr aminddin adnan menafikan perkara itu.

Walau bagaimanapun, Dato seri dr zambry menyifatkan tuntutan 37 juta ringgit itu adalah keterlaluan kerana ia merupakan projek pembangunan untuk rakyat.

beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh.

End//baizura

SILVER FLY

SILVER FLY


Sebanyak 60 juta ringgit telah diperuntukkan kepada kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongan di Perak.

Pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk membaik pulih dan memanjangkan landasan lapangan terbang tersebut.

Pelancaran syarikat penerbangan tempatan pertama Silver Fly telah berjaya menumbusi pasaran di negeri ini selepas Fire Fly. Ia menandakan pencapaian yang unggul dalam perkhidmatan penerbangan negara.

Menteri Besar Perak ,Dato Seri Dr.Zambry Abdul Kadir berkata syarikat penerbangan ini merupakan salah satu perkembangan industri penerbangan udara yang semakin mendapat sambutan yang baik di negeri Perak ini.

Dalam pada itu, menurut Ketua Eksekutif Silver Fly Datin Ruby Hashim syarikat penerbangan beliau menawarkan harga yang berpatutan dan menjanjikan keselesaan kepada para penumpang.

Syarikat Silver Fly turut mengalu-alukan sebarang tempah kepada individu-individu yang berminat khususnya masyarakat di negeri Perak sendiri.

Tuesday, March 16, 2010

KUALA SEPETANG PORT WELD-MB PERAK

KUALA SEPETANG PORT WELD-MB PERAK



Keputusan kabinet yang mahu menyelesaikan masalah penempatan Kuala Sepetang Port Weld tidak akan dipandang ringan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Harga 37 juta ringgit yang telah ditetapkan adalah disifatkan tidak rasional dan mendatangkan beban kepada kerjaaan negeri.

Menurut Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerajaan negeri akan melihat semula semua keputusan yang dibuat kerana ia melibatkan soal kepentingan rakyat.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan maklum balas yang positif berhubung isu ini,malah beliau merasakan ia adalah berita gembira khususnya penduduk di sepanjang jalan kereta api tersebut.

Jelas beliau lagi,kerajaan negeri tidak akan teragak-agak sekiranya melibatkan campur tangan dari pihak Pejabat Peguam Negara sendiri.Katanya selepas Majlis Makan Tengah Hari Bersama Pemimpin Umat Islam Kemboja Di Kediaman Menteri Besar hari ini.


End//Nur Aimidiyana

Friday, March 12, 2010

SKIM PERCUMA

SKIM PERCUMA

Skim Pemasangan pendawaian eletrik akan diperkenalkan oleh kerajaan negeri Perak, sebagai melengkapi kemudahan golongan miskin.

Ecxo infrasruktur, kemudahan awam, tenaga dan air, dato ramly zahari berkata, perkhidmatan percuma mungkin akan diberikan bagi tujuan itu yang mana kosnya antara 8 ratus hingga seribu ringgit.

Tindakan mengenal pasti mereka yang layak dipertanggungjawabkan oleh jawatankuasa kumpulan fokus yang dipengerusikan oleh pegawai daerah.

Beliau berkata demikian di ipoh.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 60 buah dewan serbaguna dan dewan orang ramai di Perak berhadapan dengan tunggakkan air dan elektrik.

Menurut Dato ramly berkata Perkara ini dikatakan berlaku semasa 11 bulan pembangkang mentadbir negeri.

Jumlah itu mungkin bertambah sehingga bilangan sepenuhnya diterima dalam tempoh sebulan akan datang.

End//baizura

LAPORAN LAPOK

Laporan lapok 2005, 2 jabatan telah berjaya diselesaikan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri (PAC), Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bagi laporan lapok 2006 dan 2007, ia akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Ini bertujuan untuk membolehkan jawatankuasa menyelesaikan masalah kewangan pada 2009.

Jelas Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin lagi, jawatankuasa itu juga akan mengadakan ceramah bertujuan meningkatkan prestasi kewangan negeri Perak.

Beliau berkata demikian di Ipoh.

END//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

SPM

Perak mencapai keputusan cemerlang dalam SPM yang diumumkan hari ini.

Seramai 39,215 calon yang menduduki SPM pada 2009 di 233 buah sekolah.

Pengarah Pelajaran Perak, Mohd Radzi Abd Jabar berkata, seramai 33,472 calon berjaya mendapat sijil SPM berbanding 32.867 calon pada tahun lepas.

Ini bermakna berlaku penurunan sebanyak 0.09 peratus tetapi terdapat peningkatan dalam gred purata negeri sebanyak 5.58 peratus.

5 sekolah di perak memperolehi keputusan cemerlang SPM 2009 iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Berasarama Penuh Gopeng, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.

END//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

ADUAN WARNA

ADUAN WARNA

Kenal pasti pihak yang sepatutnya dihubungi menerusi pelekat berwarna.

Itu langkah praktikal bagi memudahkan orang ramai membuat laporan berkaitan kerosakkan lampu jalan.

Menurut exco kemudahan awam dan infrastruktur negeri Perak, dato ramly zahari
perkara ini melibatkan jabatan kerja raya j-k-r, tenaga nasional berhad t-n-b dan pihak berkuasa tempatan p-b-t.

pemilihan warna pelekat mengikut standard yang ditetapkan bagi setiap jabatan.

Warna rasmi bagi j-k-r ialah oren dan t-n-b ialah warna hitam biru merah.

Dato ramly ditemui di majlis pelancaran ops cerah peringkat bandaraya ipoh di bawah Program Pencahayaan negeri Perak di Ipoh.

Bagi pihak majlis bandaraya ipoh, m-b-I warna rasminya ialah warna biru.

orang ramai hanya perlu memaklumkan info yang terdapat pada pelekat untuk membuat laporan.

Aduan bukan sekadar untuk kerosakkan tetapi merangkumi pelbagai isu termasuklah kegiatan vandalisme.

Tindakan 48 jam akan diambil selepas aduan dibuat.

End//baizura

Thursday, March 11, 2010

AJK SETINGGAN SIFAR

AJK SETINGGAN SIFAR

jawatankuasa peringkat daerah ditubuhkan bagi menangani masalah setinggin di negeri ini sebelum tahun 2012.

Lantikkan terdiri daripada ahli dewan undangan negeri ADUN.

Melaluinya segala pengurusan yang berkaitan dapat dipercepatkan dan dilakukan secara terus.

ADUN kendering Dato tarmizi idris berkata perkara ini diumumkan oleh menteri besar dalam satu mesyuarat yang diadakan pada selasa lalu.

Di gerik, dato tarmizi memberitahu seramai 500 penduduk setinggan di daerah berkenaan akan diberikan penempatan tetap atau penempatan sementara TOL. Mereka adalah senarai pertama menurut rekod sehingga tahun 2008.

Manakala selebihnya akan ditempatkan secara berperingkat melalui fasa seterusnya.

Dato tarmizi berkata demikian di Gerik.

End//

Wednesday, March 10, 2010

PERTANDINGAN -1 MALAYSIA

PERTANDINGAN-1 MALAYSIA
Pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri mendapat sambutan yang menggalakkan.
Di Perak,sebanyak 30 buah sekolah rendah dan menengah dengan lebih 3 ribu 500 pelajar menyertai pertandingan ini.
Sehingga kini 60 ribu pucuk surat dari seluruh negara telah diserahkan kepada Pos Malaysia Berhad.
Menurut Ketua Operasi Mel Pos Malaysia Negeri Perak,Encik Muhyddin Jaffar, tujuan pertandingan ini adalah untuk mendengar pandangan serta idea-idea bernas para pelajar terutamanya melibatkan gagasan 1 Malaysia.
Program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Kementerian Pelajaran,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,Pos Malaysia Berhad serta Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Beliau berkata pihaknya mengguna pakai, kaedah penerimaan khas yang mengasingkan surat-surat lain, dengan surat kepada Perdana Menteri bagi memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar.
Pertandingan yang bertemakan konsep ‘1 Malaysia ,akan ditutup penyertaannya pada 19 Mac ini.

END/Nur Aimidiyana

Tuesday, March 9, 2010

BALAK HARAM

BALAK HARAM

Kes kegiatan balak haram yang berlaku di kawasan pergunungan berhampiran simpang pulai-cameron highlands diserahkan kepada ibu pejabat Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia s-p-r-m.

Perkara itu dinyatakan pengarah s-p-r-m negeri perak, noraziah abdul manaf.
Memetik Laporan akhbar kelmarin, s-p-r-m merampas ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar.

Siasatan awal mendapati, lesen operasi pembalakkan itu sepatutnya tamat pada 15 januari lalu, tetapi ia masih diteruskan malah pembalakkan haram itu melibatkan luar kawasan yang dibenarkan.

Noraziah berkata demikian selepas mengadakan penyerahan pelekat s-p-r-m kepada orang ramai di tol PLUS utara, selatan di ipoh.

Sempena satu tahun penubuhan s-p-r-m, moto baru dilancarkan iaitu “bersama lakukan perubahan perangi rasuah”.

End//baizura

ULAR

BOMBA-ULAR

Seekor ular tedung berukuran lebih kurang 8 meter di jumpai di dalam almari bilik tidur di sebuah rumah di Taman Buluh Emas, Buntong.

ular itu dipercayai datang dari kawasan lalang yang berhampiran kawasan perumahan tersebut.

Menurut pegawai bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Zulkifli Omar,
seramai 2 anggota bomba mengambil masa 20 minit sahaja untuk menangkap ular tedung ini.

Ular itu kemudiannya di buang ke hutan yang berada jauh dari kawasan orang ramai. Ini bersesuaian dengan habitat haiwan tersebut.

Sehubungan itu orang ramai di nasihatkan supaya sentiasa membersihkan kawasan rumah bagi mengelakkan haiwan liar memasuki rumah.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengadakan pembakaran terbuka dan membuang puntung rokok di merata-rata tempat. Ini berikutan cuaca yang sangat panas boleh mengakibatkan kebakaran dengan cepat.


END//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

KERUSI RODA

BANTUAN-KERUSI RODA

“Berat mata memandang , berat lagi yang memikul’
Itulah yang dapat digambarkan nasib yang menimpa Mohd Azmi Karim, 47 tahun yang lumpuh akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi 6 bulan lalu.
Beliau kini terpaksa mengharapkan bantuan penuh daripada isterinya, Aziyaton Ahmad bagi menjalankan aktiviti harian.
Ketika ini Azmi menyara kehidupan keluarganya dengan membuka gerai makanan selain menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak 300 ratus ringgit.
Ia hanya cukup menampung kos rawatannya sahaja.
Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Beruas, turut menanggung kos pendidikan 3 anaknya yang masih lagi bersekolah.
Prihatin dengan nasib Azmi , ADUN Pengkalan Bharu, Dato Hamdi Abu Bakar menghulurkan bantuan berupa kerusi roda bagi meringankan beban beliau.
Orang ramai yang simpati dan ingin menghulurkan bantuan, boleh menghantarkan sumbangan ikhlas ke akaun BSN Aziyaton Ahmad 08227-2900008497-2 atau terus ke rumahnya di alamat Batu 43 1/2 Kampung Bakar Bata Air Tawar 32400 Perak.

End//Nur Aimidiyana

UiTM-EXPO

UiTM-EXPO

Universiti Teknologi Mara UiTM akan menganjurkan ekspo “Selangkah ke UiTM” untuk memberi maklumat terkini tentang program-program pengajian yang ditawarkan olehnya.

Ini bagi membantu pelajar lepasan SPM atau STPM yang masih mencari pusat pengajian yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran.

Di Perak, UiTM cawangan Seri Iskandar akan mengadakan ekspo tersebut di lima lokasi iaitu Bangunan Gunasama Persekutuan Ipoh, Dewan Bandaran Teluk Intan, Dewan M.P.T Kamunting, Taiping Dewan Merdeka, Seri manjung dan Dewan Seri Iskandar UiTM.

Menurut Pengarah kampus UiTM Seri Iskandar, Prof.Dr.Abdullah Mohamad Said UiTM akan membuka kaunter di 12 buah sekolah terpilih iaitu di Lenggong, SMK Dato’ Ahmad, di Pengkalan Hulu, SMK Tun Saban, di Gerik, SMT Gerik, di Langkap, SMK Dato’ Sagor, di Hutan Melintang SMK Seri Perkasa dan SMK Hutan Melintang, di Beruas, SMK Raja Shahriman, di Sitiawan SMK Ahmad Boestamam dan SABK Maahad Islahaih Addiniah, di Sungkai, SMK Trolak dan SMK Felda Besout, dan di Slim River, SMKA Slim River. Manakala kaunter akan di buka di seluruh sekolah di daerah Perak tengah.

Pelajar-pelajar yang mendaftar di kaunter-kaunter yang dibuka diingatkan supaya membuat pendaftaran secara online walaupun telah membuat pendaftaran di kaunter.

Beberapa aktiviti diadakan di expo Selangkah ke UiTM antaranya seperti pameran dan penerangan maklumat asas program-program akedemik UiTM, pameran hasil kerja pelajar, penerangan prospek karier, bimbingan dan kaunseling, aktiviti sukan, pameran unit komunikasi koporat dan perhubungan antarabangsa dan pameran kemudahan asas di kampus.


END//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

UiTM-MISKIN

UiTM-MISKIN
500 orang pelajar miskin di Perak akan diberi peluang untuk meneruskan pelajaran di UiTM sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Pengarah kampus UiTM Seri Iskandar, Prof.Dr.Abdullah Mohamad Said berkata sempena expo “Selangkah Ke UiTM” yang akan dianjurkan pada 16 dan 17 Mac ini pihakUniversiti Teknologi Mara, UiTM Seri Iskandar akan mencari pelajar miskin sepanjang expo ini berlangsung.

Ia sejajar dengan matlamat Canselor UiTM untuk memberi peluang kepada pelajar miskin meneruskan pelajaran di peringkat IPTA.

Bantuan akan diberikan kepada pelajar ini agar mereka dapat meneruskan pelajaran dan tidak menjadikan masalah kewangan sebagai satu penghalang.

Expo Selangkah ke UiTm akan diadakan di 5 lokasi terpilih iaitu Bangunan Persekutuan Ipoh, Dewan Bandaran Teluk Intan, Dewan M.P.T Kamunting. Taiping Dewan Merdeka, Seri manjung dan Dewan Seri Iskandar UiTM.

Pelajar miskin yang ingin mendapatkan bantuan ini bolehlah membuat pendaftaran terus di 5 lokasi ini.


END//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

Saturday, March 6, 2010

TPM SANTAI

TPM SANTAI

semalam menjadi hari yang paling gembira bagi penduduk Kampung Baru Slim Village apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau bersama Menteri Besar Perak , Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluangkan masa lebih 1 jam melawat dan beramah mesra bersama penduduk disitu.

Walaupun hujan renyai namun penduduk disitu tetap setia menanti dan mengikuti lawatan pemimpin negara yang berjiwa rakyat ini dengan penuh kesabaran dan keterujaan.

Ini merupakan kali pertama pemimpin utama itu melawat ke kampong baru slim village.
Lawatan Tan Sri Muhyiddin dimulakan dengan melawat tapak rumah baru Loh Koai yang roboh akibat uzur.

Seterusnya tinjauan dibuat di beberapa buah kedai lama yang ada di kawasan tersebut, sebelum beliau berkunjung ke kawasan penempatan yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.

Lawatan tan sri muhyiddin ke daerah batang padang ini adalah lebih santai.
Turut mengiringi beliau timbalan menteri di jabatan perdana menteri Tan Sri Koh Tsu Kon, dan Dato Ahmad Maslan.

Lawatan turun padang seumpama ini mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat bagi memastikan objektif program Juara Rakyat diaplikasikan.

End//hakimie

JUARA RAKYAT TPM

JUARA RAKYAT TPM

Tindakan susulan terhadap masalah rakyat penting kerana ia membantu menyelesaikan masalah secara segera tanpa perbelanjaan besar dan masa yang lama.

Timbalan perdana menteri, tan sri muhyiddin yassin berkata rakyat menilai akan kesungguhan kerajaan membantu dan menyelesaikan masalah mereka.

Berucap pada majlis perasmina juara rakyat peringkat negeri perak di slim river, Tan sri muhyiddin menegaskan kerajaan sama sekali tidak pernah membezakan kira latar belakang dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Hubungan antara kerajaan dan rakyat perlu akrab dan berjuang atas satu landasan yang sama supaya dapat melahirkan suasana yang aman dan harmoni.

Justeru, rakyat diminta turut serta dalam program juara rakyat.

Sememangnya Kerajaan meletakkan komitmen total sebagai penanda aras pencapaian prestasinya dan menmgambil kira kepentingan semua pihak.

End//rosamawati

Friday, March 5, 2010

SRI CONNOLLY

SRI CONNOLLY

Menggunakkan pendekatan berbincang dan bertolak-ansur, masalah perumahan rakyat yang berlarutan selama 36 tahun berjaya diselesaikan dalam tempoh dua bulan sahaja.

Itu yang berlaku ke atas 248 peserta Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Sri Connolly atau stesen 18 iaitu di ipoh.

Masalah timbul apabila peserta RPT tidak bersetuju dengan isu kos pembangunan yang dikenakan ke atas mereka yang berjumlah 8 ribu 100 ringgit.

Dalam hal itu menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir, mengumumkan potongan 50 peratus diberikan.

Jelasnya, kos pembangunan itu tetap perlu dibayar kepada pemaju iaitu Perbadanan Pembangunan Negeri Perak (PKNP) .

Ia bukan untuk mengaut keuntungan tetapi ia melibatkan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan longkang.

Dato seri dr zambry berkata demikian selepas menyampaikan Borang 5A kepada 194 peserta perkampungan RPT sri Connolly di ipoh.

Pelbagai masalah dan isu yang timbul sepanjang pelaksanaan pembanguan RPT itu termasuk isu perpindahan lokasi dan pengesahan penerima yang layak atas lot perumahan berkenaan.

End//

DIKEHENDAKI KES ROGOL

DIKEHENDAKI KES ROGOL

Polis menjejaki 9 lelaki melayu yang disyaki terlibat dengan kes rogol yang berlaku di felda sungai klah, sungkai pada 28 februari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Roslan Bek Ahmad kesemua mereka tinggal di sekitar sungkai.

Mereka yang dihendaki ialah azizul sabli yang dikenali sebagai tuah, mohd athika mohd hanapi atau bador, mohd sahabudin hashim atau budin, Shahrul hisham hashim dikenali sebagai ca’un

Kes ini juga turut melibatkan dua adik beradik iaitu mohd rosli Mustafa yang dikenali sebagai Li, serta mohd roslan atau Lan.

Selebihnya ialah mohd shabil rosdi, ahmad nursufian alias atau pian dan mohamad shafiq mohd shahimi yang dikenali sebagai shafiq kepak

Masing-masing berusia antara 26 hingga 17 tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai berhampiran atau terus kepada ketua bahagian siasatan jenayah tapah, ASP Md nasri di talian 012 6655357 atau 05 4011222 atau 05 4015 222.

Dalam kes ini, seorang pelajar perempuan 15 tahun didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 15 lelaki di dua tempat berlainan.

Namun siasatan awal polis mendapati hanya 14 orang yang terlibat dalam kes berkenaan.

End//

KOLEJ KESIHATAN BARU

KOLEJ KESIHATAN BARU (CUT 3)

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di Ulu Kinta, Perak bakal dibangunkan menjadi pusat pendidikan termoden di negara ini.

Pembinaannya dijangka siap pada hujung februari tahun depan.

Dan projek bernilai 366 juta ringgit itu mampu menempatkan 3 ribu pelajar dan 150 kakitangan.

Kolej ini menawarkan kursus pembantu farmasi, pembantu perubatan dan kejururawatan.

Ia juga bakal dilengkapi dengan kemudahan termasuk fasiliti untuk golongan kurang upaya O-K-U.

Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pemaju projek berkenaan memberi jaminan ia akan disiapkan mengikut jadual.

[[ UP SOUND (CUT 3)
Q IN: ia lebih daripada masalah yang berkiatan pemaju, namun, pemaju memberi keyakinan dan bahawa meereka dapat menyiapkan pada waktunya. Malah mereka berjanji pada saya bahawa
q out :mereka akan siap 2 bulan awal

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek di ulu kinta.

Turut diumumkan, peruntukkan 300 juta ringgit bagi projek menaiktaraf Hospital Raja Permaisuri Bainun yang akan dimulakan hujung tahun ini.

Ia melibatkan blok tambahan bahagian kardiologi ,maternity dan pediatric.

ENDbaizura##

EKSAIS MALAPURA TLDM

Eksais latihan perang Malaysia Singapura (MA-LA-PU-RA) siri ke 20, tahun ini yang berakhir semalam diyakini dapat memelihara hubungan diplomasi ketenteraan antara Malaysia dan Singapura.

Ia bagi meningkatkan kesepakatan dan menilai kesiap-siagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (T-L-D-M) bersama Tentera Laut Republik Singapura (R-S-N).

Kerjasama jitu dalam Operasi Keselamatan Maritim (M-S-O) telah dapat menyesuaikan operasi ketenteraan dalam tugas memantau ancaman pengganas dan lanun di perairan kedua-dua negara.

Sebanyak 3 kapal TLDM terlibat dalam eksais kali ini iaitu Kapal Diraja (K-D) LEKIU, K-D LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan K-D TERENGGANU.

Sementara aset Tentera Laut Republik Singapura yang digunakan pula ialah RSS STEADFAST, RSS VICTORY dan RSS DARING.

Majlis penutup Eksais MALAPURA kali ke 20 diadakan di Pusat Taktik dan Maritim (PUS-TAK-MAR), Pangkalan T-L-D-M Lumut.

Ia disempurnakan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Dato' Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Hadir sama Panglima Armada Tentera Laut Republik Singapura, Rear Admiral Joseph Weng Keong.
END//

KONVENSYEN SEGERA (CUT 1)

KONVENSYEN SEGERA (CUT 1)

Percepatkan Konvensyen Barisan Nasional, BN daripada tarikh cadangannya Disember ini, supaya pindaan perlembagaan BN dapat dilakukan segera.
Itu harapan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Up sound (CUT 1)
Q in/out :lebih baik pindaan ini disegerakan, oleh itu harap pucuk pimpinan parti menyegerakan konvensyen pada disember diawalkan.saya yakin ramai yang berminat menyertai B-N termasuk NGO dan juga parti friendly seperti makkal sakti.

Dr Mohd Puad ditemui media di Bota Kanan, Perak.

Mengulas tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA, Dr Puad melihatnya suatu tindakan yang positif, demi kepentingan MCA dan BN.

END//baizura##

Thursday, March 4, 2010

ELAUN PEDALAMAN

ELAUN PEDALAMAN

Menaikkan Elaun guru di pedalaman antara cadangan untuk mendorong lebih ramai para guru berkhidamat di kawasan berkenaan.

Timbalan menteri pelajaran, dr mohd puad zarkashi menjelaskan, kenaikan itu melibatkan elaun P1, P2 dan P3.

Dalam pada itu kementerian juga turut mempertimbangkan insentif lain bagi guru yang sukarela berkhidmat di pedalaman.

Up sound (CUT 1)
Q in/ out (27 saat ) :kita memang mengharapkan guru-guru boleh dihantar ke pedalaman untuk atasi kekurangan guru, terutamanya guru option, iaitu guru bahasa inggeris, pada saya wajar kita pertimbangkan semula elaun guru di pedalaman, di samping memperbaiki kemudahan rumah-rumah guru.

Setakat kini, guru-guru di pedalaman yang menerima elaun P1 ialah sebanyak 500 ringgit, bagi P2 sebanyak seribu ringgit dan P3 adalah seribu 500 ringgit.

Dari segi kemudahan, dr mohd puad menjelaskan, tindakan memperbaiki dan menambahbaik kemudahan sekolah di pedalaman sedang dalam perlaksanaan. Ia termasuk menaiktaraf elektrik dan air.

Dr mohd puad berkata demikian di majlis anugerah kecemerlangan peperiksaan awam sekolah-sekolah Dewan undangan negeri bota di bota Kanan.

End// baizura

TTC - LATIHAN

TTC-LATIHAN

Seramai 18 peserta daripada 32 orang yang terpilih dalam Kursus Asas Trup Tindakan Cepat (T-T-C) berjaya menamatkan latihan di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN) Taiping,Perak hari ini.

Tiga peserta dikenal pasti layak menerima anugerah terbaik menembak,jasmani dan terbaik keseluruhan penerima ialah Majideen Khalid ,Mahadi Mamat@Mahmod dan Mazlan Abd.Razak dalam Kursus Asas Trup Tindakan Cepat .

Menurut Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata penubuhan Trup Tindakan Cepat (T-T-C) ini adalah insiatif dalam mengawal keselamatan yang berlaku di dalam penjara mahupun di luar.Di samping itu, ia dapat meningkatkan keyakinan diri setiap peserta.

Kursus yang berlangsung selama 15 minggu ini merupakan kumpulan ke-2 selepas kumpulan pertama dari Sungai Udang,Melaka.Pasukan unit khas ini merangkumi model khusus melibatkan ujian ketangkasan mental dan fizikal.

Justeru itu dengan kewujudan pasukan ini ia dapat memantapkan lagi organisasi ke arah yang positif.

END//Nur Aimidiyana

Wednesday, March 3, 2010

MYKAD MBI

MYKAD MBI
Enam kaunter majlis bandaraya ipoh m-b-i menyediakan khidmat urusan dengan menggunakan kad pengenalan.

Kaunter terlibat ialah Semakan Bayaran Cukai Taksiran; Semakan Bayaran Bil Lesen bagi individu; Permohonan Lesen Anjing; Semakan Status Lesen Anjing; Semakan dan Cetak Bil Cukai Taksir secara online serta Semakan Kompaun secara online.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata pihaknya sedang merancang untuk menambah bilangan perkhidmatan yang boleh menggunakan MyKAD dari semasa ke semasa.

bagi melaksanakannya, pengguna dikehendaki mengemukakan nombor MyKad dengan mengemaskini Borang Kemaskini Pemilik Akaun yang terdapat di semua kaunter MBI ataupun mengisi borang secara online di portal laman web MBI di www.mbi.gov.my

Diharapkan lebih banyak pengguna akan mengemukakan maklumat untuk dikemas kini selain memudahkan khidmat urusan dengan MBI.

End//baizura

TAPAK KUBUR

Kerajaan Negeri Perak meluluskan kawasan seluas 16 ekar di Ulu Johan, untuk dijadikan tempat pengurusan mayat bukan Islam atau crematorium.

Projek yang yang diluluskan pada tahun 2004 itu menelan belanja 1.5 juta ringgit dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Exco hal ehwal bukan islam, dato dr mah hang soon berkata, projek berkenaan telahpun memenuhi spesifikasi keselamatan serta berada di bawah seliaan lembaga perlesenan tenaga atom dan jabatan alam sekitar.

Kawasan ini akan juga dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan raya.

Ia diluluskan atas permintaan masyarakat bukan beragama Islam dan lokasinya berjauhan dari kawasan penduduk.

Bagaimanapun ia hanya mengambil masa perjalanan antara 15 hingga 20 minit dari bandaraya ipoh.

Dato dr mah berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak berkenaan.

Hadir sama, penasihat menteri besar perak, dato Veerasingam.

end##

Tuesday, March 2, 2010

GSI

Majlis bandaraya ipoh, m-b-i telah menyiapkan pembangunan peringkat pertama penyediaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merupakan sistem pelan atau peta berkomputer yang mengandungi pelbagai maklumat perancangan di kawasan bandar raya.

Sistem ini akan dapat membantu pihak pengurusan MBI membuat keputusan berkaitan pembangunan di Ipoh...sistem ini juga dikemaskini setiap hari.

Datuk Bandar, dato rashidi hashim berkata setakat ini maklumat terkandung adalah berkaitan guna tanah, infrastruktur, alam sekitar dan pengangkutan.

Jelas Beliau sistem GIS merupakan sebuah sistem mirip Google map tetapi ia lebih terperinci bagi kemudahan perkhidmatan dan pentadbiran MBI.

End//

PENIPUAN TERBESAR

PENIPUAN TERBESAR

Polis mencari 4 lelaki disyaki terlibat kes penipuan terbesar di Perak membabitkan kerugian wang tunai 6 juta 166 ribu 771 ringgit.

Timbalan Ketua Polis Perak, Dato' Zakaria Yusof berkata, suspek merupakan pengarah Syarikat Lian Hup Kee Marketing Sdn Bhd. Tiga daripada mereka dipercayai mempunyai talian kekeluargaan.

Mereka ialah; Chea Kim Hong, 52 tahun, Alamat terakhir di No 14, Lorong Kledang Timur 10, Taman Sri Intan, Menglembu.

Chea Kim Hon, 47 tahun, beralamat di No 7, Persiaran Kledang Timur 3, Bandar Baru Menglembu.
dan Chea Wei Seng, 32 tahun, Alamat terakhir di No 14, Lorong Kledang Timur 10, Taman Sri Intan, Menglembu.

manakala seorang lagi, Chong Kok Leong, 41 tahun, yang beralamat akhir di Bandar Baru Menglembu, Menglembu.

Menurut datyo zakaria, syarikat tersebut telah berurusan dengan pembekal-pembekal sejak 7 hingga 10 tahun lepas tanpa sebarang masalah.
baru-baru ini didapati cek-cek tertunda atau post dated cheque' yang dikeluarkan, tidak lagi boleh ditunaikan kerana akaun telah ditutup.

Sebanyak 30 laporan polis telah dibuat dan 30 kertas siasatan telah dibuka. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi polis di talian 05-5486751 atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Daerah, ASP Balachandran di talian 019-5900771.

###suriani

UiTM KUOTA

UiTM KUOTA (cut 1)

Universiti teknologi mara UiTM kini dalam pencarian pelajar miskin yang berkelayakkan untuk mengisi 5 ribu kuota yang disediakan.

Naib canselornya, prof dato dr sahol hamid abu bakar berkata, peluang itu akan diberi keutamaan kepada pelajar lelaki.

Langkah itu bertujuan, mengimbangkan nisbah pelajar lelaki dengan pelajar perempuan khususnya di seluruh institut pengajian tinggi i-p-t

Mereka yang layak akan menyertai kursus pra-diploma tanpa sebarang kos yuran malah segala kemudahan seperti penginapan akan ditanggung sepenuhnya.

Dalam pada itu, prof dato dr sahol hamid menjelaskan, UiTM kini dalam kajian memperkenalkan I-S-O-ETIKA iaitu pengurusan dan pentadbiran berdasarkan al-quran dan sunnah.

Beliau berkata demikian di majlis kemuncak bulan kualiti perak 2009 di UiTM seri Iskandar.

End//

FERI PANGKOR

FERI PANGKOR

tambang feri ke Pulau Pangkor akan dipertimbangkan kadarnya terutama semasa adanya sambutan karnival atau festival.

Perkara itu dilihat mampu mempengaruhi kunjungan pelancong ke pulau berkenaan.

Kenyataan itu dijelaskan oleh menteri besar perak, Dato seri dr zambry abdul kadir ketika meraikan festival masi magam di Pulau Pangkor.

Salah sebuah kuil di Pulau ini adalah yang terkenal dan menjadi tumpuan bagi masyarakat India menyambut Festival masi magma iaitu acara yang diadakan setahun sekali selepas sebulan sambutan Thaipusam.

Selama tiga hari festival berkenaaan diadakan, hampir 30 hingga 40 ribu pengunjung membanjiri pulau Pangkor.

Tambah dato seri dr zambry, festival ini akan dijadikan acara tahunan sekaligus menjadi daya penarik pelancongan di negeri ini.

End// baizura

DERA

AMAH-DERA

Sepasang suami isteri Harjit Singh A/L Beer Singh 34 tahun dan pasanganya Harminder Kaur A/P Harbans Singh 26 tahun menghadapi pertuduhan di bawah Sekseyen 326 Kanun Keseksaan di Mahkamah Teluk Intan atas kesalahan mendera pembantu rumah berbangsa Indonesia
Mangsa Hertina Gultom 27 tahun mendakwa dia didera dengan objek kayu,getah dan paip selain disepak ,dipukul serta ditampar.
Hasil pemeriksaan pakar forensik di Hospital Besar Kuala Lumpur mendapati bahawa tiga kesan dera seperti lebam,melecet dan parut. Mangsa dipercayai didera berulang kali oleh orang lain atau mangsa sendiri.
Pihak polisjuga berjaya merampas beberapa barang yang dipercayai digunakan untuk tujuan penderaan.
Mangsa kini ditempatkan di Kedutaan Indonesia.
Kedua-dua suspek minta dibicarakan dan diikat jamin lapan ribu ringgit seorang
Jika disabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.Hakim Faiz Dziyauddin menetapkan sebutan semula kes pada 25 dan 26 Mei depan.

End/Nur Aimidiyana