Wednesday, June 30, 2010

FORUM KANSER PUSPANITA

KANSER PAYUDARA

samada ada sedar atau tidak, mahupun tahu atau tidak, kematian akibat kanser adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada penyakit AIDS.

kanser juga dilaporkan adalah penyakit kedua terbesar yang dialami rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.

bagi kaum wanita, kanser payudara adalah pembunuh utama berbanding kanser lain seperti kanser serviks, kanser usus besar dan kanser ovari.

walaupun kesedaran mengenai kanser payudara dilaporkan meningkat, namun masih perlu diingatkan langkah pencegahan wajar diambil.

ia berikutan kebanyakkan kes pesakit kanser payudara yang dikesan berada pada tahap serius.

laporan tahun 2002 mendapati nisbah risiko kanser payudara bagi kaum wanita di negara ini antara 1 kes berbanding 12 orang.

bersama pakar pembedahan hospital raja permaisuri bainun dr chan ching phing,

up sound [[cut 1]]
q in : kalangan wanita tidak perlu fikir takut saja,.
Q out : … saya rasa golongan wanita akan lebih tambah.

dr chan ditemui di Ipoh selepas menyampaikan ceramah tentang kanser payudara sempena forum kanser;bebaskan diri anda daripada kanser anjuran PUSPANITA negeri Perak.

ia dirasmikan Penaungnya Datin seri Saripah Zulkifli.

dalam pada itu, semua wanita berusia 20 tahun ke atas disarankan melakukan pemeriksaan sendiri payudara PSP setiap bulan sepanjang hayat.

waktu yang terbaik melakukan PSP adalah pada hari ke tujuh hingga ke 10 selepas seseorang mengalami haid.

END//baizura
Kapal diraja KD Rahman akan menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan di Perak berikutan ia akan diangkat menjadi sebuah muzium.

Projek menaiktaraf kapal itu bernilai 150 juta ringgit adalah termasuk membangunkan kawasan sekitarnya seperti pembinaan temapt penginapan.

[[Vt : vcg: Ipoh, Perak.]]

Perkara itu diumumkan Exco Perlancongan, Dato’ Hamidah Osman selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh.

Upsoud: [[18 sec]]
Q In: kapal ini akan dikekalkan dalam keadaan sedia ada dan dijadikan muzium. Semua dek-dek dalam itu termasuk tempat tidur kapten, kapal, semua akan dikekalkan…
Q Out:..it will be a leaving muzium
Super: Dato’ Hamidah Osman, Pengerusi Perlancongan

Kerajaan negeri memberi kelulusan kepada syarikat swasta iaitu Syarikat PLUS Asia Jaya Perak, Sendirian berhad untuk mengendalikan projek ini.

KD Rahman merupakan monumen sejarah iaitu perang pertama yang berkhidmat kepada tentera laut diraja Malaysia TLDM.

Pada tahun 2004, KD rahman ini ditamatkan pentauliahan khidmatnya.

End//Nur Shazleen

Tuesday, June 29, 2010

PENGAIRAN SUNGAI MANIK

PENGAIRAN SUNGAI MANIK

sasaran purata hasil padi meningkat hampir dua kali ganda daripada 3.4 metrik tan kepada 6.5 metrik tan.

ia sekaligus menambahkan purata pendapatan petani sekarang ini iaitu hanya seribu 400 ringgit.

itu impak yang bakal diterima petani apabila projek menaiktaraf pengairan sungai manik di teluk intan siap Oktober ini.

sebelum itu, petani mendakwa, projek ini dikatakan tidak memberi faedah sebaliknya akan menimbulkan masalah kepada mereka.

lalu perkara itu dijelaskan menteri pertanian dan industri asas tani, datuk seri noh omar ketika mengadakan pertemuan dengan petani di sungai manik.

up sound
q in : kita ada catatan tempoh 2 tahun, jika didapati projek ini ada masalah dan tidak beri saliran air yang sempurna pada petani, maka kontraktor akan membaiki..

q out :..kesilapan ini.

dalam pada itu, datuk seri noh berkata Jika projek ini siap sepenuhnya kelak, ia akan meningkatkan hasil padi atas keluasan lebih enam ribu hektar tanah yang diusahakan petani di kawasan ini.

petemuan antara datuk seri noh dengan petani di sungai manik adalah inisatif ahli parlimen pasir salak, datuk tajuddin abdul rahman.

Selain sungai manik, projek menaiktaraf pengairan ini telah dilaksana di labu kubung dan memberi manfaat kepada petani di kawasan itu.

end//baizura

LADIES UPTOWN IPOH

LADIES UPTOWN IPOH

IBU TUNGGAL yang mempunyai hasil produk yang kreatif serta unik kini berpeluang meniagakan produk mereka di “ladies uptown ipoh”.

perniagaan berkonsepkan “evening flea market” atau pasar loak malam itu bakal beroperasi Ogos depan bertempat sekitar bangunan Majlis bandaraya Ipoh MBI.

inisatif Yayasan bina upaya darul ridzuan Y-B-U-D-R dengan kerjasama Majlis bandaraya Ipoh MBI serta pembangunan kemajuan negeri Perak PKNP ini akan menyediakan 40 gerai berserta kemudahan lengkap.

ketua eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, khairul azwan harun berkata setiap gerai dikenakan bayaran sewa 20 ringgit bagi setiap operasi perniagaan.

“ladies uptown ipoh” akan beroperasi setiap hari sabtu bermula pukul 6 hingga 12 tengah malam.

khairul azwan berkata demikian di majlis pelancaran logo ladies uptown ipoh dan laman sesawang Yayasan bina upaya di ipoh.

pelancaran itu disempurnakan pengerusi BAIDURI, datin seri saripah zulkifli.

end//baizura

Monday, June 28, 2010

ELAUN BILAI DAN SIAK

Seramai 2 ribu 435 bilai dan siak menerima elaun 2 ratus ringgit sebulan dari kerajaan negeri di Perak.
Ternyata jasa dan pengorbanan bilai dan siak tidak dilupakan demi mengimarahkan masjid.
Menurut Penasihat Hal Ehwal Agama Negeri Perak Datuk Najmuddin Elias beliau berharap dengan pemberian elaun ini dapat meningkatkan prestasi kerja dan tidak mengabaikan tugas yang di amanahkan ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bayaran elaun bilai dan siak di Ipoh.
Pembayaran elaun ini merupakan fasa pertama dan akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Saturday, June 26, 2010

AHLI DEWAN NEGARA

Ahli dewan negara yang juga bekas datuk bandar ipoh Dato Ismail Shahbodin kembali ke rahmatullah semalam pada jam 6.25 petang di hospital pakar ipoh.

Arwah merupakan bekas datuk bandar Ipoh pada tahun 1993 sehingga1994.


Menurut isteri arwah, Datin Fatimah Mohd Rashid, arwah meninggal dunia kerana dipercayai mempunyai darah beracun di dalam badan.


Jelas Datin Fatimah pada mulanya arwah mengadu keletihan dan tidak lalu makan seterusnya arwah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Arwah juga menghidap penyakit jantung dan darah tinggi meninggalkan empat orang anak.

Orang ramai yang ingin menziarahi jenazah beliau boleh berbuat demikian di kediaman no 1 jalan Watson ipoh.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Gurap selepas solat zohor.

Selain memegang jawatan sebagai ahli dewan negara arwah turut memegang beberapa jawatan lain seperti Lembaga Yayasan Perak, dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak.

Malah turut bergiat aktif dalam beberapa badan bukan kerajaan, NGO seperti pengerusi Majlis Penagakap Negeri Perak, Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Negeri Perak, dan timbalan Pengerusi Majlis Kebajikan Negeri Perak.


End// Nur Shazleen

SULTAN - PENDIDIKAN BERKUALITI

SULTAN PENDIDIKAN

setelah merentasi zon menyediakan pendidikan asas, kini negara berupaya pula bercakap dan merancang soal pendidikan berkualiti.

justeru tidak timbul soal keciciran memperoleh pendidikan.

untuk berada di tangga teratas pendidikan itu hendaklah merangkumi segala aspek iaitu akademik, pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan bidang kokurikulum.

titah sultan perak, sultan azlan shah, demi melonjakkan pencapaian negara, warga hendaklah sama-sama menumpukan kerja-kerja yang produktif dan konstruktif.

sumber fikiran, tenaga dan masa tidak harus tergelincir dari matlamat membina sebuah negara yang stabil, aman, harmoni dan makmur.

Sultan Azlan Shah bertitah di majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah 2010 kolej melayu kuala kangsar MCKK di kuala kangsar.

turut berangkat ke majlis ini raja muda perak, raj dr nazrin shah serta diringi menteri besar perak, datuk seri dr zambry abdul kadir.

end//baizura

DURIAN TRAIL

DURIAN

pengusaha tanaman buah durian kini mempunyai peluang yang lebih besar apabila, pakej percutian "Durian Trail" akan diperkenalkan.

kini buah durian merupakan salah satu lagi produk perlancongan berikutan buah durian di negara ini adalah yang terbaik di rantau ini.

malah Malaysia juga mempunyai kepelbagaian jenis buah durian.

perkara itu diumumkan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada mesyuarat cabinet.

kini kerjasama akan dijalinkan antara Jabatan Pertanian dengan pemilik dusun durian bagi membincangkan hal promosi pakej “durian trail” ekoran musim durian yang hampir tiba.

di Perak, antara lokasi buah durian yang terkenal adalah seperti di Bukit gantang, Kuala Kangsar, Gopeng dan Kampung Gajah.


end//

Friday, June 25, 2010

LAPORAN CUACA

CUACA

sedikit laporan cuaca.

angin kencang Barat dan Barat Daya dengan kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam serta ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan utara Perak.

Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil serta kegiatan rekreasi dan sukan laut.

Jabatan Meteorologi Malaysia J-M-M menjangkakan keadaan itu berlarutan sehingga 1 Julai.

selain Perak, perairan yang turut terjejas ialah Langkawi, Perlis, Kedah, Phuket, dan Pulau Pinang.

end//

PAMERAN ORKID

PAMERAN ORKID

Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan pameran orkid antarabangsa pada tahun depan.

Dengan adanya pameran ini ia dapat menarik ramai pelancong ke negeri Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Perak Datuk Dr Mah Hang Soon pameran orkid ini dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri.

Jelas Datuk Dr Mah Hang Soon sebelum ini penganjuran peringkat antarabangsa pernah diadakan pada tahun 2003 oleh Persatuan Orkid Ipoh dan mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pertandingan orkid terbesar negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Orkid Ipoh anjuran Persatuan Orkid Ipoh dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di perkarangan bangunan MBI.
.
Pesta orkid ini berlangsung sehingga 29 Jun ini, dan dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

end//

HUBUNGAN DAGANGAN CHINA

HUBUNGAN DAGANGAN

Industri makanan, pertanian dan kraftangan dilihat antara yang berpotensi untuk dipasarkan ke negara China.

justeru, melalui ekspo barangan berkualiti wenzhou yang kini berlangsung di Ipoh usahawan tempatan kini boleh melebarkan pasaran mereka khususnya di bandar Wenzhaou.

Dengan kepadatan penduduk lebih lapan juta orang di bandar wenzhou pastinya peluang perniagaan lebih terbuka luas.

sementara itu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi ekspo itu berharap usahawan tempatan merebut peluang berkenaan.

up sound [[cut 1]]
q in : pameran pada hari ini bukan hanya untuk perak..perak hanya ada 2.3 juta pasarannya, tapi yang kita kan wujudkan ialah supaya perak dapat dijadikan sebagai hub pasaran
q out : hub dagangan untuk rantau asia tenggara.

Datuk Seri Dr Zambry.

dalam pada itu, ekspo yang berakhir pada hari ahad ini lebih berkonsepkan pembelian borong. namun begitu, masih terdapat gerai-gerai yang menjual barangan untuk individu.

end//baizura

Thursday, June 24, 2010

GADIS HILANG

GADIS HILANG


Hilang tanpa khabar berita sejak 2 minggu lalu.

Remaja perempuan, Jamilah Burhannuddin 21 tahun yang dihantar rakannya menaiki bas di Hentian Duta untuk pulang ke Ipoh, masih belum ditemui hingga ke hari ini.

Jamilah yang datang ke kuala lumpur untuk menghadiri majlis kenduri kahwin kawannya, menaiki bas pulang ke Ipoh pada pukul 4.30 petang sepatutnya tiba di Ipoh pukul 9 malam.

Namun, menurut bapanya, Burhannuddin Ali; anaknya itu hilang tanpa khabar berita sejak 7 Jun yang lalu.

Gadis yang mesra dengan panggilan Milah itu, seorang yang pendiam dan merupakan anak ke-5 dari 7 orang adik-beradik.

Laporan polis berikutan kehilangannya telah dibuat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Burhannuddin Ali di talian 017-5040 629 atau 05-5330 227 serta balai-balai polis yang berdekatan

END//NANA

Wednesday, June 23, 2010

PEMBINAAN SUSUR KELUAR- ALOR PONGSU

PEMBINAAN SUSUR KELUAR- ALOR PONGSU

projek pembinaan susur keluar Alor Pongsu ke lebuhraya Utara Selatan yang bermula November ini dapat merancakkan kegiatan ekonomi setempat.

menurut ahli dewan undangan negeri ADUN Alor Pongsu , YB Sham Mat Sahat, projek ini juga mampu menjimatkan masa para pelabur yang menjalankan aktiviti perdagangan di kawasan tersebut.

projek bernilai 40 juta ringgit itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.

Dalam pada itu, bagi mengatasi masalah banjir di utara Perak, YB Sham menjelaskan projek menaiktaraf jalan kampung dan jalan ladang akan dipergiatkan.

melalui projek ini, ia dapat mengurangkan jumlah mangsa banjir antara tiga hingga empat ribu orang.
YB Sham berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan bersama ADUN di Perak FM.


End : zaty

KOPERASI JHEOA

KOPERASI JHEOA

masyarakat orang asli tidak perlu bergantung kepada orang tengah dalam penjualan produk kraftangan yang dihasilkan.

kini, melalui jabatan hal ehwal orang asli JHEOA Malaysia, koperasi akan ditubuhkan bagi memasarkan produk dengan lebih berkesan.

ketua Pengarahnya, Datuk mohd sani mistam berkata strategi tersebut adalah untuk membasmi kemiskinan dan sekaligus meningkat pendapatan isi rumah selaras dengan rancangan Malaysia Ke – 10 RMK 10.

dalam pada itu, kerajaan juga mempertimbangkan pemberian hak milik tanah kepada orang asli terutamanya untuk membantu merancakkan dalam aktiviti pertanian mereka.

sehingga tahun 2009 kadar kemiskinan orang asli ialah 50 peratus, dan menjelang tahun 2015 disasarkan penurunannya kepada 25 peratus.

datuk mohd sani berucap ketika merasmikan majlis penutupan program mesra minda negeri Perak dan Kedah di RPS Jernang, Sungkai.

program yang bermula semalam melibatkan 17 agensi kerajaan termasuk suruhanjaya pilihanraya SPR, agensi anti dadah kebangsaan AADK, jabatan pertanian, lembaga koko Malaysia dan jabatan kesihatan.

end//baizura

Tuesday, June 22, 2010

FELCRA UNTUNG

Koperasi FELCRA Seberang Perak mencatatkan keuntungan 1.83 Juta ringgit tahun ini berbanding tahun lalu 1.08 Juta ringgit.

Perningkatan sebanyak 69 peratus ini membuktikan kesungguhan para peserta dalam mengusahakan projek-projek FELCRA BHD.

Antaranya,penanaman padi,kelapa sawit dan hasil ladang.

Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2009/2010 Seberang Perak Zolkepli Samsuri berkata, para peserta juga akan memperolehi dividen sebanyak 12 peratus yang telah dicarumkan dalam akaun masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kampung Gajah.

Majlis perasmian di sempurnakan Exco Kerajaan Negeri Dato Saarani Mohamad mewakili menteri besar.

Lebih seribu yang hadir dalam mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23 melibatkan peserta-peserta koperasi rancangan FELCRA di Seberang Perak.

End//NANA

Sunday, June 20, 2010

Barisan Nasional perlu mempunyai strategi baru dengan menggunapakai metodologi terkini bagi menangkis mainan politik pembangkang.


Dan bagi menangkis mainan politik pembangkang yang dilihat sangat 'vokal' termasuk gemar memainkan startegi 'serangan peribadi', BN perlu mempunyai strategi baru dengan menggunapakai metodologi terkini.


Melihat senario itu sebagai satu lagi strategi pembangkang, Perdana Menteri berkata semua dakyah yang memutarbelitkan cerita dan memburukkan kerajaan, harus ditangani dengan bijak bagi memastikan persepsi masyarakat tidak berubah.


Perdana Menteri sempat mengaitkan permainan politik dengan perlawanan bola sepak.

Dalam berdepan pihak lawan, sesebuah pasukan tidak hanya boleh mengamalkan strategi bertahan.

Sebaliknya perlu menyerang dan menggasak kubu musuh secara habis-habisan, bagi mengelak gawang dibolosi.

[[UPSOUND :
Q IN:
POLITIK INI SEPERTI MAINAN BOLASEPAK, KITA TERUS BERTAHAN, LAMA-LAMA AKAN DIBOLOSI, KADANG-KADANG AKAN BUAT SERANGAN BALAS, TAK BOLEH BERTAHAN KENE MENTERANG
Q OUT : ]]

Pendekatan itu katanya, boleh diaplikasikan dalam menangani asakkan pembangkang yang gemar memutarbelitkan isu seperti pembelian kapal selam pertama negara, Scorpene, dan kecurian enjin pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia, TUDM, bagi mengabur mata rakyat.

End//

PM KOMPONEN

Setiap komponen dalam Barisan Nasional, BN mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan sokongan rakyat terhadap parti itu, terus kuat.

Datuk Seri Najib melihat, penglibatan semua parti komponen penting, bagi memastikan pencapaian cemerlang BN dalam pilihnaraya 2004 yang memenangi 2 per 3 kerusi di Parlimen, mampu diulangi.


Mengulas mengenai senario politik semasa, yang mengalami pasang surut, terutama trend sokongan yang diterima BN ketika ini, Perdana Menteri berkata, perkara itu sememangnya LUMRAH dalam sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

Apa yang penting, rakyat perlu bijak menilai dan menerima keadaan itu dengan matang.

Bagi BN sendiri, Perdana Menteri menggesa agar setiap pemimpin parti komponen jangan berpeluk tubuh.

Sebaliknya mereka harus memperkuat iltizam untuk bekerja lebih kuat, kerana rakyat mula menyenangi apa yang BN lakukan sekarang.

[[UPSOUND:
Q IN:
DARIPADA SEJARAH UMNO DAPA T DILIHAT KEESIMPULAN BAHAWAS JASA UMNO DAN BN KEPADA NEGARA SESIAPUN TAK DAPAT NAFIKAN DAN TELAH TERCATAT DALAM SEJARAH NEGARA. UMNO PASTI BERJASA KEPADA RAKYAT.
Q OUT: ]]

Berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datok, Datuk Seri Najib mengingatkan, rakyat mahukan pemimpin yang rendah diri, dekat dengan rakyat, mudah didekati.

Rakyat juga cenderung menolak pemimpin yang hanya bijak berkata-kata menabur janji tanpa menunaikan setiap yang dijanjikan.

Perbezaan ketara senario politik dahulu dan sekarang, mendesak pemimpin BN untuk bekerja lebih kuat demi memenuhi aspirasi rakyat yang tidak boleh digula-gulakan dengan wang ringgit, peruntukkan, apatah lagi janji-janji kosong.

Perdana Menteri berada di Perak sempena lawatan kerja sehari beliau yang bermula hari ini.

End//

KENAF KOMODITI BARU

‘Kenaf’akan di jadikan tanaman komoditi negara bermula tahun ini.

Justeru, pelbagai insentif diberikan kepada petani yang berminat untuk menceburi bidang penanaman kenaf kerana ia menjanjikan pulangan lumayan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Datuk Hamzah Zainudin berkata,melalui bantuan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara produk ini mampu dipromosikan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Dan Pameran Komoditi di Batu Kurau,Perak

Setakat ini,2 ribu hektar telah di tanam di seluruh negara antaranya Kelantan,Terengganu dan Pahang.

Penanaman kenaf akan diperluaskan di Sabah dan Sarawak

End//nana

BELIA DAN PERTANIAN

Golongan belia disaran untuk menceburi diri dalam bidang pertanian negara.

Ini kerana penglibatan golongan belia mampu meningkatkan sumber pendapatan negara di samping memberi peluang pekerjaan.

Itu antara saranan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia Datuk Hamzah Zainudin.

Katanya,kini sudah tiba golongan belia melibatkan diri dalam bidang ini agar dapat bersaing dengan negara-negara luar.

Tambah beliau,menerusi teknologi moden pengeluaran hasil komoditi dapat meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos pengeluaran.

Beliau berkata demikian di Batu Kurau.

Sektor perusahaan perladangan dan komoditi antara yang di tekankan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dalam RMK10 baru-baru ini.

END/NANA

Thursday, June 17, 2010

JPJ PERAK

JPJ

Lebih 1200 kesalahan pengguna jalan raya berjaya diselesaikan melalui taktik penyamaran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Perak di Ipoh.

Ketua Unit Operasi JPJ Perak, En. Hashim Mat Ali berkata, hasil operasi tersebut, kesalahan tidak memakai topi keledar 150 kes memandu melebihi had laju 69 kes dan 33 kes melibatkan pengguna jalan raya gagal mematuhi lampu isyarat.

En. Hashim berkata kesalahan lain yang turut menjadi tumpuan pihaknya ialah memotong di garisan berkembar, memandu dalam keadaan berbahaya, dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Pesalah diberi notis soal siasat dan dikenakan kompaun 300 ringgit bagi setiap kesalahan.

JPJ telah merangka plan operasi bagi fasa seterusnya yang melibatkan gabungan antara rondaan dan sekatan di jalan raya secara berkala.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam JPJ dan anda di perakfm hari ini.

END/IZATI/MIRA

Wednesday, June 16, 2010

RIBUT BAGAN DATOH

RIBUT BAGAN DATOH

sekurang-kurangnya 20 ribu ringgit jumlah kerugian berikutan kejadian ribut yang melanda empat buah kampung di bagan datoh petang isnin lalu.

balai Polis rungkup menerima 20 laporan berhubung kejadian itu. penduduk di kampung sungai haji Muhammad terjejas teruk akibat ribut itu..

tiga lagi kampung yang dilanda ribut, sungai tiang, kampung sungai balai darat dan kampung parit serong. masing-masing di Mukim Rungkup,

kebanyakkan kerosakkan yang dilaporkan adalah bumbung rumah yang tercabut dan terbang dibawa angin.

walau bagaimanapun, kesemua mangsa masih boleh berteduh di rumah masing-masing.

turut terjejas hasil tanaman penduduk kampung.

bancian mengenai masalah ini telahpun dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyampaikan bantuan.

END//

MAYAT MANJUNG

MAYAT MANJUNG 16.6.2010

Seorang lelaki India berusia 25 tahun ditemui orang awam mati dalam keadaan pergelangan tangan kanannya putus dan luka-luka di seluruh badan di Kampung Pasir Panjang Laut, pasir panjang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah berkata , mayat tersebut DIJUMPAI di satu kawasan longgokan sampah.

KINI pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

mayat mangsa kini di bawa ke Hopital ipoh untuk bedah siasat.

Ends

Monday, June 14, 2010

BOLA SEPAK

Sedikit berita sukan.
Pertandingan sukan antara sempadan antara Pengkalan Hulu dan Betong, Thailand.
Pasukan belia Betong memenangi perlawanan bolasepak persahabatan setelah menewaskan pasukan RELA negeri Perak dengan empat gol berbalas dua.
Hujan lebat ketika perlawanan tidak memudarkan semangat pemain.
Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang memberangsangkan. Bagaimanapun kemenangan berpihak kepada Belia Betong.
Hadiah disampaikan oleh wakil datuk bandar betong, Suzana ishak.
Acara sukan sempadan yang pertama kali diadakan ini bertujuan mengeratkan hubungan antara dua negara yang bersempadan iaitu Perak dan Thailand.

BUDAYA MEROKOK

‘Kita mesti tahu jumlah perangkaan yang lebih tepat’

Tegas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung peratusan kanak-kanak perempuan merokok berumur bawah 10 tahun.

Jelas beliau sekiranya,perkara ini berlaku tindak segera wajar di jalankan bagi membendung gejala ini dari terus berleluasa.

Justeru kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan kerana ia memberi gambaran yang tidak sihat khususnya di kalangan masyarakat sosial.

Datuk Seri Shahrizat,juga menjelaskan peranan ibu bapa adalah penting bagi memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan gejala itu

TRADISI GOTONG ROYONG

‘Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing.’
Itulah senario yang dapat digambarkan bagi penduduk Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak yang mengamalkan aktiviti kampung secara bergotong-royong.
Hamidah Arshad 48 tahun ,seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak kini menerima bantuan dari pasukan RELA dan penduduk kampung untuk membaiki bumbung rumah yang semakin uzur.
Beliau yang tidak mempunyai pendapatan tetap hanya bergantung hidup dengan mengambil upah ketika musim menuai padi dan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 3ratus ringgit.
Ternyata tradisi bergotong -royong ini masih releven untuk di amalkan pada masa kini.Aktiviti gotong-royong ini melibatkan 60 anggota RELA dan penduduk kampung.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kampung (JKK) Rancangan Tanah Belia Khas Padi Seberang Perak Encik Mokhtar Shahrudin aktiviti bergotong-royong ini akan terus menjadi tradisi kampung itu.
Beliau berkata demikian di Kampung Gajah
Dalam pada itu bagi Ketua Platun RELA Rancangan Tanah Belia Padi Seberang Perak Leftenen Isa Taib berkata kehadiran generasi muda dalam pasukan RELA merupakan pelapis di masa hadapan.
Turut hadri dalam aktiviti gotong –royong itu,Penyelaras Baiduri Parlimen Pasir Salak Datin Rohkiah Abdul Samad bagi menyampaikan sumbangan mewakili pihak Baiduri.
End//

Saturday, June 12, 2010

BUKU PENGALAMAN GAZA

Sudah tiba masanya, rakyat Malaysia bersatu menentang pencabulan hak asasi kemanusiaan yang jelas dilakukan oleh Israel tanpa peri kemanusiaan ke atas rakyat Palestin.

Bagi sukarelawan yang menyertai Misi bantuan Gaza, Pengalaman melihat sendiri kekejaman zionis akan dibukukan agar menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia.

Hasrat itu dizahirkan Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, salah seorang Sukarelawan Misi Bantuan ke Gaza yang ditahan tentera Israel baru-baru ini.

Bercakap dalam slot khas, ‘Untuk Mu Palestin’ di Radio Malaysia Perak fm, Nizar berkata, beliau bersama-sama lima lagi sukarelawan yang ditahan dalam kapal Rachel Corrie bakal menerbitkan Buku untuk rakyat negara ini khususnya generasi muda.

Terbitan itu akan memperincikan peristiwa dalam tahanan tentera Zionis di Bumi Israel dan kesengsaraan rakyat Palestin.

Upsound:
Q In: rugi jika sekiranya tidak direkodkan atau dibukukan

Q Out: dan insyallah kami akan berkumpul 6 orang dan akan buat catatan buku.

Super: Nizar Zakaria, Ahli parlimen Parit

Pengalaman beliau menyaksikan sekatan terbaru Israel ke atas beberapa kapal dalam misi kemanusiaan ke Gaza ditahan di perairan antarabangsa.

Walaupun kecewa kerana hasrat untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin tidak kesampaian, beliau tetap bersemangat untuk menyertai misi itu lagi dimasa akan datang.

End//

DEMAM BOLA PERAK

Di Perak.... fiesta piala dunia diadakan di di Dataran Menara Condong, Teluk Intan sepanjang berlangsungnya kejohanan.

Sesuai dengan lokasinya sebagai kawasan tarikan pelancong....skrin besar dipasang di dataran ini supaya penonton dapat menyaksikan setiap perlawanan dengan lebih jelas.

Selain itu pelbagai gerai jualan juga disediakan bagi kemudahan orang ramai.

Fiesta yang berteraskan konsep Perak Aman Jaya ini dijangka dihadiri seramai 300 ribu orang.

Selain tayangan siaran langsung turut diadakan aktiviti bersukan serta pameran manakala pada setiap hari sabtu dan ahad diadakan 'MINI SOCCER' di Stadium Mini Teluk Intan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan, Aminudin Hashim, program ini bukan sahaja akan menjadi tarikan pelancong malah dapat meningkatkan ekonomi rakyat tempatan.

UPSOUND:
Q IN: SUPAYA KITA DAPAT MEMBAWA APA YANG DIPANGGIL MEMBERI PELUANG BERKUALITI,…

Q OUT:…PENDAPATAN YANG BERKUALITI DAN KEHIDUPAN YANG BERKUALITI.

SUPER: AMINUDIN HASHIM, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INSTITUT DARUL RIDZUAN,

end//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

Friday, June 11, 2010

“extravaganza One Alumni” PPUO

“extravaganza One Alumni” PPUO


“extravaganza One Alumni” anjuran julung kali jawatankuasa Alumni Politeknik Premier Ungku Omar, PPUO menyasarkan 500 bekas pelajar menjayakannya.

pengerusi Alumni PPUO, ir Mazelan mansur berkata, program itu sepenuhnya melibatkan golongan belia.

walaupun bilangan ahli seramai empat ribu 500 orang, namun aktiviti sebelum ini terbatas kepada ahli senior sahaja.

dalam sidang media yang sama, pengerusi “extravaganza One Alumni” Muhammad ashraf zakaria berkata usaha ini adalah inisiatif memperkenalkan dan menggerakkan imej alumni PPUO secara menyeluruh.

sehingga kini penyertaan program ini diterima amat memberansangkan. malah ia terbuka kepada semua bekas pelajar PPUO sejak dari penubuhannya.

extravaganza One Alumni akan diadakan pada 31 Julai depan di Lost World Of tambun.

selain itu, turut dianjurkan perlawanan futsal dan perlawanan bowling.
masing-masing diadakan pada 25 Jun dan 3 Julai.

maklumat mengenai program ini boleh menghubungi mohd asraf di talian 012 501 3630 atau daud adam 017 532 2548.

end//baizura

Wednesday, June 9, 2010

LARIAN ANTARABANGSA IPOH 2010

IIR JULAI

12 kategori dipertandingkan pada larian antarabangsa Ipoh 2010 yang akan berlangsung pada 18 Julai depan.

antara kelainan kali ini, pengamal media dari seluruh negara menyertaian dalam kategori media.

hadiah yang ditawarkan, wang tunai bernilai seribu ringgit.

datuk Bandar ipoh, datuk roshidi hashim berkata setakat ini penyertaan diterima sangat menggalakkan, ia termasuk penyertaaN antarabangsa dari singapura, Thailand, Kenya, dan Indonesia.

dijangka 12 ribu peserta menyertai larian ini dan ia berdasarkan kejayaannya yang dianjurkan sejak 25 tahun lalu.

datuk roshidi ditemui di Ipoh.

larian terbuka kepada mereka lelaki dan wanita berumur 13 hingga 50 tahun.

tarikh tamat pendaftaran adalah pada 12 julai 2010

pendaftaran juga boleh dibuat menerusi portal MBI di www.mbi.gov.my atau hubungi talian 05-208 3377 atau 05-208 3243 atau 05 208 3247.


end//baizura

BAIDURI- DR MASHITAH

belum tentu dengan menghantar anak ke sekolah agama dapat menghindar gejala sosial negative berlaku.

sebaliknya, penyelesaian masalah itu harus ditangani bersama tidak kira samada keluarga mahupun masyarakat luar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan, masing-masing kelompok masyarakat berperanan dan mempunyai tanggungjawab sosial.

tiada istilah menunding jari dan mencari kesalahan orang lain dalam isu gelaja negative.

malah, mendidik anak-anak merupakan proses sepanjang hayat tanpa limitasi.

datuk dr mashitah mengulas perkara itu selepas menyampaikan ceramah pada forum agama bertajuk Kemelut Remaja: Peranan Keluarga dan Masyarakat.

turut diundang sebagai penceramah Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

forum anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Perak, Baiduri ini disertai seribu orang termasuk Yang Dipertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli.

END//

LEMBAH LENGGONG

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, UNESCO akan mengistiharkan kawasan lembah Lenggong di perak sebagai tapak warisan dunia.

Kerajaan negeri akan mengadakan kerjasama dengan pihak UNESCO, bagi mempromosikan kawasan lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia.

Ini terbukti menerusi penemuan “Perak Man” di Lenggong.

Menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, pengistiharaan Lenggong sebagai kawasan sejarah tapak dunia mampu menarik lebih ramai bilangan pelancong berkunjung ke negeri ini.

Tambah beliau kawasan yang wujud sejak 1.83 juta tahun yang lalu merupakan tapak penemuan tamadun terawal dunia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di Teluk Intan hari ini.


End// Nur Aimidiyana Zuher

FORUM REMAJA

Masalah gejala sosial yang semakin berleluasa harus ditangani dengan segera dan berkesan.

Ini kerana tanpa tindakan yang sewajarnya masalah ini akan lebih membimbangkan berikutan remaja adalah pengerak utama negara.

Menurut Pengerusi Badan Amal Negeri Perak, BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli sekiranya ibu bapa dan masyarakat hanya mampu bimbang dengan masalah ini namun tiada usaha ia tidak dapat mengatasi masalah yang berlaku.

Oleh itu amat penting kesedaran semua pihak membanteras masalah gejala sosial di kalangan remaja kerana remaja merupakan aset negara yang sangat bernilai dan harus dijaga.

Justeru memandang serius masalah yang melanda pada hari ini pihak Baiduri telah menganjurkan forum agama yang berlangsung pada pukul 9 pagi tadi di dewan serbaguna di kediaman Menteri Besar Perak.

Forum di sampaikan oleh dua panel iaitu Ustazah Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

PENGALAMAN GAZA

Kepulangan Ahli Parlimen Parit, Yb Nizar Zakaria yang merupakan salah seorang sukarelawan negara yang menyertai misi ke Gaza dinanti-nantikan seluruh penduduk Parit.

Sebagai menghargai pengorbanan Yb Nizar, majlis menyambut kepulangan beliau diadakan di Rumah Rehat Cempakasari, Parit.

Menurut Yb Nizar Zakaria sepanjang berada di sana biar pun beliau dilayan dengan kejam namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan.

Detik mencemaskan apabila radar kapal yang dinaiki beliau tidak dapat berfungsi adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jelas Yb Nizar, misi sukarelawan ini merupakan tanggungjaawab semua negara dan ia tidak akan berhenti disini sahaja.

Turut hadir Ahli Dewan Udangan Belanja, Dato’ Mohd Zaim Abu Hasan dan Adun Bota, Dato Nasarudin Hashim.


End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

Tuesday, June 8, 2010

FIESTA PIALA DUNIA

FIESTA PIALA DUNIA 8

BERITA SUKAN

HANYA tiga hari lagi kemuncak piala dunia kian dirasai.

sebanyak 64 perlawanan bakal ditontonkan kepada peminat bola sepak.

program ‘Perak AmanJaya Fiesta Piala Dunia 2010’ antara anjuran untuk menyemarakkan kejohanan berprestij itu.

Teluk Intan menjadi lokasi pilihan untuk menganjurkan program itu yang bermula dari 11 Jun hingga 12 julai.

tumpuannya ialah di Dataran Menara Condong, Arena Square Teluk Intan, dan padang bola sepak Speedy.

Exco belia dan sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung termasuk, permainan futsal, tayangan video mengenai bola sepak dan juga sejarah bola sepak.

juga disediakan skrin besar bagi menyaksikan 12 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak piala dunia berlangsung.

bagi memriahkan fiesta itu, datuk zainol fadzi berkata 50 tapak niaga ditawarkan secara percuma.

Dianggarkan fiesta ini dihadiri 500 ribu pengunjung.

Perak AmanJaya Fiesta Piala Dunia 2010’ adalah anjuran bersama kerajaan negeri dengan institut darul ridzuan (I-D-R) dan super economy .com.

END//nana

CCTV TEMBAK

CCTV TEMBAK

mulai 1 julai depan, 24 buah kamera litar tertutup, CCTV akan beroperasi sekitar Bandaraya Ipoh.

pengawasan 24 jam itu akan dipantau oleh bahagian penguatkuasa Majlis bandaraya Ipoh MBI dan ibu pejabat daerah IPD Ipoh .

Datuk bandar ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihaknya juga akan meletakkan papan tanda di setiap zon yang ditempatkan CCTV.

sekiranya didapati pemasangan CCTV itu tidak sesuai, ia akan diubah ke tempat lain.

lokasi pemasangan mengambil kira kawasan tumpuan orang awam, serta kekerapan jenayah yang berlaku di kawasan tersebut.

dalam pada itu, inisiatif ini diakui dapat membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah.

terdahulu datuk roshidi merasmikan pertandingan menembak anjuran majlis bandaraya Ipoh MBI sempena sambutan 22 tahun bandar itu di Institut latihan TUDM.

pertandingan ini melibatkan 14 agensi kerajaan dengan penyertaan hampir 100 pesertai termasuk tetamu kehormat. kategori ayng dipertandingan ialah sasaran tepat dan kategori jatuh piring.

turut sama menyertai pertandingan ini, ketua polis Perak datuk zulkifli Abdullah.


end//baizura

MARITIM MALAYSIA

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM mengadakan jalinan kerjasama dengan United States Coast Guard, USCG bagi memantapkan operasi pengairan negara.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3,DM3, Kapten Maritim Ang Cheng Hwa berkata melalui usahasama ini para pegawai maritim diberi latihan yang lebih jitu.

Latihan ini melibatkan 40 anggota dari APMM dan USCG dengan melibatkan 4 kapal Maritim Malaysia dan sebuah kapal USCG.

Kapten Ang ditemui di pengkalan maritim Lumut.

Ini kali pertama Pengkalan Lumut dipilih menganjurkan eksesais sebegini. Program ini bermula hari ini dan berakhir 11 Jun depan.


End//Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

OPS KUTU RAYAU

Majlis Bandaraya ipoh, MBI mengadakan operasi menyelamatkan pengemis dan kutu rayau malam tadi di sekitar Ipoh.

ia bertujuan memelihara imej bandar ini ke arah Ipoh bersih, hijau dan membangun.

ketua operasi yang juga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Encik Mohd Mahir Mohd Tahir berkata, seramai 58 kutu rayau berjaya ditahan.

Lapan daripada didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Manakala, 39 yang ditahan diletakkan dibawah Perintah Tahan Sementara mengikut Seksyen 3 fasal 2 Akta orang Papa 1977 selama sebulan.

Dalam pada itu, 11 yang lain ditahan diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing.
Kebanyakkan mereka ialah kutu rayau.

Menurut encik mohd mahir, operasi ini dibantu 140 anggota penguatkuasa daripada lapan buah agensi iaitu MBI, Agensi Anti Dadah Kebangsaaan Daerah Kinta (A-A-D-K),Jabatan Pendaftaran Negara JPN Negeri Perak, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Perak, Pejabat Kesihatan, RELA dan pasukan Polis daerah Kinta.

Operasi berakhir pukul 5 pagi.

End//Nur Aimidiyana Zuher

Monday, June 7, 2010

LAP AIR BAWAH TANAH

LAP AIR BAWAH TANAH 7.6.2010
4 PTG

lembaga air perak LAP mengambil inisiatif mengenakan lesen bagi pengusaha yang terlibat dengan pengambilan sumber air bawah tanah.

menurut Pengerusi LAP, datuk seri dr zambry abdul kadir pada dasarnya pengusaha setuju atas cadangan itu.

tambahan pula, kadar air yang dikenakan adalah rendah hanya 11 sen per meter kubik.

jelas datuk seri dr zambry, cadangan baru itu akan dilaksanakan setelah kajian secara teliti dibuat.

LAP kini mengenal pasti pengambilan air bawah tanah tanpa lesen giat dilakukan di utara perak.

terdahulu datuk seri dr zambry mempengerusi mesyuarat ahli lembaga LAP di ipoh.

bermula 1 januari hingga 30 april 2010, LAP mencatatkan keuntungun bersih jualan air sebanyak 88 perpulahan sembilan empat juta ringgit.

ia meningkat melebihi lapan peratus berbanding tahun lepas pada tempoh yang sama.

END//

Saturday, June 5, 2010

GULA ADA

GULA 05/06/2010
4PTG

Tiada masalah mendapatkan bekalan gula di Perak.

perkara itu diumumkan Penolong Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan negeri, encik abdul madi wahab.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak membeli gula secara berlebihan kerana tindakan sedemikian akan menimbulkan panic kepada pengguna lain.

Bagi meyakinkan bekalan gula cukup, PDNKK mengedarkan gula di kedai-kedai runcit,pasar tani dan pasar malam.

Setakat ini, 20 tan matrik gula diedarkan secara terus kepada orang ramai.

Encik abdul madi ditemui di Pasar tani Stadium indera Mulia di ipoh.
Hari ini PDNKK menyediakan dua tan metric gula untuk dijual kepada orang ramai dengan harga seringgit 65 sen sekilogram.

Namun, jika terdapat sebarang kesukaran memperoleh bekalan gula, pengguna boleh menghubungi terus bilik gerakkan P-D-N-K-K di talian 05-249 3403.

End//

Friday, June 4, 2010

CUKAI TAKSIRAN

CUKAI TAKSIRAN 5.6.2010
8 PG

70 peratus tunggakan cukai taksiran bagi tahun 2009 masih gagal dilangsaikan oleh rakyat di Perak.

ia menjadikan jumlah tunggakan yang masih terkumpul setakat ini melebihi 41 juta ringgit.

walaupun kerajaan negeri menyasarkan 30 peratus kutipan dibuat, namun jika tiada kesedaran daripada rakyat, maka ia akan membantutkan pembangunan di negeri ini.

exco kerajaan tempatan, dato dr mah hang soon berkata PBT akan mengambil tindakan tegas jika ada pihak yang masih melengahkan bayaran walaupun setelah diberi notis dan amaran.

setakat ini, majlis pebandaran kuala kangsar dan gerik menunjukkan kutipan memberansangkan iaitu melebihi 50 peratus.

terdahulum dato Dr Mah merasmikan pelancaran tunggakan sifar 2010 dan penyampaian bantuan kemiskinan bandar di majlis perbandaran taiping.

seramai 20 penerima bantuan kemiskinan diberikan. setiap mereka menerima seribu 488 ringgit untuk bantuan selama setahun.

end//baizura

MB MBE

MB MBE 4.6.2010
4 PTG

Kerajaan negeri Perak akan mengerakkan program dan dasar-dasar pertumbuhan berlandaskan pendekatan 3 (D)
(Distance, Division dan Density ) Kepadatan, Jarak dan kesempadanan sebagai usaha untuk mencapai pembangunan seimbang.

3 aspek utama ini akan diguna dalam memacu rangkaian pertumbuhan dan pembangunan diseluruh pelusuk negeri.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Institut Darul Ridzuan (IDR) telah dipertanggungjawab bagi merangka serta memastikan dasar keterangkuman dan kemampanan pertumbuhan berjalan dengan lancar.

Jelasnya lagi, kesan daripada pelaksanaanya nanti akan memberi impak kepada 3 Q iaitu peluang , pendapatan dan kehidupan yang berkualiti.

Ia sejajar dengan Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan mentransformasi ekonomi ke baru berteraskan kepada pendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Kedudukan Perak dalam Model Baru Ekonomi MBE di Ipoh.

Forum ini dihadiri lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, peniaga dan ahli ekonomi.

end//HAKIMIE

PLKN KUMPULAN TIGA

PLKN KUMPULAN TIGA 4.6.2010
4 PTG

seramai 54 ribu pelatih bakal menjalani program latihan khidmat Negara PLKN kumpulan 3 yang akan berdaftar 19 Jun ini.

12 ribu daripadanya adalah pelatih tangguhan tahun 2004 hingga 2006.

ketua pengarah jabatan latihan Khidmat negara JLKN, datuk abdul hadi awang kechil berkata, bakal pelatih PLKN boleh muat turun notis panggilan daripada laman sesawang JLKN sekiranya tiada sebarang notis yang diterima.

tindakan itu bagi memudahkan segala urusan pendaftaran termasuk permintaan pengecualian dan penangguhan.

jelas datuk abdul hadi, setakat ini sebahagian pelatih untuk kumpulan tiga itu telahpun diberikan notis.

bermula November tahun lepas, JLKN mewartakan akta baru bagi pelatih yang ingkar menjalani PLKN. denda yang dikenakan adalah hukuman menjalani khidmat masyarakat tidak lebih 240 jam.

JLKN juga akan membuat laporan polis berhubung kes itu.

bagi kumpulan kedua pelatih PLKN, mereka akan menamatkan latihan 11 jun ini.

datuk abdul hadi berkata demikian di kem PLKN Nilam ehsan, tapah.

end//

Thursday, June 3, 2010

SOLAT HAJAT GAZA

Kekejaman yang dilakukan Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza menyentuh perasaan rakyat Malaysia.

Seluruh negara mendoakan keselamatan kesemua anggota misi kemanusiaan itu khususnya dari Malaysia.

Di Perak Tengah, satu majlis bacaan yassin perdana dan doa selamat diadakan di Masjid Radiatul Marziah, Parit malam tadi.

Majlis diadakan bagi mendoakan kesejateraan pasukan sukarelawan di Gaza yang turut dianggotai oleh ahli Parlimen Parit, Encik Nizar Zakaria dan sukarelawan Perdana Global Peace Organisation PGPO, ahmad Faizal Azumu.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib diikuti solat hajat dan bacaan Yassin dengan dihadiri seramai 600 penduduk di kawasan tersebut.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

ANUGERAH CEMERLANG

Tumpuan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan perkhidmatan awam dibuat secara berterusan bagi memastikan ia terus relevan dan berdaya saing.

Sehubungan itu penjawat awam perlu meningkatkan tahap prestasi dan bekerja dengan penuh integriti.


Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim berkata pembangunan modal insan menjadi penggerak utama produktiviti negara.

Menurutnya anggota yang komited penting dalam memacu jentera pentadbiran negeri yang cekap.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang perkhidmatan awam negeri Perak di Ipoh.


Datuk Seri Dr Abdul Rahman berkata anugerah yang diberikan bukan sekadar menghargai jasa penerima malah menggalakkan lagi prestasi penerima supaya lebih berdaya saing.

Perkhidmatan awam negeri perak adalah antara yang terbaik dalam negara.

Seramai 65 menerima anugerah ini yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

PENCEROBOHAN TANAH

Pejabat Tanah dan daerah tapah, menarik lesen penempatan sementara T-O-L terhadap Sembilan orang penduduk di Chenderiang.

Ia berikutan sangkaan bahawa penduduk di situ telahpun melanggar syarat penempatan dengan mengusahakan tanaman mangga.

Namun sebaliknya, penduduk mendakwa, perbuatan tersebut dilakukan sebuah syarikat tempatan yang tidak bertanggungjawab menceroboh kawasan penempatan itu.

Memandang serius masalah yang berlaku exco kerajaan tempatan Dato’ Dr Mah Hang Soon, mengarahkan pejabat tanah dan daerah Tapah memperoleh maklumat terperinci berkaitan syarikat yang terlibat dengan kes berkenaan.

Ia kerana dipercayai syarikat tersebut turut terlibat dengan aktiviti pencerobohan di beberapa kawasan lain sekitar negeri Perak.

Buat masa ini, penduduk di Chendering telahpun membuat laporan polis tentang kejadian tersebut.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

ROMBAKAN KABINET

Rombakan kecil Kabinet menunjukkan keseimbangan dalam mengisi kekosongan quota yang ada.

Pandangan itu diajukan menteri Besar Perak, Dato’ Seri dr Zambry Abd Kadir.

Beliau yakin dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perubahan itu dapat memantapkan pentabdiran negara sekaligus melaksanakan tugasan dengan lebih efisen.

dengan lantikan itu, Dato’ Seri Dr Zambry turut mengharapkan agar harapan dan dasar kerajaan untuk membangunkan rakyat dapat dicapai.

Dato’ Seri Dr Zambry berkata demikian di ipoh.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

PENYERAHAN BENDERA SUKMA

Sukan Malaysia Sukma di Melaka.

Kerajaan negeri memberi tambahan insentif kepada atlit yang berjaya memperoleh pingat pada kejohanan tersebut.

Bagi acara perseorangan yang memenangi pingat emas akan menerima 3 ribu ringgit diikuti pemenang pingat perak 2 ribu ringgit dan seribu ringgit pingat gangsa.

Manakala bagi acara berkumpulan pemenang pingat emas akan menerima insentif 2 ribu ringgit, pingat Perak seribu 500 ringgit dan gangsa seribu ringgit. Masing-masing untuk seorang.

Pada kejohanan kali ini, kontijen Perak menyasarkan 35 pingat emas untuk diraih.

Berikutan itu menteri Besar Perak, Dato’ Seri dr Zambry Abd Kadir yakin sasaran itu boleh dicapai ekoran atlet yang bertanding kebanyakkannya adalah atlet yang pernah mewakili negara dalam kejohanan sukan sea di Loas tahun lalu.

Beliau ditemui di majlis penyerahan bendera kontinjen Perak kepada 33 pengurus yang akan menyertai Sukan Malaysia Sukma di Ipoh.

Dalam pada itu, buat pertama kalinya Perak akan menghantar pasukan sorak dalam kejohanan itu yang bakal berlangsung mulai 10 hingga 19 Jun ini di Melaka.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

INDUSTRI PERLOMBONGAN

Perkembanghan ekonomi.

Kerajaan negeri mengenal pasti industri perlombongan sebagai sektor yang dapat meningkatkan ekonomi.

Dalam usaha itu Perak berharap kerajaan Persekutuan mengemukakan dasar yang lebih konstruktif bagi industri berkenaan.

Terlebih dahulu Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan memastikan deposit sebenar negeri ini sebelum mengumumkan industri perlombongan sebagai sektor utama di perak.

Ia kerana bergantung kepada kuantiti mineral yang ada di negeri ini.

Terkini dilihat industri timah boleh bangkit semula berikutan kenaikan harga yang semakin stabil di pasaran dunia sehingga mencecah tujuh belas ribu enam ratus US Dolar setan metrik.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

Wednesday, June 2, 2010

MISI GAZA

MISI GAZA 2.6.2010

Misi bantuan ke Gaza.

Setelah dikejutkan dengan berita serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara, negara berasa lega menerima berita bahawa kesemua rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi itu selamat.

Perakfm berpeluang berhubung dengan ahli Parlimen Parit, Encik Nizar Zakaria; Ahmad Faizal Azumu dan Shamsul Akmar Musa Kamal menerusi perbualan telefon selama 10 minit hari ini.

Kapal yang dinaiki mereka Rachel Corri kini berada di perairan Mediterranean, 200 batu nautika dari perairan antarabangsa menuju ke Gaza.

Dalam perbualan telefonnya, Encik Nizar berkata misi itu akan diteruskan. Kejadian yang berlaku tidak akan mematahkan semangat mereka. Namun sekiranya terdapat tekanan berterusan daripada Israel, pasukan itu akan berpatah balik ke Cyprus.

Kapal itu disertai 20 anggota misi terdiri 5 dari Malaysia, 6 dari Sepanyol dan turut disertai mantan penolong setiausaha agung PBB.

Sementara itu satu majlis bacaan yasin dan doa selamat akan diadakan di Masjid Parit, Perak Tengah selepas maghrib malam ini.

end /ros

MALAM MEDIA

Peranan media sebagai rakan kongsi kerajaan membantu transformasi kerajaan.

Jalinan kerjasama antara media dan kerajaan telah mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini.

Sebagai menghargai jasa media Majlis Bandaraya Ipoh mengadakan Malam Media Massa kali ke 10.

Dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara media dan kerajaan.

Disamping itu media sebagai medium penyampai maklumat dapat menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dengan adanya penghargaan sebegini.

Majlis makan Malam Media Massa telah diadakan di Taman Rekreasi Gunung Lang dengan dihadiri semua media di Ipoh.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Pengerusi hal ehwal pengguna, Dato’ Dr Mah Hang Soon, dan Pengarah penyiaran Negeri Perak, Puan Noraini Idris.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

KEGANASAN RUMAH TANGGA

Semua pihak memandang serius untuk membanteras jenayah keganasan rumah tangga.

Oleh itu Polis Diraja Malaysia, PDRM mengambil inisiatif menubuhkan unit baru iaitu D-11, sebuah unit cawangan seksual wanita dan kanak-kanak dan dikendalikan oleh pegawai polis wanita sahaja.

Ia bertujuan memberi perlindungan kepada golongan wanita yang teraniya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri melalui Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan memperuntukkan 100 ribu ringgit bagi tujuan yang sama.

Pengerusi jawatankuasanya Dato’ Hamidah Osman berkata pihaknya turut menubuhkan pusat perlindungan yang telahpun beroperasi dan diletakkan di bawah kendalian badan bukan kerajaan NGO.

Bagi memastikan golongan wanita dan kanak-kanak dibantu, Jelas datuk Hamidah memberitahu mulai bulan depan sesi dialog bersama NGO dan agensi kerjaan akan dibuat. Ia bagi melaraskan aktiviti jabatan.

Datuk hamidah berkata demikian di ipoh.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

BABY HATCH CENTER

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan negeri mengenal pasti sebuah pusat perlindungan di Jalan Sultan Azlan Shah untuk dijadikan Pusat jagaan bayi tidak diingini atau Baby Hatch Center.

Pengerusi Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dato’ Hamidah Osman berkata pusat itu kini sedang dalam proses pembaikpulih.

Jelas beliau lagi, pihaknya bersetuju menyerahkan pusat tersebut kepada badan bukan kerajaan NGO Women For Women untuk dikendalikan.
Menurut Dato’ Hamidah, Baby Hacth ditubuhkan bagi mengurangkan jenayah pembuangan bayi.

Turut mengambil insiatif yang sama dengan mewujudkan Baby Hatch Center.Hospital Pakar Ipoh.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

Tuesday, June 1, 2010

ZIONIS PEMUDA PERAK

REAX ZIONIS

Pemuda UMNO Perak pula mendesak kuasa besar dunia bertindak ke atas regim zionis yang melakukan serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Maslin Sham Razman mendakwa sekurang-kurangnya 3 ahli UMNO perak menyertai misi bantuan itu terkandas.

[[ UP SOUND: [[20 sec]]
Q IN : tindakan ganas ini merupakan tamparan kepada kuasa besar dunia terutamanya amerika di bawah presiden Barrack Obama yang menjanjikan pembaharuan dasar luar yang lebih adil kepada umat islam.
Q OUT : ….yang lebih adil kepada umat islam]]

Sempena sambutan Hari Belia peringkat negeri Perak 3 Jun ini, pihaknya akan mengadakan solat hajat di kediaman Menteri Besar Perak.

Dalam pada itu, demonstrasi membantah tindakan ziionis itu akan diadakan di hadapan kedutaan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB di Kuala Lumpur hari ini.

Demostrasi itu akan diketuai pergerakkan Pemuda UMNO akan turut menyerahkan memorandum mengutuk keras tindakan rejim zionis menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Palestin.##