Tuesday, November 10, 2009

SUKAN ISU BOLA

SUKAN MB


SEDIKIT BERITA SUKAN.

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) perlu menangani masalah persatuan itu untuk melayakkan diri bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata demi menyelamatkan maruah pasukan bola sepak negeri, mereka yang memegang amanah dalam PAFA itu perlu segera menyelesaikan masalah
yang dihadapi.

Beliau tidak mahu memberi ulasan berkaitan perkara itu kerana ia diluar bidang kuasanya. Namun, beliau berharap agar ada jalan penyelesaian demi masa depan pasukan yang suatu ketika dahulu gah di negara ini.

Datuk Seri Dr Zambry mengakui ada pemain dan kelab penyokong bola sepak Perak bertemu beliau berhubung masalah yang dihadapi oleh PAFA kini.


end//

BANGUNAN RUNTUH FAIR PARK

SUSULAN FAIRPARK

Susulan kejadian tragedi bangunan runtuh di Fair Park, bulan lepas.

Polis berhak bertindak terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat secara langsung berkaitan tragedi tersebut..

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, laporan berhubung tragedi berkenaan sedang disiapkan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Menurutnya, sekiranya laporan berkenaan mengemukakan bukti-bukti kukuh, polis berhak bertindak terhadap mereka yang disyaki terlibat dalam tragedi berkenaan.

Datuk dr Mah ditemui media selepas majlis perasmian Program Alzheimer Disease Foundation Malaysia (ADFM) Memory Walk di Ipoh.

Dalam kejadian pada Oktober lalu, dua maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki, dihempap bangunan Fair Park yang tiba-tiba runtuh.


END//

SAMBUNGAN K-I-K

Sementara itu, RTM Sarawak turut bertanding dalam kategori teknikal di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Ini merupakan kali pertama RTM menyertainya.

Di kenali sebagai kumpulan optik, mereka mempertandingkan Sistem kawalan isyarat analog (KAISAN) yang bertindak sebagai penimbal untuk menghalang Kad Analog Digital (A/D) mengalami kerosakan dan menjejaskan siaran radio RTM.

Menurut Ahli Kumpulan Optik, Sanawi Abdul Rahman berkata, sistem yang menggunakan bahan yang sedia ada dapat menjimatkan kos yang dialami serta membuat penambahbaikan kepada sistem yang ada di jabatan tersebut.

Pemangku Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak Hj Monshi Abdullah pula berkata idea itu akan ditawarkan kepada jabatan lain yang mempunyai masalah yang sama.

Kakitangan perlu proaktif dengan masalah yang dihadapi menggunakan kreativiti dari setiap kakitangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.


End//

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

Zambry kik

Ketika merasmikan konvensyen KIK perkhidmatan awam peringkat kebangsaan ke-26 di ipoh datuk seri dr zambry berkata penjenamaan semula kumpulan mutu kerja (KMK) kepada kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) merupakan transformasi perkhidmatan awam.

KIK itu menjadi satu anjakan paradigma ke arah perkasakan anggota perkhidmatan awam ke arah pembudayaan ilmu, pembentukan sikap dan kemahiran serta budaya kerja cemerlang.

Menurutnya, elemen inovasi dan kreativiti itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan seperti yang disarankan oleh perdana menteri, datuk seri najib tun razak.

Tema konvensyen KIK: penggerak kreativiti, inovasi dan produktiviti itu sendiri dapat melahirkan penjawat awam yang mempunyai daya pemikiran dan produktiviti tinggi.

ia juga merupakan medan untuk mengenalpasti perubahan terhadap sistem dan proses kerja serta meningkatkan pencapaian organisasi.

Beliau berharap, produk-produk yang dipertandingkan dalam konvensyen itu dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan dalam jabatan kerajaan.

End//

MB NGO

MB NGO

Badan-badan bukan kerajaan N-G-O perlu bersama dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan semangat 1 malaysia dalam memberi kebajikan secara menyeluruh.

Menteri Besar perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dengan adanya kesefahaman dengan NGO, peruntukan yang disediakan khas kepada rakyat yang memerlukan dapat diberikan dengan sebaiknya.

Menurutnya, usaha kebajikan dari semua pihak merupakan konsep tanggungjawab bersama kerajaan negeri untuk melihat lebih dekat lagi masalah yang dihadapi oleh rakyat secara menyeluruh selaras dengan matlamat kerajaan kebajikan.

Datuk Seri Dr Zambry berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agong majlis pembangunan masyarakat negeri perak di Ipoh.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak 370 ribu ringgit kepada 64 buah pertubuhan NGO.

end//