Tuesday, December 29, 2009

PEMANDU DITUDUH

MAHKAMAH PUTUS

Mahkamah Khas Trafik semalam memutuskan...3 Februari tahun depan ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan pemandu bas Sani Ekspres, Mohd Kamil Mohd Rashid.

Dia didakwa atas tuduhan memandu secara merbahaya, sehingga menyebabkan 10 penumpang terkorban Sabtu lalu, di Kilometer 280.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ipoh.

Majistret Mahkamah Khas Trafik, Mohamed Ruhizat Abdullah turut mengarahkan lesen tertuduh digantung serta-merta sehingga kes selesai.

Kes didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 1999, yang membawa kepada hukuman penjara antara 2 hingga 10 tahun serta denda antara lima hingga 20 ribu ringgit.

Tertuduh meminta kesnya dibicarakan.

Majistret menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak 20 ribu ringgit dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, tertuduh merayu supaya ikat jaminnya dikurangkan kerana dia tiada rekod jenayah dan mempunyai jumlah tanggungan yang ramai.

End//baizura##

ESPN TONTON

ESPN TONTON

program international eco adventures perak amanjaya kini dapat ditonton melalui saluran ESPN selama sejam bermula pukul 5 hingga 6 petang.

jumlah penonton yang dianggarkan mencecah 1.3 billion orang khususnya di rantau asia pasifik dan India.

buat permulaan sukan bertaraf dunia ini akan dipertontonkan tiga kali seminggu bermula 29 hingga 31 disember ini selama tiga bulan.

perkara ini diumumkan oleh ketua eksekutif institut darul ridzuan i-d-r, aminuddin hashim yang terlibat dengan program ini ada majlis makan malam penghargaan international eco adventures perak amanjaya di PTTC, Meru raya.

aktiviti pertama kali yang diadakan di luar benua eropah dan amerika ini telahpun diadakan pada 1 disember lalu dengan penyertaan daripada 16 pasukan termasuk dari luar negara seperti singapura, Sweden, dan amerika syarikat.

dengan lokasi yang terpilih sekitar Perak, aktiviti ini diadakan selama seminggu yang bermula dari tasik Banding dan berakhir di Pulau Pangkor. ia melibatkan aktiviti berenang, berkayak dan berbasikal.

pertandingan tersebut dijuarai pasukan dari Sweden, malah turut dibanggakan pasukan dari Malaysia menduduki tempat keempat.

dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan menjalinkan usahasama dengan pihak ESPN untuk mempromosikan secara langsung destinasi pelancongan negeri ini.

end//baizura

Monday, December 28, 2009

PERSATUAN PENDUDUK

PERSATUAN PANGSAPURI

Menerusi persatuan penduduk, ia dilihat dapat menyelia dan menguruskan aktiviti setempat dengan yang lebih baik dan teratur.

Perkara ini dicadangkan oleh datuk Bandar ipoh, dato roshidi hashim berikutan beberapa penempatan yang tidak mempunyai pengurusan yang baik khususnya melibatkan kawasan pangsapuri.

Beliau yang ditemui ketika mengadakan program sehari bersama penduduk pekan lama di Kinta Heights, Ipoh berkata, jika persatuan penduduk ini ditubuhkan ia dapat memudahkan jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan p-b-t. segala urusan dan masalah dapat ditangani secara terus.

Di ipoh, Flat buntong harmoni merupakan satu-satunya kawasan yang telahpun menubuhkan persatuan berkenaan.

Dengan adanya persatuan ini, terutamannya aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan kerana ia dilihat sebagai salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan perumahan pangsapuri.

Di majlis yang sama, dato roshidi turut menyampaikan anugerah kepada 20 murid cemerlang tahun empat dan lima sekolah jenis kebangsaan cina Perak serta bantuan kepada penduduk miskin.

End//baizura

ROMPAK TUMPAS

ROMPAKAN TUMPAS

Polis Perak berjaya menumpaskan satu rompakan melibatkan wang tunai berjumlah 580 ribu ringgit di Ipoh tengahari ini berikutan tertangkapnya dua daripada lima perompak terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata dalam kejadian pada pukul 1.00 tengahari itu, dua perompak menyamun beg mengandungi wang tunai dari sebuah van keselamatan di Bercham, Ipoh.

Wang tersebut merupakan kutipan daripada beberapa premis perniagaan di sekitar Ipoh.

Sebaik menerima laporan dari orang awam, pihak polis bertindak dan berjaya mengesan kereta yang digunakan perompak berkenaan di Jalan Gopeng – Kampar.

Dua pengawal dari syarikat keselamatan dan dua anggota polis mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Pihak polis berjaya memperolehi semula beberapa beg mengandungi wang tunai dan ‘pump gun’ yang dirampas oleh perompak terbabit. Jumlah wang bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Polis masih meneruskan siasatan memburu 3 lagi perompak. Orang ramai diminta menghubungi pihak polis sekiranya menemui tiga lelaki yang mencurigakan yang menggunakan kenderaan Toyota Alphard.

End//rosmawati

Sunday, December 27, 2009

DR ZAMBRY MIMBAR

ZAMBRY-MIMBAR

Mimbar permuafakatan Ibu Bapa Kebangsaan (MAPIM) dilihat dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara ibu bapa dan guru-guru di sekolah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Mimbar akan dijadikan landasan dalam membantu kerajaan negeri memantapkan lagi bidang pendidikan.

Beliau berkata sokongan dan dokongan ibu bapa amat diperlukan kerana ianya menjadi satu suara efektif yang dapat memperbaiki sistem pendidikan Negara.

Justeru itu, Datuk Seri Dr Zambry berharap kementerian pelajaran dapat memberi pengiktirafan kepada program ini supaya hasrat program itu dapat cicapai..

Katanya, majlis ibu bapa juga mungkin akan ditubuhkan..ianya sebagai badan bertindak dalam menyelesaikan masalah golongan pendidik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen pendidikan keibubapaan dan kekeluargaan 1 malaysia di Ipoh.

Dalam majlis itu, Datuk Seri Dr Zambry turut mengumumkan memperuntukkan 100 ribu ringgit kepada Mapim bagi menjalan dan menggerakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Katanya, ini adalah di peringkat permulaan dalam mewujudkan hubungan permuafakatan diantara ibu bapa dan guru-guru.

End///

TANGKAPAN DADAH

Jumlah tangkapan penagih dadah di negeri Perak pada tahun ini meningkat 21 ribu 502 berbanding tahun lalu 15 ribu 90 tangkapan.

Ianya menunjukkan peratusan meningkat kepada 40.8 peratus kes tangkapan penagih dadah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan Pembangunan Usahawan Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Datuk Hamidah Othman berkata peningkatan kes penagih dadah adalah disebabkan alatan yang digunakan mudah untuk didapati.

Ia sekaligus menyumbang kepada kes-kes jenayah yang berleluasa hingga menggangu ketenteraman awam.

Beliau berkata program mentadom yang dilaksanakan kementerian kesihatan supaya dikaji semula pelaksanaan dan pemantauan program itu.

Ini kerana kebanyakan penjualan mentadom dijual dalam keadaan terbuka dan memberikan peluang kepada penagih untuk mendapatkannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ipoh.

Dalam pada itu, Datuk Hamidah Othman berkata semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Ketua Kampung (JKKK) akan dilantik sebagai mata dan telinga bagi memantau aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan mereka.

Tugasan ini supaya ketua-ketua kampung mengambil serius aktiviti penyalahgunaan dadah selain mencatit statistis jumlah penagih di kampung-kampung.

End///

Saturday, December 26, 2009

MB -BOLING PAS

"tahniah dan mulai sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini".

itu komen menteri besar Perak, Dato seri dr zambry Abdul Kadir berhubung tindakan Dewan Pemuda Pas Perak yang mula menjalinkan persahabatan dengan media arus perdana.


kenyataan itu dibuat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan menerusi aktiviti persahabatan boling yang diadakan oleh Dewan pemuda pas perak bersama media Perak.

sebelum ini, Pas Perak pernah mempertikaikan akan ketulusan media arus perdana dalam menyampaikan liputan atau laporan mengenai pihak pembangkang yang lebih ke arah prospek negatif .

end//

SKIM PERLINDUNGAN

SKIM TABARRU

skim tabarru merupakan salah satu skim perlindungan bagi membela masyarakat kurang upaya, o-k-u, ibu tunggal, bapa tunggal, warga emas serta rakyat miskin di Perak.

ia bukan sahaja sebagai khidmat bantuan segera yang diberikan oleh kerajaan negeri, tetapi juga antara kaedah menangani isu kemiskinan.

menteri besar, Dato seri Dr zambry Abdul Kadir menjelaskan, Skim ini akan menggunakan pendekatan seperti model skim amanah ikhtiar yang sedia ada, namun kajian dengan pihak universiti sains Malaysia u-s-m dalam menilai perkara ini akan diambil kira bagi memastikan langkah yang diambil adalah praktikal.

terkini didapati, seramai 21 ribu orang dikenal pasti layak menerima skim tabarru dengan caruman sebanyak 20 ringgit setahun melalui insurans takaful.

skim berkenaan dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya bantuan kemalangan, elat kekal, skim takaful rumah desa, serta pekakas rumah dengan jumlah peruntukkan melibatkan antara tiga hingga lima ribu ringgit sekali terima.

skim ini juga antara yang diperuntukkan dalam bajet 2010.

sebelum itu, Dato seri Dr zambry mengadakan pertemuan bersama persatuan ibu tunggal cekal di ipoh. persatuan berkenaan turut menerima bantuan daripada kerajaan negeri disamping sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

hadir sama pengerusi Baiduri yang juga isteri menteri Besar, datin seri saripah zulkifli.

end//baizura

SAMBUNGAN..MAYAT DITUNTUT

Sementara itu enam daripada 10 mangsa kemalangan maut itu telah dituntut dan dibawa balik oleh waris masing-masing.


Manakala waris selebihnya masih berada di wad forensik , Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menunggu proses tuntutan mayat.


Jenazah Noor Jismi Nordin dan Musa Ismail Abdullah dibawa pulang ke Perils dan Kedah kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Manakala jenazah dua adik beradik dari sungai petani Kedah, Sharifah Raheel dan Sharifah Hasanah al junid Syed Harun dituntut oleh bapanya pada pukul 10.30 pagi tadi.

Ia disusuli dengan dua lagi mayat adik-beradik Ng Kah Kit dan Ng Poh Nyah.

Dalam pada itu, waris kepada pasangan suami isteri dari Selangor, Shaharin Mod Nor dan Supiah Adam kecewa akan sikap pemandu bas yang memandu secara bahaya dan tidak mempedulikan keselamatan penumpang.


Mohd Razip Fadzil yang mengalami kecederaan serius kini masih menerima rawatan di wad kecemasan.###

SENARAI NAMA MANGSA

Berikut senarai nama penumpang yang maut dalam kemalangan tersebut...

Noor Jismi Nordin dari Kangar, Perlis, Musa @ Ismail Abdullah dari Gurun Kedah dan Mohd Shukri Mohd Ali dari Sungai Besar Selangor.

Mangsa keempat dikenali sebagai Mohd Bilal Osman juga dari Sungai Besar ,Shaharin Mohd Noor dari Klang dan
Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun dari Sungai Petani, Kedah.

Mangsa ketujuh dikenali sebagai Supiah Adam juga dari Klang dan dua beradik iaitu Ng Poh Ngoh dan Ng Kah Kit, dari Alor setar.

Seorang lagi mangsa wanita telah pun dikenalpasti sebagai Sharifah Hasanah al junid Syed Harun adik kepada Sharifah Raheel.##

SAMBUNGAN KEMALANGAN

Dalam pada itu Supritenden Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan .

Manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama di sebelah kiri menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang terlibat.


Dua mangsa yang duduk ditingkat bawah cedera dalam kejadian ini dikenali sebagai Razip Fadzir - seorang pegawai tentera dari Kangar,Perlis dan Siti Munira Hashim dari Langgar, Kedah.

END//

KEMALANGAN MAUT

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera apabila bas dua tingkat Sani Express yang membawa 48 penumpang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM2 72.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara,.

Ketua Polis Trafik Perak, Supritenden Wan Abdullah Ishak ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata ia berlaku 1 pagi tadi kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan..


Seorang daripada mangsa yang cedera itu dilaporkan parah.


Bas 2 tingkat ini dikatakan dalam perjalanan dari Klang menuju Alor Setar dan Kangar.

Kesemua 10 mangsa yang maut telah dikenalpasti identiti mereka.

Siasatan terperinci dibuat untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.

Bagaimanapun polis tidak menolak ia berpunca daripada pemandu mengantuk dan bas dipandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Dua penumpang yang cedera dihantar ke hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

Mayat 10 mangsa yang maut juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Manakala pemandu bas dan pemandu simpanan ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

END###

TENTERA MEDIA

TENTERA -ORANG ASLI


Dalam menjaga keamanan negara, tanggungjawab sosial tidak pernah dilupakan Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

Bersama 73 peserta, para pengamal media turut menyertai program 2 ribu 749 minit menghayati suasana dalam hutan ke perkampungan Orang Asli Sungai Kejar, Perak anjuran ATM.

Panglima Maskas 8 Briged, Pengkalan Chepa, Kelantan, Briged Jeneral Abd Rahim Abdul Mutalib berkata, pihak media dibawa menggunakan bot tempur menyusuri tasik Taman negeri Royal Belum sebelum tiba di perkampungan Orang Asli.

Katanya ketibaan media di perkampungan Orang Asli disambut Tok Batin, Radi Langsat yang mewakili penduduk kawasan tersebut.

Bantuan berupa barangan keperluan diagih-agih kepada masyarakat Orang Asli yang menetap di kawasan itu sejak 18 tahun lalu.

Perkampungan yang terletak di tebing tasik mempunyai 20 keluarga membabitkan 59 penduduk di mana mereka tidak lagi mengamalkan tradisi pindah randah, sebaliknya menetap selesa di kawasan itu dengan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Program sehari bersama tentera meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan, apalagi menjalani latihan ala tentera bersama mereka adalah pengalaman pertama yang dilalui semua pengamal media.

End///

WAQAF KLINIK

WAQAF KLINIK

Klinik Waqaf An Nur yang pertama di Perak terletak di Kampung Tengku Hussein Baru, Manjoi akan beroperasi pada 1 Januari depan.
Exco kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, klinik itu yang terletak di Masjid Al-Ittihadiah adalah berdasarkan konsep waqaf dengan menyediakan perkhidmatan rundingan dan rawatan pesakit luar kepada semua golongan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan agama dengan bayaran hanya 5 ringgit.
Beliau berkata program komuniti sedemikian adalah bagi mengembalikan fungsi asal masjid sebagai pusat untuk memberikan khidmat kepada masyarakat
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama penubuhan klinik itu antara Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan Kumpulan Perubatan Johor Sdn. Bhd. (KPJ), di Hospital Pakar Ipoh.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Datuk Mohamah Nor Mansor mewakili Majlis Agama Islam Perak manakala KPJ diwakili oleh Pengurus Besar Kanannya Yusof Ismail menandatangani perjanjian tersebut.

Datuk Hamidah berkata Klinik Waqaf An Nur yang kedua di Perak akan dibina di Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh di Lahat juga awal tahun depan.

Setiap klinik itu menerima peruntukan tahunan 250 ribu ringgit daripada KPJ bagi menjalankan operasinya.

End///

Tuesday, December 22, 2009

BULUH DI PERAK

BULUH ROTAN PERAK

dalam perkembangan yang sama,dua projek pembinaan industri buluh di Gerik akan dibuka dengan kos masing-masing bernilai 25 juta ringgit.

tindakan ini berikutan, usaha merancakkan industri berasaskan bahan alternative mendapat tempat untuk ke pasaran luar.

menurut laporan yang dikeluarkan oleh jabatan perhutanan semenanjung Malaysia j-p-s-m, Perak antara negeri yang menyumbang kepada sumber hasil buluh dan rotan dengan keluasan tanaman melebihi seribu 500 hektar.

dianggarkan nilai ekonomi yang diperoleh berasaskan sumber rotan sahaja menyumbang kepada seribu 317 juta ringgit. manakala nilai buluh 469 juta ringgit.

di perak, sepsis buluh yang paling tinggit merupakan jenis buluh dinding atau kasap. manakala bagi rotan pulan jenis dahan dan sega antara taburan yang tertinggi.

end//baizura

INDUSTRI BULUH MTIB

INDUSTRI BULUH MTIB

Pengusahaan industri buluh dan rotan menjadi pelengkap sektor pekayuan di negara ini.

22.7 billion ringgit hasil eksport yang diperoleh daripada sektor ini pada tahun 2008, didapati hanya kurang daripada 100 juta ringgit dihasilkan melalui produk buluh dan rotan.


Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, M-T-I-B, Dr Jalaluddin Harun berkata industri ini berpotensi dibangunkan sekiranya produk tradisi itu, yang hanya memberi penekanan untuk kraftangan dialihkan kepada produk yang lebih berkualiti seperti penghasilan perabot.

ini kerana didapati, buluh turut mempunyai kualiti yang sama dengan kayu cengal.

Dr Jalaluddin ditemui di majlis perasmian seminar pembangunan industri buluh dan rotan di Ipoh.

seminar sehari ini membentangkan lima kertas kerja. Ia bertujuan memberi dimensi baru dalam meningkatkan pembangunan industri perkayuan.

Turut membentangkan kertas kerja, wakil pengusaha industri buluh dari Jepun, Ryoji Hidaka.

Seminar anjuran bersama m-t-i-b, pebadanan kemajuan negeri Perak, p-k-n-p dan jabatan perhutanan semenanjung Malaysia ini bertemakan "kea rah menjana pembangunan ekonomi Perak", ia disertai hampir 200 orang pengusaha buluh dan rotan sama ada dari sektor swasta mahupun individu.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Penerangan Negeri Perak, Dato Hamdi Abu Bakar.

end//baizura##
BUTIK EKONOMI

O-R-S Factory Outlet, syarikat tempatan yang mempelopori jualan terus dari kilang pakaian berjenama di Ipoh, mensasarkan jualan bersih sebanyak 1.5 juta ringgit.

Sasaran itu adalah berdasarkan hasil jualan tiga butiknya di seluruh Perak sepanjang tahun 2010.

Pengurus Besarnya, Azmi Abdul Malik berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan permintaan menggalakkan daripada pelanggan khususnya di Perak terhadap pakaian berjenama yang mampu diperolehi dengan harga murah.

Buat masa ini, dua premis beroperasi di Greentown Nova di Pusat Bandar Seri Manjung manakala butik terbaru akan dibuka di bandar Taiping dalam masa terdekat.

Apa yang menarik, orang ramai boleh mendapatkan pakaian berjenama yang menjangkau sehingga seribu ringgit sehelai dengan harga di bawah harga seratus ringgit menerusi jualan terus dari kilang.

O-R-S Factory Outlet turut menawarkan koleksi pakaian berjenama untuk kanak-kanak seperti GAP, Old Navy dan Osh Kosh pada harga yang berpatutan.

Banyak pakaian yang terdapat di butik ini adalah fesyen terkini yang terdapat di pasaran.

END//SAMAT####

Monday, December 21, 2009

SYER GLC

SYER GLC

Pelbagai cara akan terus dilaksanakan kerajaan, bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang lima peratus tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebagai permulaan...semua syer milik kerajaan yang dimiliki Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan dikurangkan dengan menawarkan penjualan di Bursa Malaysia.

GLC akan mengurangkan pegangan masing-masing dan syer itu akan dimiliki syarikat swasta.

Melalui cara itu, ia akan menambah kecairan kewangan yang dimiliki kerajaan.

Langkah itu melibatkan 17 GLC yang kini berada di bawah Kementerian Kewangan.

Ia merupakan gelombang kedua kepada penswastaan syarikat milik kerajaan bagi memantapkan dan mencapai sasaran perkembangan ekonomi seperti yang disarankan Perdana Menteri.

Terdahulu...Dato' Seri Husni menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Veteran Majlis Bandaraya Ipoh.

End//samat##

SIKH TERBELA

SIKH TERBELA

kerajaan negeri tidak sekali-kali mengabaikan keperluan dan keselesaan golongan minority seperti kaum Sikh.

untuk pertama kalinya kerajaan memberi peruntukkan dengan jumlah 500 ribu ringgit, bagi membina semula sosial masyarakat ini.

hasil kajian daripada kesatuan pertubuhan Sikh Perak UPSO, mendapati golongan Sikh di negeri ini juga turut terlibat dengan pelbagai masalah sosial seperti rakyat miskin dan ibu tunggal.

di Ipoh sahaja,seramai 150 ibu tunggal telah berdaftar di bawah persatuan ibu tunggal Sikh -sikhMAI-. menurut UPSO juga, jumlah keseluruhan ibu tunggal sekitar Perak dianggarkan melebihi 350 orang.

dalam pada itu, penasihat menteri besar Perak, dato chang ko youn malam tadi sempat mengadakan pertemuan dengan anggota sikhMAI di majlis makan malam amal persatuan berkenaan di IPoh.

pada ucapan makan malam itu, dato chang turut menjelaskan bidang keberhasilan utama negara n-k-r-a juga perlu dipraktikkan oleh semua pihak dan bukan sahaja di sektor perkhidmatan awam semata-mata.

n-k-r-a ini dilihat mampu meningkatkan prestasi serta kecekapan dalam pengurusan dan pentadbiran.

ia juga sebagai pemangkin kepada transfomasi untuk menghadapi cabaran.

end.//baizura

Sunday, December 20, 2009

JALINAN THAI-PERAK

Komitmen tanpa sempadan menjadi teras kerajaan Perak untuk meningkatkan pelaburan ke negeri itu.

Selain mengadakan lawatan ke luar negara saperti Amerika Syarikat yang diketuai Menteri Besar Dato Dr Zambry Abdul Kadir baru-baru ini hubungan dengan negara jiran saperti Thailand dan sebaliknya terus dipereratkan.

Kunjungan kehormat Timbalan Menteri Perdagangan Thailand, Alongkorn Ponlaboot, bersama delegasinya ke Perak , membuka ruang dua hala dalam memperluaskan legar pasaran antarabangsa.

Kempen satu daerah,satu industri SDSI dapat disamakan dengan program Otop yang diusahakan oleh masyarakat tempatan Thailand.

Bahkan kemajuan industri kecil dan sedehana Thailand bergerak lebih maju.

Menurut Exco industri, pelaburan,pembangunan usahawan, pelancongan dan hal ehwal wanita Perak, Datok Hamidah Osman melalui forum dagangan dan perniagaan yang akan diadakan kelak mampu memantapkan lagi produk tempatan untuk dipasarkan ke luar negara.

Thailand juga turut menyatakan kerjasama untuk membawa mengimpot produk industri IKS itu ke negara mereka .

Delegasi Thailand diraikan dalam jamuan makan malam bersama barisan pemimpin negeri Perak di Ipoh sebelum berlepas pulang.

end//baizura##

NGO JAMIL KHIR

JAMIL KHIR NGO

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berteraskan islam perlu tampil dalam mempertahankan kebenaran, hak-hak yang dipersetujui bersama.

dilihat kebelakangan ini sudah ada pihak mula mempertikaikan hal-hal berkaitan peruntukkan masjid ataupun rumah ibadat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir Baharom berkata, hal seperti ini, semua orang kena faham hak dan tanggungjawab dalam perlembagaan negara.

tambah beliau perkara ini amat sensitive apabila disentuh dan ia mungkin akan berlarutan.

Untuk itu…… Pemimpin politik baik pihak pembangkang mahupun kerajaan perlu memahami batas-batas untuk menjaga keharmonian dengan mematuhi peraturan undang-undang dan perlembagan Negara.

Tegas dato jamil khir, sebagai NGO Islam batasan dan memahami tanggungjawab perlu dijaga. jangan sampai timbulnya perasaan riak atau kurang senang diantara satu sama lain berhubung isu sebegini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program perkhemahan nasional Santun di Sauk, Kuala Kangsar.

END//HASIF####

BANGKANG GST

pembangkang perlu rasional sebelum menolak sebarang usulan atau pelan strategi kerajaan khususnya demi menstabilkan semula ekonomi negara.

penggantian sistem cukai jualan dan perkhidmatan s-s-t kepada cukai barang dan perkhidmatan g-s-t dianggap releven dan rasional mengikut scenario ekonomi antarabangsa kini.

dalam hal ini, menteri kewangan kedua, dato seri ahmad husni hanadzlah menegaskan setiap bangkangan yang buat haruslah berasas dan bukan semata-mata berkepentingan politik sahaja.


g-s-t diperkenalkan dalam sesi pembentangan belanjawan 2010. ia bagi menjadikan sistem pencukaian yang sedia ada lebih komprehensif, efektif dari segi keberkesanan kos dan mesra perniagaan.

kerajaan berhasrat melaksanakan sistem g-s-t ini menjelang pertengahan 2011.

dato seri ahmad husni ditemui pada majlis sillaturahim dan pusat khidmat bergerak barisan nasional parlimen tambun.

mengulas isu kemenangan hanya lebih tiga majority sahaja ketika sidang dewan meluluskan bajet 2010, dato seri ahmad husni berkata pembangkang tidak sewajarnya bertindak mengambil kesempatan ketika itu hanya untuk merampas kerajaan.

sebaliknya memikirkan kesan kepada rakyat dan negara jika tahun hadapan tiada peruntukkan bajet yang dapat dikeluarkan.

end//baizura

DAFTAR UNDI

PENGUNDI-SPA

2.37 juta penduduk Perak telah layak mengundi.

Daripada jumlah itu 500 ribu pengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Menurut Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah, kebanyakan pengundi yang belum mendaftar adalah golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas.

katanya angka tersebut adalah berdasarkan rekod sehingga bulan April tahun ini.

Mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

Jelasnya, orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya

Beliau berkata demikian di Ipoh.

Sementara itu, Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak, Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

Katanya Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minima melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan pendaftaran pemilih.

End///

Saturday, December 19, 2009

PERLEMBAGAAN AGAMA ISLAM

PERLEMBAGAAN AGAMA ISLAM

“selain daripada agama islam, kerajaan juga memiliki budi bicara dalam urusan-urusan memenuhi keperluan agama-agama lain”

Menurut perlembangan, Perkara3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.

Perlembagaan yang digubal sebagai instrumen rujukan adalah Perlembagaan yang bukannya digubal oleh umat Islam dan orang Melayu sahaja, tetapi turut digubal dengan persetujuan pihak yang mewakili pelbagai kaum dan pelbagai agama.

hal yang dijelaskan oleh Sultan Perak Sultan Azlah Shah ini adalah berikutan perkara menyentuh kaum, budaya, bahasa dan agama adalah perkara sensitif yang terlalu mudah menyentuh emosi. Ia terlalu mudah untuk mencetuskan provokasi serta salah faham yang boleh mencetuskan kontroversi dan konfrontasi.

Sultan azlan bertitah pada majlis sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat Negeri Perak di Perak.

Justeru, sebagai Negara yang berpelembangan, segala isu yang dibangkitkan adalah tepat jika diselesaikan atau dijelaskan mengikut Perlembangaan.

End//

KEMPEN SENYUM

SENYUM-MURUGIAH

KEMPEN 'Senyum Senyum 1Malaysia' antara sasaran memiliki kedudukan 10 negara terbaik terhadap rakyat yang sentiasa melemparkan senyuman menjelang 2010.

Melalui kajian oleh sebuah badan bebas di Sepanyol, didapati rakyat Malaysia lebih melemparkan senyuman kepada pelancong asing berbanding kepada masyarakat tempatan.

Menjelaskan hal itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah berkata beberapa kempen yang dibuat sebelum ini hanya meletakkan Malaysia di tangga ke-26 pada tahun ini. Ia dianggap ketinggalan jauh daripada kedudukan negara jiran, Indonesia yang kini di tangga pertama.

Beliau di temui di ipoh.

Mengulas mengenai isu pengambilan 12 mata pelajaran maksimum dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan masyarakat India, dato murugiah meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat bersabar.

Kini kementerian sumberr mengusul hal itu ke cabinet.

End//baizura

ASB DIVIDEN

ASB - DIVIDEN

Amanah Saham Nasional Berhad, ASNB mengumumkan agihan pendapatan bagi Skim Amanah Saham Bumiputera, ASB ditetapkan pada 7.3 sen seunit iaitu meningkat berbanding tahun 2008 sebanyak 7 sen.

Namun, agihan bonus menyusut daripada 1.75 sen seunit tahun lalu kepada 1.25 sen seunit tahun ini.

Agihan ini agihan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

menurut, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid agihan pendapatan membabitkan pembayaran sebanyak 4.95 bilion ringgit.

Ia Meningkat 19.56 peratus berbanding 4.14 bilion bagi tahun kewangan 2008. bagi pembayaran bonus ia membabitkan jumlah sebanyak 537.65 juta ringgit.

jumlah pendapatan itu akan diagihkan kepada 6.78 juta pemegang unit yang melanggan 70 bilion unit dana ASB.

mulai 21 Disember 2009 hingga 3 Januari depan, ABS akan menjalankan pengiraan pendapatan. Justeru bagi pemegang unit ASB segala urusan kemaskini boleh dibuat mulai 4 Januari 2010.

Agihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan.

End//##

INDUSTRI IKS

IKS - EKSPORT

kini, penekanan pasaran luar dalam aspek teknologi hijau dalam penghasilan produk haruslah diambil perhatian oleh pengusaha Industri Kecil Sederhana, IKS untuk menembusi pasaran.

selain itu, kemahiran dalam rundingan juga memainkan peranan penting. Untuk memasuki atau menerokai pasaran antarabangsa, kelebihan memiliki pelbagai bahasa mampu memberi kelebihan kepada pengusaha i-k-s tempatan.

Hal ini ditegaskan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corperation, Datuk Hafsah Hashim,

dalam pada itu kualiti produk juga harus ditekankan termasuk pembungkusan. Ia penting dalam menerajui objektif negara menaikkan ekonomi negara melalui eksport dalam barangan IKS.

IKS dijangka menyumbang 22 peratus kepada KDNK negara menjelang 2010.

end.##

Wednesday, December 16, 2009

PRATONTON ETS

TREN PENGENALAN ETS

“elektrik tren set” e-t-s hari ini mula dipertontonkan kepada orang ramai di stesen keretapi Ipoh.

program itu dianjurkan bagi membolehkan orang ramai melihat dan menikmati suasana persekitaran tren berkuasa tinggi itu sebelum waktu operasinya menjelang april tahun depan.

menurut eksekutif operasi dan pemasaran ipoh-selatan keretapi tanah melayu berhad k-t-m-b, zainal Rashid zakaria, pratonton tren e-t-s hanya dibuat sepanjang hari ini sahaja hingga pukul 5 petang sebelum ia dipandu uji mengikut laluan batu gajah-kuala Lumpur.

antara program yang memeriahkan usaha ini ialah pameran, gerai jualan, persembahan budaya dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

dengan kos kira-kira 18 juta ringgit seunit, tren e-t-s ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, selain perkhidmatan pramugari terdapat kamera litar tertutup CCTV setiap gerabak, skrin LCD dan kemudahan bagi penumpang OKU.

mempunyai enam gerabak, tren e-t-s ini mampu memuatkan lebih 300 penumpang bagi setiap perjalanan selain dapat menjimatkan masa perjalanan ipoh-kuala lumpur sehingga sejam.


END//baizura

TASIK BUKIT MERAH

DALAM TASIK

usaha serampang dua mata!!

dengan keluasan 50 kilometer persegi, tasik bukit merah yang terletak di Bagan Serai akan didalamkan kepada tiga meter lagi.

projek ini bakal memperbaiki dan menambah baik sistem pengairan serta saliran ke kawasan jelapang padi Kerian serta mampu mengurangkan risiko banjir di persekitan dareah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari berkata dengan anggaran kos antara 70 juta hingga 100 juta ringgit, projek ini akan dapat meningkatkan daya pengeluaran tanaman padi seluas 12,500 hektar.

dijangka proses mendalamkan tasik berkenaan antara enam hingga 12 bulan.

datuk ramly berkata demikian selepas merasmikan Seminar Padi Negeri Perak di ipoh.

bercakap mengenai permintaan Kementerian Pertanian dan Asas Tani supaya kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 100 hektar di Bukit Merah sebagai zon akua-kultur khusus bagi industri ternakan ikan kelisa, datuk Ramly kini meminta Jabatan Pertanian mengemukakan laporan berkaitan cadangan itu.

end//baizura

CURI TUMPAS

POLIS-OPERASI

Polis melumpuhkan Kumpulan Hassan Budu yang dipercayaiterlibat mencuri kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Gerik Supritenden Mahad Nor Abdullah berkata dalam operasi sejak bulan lepas, polis menemui semula lapan kenderaan pacuan empat roda dan dua buah kereta curi.

Katanya empat lelaki berumur antara 31 dan 38 tahun ditahan untuk siasatan.

Soal siasat mendapati mereka adalah daripada Kumpulan Hassan Budu, yang diketuai Syamsul Bahari Awang Noh yang ditahan polis di Petaling Jaya pada 15 Nov lepas," katanya pada sidang akhbarnya di sini hari ini.

Mahad Nor berkata polis juga merampas empat parang, pemotong besi, kerambit dan pisau lipat.

End///

MEDIA -KPDNKK

MEDIA-KPDNKK

Peranan media diakui oleh pelbagai pihak dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) telah mengadakan malam bersama media bagi menghargai jasa media.

Exco kerajaan negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, media berperan penting dalam menyalurkan permasalahan komuniti setempat dan dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

katanya, hubungan diantara KPDNKK dan media perlu dipereratkan bagi memantapkan lagi penyaluran maklumat kepada masyarakat dan pengguna.

Beliau berkata demikian di majlis malam mesra media kepenggunaan di Ipoh.

Hadir sama dalam majlis itu ketua pengarah penyiaran Perak Noriani Mohd Idris serta kakitangan, wakil media cetak dan elektronik dan juag kakitangan KPDNKK.

Dalam majlis itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) perak telah merangkul juara apabila diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Khas Program Radio.

Manakala program Televisyen terbaik juga turut dimenangi RTM.

Bagi anugerah Agensi Penglibatan pula dimenangi oleh Jabatan Penerangan Negeri Perak, manakala Akhbar Kosmo memenangi kategori Akhbar kepenggunaan terbaik.

Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai 500 ringgit serta plak.

End///

AHLI MAJLIS-GUGUR

MAH AHLI MAJLIS

Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bermasalah di Perak akan digugurkan sebaik sahaja kajian laporan prestasi mereka selesai.

Tindakan tegas akan diambil tanpa mengambilkira fahaman parti politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan ahli majlis yang gagal menunjukkan prestasi berkesan sejak pelantikan mereka enam bulan lalu.

Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji prestasi semua 349 ahli majlis yang terkandung dalam Laporan Kehadiran dan Prestasi yang disediakan 15 PBT di negeri itu.

Menurutnya, berpandukan kepada laporan yang disifatkan sebagai kad laporan prestasi…. pihaknya akan mengenalpasti ahli majlis yang gagal menjalankan tugas.

Tindakan tegas itu termasuk menggugur dan menggantikan dengan ahli majlis baru yang lebih berwibawa .

Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan di Ipoh.

Katanya lagi, langkah itu diambil bagi menjaga nama baik setiap PBT di negeri.

End/// Hasif Awang Idris

Tuesday, December 15, 2009

DENGGI HINGGA 5 DIS

DENGGI PERAK

Antara 29 november hingga 5 disember lalu, Perak mencatatkan satu kematian kes demam denggi.

Ia melibatkan seorang pemuda berusia 22 tahun yang tinggal di Batu Kurau. Mangsa menerima rawatan selama lima hari di klinik kesihatan berhampiran selepas mengalami demam.

Pada 2 disember lalu, mangsa kemudia diberi rawatan lanjut di hospital Taiping apabila disyaki demam denggi berdarah. Kematiannya direkodkan akibat kompolasi darah.

Dalam pada itu, kes demam denggi di negeri ini juga meningkat enam peratus daripada 784 kes yang direkodkan oleh kementerian kesihatan Malaysia.

Menurut kenyataan pengarah kesihatan Malaysia, tan sri ismail merican, aktiviti pencegahan dan kawalan denggi termasuk pelaksaanan
tindakan penguatkuasaan dijalankan dimana 231 kompaun bernilai
RM44,350 dan 396 notis arahan pembersihan telah dikeluarkan.

Pemantanuan mingguan Kementerian Kesihatan mendapati hanya
27 atau 26 peratus aktiviti gotong-royong dapat dijalankan walaupun sebanyak 105 gotong-royong disasarkan sepanjang minggu.

Kurang kerjasama daripada penduduk untuk menjalankan aktiviti pemusnahan tempat tempat pembiakan Aedes menyebabkan wabak denggi sukar dikawal dan berlanjutan.

END//BAIZURA

INDUSTRI BULUH DAN ROTAN

ROTAN BULUH PERAK

dengan memiliki 67 spesis buluh yang mempunyai nilai produk yang tinggi, maka negeri Perak berpotensi melebarkan prospek pelaburannya.

industri buluh dan rotan yang merupakan sebagai alternative kepada produk berasakan kayu-kayan yang mana langkah ini sebagai memulihara khazanah hutan.

Justeru, seminar pembangunan buluh dan rotan anjuran lembaga perindustrian kayu Malaysia m-t-i-b akan berkongsi maklumat para pakar bidang berkaitan dengan pengusaha awam, swasta mahupun individu.

Menurut, pengarah pembangunan usahawan bumiputra, mohd kharudin mohd raini,selain memberi penerangan berhubung teknologi dan inovasi dalam industri ini, seminar ini juga bertujuan menarik pelabur untuk melabur.

Malah turut menjadi objektifnya adalah menyasarkan Perak dikenali sebagai “hub” pemprosesan dan pemasaran.

Seminar ini yang terbuka kepada semua dengan penyertaan terhad kepada 200 orang sahaja. Ia bakal berlangsung pada 22 disember ini di ipoh.

Bertemakan “kea rah menjana pembangunan ekonomi negeri Perak, lima kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil dari perbadanan kemajuan negeri perak p-k-n-p, wakil jabatan perhutanan semenanjung Malaysia, institute penyelidikkan perhutan malaysia, frim dan m-i-t-b sendiri.

Turut membentangkan kertas kerja, wakil daripada syarikat termuka industri buluh di Jepun.

End//baizura

KEM SANTUN

KEM SANTUN

Melibatkan dua orang menteri dan tiga timbalan menteri melalui program perkhemahan Nasional Santun 2009 dilihat mampu memberi impak dalam merencanakan ideology para pelajar institusi pengajian tinggi i-p-t.

Program anjuran yayasan pembangunan ekonomi islam Malaysia, YaPEIM yang bermula 16 hingga 20 disember ini, bakal disertai 400 pelajar i-p-t dari dalam dan luar negera yang menerima skim anugerah kecemerlangan pelajar miskin/anak yatim nasional- Santun.

Ia turut diadakan di Kem PLKN Desa Rimba, Sauk kuala kangsar.

Dengan tema memperkasakan generasi muda dan lestari pembangunan ummah, taklimat yang akan disampaikan merangkumi pelbagai aspek dan pandangan.

Antaranya berkaitan isu-isu mutakhir agama islam yang akan disampaikan oleh timbalan menteri di jabatan perdana menteri, dato dr mashitah ibrahim,isu politik semasa oleh menteri di jabatan perdana menteri, dato seri nazri abdul aziz, isu kepimpinan generasi muda, timbalan menteri pengajian tinggi, dato saifuddin Abdullah.

Juga dijemput menteri kewangan kedua, dato seri ahmad husni handazlah dengan merungkai isu berkaitan ekonomi negara.

Majlis penutup perkhemahan ini akan disempurnakan menteri di jabatan perdana menteri, dato jamil khir baharom.

End//baizura

KEMPEN-GILA DARAM

KEMPEN-GULA

Bimbang dengan tahap pengambilan gula dan garam yang berlebihan oleh rakyat negeri Perak, kerajaan negeri mengambil inisAitif menganjurkan kempen kurangkan gula dan garam.

Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Mah Han Soon berkata tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bahaya pengambilan gula dan garam secara berlebihan kepada rakyat.

Ketika ini rata-rata rakyat negeri perak mengambil 24 sudu gula sehari, berbanding nilai yang sepatutnya diambil iaitu 10 sudu gula sahaja dalam sehari.

Jelas beliau, kempen ini akan diadakan di setiap daerah negeri dan melaluinya masyarakat akan diberitahu tentang pengunaan gula dan garam yang lebih berhemah.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita di Perak Fm.

Diharapakan dengan adanya kempen seperti ini akan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cerdas dan mementingkan kesihatan.

END

POLIS PEUNTUKKAN

POLIS-PERUNTUKAN
Polis tiada peruntukan untuk membantu orang awam yang mengalami kecederaan akibat di langgar penjenayah ketika polis mengadakan operasi membanteras jenayah.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis tiada peruntukan untuk membantu orang awam yang cedera disebabkan oleh penjenayah kecuali kecuaian berlaku dipihak polis.
Jelas beliau, pihak polis hanya boleh membantu menyiasat dengan cepat serta mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.
Beliau mengulas laporan akhbar yang meminta polis membantu tiga beranak yang cedera parah dan kini terlantar di hospital selepas dilanggar seorang penjenayah yang di kejar polis di Jalan Chemur di.
Saranan dibuat oleh Setiausaha MIC Perak, Datuk R.Ganesan.
Bagaimanapun, dalam kes tersebut polis bertindak pantas dan dalam masa dua minit kita berjaya menahan suspek yang terbabit dalam kemalangan itu dan dia ditahan untuk siasatan lanjut.

END

Tuesday, December 8, 2009

SAKIT-DATUK CHEK HASHIM

Bekas kakitangan RTM Datuk Chek Hashim Embi, kini terlantar di hospital akibat kancer tulang.

Kini beliau dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak.

Menurutnya, penyakit yang dialaminya tidak boleh dibedah.

Ini kerana, jika berbuat demikian akan memberikan risiko yang besar.

Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan setiap bulan untuk mengawal kancer daripada merebak lebih teruk .

Ketika ditemubual, hanya linangan air mata yang membasahi pipi dek kerana terharu dengan kedatangan rakan-rakan RTM melawatnya.

Hadir sama menziarahinya adalah pengarah RTM Perak Noriani Mohd Idris dan kakitangan serta Pegawai Khas Adun Pangkor Azri Jaafar.

Datuk Chek Hashim Embi memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai Pembantu Siaran di RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, beliau pernah muncul di kaca televisyen sebagai pembaca berita.

Jawatan akhir beliau adalah sebagai pengarah Penyiaran negeri Pahang pada tahun 1999.

Beliau yang berumur 65 tahun berkhidmat di RTM selama 35 tahun.
Katanya, sepanjang beliau berada di hospital isterinya banyak membantu beliau dan menjaganya sepenuh masa.

Justeru itu, beliau tidak mengharapkan apa-apa pertolongan dari orang ramai bahkan rakan-rakan sendiri tetapi kehadiran rakan-rakan terutamanya dari RTM sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan dan mengembirakan hati beliau .

End///

SAKIT-DATUK CHEK HASHIM

Bekas kakitangan RTM Datuk Chek Hashim Embi, kini terlantar di hospital akibat kancer tulang.

Kini beliau dirawat di Hospital Sri Manjung, Perak.

Menurutnya, penyakit yang dialaminya tidak boleh dibedah.

Ini kerana, jika berbuat demikian akan memberikan risiko yang besar.

Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan setiap bulan untuk mengawal kancer daripada merebak lebih teruk .

Ketika ditemubual, hanya linangan air mata yang membasahi pipi dek kerana terharu dengan kedatangan rakan-rakan RTM melawatnya.

Hadir sama menziarahinya adalah pengarah RTM Perak Noriani Mohd Idris dan kakitangan serta Pegawai Khas Adun Pangkor Azri Jaafar.

Datuk Chek Hashim Embi memulakan kerjayanya di RTM pada tahun 1965 sebagai Pembantu Siaran di RTM Pulau Pinang.

Pada tahun 1982, beliau pernah muncul di kaca televisyen sebagai pembaca berita.

Jawatan akhir beliau adalah sebagai pengarah Penyiaran negeri Pahang pada tahun 1999.

Beliau yang berumur 65 tahun berkhidmat di RTM selama 35 tahun.
Katanya, sepanjang beliau berada di hospital isterinya banyak membantu beliau dan menjaganya sepenuh masa.

Justeru itu, beliau tidak mengharapkan apa-apa pertolongan dari orang ramai bahkan rakan-rakan sendiri tetapi kehadiran rakan-rakan terutamanya dari RTM sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan dan mengembirakan hati beliau .

End///

SEMINAR TAMADUN

SEMINAR ISLAM

kekuatan pembangunan tamadun islam dilihat bertunjangkan kepada perpaduan yang utuh.

walau bagaimanapun, keupayaan pelaksanaan islam yang sempurna dalam pelbagai bidang turut memacu perkembangan positif negara.


perkara itu dijelaskan oleh menteri besar Perak, dato seri dr zambry abdul kadir dalam teks ucapannya sempena perasmian seminar kebangsaan ketamadunan islam 2009.

teks ucapannya dibacakan penasihat hal ehwal islam negeri, datuk mohd najmuddin elias.

seminar anjuran universiti teknologi mara u-i-t-m ini akan membentangkan 66 kertas kerja merangkumi pelbagai bidang sains dan sastera dalam persektif islam.

Kertas kerja dibentang oleh para akademik dari institusi pengajian tinggi i-p-t tempatan.

dalam pada itu, pengarah kampus u-i-t-m Perak, professor dr.abdullah mohamad said menyifatkan terdapat kaitan rapat antara pembangunan tamadun dengan penerapan ajaran islam itu sendiri.

Bertemakan tamadun islam:untuk dunia masa hadapan, seminar ini akan berakhir esok.

Antara skop bidang yang diketengahkan ialah kebudayaan dan kesenian, ekonomi dan kewangan, pemikaran dan falsafah serta hubungan antarabangsa.

END//BAIZURA##

NOH OMAR AMARAN

NOH KELISA

Individu yang ingin melabur dalam penternakan ikan kelisa, diingat berurusan terus dengan pengeluar tanpa melalui orang tengah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato'Seri Noh Omar berkata jika mengunakan
orang tengah, mereka terdedah kepada pelbagai risiko dan kerajaan tidak boleh disalahkan.

Kebelakangan ini ramai orang mencari peluang kononnya menjadi orang tengah bagi pelaburan dalam sektor ternakan ikan kelisa.

Dato'Seri Noh ditemui pada program Pelan Pengurusan Ikan Kelisa Emas dan Pelepasan Anak Ikan Kelisa Emas di Tasik Bukit Merah Laketown Resort dekat Taiping.

katanya ikan kelisa disenaraikan sebagai spesis ikan kawalan untuk perdagangan antarabangsa di bawah Konvensyen Perdagangan ANtarabangsa mengenai spesis Flora dan Fauna Terancam (CITES).

hanya ikan yang dibiak dalam kurungan sehingga generasi ke dua (F2) boleh
diperdagangkan di pasaran antarabangasa.

Setakat ini 27 pengusaha ikan berkenaan di negara ini telah berdaftar dengan Seketariat CITES.

END//SAMAT##

ICU TURUN PADANG

ICU TURUN PADANG

815 buah kampung di perak akan di pantau bagi memastikan pembangunan di luar Bandar tidak diabaikan.

Unit penyelarasan pelaksanaan i-c-u, pembangunan persekutuan negeri kini giat turun padang bagi mengenal pasti permasalahan rakyat.

Program jalan-jalan tengok kampung anjuran i-c-u bersama penduduk kampung tebuk yan, pantai remis dapat mengetengahkan pelbagai cadangan berkaitan pembangunan prasarana.

menurut pegawai kemajuan negeri, datuk zainal abidin omar, projek taman permainan serta surau menjadi agenda utama pembinaan.

dengan bilangan 284 buah keluarga daripada tujuh buah kampung sekitarnya, sumber pendapatan diperoleh melalui hasil tangkapan laut dan penanaman kelapa sawit.

kawasan ini dibantu menerusi pelbagai projek pembangunan seperti projek baikpulih rumah, rancangan perumahan tersusun serta bantuan jabatan kebajikan masyarakat.

END##

EKSPO PENDIDIKAN PERAK 2009

EKSPO PENDIDIKAN


Peluang dan sokongan oleh kerajaan negeri demi meningkatkan taraf ilmu pendidikan dalam kalangan masyarakat merupakan salah satu misi ke arah perak maju menjelang 2015.

Ekspo pendidikan perak 2009 yang diadakan pada 18 hingga 20 disember ini melibatkan penyertaan 33 buah institusi pengajian tinggi I-P-T serta pelbagai agensi berkaitan pendidikan.

selain membuka ruang mempromosikan i-p-t serta badan perkhidmatan dan kaunseling berkaitan pendidikan, ekspo ini turut menawarkan peluang kepada para pelajar mendapatkan biasiswa pendidikan daripada syarikat tertentu.

Sebagai tanda sokongan, syarikat Celcom dan Firefly menyediakan berbagai cenderahati buat pengunjung. Sebagai promosi, Celcom akan menghantar maklumat mengenai program ini kepada 1.5 juta pengguna perkhidmatan talian telekomunikasinya melalui khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Dijangkankan seramai 15 ribu orang yang akan mengunjungi ekspo ini. Ia bermula dari pukul 8 pagi hingga 7 malam.

End//baizura

Monday, December 7, 2009

MENANG ECO ADVENTURE PERAK AMAN JAYA

Pasukan dari Sweden -- World of multisport.com muncul juara keseluruhan perlumbaan sukan lasak Perak Aman Jaya Eco Adventure 2009 dengan catatan masa keseluruhan 15 jam, 30 minit dan 7 saat .

Pasukan Sweden itu mengatasi 15 pasukan lain yang diwakili atlet-atlet dalam kedudukan 50 terbaik dunia.

Tempat kedua diungguli pasukan gabungan Perancis dan Australia yang menggelarkan diri mereka Chiru Racing Bikes dengan masa 15 jam 50 minit 36 saat.

Manakala ditempat diketiga dimenangi pasukan dari Amerika Syarikat, Tecno Extrem Solar Adventure dengan masa 15 jam 51 minit 55 saat

Juara membawa hadiah sebuah trofi dan wang tunai sebanyak 15 ribu dolar amerika, tempat ke 2 akan membawa sebuah trofi beserta 7 ribu dolar amerika manakala tempat ke 3 turut memenangi sebuah trofi dan wang tunai sebanyak 5 ribu dolar amerika.

Lebih membanggakan, pasukan Malaysia iaitu Salomon TLDM yang dianggotai oleh Mohd Fuzi Dollah dan Heidilee Mohammad berada di tempat keempat dengan catatan masa 15 jam 54 minit 53 saat.

Perak Aman Jaya Eco Adventure 2009 yang bermula sejak 2 Disember lalu menyaksikan 16 pasukan bertarung dalam 4 peringkat di 4 lokasi yang mencabar bermula dari Pulau Banding, Taiping, Kampar dan akhir sekali di Pulau Pangkor.

Dengan jarak keseluruhan 186 kilometer dengan 4 displin utama iaitu berlari, berbasikal, berenang dan berkayak. ##

KUALA DIPANG-SHAZIMAN

DIPANG SHAZIMAN

Laporan polis akan dibuat terhadap kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang, Perak

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata ini berdasarkan kecuaian teknikal kontraktor terbabit kerana menyebabkan 3 nyawa terkorban.


Menurut Datuk Shaziman walaupun ia tidak mendapat kelulusan jabatan kerja raya JKR dan Pihak berkuasa Tempatan PBT namun sebagai kontraktor mereka harus bertanggungjawab.

Tambahnya akta sedia ada Lembaga Pembangunan Industri pembinaan, CIDB hanya boleh menyenarai hitamkan atau membekukan perkhidmatan kontraktor dan seterusnya pihak polis yang akan menentukan tindakan yang akan diambil.


Dalam kejadian 26 Oktober lalu, 3 murid sekolah rendah iaitu N. Dina Devi, M. Devatharshini dan V. Divyashree dari SJKT Mambang Di Awan dan SJKT Gopeng terkorban selepas dihanyutkan arus deras semasa mengikuti Kem 1Malaysia anjuran Pusat Kokurikulum negeri Perak.

END ##

BANJIR-EMPANGAN

EMPANGAN BARU

Sebuah empangan baru perlu dibina di Daerah Larut, Matang Dan Selama, Perak bagi mengelak banjir besar di daerah itu pada masa depan.

ADUN Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, Jabatan Perngairan dan Saliran JPS negeri perlu memandang serius perkara itu.

Ini kerana banjir besar di Kerian baru-baru ini berpunca dari kawasan berkenaan.

Pihaknya juga meminta beberapa syarikat dalam dan luar negara untuk membuat kajian tentang kesesuaian membina empangan yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir.

Beliau turut meminta penduduk yang terlibat dengan banjir agar sentiasa berhati-hati kerana dikhuatiri bencana itu akan berulang lagi.

Pihak JPS juga diminta membuat pemantauan lebih kerap dan membina semula ban yang pecah semasa banjir untuk keselamatan penduduk

samat.##

TINDAKAN IBU BAPA-PDRM

PDRM IBU BAPA

tindakan terus terhadap ibu bapa mungkin menjadi satu pendekatan bagi menangani masalah samseng jalanan yang melibatkan remaja dibawah umur.

namun, langkah itu masih dikaji bagi mengenal pasti pelbagai factor yang berkemungkinan berlaku.

menurut ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah usaha membanteras jenayah perlulah diiringi dengan pendidikan dan langkah pencegahan awal sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

pihak polis sememangnya mengambil serius hal jenayah yang melibatkan golongan muda, justeru kerjasama dan kesedaran semua pihak terutamanya ibu bapa amatlah penting.

dato zulkifli menjelaskan perkara itu sempena program pencegahan jenayah jalanan bersama masyarakat mukim kota lama kiri, kuala kangsar.

kawasan berkenaan dikenal pasti berisiko tinggi terhadap ancaman pecah rumah, curi kenderaan dan ragut.

atas tindakan memastikan keamanan, anggota polis daerah kuala kangsar membuktikan jenayah di daerah berkenaan berjaya dikawal dengan angka penurunan kes daripada 384 pada 2008 kepada 338 kes tahun ini.

di majlis yang sama, sesi berdialog bersama masyarakat tempatan diadakan. antara perkara yang dibangkitkan adalah berhubung jalinan kerjasama yang mungkin dapat dibuat antara pasukan polis dengan orang.

melalui pelbagai saluran maklumat seperti laman sesawang rasmi PDRM, talian hotline serta rakan cop, orang ramai secara terus boleh memberi maklumat berkaitan jenayah yang berlaku disekitar mereka

end//baizura

RAJA MUDA TEGUR

RAJA MUDA TEGUR

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin memberi teguran mengenai sikap sesetengah pihak yang memberi tafsiran salah mengenai kebebasan demokrasi.

Demokrasi tidak bermakna kebebasan bersuara tanpa batasan, apatah lagi untuk menghina dan memalukan pihak lain.

Sebaliknya pandangan dan kritikan perlu disuarakan secara berhemah dan mengikut saluran yang betul bagi mengelak pergeseran dalam masyarakat.

baginda juga mahu rakyat bersatu menghalang kemasukan sebarang anasir yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan negara.

Pergeseran dalam masyarakat...jika dibiarkan, boleh menyebabkan perpecahan yang merugikan negara dan masa yang lama diperlukan untuk memulihkan semula keadaan.


justeru, Baginda turut mengingatkan mereka yang lantang mengkritik agar tidak melenting dan marah apabila ditegur pihak lain, seperti yang sering terjadi akhir-akhir ini.

end// ##

GAMBAR DIPIJAK

MB ADUN PIJAK

Ketiga-tiga Adun yang gambar mereka dipijak melihat tindakan pemimpin d-a-p itu sebagai orang yang tidak bermoral.

Adun Cangkat Jering Mohd Osman Jailu, Adun Jelapang Hee Yit Fong dan Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi menyifatkan perbuatan berkenaan semata-mata menampakkan kerakusan pemimpin yang dahagakan kuasa.

Mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Ipoh.

Dato Seri Dr Zambry pula melihat perbuatan DAP bukan sahaja sebagai permainan politik kotor mereka tetapi tindakan itu mampu menggugat keamanan di Perak.

Ketiga-tiga ADUN mendakwa perjuangan yang dibawa parti pembangkang selama ini kononnya mengamalkan demokrasi, telah tersasar daripada landasannya.

aksi pijak memijak itu hanya untuk memastikan agenda mereka dapat dicapai.

end//baizura##

PLUS R&R

PLUS-ANUGERAH

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di lebuh raya PLUS meraih Anugerah Utama Penghargaan Pelancongan Negeri Perak 2009 oleh Persatuan Pelancongan Negeri Perak.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressways, Nik Airina Nik Jaffar berkata PLUS memberi penekanan membangunkan kawasan R&R kerana ia komponen penting sistem lebuh raya dari aspek keselamatan selain memainkan peranan mempromosi sektor pelancongan serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Konsep tema digunapakai untuk menjadikan (R&R) sebagai hentian yang menarik dan berkarektor unik untuk membantu mempromosikan budaya dan produk keluaran tempatan.

PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan R&R Sungai Perak adalah penerima bersama Anugerah Utama kerana kawasan rehat tersebut mempunyai ciri-ciri budaya yang istimewa serta perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

END

FELCRA PERAK RMK 10

FELCRA RMK 10

rancangan pembangunan Felcra di Perak pada tahun hadapan adalah lebih terbuka dan mesra.

Menurut pengurus besar felcra wilayah perak, abdul rahman ahmad, pelbagai bentuk program yang diusulkan dalam rancangan Malaysia ke 10 r-m-k 10 khususnya demi pembangunan masyarakat luar bandar.

Selain projek penanaman semula, usaha menaiktaraf penempatan felcra akan diberikan dengan menyediakan kemudahan yang lebih releven.

Malah, program rumah kedua bagi generasi baru felcra turut menjadi agenda.

Selaras dengan perkembangan semasa, felcra juga akan memberi fokus kepada bidang bioteknologi khususnya dari aspek perladangan dan penternakan.

untuk tahun ini, felcra berjaya memajukan seluas 35 ribu 800 hektar tanah yang diperuntukkan melalui sektor sawit, getah dan padi. Ia sekaligus memberi manfaat kepada lebih 18 ribu peserta felcra di negeri ini.

End//baizura

Tuesday, November 10, 2009

SUKAN ISU BOLA

SUKAN MB


SEDIKIT BERITA SUKAN.

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) perlu menangani masalah persatuan itu untuk melayakkan diri bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata demi menyelamatkan maruah pasukan bola sepak negeri, mereka yang memegang amanah dalam PAFA itu perlu segera menyelesaikan masalah
yang dihadapi.

Beliau tidak mahu memberi ulasan berkaitan perkara itu kerana ia diluar bidang kuasanya. Namun, beliau berharap agar ada jalan penyelesaian demi masa depan pasukan yang suatu ketika dahulu gah di negara ini.

Datuk Seri Dr Zambry mengakui ada pemain dan kelab penyokong bola sepak Perak bertemu beliau berhubung masalah yang dihadapi oleh PAFA kini.


end//

BANGUNAN RUNTUH FAIR PARK

SUSULAN FAIRPARK

Susulan kejadian tragedi bangunan runtuh di Fair Park, bulan lepas.

Polis berhak bertindak terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat secara langsung berkaitan tragedi tersebut..

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, laporan berhubung tragedi berkenaan sedang disiapkan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Menurutnya, sekiranya laporan berkenaan mengemukakan bukti-bukti kukuh, polis berhak bertindak terhadap mereka yang disyaki terlibat dalam tragedi berkenaan.

Datuk dr Mah ditemui media selepas majlis perasmian Program Alzheimer Disease Foundation Malaysia (ADFM) Memory Walk di Ipoh.

Dalam kejadian pada Oktober lalu, dua maut manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki, dihempap bangunan Fair Park yang tiba-tiba runtuh.


END//

SAMBUNGAN K-I-K

Sementara itu, RTM Sarawak turut bertanding dalam kategori teknikal di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Ini merupakan kali pertama RTM menyertainya.

Di kenali sebagai kumpulan optik, mereka mempertandingkan Sistem kawalan isyarat analog (KAISAN) yang bertindak sebagai penimbal untuk menghalang Kad Analog Digital (A/D) mengalami kerosakan dan menjejaskan siaran radio RTM.

Menurut Ahli Kumpulan Optik, Sanawi Abdul Rahman berkata, sistem yang menggunakan bahan yang sedia ada dapat menjimatkan kos yang dialami serta membuat penambahbaikan kepada sistem yang ada di jabatan tersebut.

Pemangku Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak Hj Monshi Abdullah pula berkata idea itu akan ditawarkan kepada jabatan lain yang mempunyai masalah yang sama.

Kakitangan perlu proaktif dengan masalah yang dihadapi menggunakan kreativiti dari setiap kakitangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.


End//

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

Zambry kik

Ketika merasmikan konvensyen KIK perkhidmatan awam peringkat kebangsaan ke-26 di ipoh datuk seri dr zambry berkata penjenamaan semula kumpulan mutu kerja (KMK) kepada kumpulan inovatif dan kreatif (KIK) merupakan transformasi perkhidmatan awam.

KIK itu menjadi satu anjakan paradigma ke arah perkasakan anggota perkhidmatan awam ke arah pembudayaan ilmu, pembentukan sikap dan kemahiran serta budaya kerja cemerlang.

Menurutnya, elemen inovasi dan kreativiti itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan seperti yang disarankan oleh perdana menteri, datuk seri najib tun razak.

Tema konvensyen KIK: penggerak kreativiti, inovasi dan produktiviti itu sendiri dapat melahirkan penjawat awam yang mempunyai daya pemikiran dan produktiviti tinggi.

ia juga merupakan medan untuk mengenalpasti perubahan terhadap sistem dan proses kerja serta meningkatkan pencapaian organisasi.

Beliau berharap, produk-produk yang dipertandingkan dalam konvensyen itu dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan dalam jabatan kerajaan.

End//

MB NGO

MB NGO

Badan-badan bukan kerajaan N-G-O perlu bersama dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan semangat 1 malaysia dalam memberi kebajikan secara menyeluruh.

Menteri Besar perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dengan adanya kesefahaman dengan NGO, peruntukan yang disediakan khas kepada rakyat yang memerlukan dapat diberikan dengan sebaiknya.

Menurutnya, usaha kebajikan dari semua pihak merupakan konsep tanggungjawab bersama kerajaan negeri untuk melihat lebih dekat lagi masalah yang dihadapi oleh rakyat secara menyeluruh selaras dengan matlamat kerajaan kebajikan.

Datuk Seri Dr Zambry berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agong majlis pembangunan masyarakat negeri perak di Ipoh.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak 370 ribu ringgit kepada 64 buah pertubuhan NGO.

end//

Wednesday, October 28, 2009

SIDANG DUN PERAK 28/10/09

IKUTI SIARAN TERKINI PERSIDANGAN SIDANG DUN PERAK
MELALUI RADIO MALAYSIA PERAK FM DAN BLOG DARI UNIT BERITA RTM PERAK

Tuesday, October 27, 2009

MANGSA PERTAMA DIJUMPAI


Mayat mangsa pertama tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang semalam ditemui pagi tadi.

Mangsa seorang pelajar perempuan keturunan India berusia 11 tahun adalah antara peserta aktiviti kokurikulum perkhemahan anjuran PPD Kinta Selatan itu ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.


Dalam kejadian malam tadi, 22 murid dikhuatiri dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata identiti mayat murid perempuan berketurunan
India itu belum dikenalpasti.

Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Datuk Zakaria berkata jumlah sebenar mangsa belum diketahui. Polis telah meminta Jabatan Pelajaran mendapatkan maklumat terperinci beserta kesemua nama murid yang menyertai kem perkhemahan itu.

Maklumat awal yang mengatakan 22 murid hilang itu belum dapat dipastikan dan dipercayai jumlah mangsa sebenar adalah kurang daripada itu.

MANGSA DIJUMPAI

Mayat mangsa pertama tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang semalam ditemui pagi tadi.

Mangsa seorang pelajar perempuan keturunan India berusia 11 tahun adalah antara peserta aktiviti kokurikulum perkhemahan anjuran PPD Kinta Selatan itu ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.


Dalam kejadian malam tadi, 22 murid dikhuatiri dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata identiti mayat murid perempuan berketurunan India itu belum dikenalpasti.

Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Datuk Zakaria berkata jumlah sebenar mangsa belum diketahui. Polis telah meminta Jabatan Pelajaran mendapatkan maklumat terperinci beserta kesemua nama murid yang menyertai kem perkhemahan itu.

Maklumat awal yang mengatakan 22 murid hilang itu belum dapat dipastikan dan dipercayai jumlah mangsa sebenar adalah kurang daripada itu.

JAMBATAN RUNTUH




22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang digunakan runtuh pada pukul 10.30 malam tadi.

Jambatan gantung besi yang baru disiapkan itu digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.

Menurut jurucakap polis, kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

end

Tuesday, October 13, 2009

SKIM GERAN PENYESUAIAN LPP


Dua puluh juta ringgit diperuntukkan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang LPP.

Ia bagi melaksanakan geran penyesuaian untuk membantu penternak, peladang dan nelayan ke arah pertanian moden.

Timbalan Ketua Pengarah LPP Ramli Sarikan berkata, geran berkenaan berbentuk bantuan peralatan yang diperlu dalam aktiviti berkenaan.

Ramli berkata demikian di majlis Bersama media dengan LPP Perak di Ipoh.

Geran berkenaan bagi membantu golongan itu meningkatkan hasil produktiviti aktiviti pertanian.

Ia selaras dengan matlamat negara untuk menjadikan hasil pertanian sebagai perniagaan.

Melalui pertanian secara moden ia bukan saja dapat mengurangkan kos tenaga kerja malah dapat meningkat pendapatan mereka dari masa kesemasa.

Hadir sama Pengarah LPP Perak Azhar Yunos dan Pengerusi PPN Perak Zaki Din.

End//

PPN mahu 'Jelapang padi' Kerian di kekalkan


Pertubuhan Peladang Negeri,P-P-N Perak mahu status daerah kerian sebagai jelapang padi dikekalkan untuk
memastikan bekalan beras negara mencukupi pada masa hadapan.

Pengerusinya Zaki Din berkata jika daerah itu diubah statusnya kepada pengeluar tanaman lain di khuatiri akan menjejaskan sumber beras hingga memaksa negara mengimportnya dari luar.

Beliau ditemui di majlis LPP bersama Media di Ipoh.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Dato'Seri Noh Omar Ahad lalu yang berkata daerah itu akan diubah status kepada jenis tanaman lain kerana didapati banyak masalah yang timbul .

Antara kekurang hasil adalah akibat masalah takungan air yang mengurangkan pengeluaran beras di kawasan itu.

Bagaimanapun ia bergantung kepada kehendak rakyat di kawasan berkenaan.

Zaki berkata, masalah itu dapat diatasi jika sistem pengairannya diselesaikan.

Malah ia akan menghasil jumlah padi antara 8 hingga 10 tan sehektar di masa akan datang.

End//



Friday, October 9, 2009

KUMPULAN PERTAMA ASKAR WATANIAH

Hasrat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan kompeni askar wataniah di setiap parlimen di perak akhirnya terlaksana.

222 kawasan parlimen di negara ini, hanya 97 kawasan telah dilancarkan dengan kekuatan 100 anggota di setiap kawasan. Selebihnya akan dilancarkan secara berperingkat sehingga 2011.

Penubuhan askar itu akan memberi pendedahan kepada orang awam tentang aktiviti, latihan dan tugas anggota tentera dan hubungan baik diantara warga awam dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat dipertingkatkan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan kumpulan pertama kompeni askar wataniah kawasan parlimen perak selatan di Bagan Datoh, Perak. Hadir sama, ketua setiausaha kementerian pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah.

Jelasnya, penubuhan askar wataniah sebagai lapisan kedua dalam pertahanan negara memerlukan komitmen yang jitu dari ahli-ahli parlimen dan pemimpin masyarakat setempat bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai paras keanggotaan yang diperlukan.

Perak kini mempunyai 5 kawasan yang menempatkan kompeni askar wataniah iaitu di Kampar, Lumut, Pasir Salak, Teluk Intan dan Bagan Datoh.

Kerajaan juga turut memberi perhatian dari segi pembangunan dalam memantapkan keupayaan tentera darat sejajar 1 Malaysia, 1 Wataniah, 1 Wawasan.

End// AINON

Thursday, October 8, 2009

TASKA DAN TADIKA PERTAMA KAKITANGAN AWAM DI PERAK

Perak menjadi negeri pertama di negara ini yang menyediakan kemudahan taman asuhan (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) secara percuma untuk anak-anak kakitangan awam berusia di bawah enam tahun.

buat permulaan, taska dan tadika berkenaan akan dibuka di bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) sebelum diperluaskan ke pejabat-pejabat daerah.

menteri besar nya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penubuhan kedua-dua pusat pendidikan awal kanak-kanak tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat exco lalu.

ia dijangka beroperasi dalm masa terdekat dan terbuka kepada anak-anak kakitangan awam yang berkhidmat di negeri ini.

kerajaan negeri katanya, mengambil kira kebajikan mereka yang memberi sumbangan besar ke arah memastikan program pentadbiran berjalan lancar.

Dato Seri Dr. Zambry berkata demikian di Majlis Sambutan Aidilfitri bersama pegawai-pegawai dan kakitangan badan-badan berkanun perak di kediamannya di Ipoh semalam.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Permata Negara bagi penubuhan taska sementara Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

End//

KD SRI INDERAPURA TLDM TERBAKAR

KD Sri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut.

Ia merupakan kapal dari skuadron LST iaitu kapal pendarat kereta kebal dan pasukan amfibi itu dijadualkan belayar ke malaysia timur pada 12 oktober ini untuk penghantaran barang-barang logistik ke markas wilayah laut 2, kota kinabalu, sabah.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh cawangan perhubungan awam TLDM menyatakan, semasa kejadian seramai 77 orang anggota termasuk 6 pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas.

Pihak bomba TLDM masih mengawal kebakaran sehingga kini dan dibantu oleh 2 jentera bomba dari manjung dan sebuah dari sitiawan. Turut membantu adalah pasukan Agensi Penguatkuasaan maritim malaysia (APMM), Boustead Naval Shipyard dan Bot tunda awam.

Kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa.

KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar TLDm mempunyai kelajuan 20 knot, mempunyai berat 4975 tan dan panjangnya 159.2 meter itu dibina pada tahun 1970 telah ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1995.

Sementara itu, di Port Dickson, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi mengesahkan tiada unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku akibat lintar pintas. Berikutan kejadian itu, TLDM menubuhkan sebuah lembaga siasatan yang diketuai seorang pegawai berpangkat kolonel untuk mengenalpasti punca kebakaran.

End// ainon

Sunday, October 4, 2009

LEMBAH PELANCONGAN DI TAMBUN

Berita baik kepada penanam limau tambun di Ipoh

Kerajaan negeri akan mengumumkan untuk menjadikan kawasan limau tambun di perak sebagai lembah pelancongan yang menarik dan menjadi daya tarikan baru ke negeri itu.

Menteri besarnya, Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kajian profesor dari taiwan mendapati kawasan penanaman limau tambun itu berpotensi untuk didirikan resort-resort dan bukannya hanya memasarkan buah-buahan sahaja.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui ahli exconya, Dato' Dr. Mah Hang Soon telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak penanam dan sedia membantu memberi kawasan serta penambahbaikan bagi merealisasikan produk pelancongan tersebut.

Jelasnya lagi, Limau tambun di negeri itu bukan sahaja berkualiti tetapi nilai pokok tersebut seperti kulit buah, bunga dan daun mempunyai fungsi yang tersendiri termasuk untuk merangsang fungsi paru-paru dan merawat pesakit asma.

Dato Seri Dr Zambry berkata demikian kepada media di Majlis raya bersama Persatuan Usahawan Muda Malaysia (PUMM) di Ipoh. Hadir sama pengerusi PUMM, Dato Eric Ng Wai Sing.

Di Majlis tersebut, beliau juga turut menyumbangkan 50 ribu ringgit kepada PUMM Perak serta menyampaikan duit raya kepada lebih 100 orang anak-anak yatim.


End// AINON

Thursday, October 1, 2009

PERJANJIAN RUMAH PANGSA MBI DITAMATKAN

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menamatkan serta merta perjanjian sewa rumah pangsa miliknya terhadap penyewa yang menyewakan premis tersebut kepada orang lain.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Mohd Roshidi Hashim berkata, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBI telah mengesan wujudnya penyewa-penyewa haram di beberapa rumah pangsa miliknya di Buntong Harmoni, Kinta Heights, Sungai Pari Towers dan Waller Court.

Menurutnya, rumah-rumah itu disediakan untuk golongan kurang berkemampuan untuk menyewa kediaman di bandar ini tetapi disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

Tambah beliau, bagi mengatasi masalah ini, MBI akan mengambil tindakan pemutihan iaitu menghantar notis kepada penyewa yang melakukan perbuatan menyewakan premis mereka kepada orang lain berkuatkuasa mulai bulan ini.

Dato' Roshidi berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat bulanan majlis di Ipoh.

MBI telah mengesan beberapa penyewa yang menyewakan semula rumah itu kepada penyewa lain dengan kadar 250 ringgit hingga 400 ringgit untuk mengaut keuntungan.

Kadar sewa semasa bagi setiap unit rumah pangsa MBI adalah 124 ringgit sebulan.

End// ainon

MBI - FUKUOKA JEPUN

Perhubungan erat bandar berkembar antara bandar Ipoh dan bandar Fukuoka, Jepun akan terus dipereratkan demi untuk menjana pembangunan pelancongan ke dua-dua negara.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Mohd Roshidi Hashim berkata, perhubungan bandar berkembar yang dijalinkan selama 20 tahun antara ipoh-fukuoka jelas terbukti membuahkan hasil dalam sektor berkenaan.

Hubungan kedua-dua negara itu akan terus dilaksanakan bukan sahaja dalam sektor pelancongan malah, meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia-Jepun dalam sektor-sektor lain bagi menjana ekonomi kedua-dua negara itu.

Dato' Mohd Roshidi berkata demikian di Majlis Sambutan lawatan Datuk Bandar Fukuoka, Hiroshi Yoshida ke Ipoh sempena lawatan rasmi selama 2 hari.

Hiroshi turut dibawa meninjau ke Taman Jepun di Taman rekreasi D.R.Seenivasagam di Ipoh.

Taman Jepun dengan keluasan 1.2 hektar itu dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman jepun yang terdapat di Fukuoka. Taman itu mendapat gelaran 'Taman Mini Jepun' selepas temeterainya perjanjian di antara bandar Ipoh-Fukuoka pada 21 Mac 1989.

delegasi tersebut turut diraikan dalam majlis makan malam bersama ahli-ahli majlis dari kedua-dua negara.

End.

Monday, September 28, 2009

PEKEBUN KECIL RISDA

PEKEBUN KECIL

Mengikut data yang diperoleh daripada Risda Negeri Perak, seramai 63 ribu 599 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman komoditi iaitu kelapa sawit dan getah.

35 ribu daripadanya mengusahakan tanaman getah dan selebihnya 28 ribu 562 merupakan pekebun kecil bagi tanaman sawit.

Walau bagaimanapun, jumlah keluasan tanaman sawit melebihi keluasan getah yang masing-masing seluas 70 ribu hektar, dan 72 ribu 447 hektar.

Dalam merealisasikan misi kerajaan yang ingin menjadikan Perak sebagai kawasan sumber pertanian dan perladangan, bantuan serta kebajikan yang berterusan diberikan kepada pekebun kecil ini yang merangkumi pelbagai bentuk bantuan.

Malah, inisiatif memajukan golongan ini secara tidak langsung ia selaras dengan tindakan dalam membasmi kemiskinan terutama golongan yang tinggal di luar bandar.

End//baizura

MIC -SARAVANAN

MIC - SARAVANAN

“MIC masih mempunyai kekuatannya tersendiri. Untuk itu, jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencari publisiti dengan mengkritik MIC”.

Demikian yang ditegaskan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Saravanan dalam mempertahankan parti itu yang kini dilanda dengan pelbagai isu dalamannya.

Cabar beliau, jika ada pihak yang ingin menentang parti tersebut MIC bersedia dan secara terbuka menyahut cabaran berkenaan.

MIC yang merupakan salah satu komponen kuat dalam Barisan Nasional masih yakin dengan sokongan rakyat khususnya masyarakat India yang menganggap hanya parti itu yang mampu membela dan memenuhi kehendak rakyat.

Dato Saravanan berkata demikian selepas merasmikan karvinal tradisi kaum India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kampung Simee di Ipoh.

Carnival ini akan diadakan diseluruh negeri sebagai satu program untuk mengumpulkan masyarakat India dalam memelihara adat dan tradisi kaumnya agar ia dapat diteruskan oleh generasi akan datang.

End//baizura

Tuesday, September 8, 2009

KEMPEN

Seramai 326 pelajar di negeri ini terlibat dalam kemalangan maut dari Januari hingga Mei tahun ini.

Exco Infrastruktur , Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari berkata semua pihak perlu mengambil inisiatif mencegah kemalangan dalam memastikan wawasan sifar kemalangan dicapai.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya Politekinik Ungku Omar dan kumpulan Yamaha di Ipoh.

Kempen ini bagi meminimakan jumlah kemalangan jalan raya terutama menjelang musim perayaan. Ia turut mmberi teknik pemanduan motosikal secara betul dan selamat.

Dalam pada itu turut diadakanpemeriksaan motosikal dan pertukaran topi keledar lama kepada yang baru secara percuma.

end/ sue & farah

Thursday, July 30, 2009

PEPERIKSAAN TETAP DIJALANKAN

Peperiksaan Kebangsaan yang telah ditetapkan akan diteruskan walaupun wabak penyakit Influenza A (H1N1) semakin membimbangkan.

Sehubung dengan itu, semua peperiksaan kebangsaan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin, jika perlu, pelajar yang sakit mungkin akan menduduki peperiksaan tersebut di hospital.
Dalam pada itu, peperiksaan UPSR akan diadakan dari 8 hingga 10 September, PMR dari 7 hingga 9 Oktober dan SPM dari 19 November hingga 16 Disember.

End/G.VENE GANAISON