Thursday, December 30, 2010

POLIS NKRA 2010

POLIS NKRA

Menjelang akhir tahun ini, polis diraja malaysia, P-D-R-M yakin sasaran bidang keberhasilan utama negara, N-K-R-A membanteras jenayah DICAPAI.

Melalui pengurangan kadar indeks jenayah sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus; sejajar dengan penstrukturan semula organisasi beruniform itu ke arah pemodenan pasukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata dalam masa terdekat mengumuman mengenainya akan dibuat.

Beliau turut menegaskan, pihaknya kini memberi keutamaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengurangkan kadar jenayah.

elemen seperti pembangunan modal insan, dan nilai integriti terus diperkasa.

Tan Sri Ismail ditemui di Ipoh selepas menyaksikan majlis penyerahan terima tugas ketua Polis Perak yang baru Datuk Mohd Shukri Dahlan yang menggantikan Datuk Zulkifli Abdullah, yang kini bertugas sebagai ketua polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohd Shukri sebelum ini, merupakan ketua polis terengganu.

end//

Wednesday, December 29, 2010

BUNUH GOPENG

MINTA HUBUNGI POLIS

polis meminta orang ramai tampil memberi maklumat mengenai kejadian samun awal pagi tadi di Taman Gopeng Jaya, Gopeng.

kejadian melibatkan kematian seorang warga emas, V.Perumal 67 tahun selepas diserang empat lelaki bersenjatakan besi paip.

menurut Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Abdul Aziz Salleh, kumpulan perompak itu dipercayai masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang.

Perumal yang tinggal bersama isterinya, terlebih dahulu diikat kaki dan tangan oleh perompak tersebut ketika sedang tidur.

bagaimanapun, isteri mangsa tidak diapa-apakan perompak terbabit.

siasatan awal mendapati, kumpulan perompak itu berjaya menyamun barang kemas dan wang tunai berjumlah keseluruhan kira-kira lima ribu ringgit.

mereka kemudiannya berjaya melarikan diri dipercayai berada dalam linkungan usia 20an.

Superintanden Abdul Aziz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu samun dan bunuh.

end//

RUMAH EMAS - PARIT

RUMAH EMAS - PARIT

Jika sebelum ini tinggal dirumah papan usang yang serba kekurangan dan tidak menjaminkan keselamatan.

Namun kini, seorang warga emas Siah Mit 81 tahun boleh mengukirkan senyuman diwajahnya apabila menerima rumah baru dibawah Program Bantuan Rumah (PBR).

Beliau yang kehilangan suaminya 4 tahun lalu mempunyai seorang anak dan hidup hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak 150 ringgit sebulan.

Siah memanjatkan rasa kesyukuran atas bantuan rumah yang selesa dengan dilengkapi ruang tamu, 3 buah bilik serta 2 buah bilik air.

sementara itu, Ahli Parlimen Parit, Drs Nizar Zakaria berkata Siah antara 45 peserta bertuah E-Kasih yang menerima bantuan tersebut pada tahun ini dikawasan Parit.\

Peruntukan 33 ribu ringgit disalurkan bagi tujuan pembinaan rumah baru. Melalui PBR juga sebanyak 49 buah rumah telah dibaik-pulih.

end//kimie

IKON USAHANITA 2010

IKON USAHANITA 2010

pengetahuan dan kemahiran teraju utama dalam melonjakkan perniagaan. ditambah pula dengan penguasaan bidang teknologi komunikasi dan maklumat ICT.

itu saranan menteri Besar Datuk seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam melihat anjakan pembangunan ekonomi dan peningkatan pendapatan isi rumah yang menjadi agenda utama negara.

berucap di Majlis Anugerah Ikon usahanita Negeri Perak 2010, penglibatan kaum wanita sebagai usahawan yang semakin setara dengan bilangan usahawan lelaki, tidak mustahil sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera menjelang 2020 dapat dicapai.

Dalam pembentangan Bajet Negeri 2011 yang diumumkan awal bulan ini, sejumlah peruntukkan turut disediakan untuk merangsang pembangunan wanita di negeri ini dalam sektor perniagaan.

teks ucapan datuk seri dr zambry dibacakan wakilnya, Ketua Wanita UMNO, datuk Rusnah Kassim.

Julung kali diadakan, anugerah Ikon Usahanita menjadi milik, wanita berusia 69 tahun, Datin Che Su Yusuf yang mengusahakan syarikat pelancongan yang beroperasi di Taiping sejak 20 tahun lalu.

usaha itu dilakukan bersama suaminya dan juga bekas ecxo kerajaan negeri datuk Abdul Khalid Nasir.

end//baizura

Sunday, December 26, 2010

MENINGGAL RTM

MENINGGAL RTM

Sedang isterinya keluar ke pasar malam membeli makanan, Fauziah Ahmad, dikejutkan dengan berita pemergian suaminya, Nor Affandi Samsudin, 46 tahun yang tanpa diduga.

Allahyarham Nor Affandi yang berkhidmat di Jabatan Penyiaran kira-kira 24 tahun; meninggalkan seorang balu dan lima orang anak yang kesemuanya masih bersekolah.

Noor Afandi mengembuskan nafas terakhir di rumahnya di Bandar Meru raya, ipoh malam tadi.

Hadir menziarahi jenazah; kakitangan RTM Perak serta Pengarahnya, noriani Mohd idris.

menurut Fauziah, arwah suaminya yang bertugas sebagai juruteknik di unit penyelenggaraan dan Pemantauan mengalami demam sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun dia masih tetap bekerja hinggalah pada dua hari lalu.

dalam pada itu, Allahyarham Nor Affandi mengalami kompilasi buah pinggang sejak tahun 80an lalu ketika beliau bertugas di Angkasapuri.

Allahyarham menerima rawatan dialisis dan dilaporkan sakitnya itu berada pada tahap kritikal.

bertempat di Kampung Pauh, Jenazah Nor Affandi dikebumikan dikampunya ini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

end//baizura

PIALA SUZUKI 2010

BOLA SUZUKI - NAZRI

dalam perkembangan lain, Datuk Seri nazri meminta rakyat di negara ini terus memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara dalam perlawanan Piala Suzuki AFF malam ini.

berteraskan konsep Satu Malaysia, sukan dilihat platfrom dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

perlawanan akhir pertama malam ini memperlihatkan pasukan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Bukit jalil yang dijangka bermula pukul 8 malam.

dan bagi perlawanan ini sekitar 90 ribu penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium seawal jam lima petang.

selain mengharapkan kerjasama penyokong arahan keselamatan mereka juga diingatkan tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api.

end//baizura

Saturday, December 25, 2010

FESTIVAL PANGKOR 2011

Festival PANGKOR 2011

Sempena cuti sekolah, Pulau Pangkor, dikatakan menjadi destinasi pelancongan utama sebagai “ Family outings”.

Susulan itu, pada 1 januari ini, akan berlangsungnya Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa pangkor 2011 dengan menampilkan penyair-penyair dari Malaysia, Rusia, Iran, Indonesia, Thailand, serta Singapura.
festival dianjurkan Kampung Karyawan, Pejabat Menteri Besar Perak, dan Institut Darul Ridzuan, dengan kerjasama PENA, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara Malaysia.
pada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, acara yang diadakan termasuklah baca Puisi dan pembentangan kertas kerja yang akan dibuat bertemakan 'Arah Tuju Bahasa dan Sastera Melayu di Era Globalisasi'.
Panel terdiri daripada Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan dari GAPENA, Encik Aminudin Hashim iaitu Ketua Eksekutif Insititut Darul Ridzuan, Dato’ LAT, dan Prof Emeritus Dr. Budi Darma dari Universitas Surabaya Indonesia.
bertempat di Hotel Sri Bayu, Pasir Bogak, majlis perasmian bakal disempurnakan exco Belia dan Sukan Dato' Zainol Fadzi Paharudin.

bagi perasmian penutupan disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga dijangka akan membaca puisi.

jsuteru, bagi yang berminat menyertai program itu boleh menghantar emeldi seladangvent@gmail.com atau smzakir90@gmail.com.

end.//

Wednesday, December 22, 2010

MANGSA DISCAJ

MANGSA DISCAJ

Empat rakyat Thailand yang terbabit kemalangan ngeri di kilometer 15 Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai kelmarin, dibenarkan keluar dari wad pagi tadi.

Ini menjadikan hanya enam lagi yang masih dirawat di hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Seorang daripadanya, Pramuaalrat Phimpahu dibawa menaiki ambulan menuju ke Lapangan Terbang Tentera Udara diRaja Malaysia TUDM, Subang.

Tiga mangsa yang lain dibawa ke bukit kayu Hitam sebelum dipindahkan ke Hospital Hatyai.

Dalam pada itu, wakil duta Thailand, Thana Duangrana turut berterima kasih kepada kerajaan dalam melancarkan proses membawa pulang 25 mayat rakyat negara itu.

kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, kesemua 25 keranda dibawa ke Subang menaiki lori treler muatan 25 tan sebelum berlepas menaiki pesawat c-130 milik Thailand untuk ke Bangkok.

perjalanan dijangka mengambil masa tiga jam dengan diiringi pasukan polis trafik PDRM.

end//baizura

Friday, December 17, 2010

PROGRAM BARU UiTM

PROGRAM UiTM

200 program baru diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Mara UiTM di semua kampusnya di seluruh negeri.

ia termasuk bidang perubatan biotech, forensik akuantan, forensik undang-undang, serta astro fizik.

menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, program yang ditawarkan itu adalah mengikut keperluan dan kehendak pasaran dalam tempoh jangka masa panjang.

selain bidang akademik, UiTM juga memberi focus dalam bidang industri keushawanan.

justeru, UiTM kini sudahpun menjalinkan kerjasama dengan dua ribu syarikat industri pelbagai sektor.

Prof Datuk Dr Sahol Hamid menyatakannya pada suatu majlis di Manjung.

bagi 200 program baru yang ditawarkan itu, ia juga akan diperkenalkan di kampus cawangan UiTM Tapah yang akan menerima pengambilan pelajar pertamanya pada bulan ini.

mengulas perkembangan lain, Prof Datuk Dr Sahol Hamid berkata, UiTM kini sudahpun mengenal pasti lima ribu anak orang miskin yang berkelayakkan untuk mengikuti pengajian bagi sesi disember ini.

end//baizura