Thursday, December 30, 2010

POLIS NKRA 2010

POLIS NKRA

Menjelang akhir tahun ini, polis diraja malaysia, P-D-R-M yakin sasaran bidang keberhasilan utama negara, N-K-R-A membanteras jenayah DICAPAI.

Melalui pengurangan kadar indeks jenayah sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus; sejajar dengan penstrukturan semula organisasi beruniform itu ke arah pemodenan pasukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata dalam masa terdekat mengumuman mengenainya akan dibuat.

Beliau turut menegaskan, pihaknya kini memberi keutamaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengurangkan kadar jenayah.

elemen seperti pembangunan modal insan, dan nilai integriti terus diperkasa.

Tan Sri Ismail ditemui di Ipoh selepas menyaksikan majlis penyerahan terima tugas ketua Polis Perak yang baru Datuk Mohd Shukri Dahlan yang menggantikan Datuk Zulkifli Abdullah, yang kini bertugas sebagai ketua polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohd Shukri sebelum ini, merupakan ketua polis terengganu.

end//

Wednesday, December 29, 2010

BUNUH GOPENG

MINTA HUBUNGI POLIS

polis meminta orang ramai tampil memberi maklumat mengenai kejadian samun awal pagi tadi di Taman Gopeng Jaya, Gopeng.

kejadian melibatkan kematian seorang warga emas, V.Perumal 67 tahun selepas diserang empat lelaki bersenjatakan besi paip.

menurut Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Abdul Aziz Salleh, kumpulan perompak itu dipercayai masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang.

Perumal yang tinggal bersama isterinya, terlebih dahulu diikat kaki dan tangan oleh perompak tersebut ketika sedang tidur.

bagaimanapun, isteri mangsa tidak diapa-apakan perompak terbabit.

siasatan awal mendapati, kumpulan perompak itu berjaya menyamun barang kemas dan wang tunai berjumlah keseluruhan kira-kira lima ribu ringgit.

mereka kemudiannya berjaya melarikan diri dipercayai berada dalam linkungan usia 20an.

Superintanden Abdul Aziz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu samun dan bunuh.

end//

RUMAH EMAS - PARIT

RUMAH EMAS - PARIT

Jika sebelum ini tinggal dirumah papan usang yang serba kekurangan dan tidak menjaminkan keselamatan.

Namun kini, seorang warga emas Siah Mit 81 tahun boleh mengukirkan senyuman diwajahnya apabila menerima rumah baru dibawah Program Bantuan Rumah (PBR).

Beliau yang kehilangan suaminya 4 tahun lalu mempunyai seorang anak dan hidup hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak 150 ringgit sebulan.

Siah memanjatkan rasa kesyukuran atas bantuan rumah yang selesa dengan dilengkapi ruang tamu, 3 buah bilik serta 2 buah bilik air.

sementara itu, Ahli Parlimen Parit, Drs Nizar Zakaria berkata Siah antara 45 peserta bertuah E-Kasih yang menerima bantuan tersebut pada tahun ini dikawasan Parit.\

Peruntukan 33 ribu ringgit disalurkan bagi tujuan pembinaan rumah baru. Melalui PBR juga sebanyak 49 buah rumah telah dibaik-pulih.

end//kimie

IKON USAHANITA 2010

IKON USAHANITA 2010

pengetahuan dan kemahiran teraju utama dalam melonjakkan perniagaan. ditambah pula dengan penguasaan bidang teknologi komunikasi dan maklumat ICT.

itu saranan menteri Besar Datuk seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam melihat anjakan pembangunan ekonomi dan peningkatan pendapatan isi rumah yang menjadi agenda utama negara.

berucap di Majlis Anugerah Ikon usahanita Negeri Perak 2010, penglibatan kaum wanita sebagai usahawan yang semakin setara dengan bilangan usahawan lelaki, tidak mustahil sasaran 30 peratus ekuiti Bumiputera menjelang 2020 dapat dicapai.

Dalam pembentangan Bajet Negeri 2011 yang diumumkan awal bulan ini, sejumlah peruntukkan turut disediakan untuk merangsang pembangunan wanita di negeri ini dalam sektor perniagaan.

teks ucapan datuk seri dr zambry dibacakan wakilnya, Ketua Wanita UMNO, datuk Rusnah Kassim.

Julung kali diadakan, anugerah Ikon Usahanita menjadi milik, wanita berusia 69 tahun, Datin Che Su Yusuf yang mengusahakan syarikat pelancongan yang beroperasi di Taiping sejak 20 tahun lalu.

usaha itu dilakukan bersama suaminya dan juga bekas ecxo kerajaan negeri datuk Abdul Khalid Nasir.

end//baizura

Sunday, December 26, 2010

MENINGGAL RTM

MENINGGAL RTM

Sedang isterinya keluar ke pasar malam membeli makanan, Fauziah Ahmad, dikejutkan dengan berita pemergian suaminya, Nor Affandi Samsudin, 46 tahun yang tanpa diduga.

Allahyarham Nor Affandi yang berkhidmat di Jabatan Penyiaran kira-kira 24 tahun; meninggalkan seorang balu dan lima orang anak yang kesemuanya masih bersekolah.

Noor Afandi mengembuskan nafas terakhir di rumahnya di Bandar Meru raya, ipoh malam tadi.

Hadir menziarahi jenazah; kakitangan RTM Perak serta Pengarahnya, noriani Mohd idris.

menurut Fauziah, arwah suaminya yang bertugas sebagai juruteknik di unit penyelenggaraan dan Pemantauan mengalami demam sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun dia masih tetap bekerja hinggalah pada dua hari lalu.

dalam pada itu, Allahyarham Nor Affandi mengalami kompilasi buah pinggang sejak tahun 80an lalu ketika beliau bertugas di Angkasapuri.

Allahyarham menerima rawatan dialisis dan dilaporkan sakitnya itu berada pada tahap kritikal.

bertempat di Kampung Pauh, Jenazah Nor Affandi dikebumikan dikampunya ini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

end//baizura

PIALA SUZUKI 2010

BOLA SUZUKI - NAZRI

dalam perkembangan lain, Datuk Seri nazri meminta rakyat di negara ini terus memberi sokongan kepada skuad bola sepak negara dalam perlawanan Piala Suzuki AFF malam ini.

berteraskan konsep Satu Malaysia, sukan dilihat platfrom dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

perlawanan akhir pertama malam ini memperlihatkan pasukan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Bukit jalil yang dijangka bermula pukul 8 malam.

dan bagi perlawanan ini sekitar 90 ribu penyokong Malaysia dan Indonesia dijangka membanjiri stadium seawal jam lima petang.

selain mengharapkan kerjasama penyokong arahan keselamatan mereka juga diingatkan tidak membawa barang yang dilarang seperti mercun, botol atau bunga api.

end//baizura

Saturday, December 25, 2010

FESTIVAL PANGKOR 2011

Festival PANGKOR 2011

Sempena cuti sekolah, Pulau Pangkor, dikatakan menjadi destinasi pelancongan utama sebagai “ Family outings”.

Susulan itu, pada 1 januari ini, akan berlangsungnya Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa pangkor 2011 dengan menampilkan penyair-penyair dari Malaysia, Rusia, Iran, Indonesia, Thailand, serta Singapura.
festival dianjurkan Kampung Karyawan, Pejabat Menteri Besar Perak, dan Institut Darul Ridzuan, dengan kerjasama PENA, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Negara Malaysia.
pada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, acara yang diadakan termasuklah baca Puisi dan pembentangan kertas kerja yang akan dibuat bertemakan 'Arah Tuju Bahasa dan Sastera Melayu di Era Globalisasi'.
Panel terdiri daripada Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan dari GAPENA, Encik Aminudin Hashim iaitu Ketua Eksekutif Insititut Darul Ridzuan, Dato’ LAT, dan Prof Emeritus Dr. Budi Darma dari Universitas Surabaya Indonesia.
bertempat di Hotel Sri Bayu, Pasir Bogak, majlis perasmian bakal disempurnakan exco Belia dan Sukan Dato' Zainol Fadzi Paharudin.

bagi perasmian penutupan disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga dijangka akan membaca puisi.

jsuteru, bagi yang berminat menyertai program itu boleh menghantar emeldi seladangvent@gmail.com atau smzakir90@gmail.com.

end.//

Wednesday, December 22, 2010

MANGSA DISCAJ

MANGSA DISCAJ

Empat rakyat Thailand yang terbabit kemalangan ngeri di kilometer 15 Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai kelmarin, dibenarkan keluar dari wad pagi tadi.

Ini menjadikan hanya enam lagi yang masih dirawat di hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Seorang daripadanya, Pramuaalrat Phimpahu dibawa menaiki ambulan menuju ke Lapangan Terbang Tentera Udara diRaja Malaysia TUDM, Subang.

Tiga mangsa yang lain dibawa ke bukit kayu Hitam sebelum dipindahkan ke Hospital Hatyai.

Dalam pada itu, wakil duta Thailand, Thana Duangrana turut berterima kasih kepada kerajaan dalam melancarkan proses membawa pulang 25 mayat rakyat negara itu.

kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, kesemua 25 keranda dibawa ke Subang menaiki lori treler muatan 25 tan sebelum berlepas menaiki pesawat c-130 milik Thailand untuk ke Bangkok.

perjalanan dijangka mengambil masa tiga jam dengan diiringi pasukan polis trafik PDRM.

end//baizura

Friday, December 17, 2010

PROGRAM BARU UiTM

PROGRAM UiTM

200 program baru diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Mara UiTM di semua kampusnya di seluruh negeri.

ia termasuk bidang perubatan biotech, forensik akuantan, forensik undang-undang, serta astro fizik.

menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, program yang ditawarkan itu adalah mengikut keperluan dan kehendak pasaran dalam tempoh jangka masa panjang.

selain bidang akademik, UiTM juga memberi focus dalam bidang industri keushawanan.

justeru, UiTM kini sudahpun menjalinkan kerjasama dengan dua ribu syarikat industri pelbagai sektor.

Prof Datuk Dr Sahol Hamid menyatakannya pada suatu majlis di Manjung.

bagi 200 program baru yang ditawarkan itu, ia juga akan diperkenalkan di kampus cawangan UiTM Tapah yang akan menerima pengambilan pelajar pertamanya pada bulan ini.

mengulas perkembangan lain, Prof Datuk Dr Sahol Hamid berkata, UiTM kini sudahpun mengenal pasti lima ribu anak orang miskin yang berkelayakkan untuk mengikuti pengajian bagi sesi disember ini.

end//baizura

Monday, November 29, 2010

SIDANG DUN NOVEMBER

HARI DUN

soal kecoh atau tidak Persidangan Dewan Undangan Negeri DUN esok adalah melihat pada kelakukan yang ditonjolkan pembangkang.

bagi ketua penerangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan ADUN Pengakalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar, apa yang penting pemimpin Barisan nasional BN sentiasa memastikan setiap persidangan yang berlangsung dapat membincangkan pelbagai hal untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

sikap pembangkang yang cuba sering menimbulkan kekecohan pada setiap persidangan hanya semata-mata untuk berpolitik.

datuk hamdi menyatakannya di Ayer Tawar.

sidang DUN yang bermula esok dan dijangka berlangsung selama empat hari hingga 3 Disember.

persidangan kali ini akan membentangkan bajet negeri untuk tahun 2011.

sejak tampuk kepimpinan negeri berada dibawah pentadbiran BN, pembangkang mencetuskan kekecohan dalam dewan dengan bertindak keluar dewan serta tidak menghormati speaker, datuk R.Ganeson.


end//

BPA - PENJAWAT AWAM

BPA PENJAWAT AWAM

50 hingga 60 aduan diterima setiap bulan oleh biro pengaduan Awam BPA berhubung rasa tidak puas hati rakyat dengan layanan penjawat awam.

kebanyakkan aduan tersebut melibatkan penjawat awam yang berhadapan dengan orang ramai.

dalam pada itu, Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk T.Murugiah meminta orang ramai terlebih dahulu merujuk kepada BPA sebelum membuat sebarang laporan pada pihak berkuasa.

BPA terlebih dahulu akan membuat siasatan. laporan tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam JPA untuk mengambil tindakan tatatertib.

jika didapati kes berkenaan serius tindakan sehingga memberhentikan penjawat awam boleh diambil.

datuk Murugiah berkata demikian di Pejabat Biro Pengaduan Awam di Ipoh.

end//

Wednesday, November 24, 2010

3P TENAGA KERJA

TENAGA KERJA

lebih seribu jawatan kosong ditawarkan pada Progran penempatan Pekerjaan atau 3P yang akan diadakan pada 27 dan 28 november ini di bangunan Persekutuan, Ipoh.

program anjuran Pejabat Tenaga Kerja itu, mendapatkan kerjasama daripada 45 syarikat swasta yang akan turut serta menjayakan 3P.

antara yang terlibat sama Institut Latihan Perindustrian ILP Jelapang, Perkeso, dan ADTEC

menurut Peagawai Perhubungan Perusahaan, Puan Nurul hana Mohd Khairi, peluang pekerjaan terbuka khususnya lepasan SPM serta mereka yang mencari kerja.

Mereka yang datang dinasihatkan membawa sijil yang berkaitan.

program tersebut bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

pada masa yang sama, program 3P itu juga akan diadakan serentak di Sitiawan pada 27 november dan Tapah pada 28 November.

manakala di Gerik dan Kuala Kangsar akan diadakan pada 4 disember depan.

maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh menghubungi pejabat Tenaga Kerja Ipoh di talian 254 9405 atau 254 9404.

semua jawatan yang ditawarkan merangkumi pelbagai jenis jawatan dan bidang.

end//

PANDU PUTERI PERAK

PANDU PUTERI PERAK

du Puteri Negeri Perak akan menganjurkan program besar-besaran bersama masyarakat orang Asli pada hujung minggu ini.

dianggarkan kira-kira hampir dua ribu masyarakat orang asli daripada sembilan buah kampung sekitar Chenderiang, Tapah akan turut serta.

bertempat di kampung Lata Kinjang, tujuan utama program itu untuk melahirkan usahawan Orang Asli khususnya memberi peluang kepada surirumah menjana pendapatan.

juga difokuskan peripentingnya pendidikan kepada anak-anak serta orang dewasa orang asli.

idea mengadakan program ini tercetus apabila kali pertama Raja Puan Muda Perak merangkap Yang diPertua Pandu Puteri Negeri Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah meninjau kehidupan Orang Asli di kampung Lata Kinjang April lalu.

hari ini baginda meluangkan masa meninjau persiapan akhir program yang diberi nama majlis Pandu Puteri Perak turun Padang bersama Yang Amat Berbahagia Datin Seri Paduka Rosmah Mansor mernagkap Yang dipertua Pandu Puteri Malaysia.

terlibat menjayakan program itu nanti Yayasan Bina Upaya, Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS, Jabatan Pelajaran Negeri,
lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA, serta Jabatan Kesihatan.

END//

Tuesday, November 23, 2010

JALAN KELUAR BERCHAM

JALAN KELUAR BERCHAM

Pembinaan dua laluan baru susur keluar ke Bercham, Ipoh bakal memudahkan pengguna yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Projek jangka pendek itu telah diluluskan kerajaan negeri dan bakal menikmati kemudahan itu menjelang Tahun Baru Cina.

Dua laluan susur keluar berkenaan sepanjang 100 meter itu melibatkan kos kurang dari satu juta ringgit.

Menurut exco negeri, Datuk Ramly Zahari, kawasan yang terlibat adalah berdekatan dengan kawasan perindustrian dan susur keluar bersebelahan kawasan pembinaan sebuah gedung pasaraya.

Susur keluar laluan sedia ada iaitu jalan Sultan Azlan Shah juga akan dinaiktaraf.

bagaimanapun, projek tersebut akan dimasukkan dalam rancangan Malaysia ke sepuluh RMK 10 yang melibatkan pembinaan laluan bertingkat antara lima hingga 10 kilometer.

datuk ramly berkata demikian selepas melawat ke kawasan yang terlibat dengan projek susur keluar Bercham di Becham.

sebelum ini, Pengerusi Rukun Tetangga, tan Swee Kong mendakwa, susur keluar dan masuk ke Becham saban hari sesak apabila dianggarkan lebih 50 ribu kenderaan pelbagai jenis menggunakan laluan tersebut.

Difahamkan cadangan projek berkenaan akhirnya dilaksana selepas menanti sejak 10 tahun lalu.

end//

kaedah promosi, penjenamaan dan perlabelan

INDUSTRI HAMIDAH

di Perak setakat bulan Ogos lalu, hampir 17 ribu daripada 43 ribu 334 syarikat perniagaan dibubarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM.

alasannya; kaedah promosi, penjenamaan dan perlabelan produk tempatan yang tidak efektif dan menarik.

Exco Industri,Pelaburan dan Pembanguan Usahawan negeri, Dato Hamidah Osman berkata kini SSM dalam proses membatalkan lebih 100 ribu lagi syarikat ekoran tidak menepati kreteria perniagaan yang bersifat global.

selain kualiti pengeluaran produk, kaedah perlabelan yang menggunakan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Cina dan Arab penting dalam aktiviti meluaskan pemasaran peringkat antarbangsa.

jelas datuk hamidah lagi, penjenamaan dalam produk tempatan adalah faktor penting bagi memudahkan pemasaran dan membina imej kepada produk keluaran tempatan.

beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Skim Pemadanan Pembungkusan, Perlabelan dan Penjenamaan Produk Pertanian dan Indusrti Asas Tani di Ipoh.

sebanyak 300 ribu syarikat tempatan bakal berdaftar dengan SSM.

End/jaya

SUNGAI KINTA RAWAT

PERAK SUNGAI

Kawasan sekitar Tiga Kilometer dari 110 kilometer Sungai Kinta, didapati mempunyai tahap pencemaran yang tinggi, iaitu pada tahap dua.

Kawasan yang bermula dari Sungai Cheroh hingga Sungai Paloh, itu akan melalui proses rawatan untuk memulihkanya.

exco Alam sekitar negeri, datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelaksanaan pembersihan akan dilakukan minggu depan yang meliputi sepanjang SUngai Kinta.

didapati 40 peratus pencemaran sungai itu berpunca daripada syarikat pengurusan kumbahan, indah water Konsortium IWK, 29 peratus pula datangnya dari pasar basah, 28 peratus dari kedai makan dan selebihnya dari industri, serta projek pembinaan rumah.

Jelas datuk Dr Mah, akibat perbuatan orang ramai yang membuang sampah di sekitar loji kumbahan, IWK kini berhadapan masalah di loji sistem rawatan kumbahan.

bagaimanapun, buat masa ini, empat loji akan dinaiktaraf iaitu di Taman Canning, Pengkalan, Waller Court dan Taman Wah Keong.

dalam pada itu, pemilik kedai makan dan pasar basah juga disarankan memasang perangkap minyak di premis masing-masing.

datuk dr mah ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat khas Program Satu Negeri Satu Sungai di Ipoh.

END//

Saturday, November 20, 2010

YaPEIM DUA BERADIK

YaPEIM DUA BERADIK

Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan di di Kilometer 377.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), berdekatan Slim River, Selasa lalu, mendapat perhatian kerajaan Perak dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

fatiha 4 tahun masih trauma dan melecur kira-kira 18 peratus di bahagian belakang badan dan tangan kiri manakala ibu jari kaki kanannya patah.

manakala abangnya, Firdaus Shaiful Fadzilah, 8 tahun mengalami cedera ringan.

justeru, Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Dr Abd Malek Awang Kechil, menyampaikan sumbangan tiga ribu ringgit kepada dua beradik itu.

di bawah Program Keluarga Angkat Prihatin menerusi Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN), YaPEIM juga akan menjadikan dua beradik itu sebagai keluarga angkat.

fatiha dan firdaus juga akan menerima bantuan bulanan sebanyak 200 ringgit setiap seorang.

dalam kemalangan maut itu, ibu bapa mangsa meninggal dunia bersama dua beradik kembarnya.

end//

Friday, November 19, 2010

POLIS TAHAN - SAMUN

POLIS TAHAN

DUA tumpas manakala dua lagi berjaya melarikan diri dalam keadaan cedera.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata kesemua suspek dijejak selepas menyamun sebuah restoran di Taman Pertama di IPOH awal pagi tadi dengan bersenjatakan parang.

berdasarkan maklumat keluarga mangsa, polis berjaya mengesan keempat-empat lelaki yang melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Iswara di Falim.

kereta yang dipandu suspek melanggar empat kenderaan awam dan terpaksa berhenti selepas dikepung lima kereta peronda polis.

dan ketika itu berlaku pergelutan antara pasukan polis dengan suspek.

seorang anggota polis kemudian melepaskan satu tembakan yang terkena seorang suspek, menyebabkan dua daripadanya berjaya ditahan manakala dua lagi, termasuk yang cedera melarikan diri.

Sehubungan itu, ACP Azisman meminta kerjasama klinik atau hospital yang didatangi lelaki bagi mendapatkan rawatan akibat terkena tembakan, supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 2451500.

buat masa ini, dua suspek yang ditahan direman mulai hari ini dan siasatan awal mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan lampau, selain bergerak aktif melakukan kegiatan samun di sekitar Ipoh.

end//

SEDIA BANJIR - BERUAS

SEDIA BANJIR - BERUAS

biarpun kejadian banjir tidak dapat dielakkan, namun usaha mengawal keadaan banjir lebih buruk menjadi keutamaan.

di kawasan Parlimen Beruas saban tahun kampung kilang, taman bintang di pantai remis, padang serai, kampung sungai batu, dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin PPRT bagan Panchor berhadapan kejadian banjir.

menurut Ahli Dewan Undangan negeri ADUN Pengakalan Bahru, Datuk Hamdi Abu Bakar, ketika ini, Jabatan Pengairan dan Saliran JPS giat melakukan kerja-kerja pembersihan sungai untuk memastikan pengaliran air sungai lancar.

punca banjir di semua kawasan yang dikenal pasti akibat limpahan Sungai Rotan yang bertembung dengan sungai-sungai yang lain.

justeru, dua pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir; masing-masing di pantai remis dan beruas.

dalam berhadapan dengan banjir, tegas datuk hamdi, mangsa perlu mematuhi arahan dan bekerjasama dengan anggota penyelamat agar kerja-kerja pemindahan dapat dilakukan dengan teratur.

dari aspek bantuan dan peranan bilik gerakan banjir, masing-masing telahpun diselenggara dengan baik bagi memberi keselesaan kepada mangsa.

datuk hamdi berkata demikian selepas menyampaikan anugerah cemerlang UPSR Parlimen Beruas kepada 85 murid di sekolah kebangsaan Ayer tawar.

end//baizura

Thursday, November 18, 2010

SEKOLAH CEMERLANG AYER KUNING & CHENDERIANG

SEKOLAH CEMERLANG AYER KUNING & CHENDERIANG

pada awalnya, prestasi pencapaian murid darjah 6 di 30 buah sekolah di kawasan dewan undangan negeri DUN ayer kuning dan Chenderiang tidak menampakkan sebarang kecemerlangan.

namun, terbukti selepas mengaplikasikan pembelajaran secara talian menerusi SKor A e-learning, 25 murid memperoleh keputusan 5A dalam ujian pecapaian sekolah rendah UPSR baru-baru ini.

bersama berkongsi kejayaan itu, ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu hassan yang dimaklumkan bahawa pendekatan pembelajaran mula diubah pada awal April lalu.

beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR di Tapah.

murid yang cemerlang menerima saguhati 200 ringgit seorang serta sijil.

prestasi cemerlang itu ditunjukkan oleh semua jenis sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan tamil dan Cina.

dalam pada itu, jelas datuk shamsudin usaha membantu murid khususnya di kawasan luar bandar, menjadi agenda pemimpin Barisan Nasional BN demi menggalakkan pembangunan modal insan.


end//

MINTA MYKAD - GERIK

MINTA MyKAD dan BANTUAN

Lima beradik memohon untuk mendapatkan MyKAD dan sekaligus membolehkan mereka ke sekolah.

kesukaran mendapatkan My KAD berpunca daripada kelainan berbin dan berbintikan nama bapa mereka, Awang Bakar Jusoh yang meninggal dua tahun lalu.

biarpun Nur Syafiqah Abdullah, 14 tahun, memiliki sijil lahir tetapi gagal mendapatkan MyKad kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menganggap dia bukan warga negara berikutan surat nikah ibu dan ayahnya dilaporkan palsu.

bagaimanapun, daripada mereka dua adiknya Nur Syahidah dan Muhammad Azhar berbin dan berbintikan ayahnya Awang Bakar dan seorang lagi Adiknya Muhammad Aidil Fitri, 5 tahun masih belum mempunyai sijil kelahiran.

kesemua mereka kini tinggal bersama abang tirinya, Mohd Irwandi Awang Bakar di bersia, Gerik selepas ditinggal ibu mereka sejak tujuh bulan lalu.

walaupun menerima sumbangan 150 ringgit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gerik namun, ia tidak cukup membantu lima beradik itu untuk ke sekolah.

orang ramai yang prihatin dialu-alukan membantu dengan menghubungi mohd Irwandi di talian 019-5437025.

end//

FESYEN UITM (PERAK)

FESYEN UITM (PERAK)

Bukan untuk orang biasa tetapi untuk wanita hamil dan Orang kelainan Upaya O-K-U.

Itu antara inspirasi rekaan fesyen yang direka 39 pelajar tahun akhir jurusan Diploma Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar.

Berlangsung pada Majlis Pertunjukkan dan Peragaan pakaian, karnival fesyen ke 11 itu dianjurkan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka bersama Fashion Student Association UiTM.

25 jenis rekaan baru dicipta dengan pelbagai tema unik antaranya REE BORN, TIME'S UP, BEYOND WORDS dan BIOLOGICAL CLOCK.

Setiap pelajar menghasilkan tiga atau empat fesyen pakaian yang berinspirasikan sumber khazanah alam semula jadi dan buatan manusia seperti aksesori kerongsong, senibina dan seni catan semua pakaian diperagakan model-model universiti tersebut.

Hadir menyaksikan pertunjukkan itu, Isteri Naib Canselor UITM Datin Paduka Prof. Madya Dr Hanizah Abdul Hamid dan Pengarah Kampus UiTM Perak Profesor Dr. Hajah Zainab Mohamed.

END//

Tuesday, November 16, 2010

EKSPO WENZHOU - HAMIDAH

HAMIDAH WEZHOU

dalam perkembangan lain, DATUK HAMIDAH yang juga exco Pelaburan dan industri berkata, tiga kumpulan syarikat yang menyertai Ekspo Pertanian Wezhou di China Jumaat depan telahpun bertolak hari ini.

daripada 60 syarikat tempatan, 36 adalah syarikat dari Perak yang akan memperkenalkan lebih 180 produk termasuk, kopi putih Ipoh, sarang burung, sos cili, makanan halal, ikan kering, dan kacang.

julung kali diadakan, ia merupakan platform awal kepada pengusaha makanan negara meluaskan pasaran ke negara China.

semua pengusaha mendapat sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Matrade yang akan memberi subsidi perjalanan, pengangkutan dan penginapan.

jelas datuk hamidah, peluang memasuki pasaran Wenzhou adalah susuli Ekspo barangan Wenzhou yang diadakan pada Jun lalu di Ipoh.

ia hasil jalinan bandar persahabatan Ipoh- Wenzhou.

end//

WARISAN HILANG

WARISAN HILANG

kehidupan sosial yang diamalkan masyarakat dulu kala, kini dikongsi dan diperlihatkan semula melalui program “Warisan Yang Hilang 1 Malaysia”.

bukan sahaja cara hidup masyarakat majority di negara ini, tetapi juga melibatkan golongan minority seperti Orang Asli dan kaum Sikh.

bermula 27 november hingga 5 Disember, program tersebut akan diadakan di garden villa, Ipoh mulai pukul 11 pagi hingga 6 petang.

exco pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, lebih 50 peserta akan terlibat khususnya individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang tertentu.

program kerjasama kerajaan negeri dengan Kinta Heritage ini mengetengahkan pelbagai pameran seperti petunjukkan pakaian tradisional, persembahan seni pertahanan, sukan tradisional serta persembahan tarian singa.

dan menariknya nanti replika Taming sari turut dipamerkan.

pada sidang media di ipoh Datuk hamidah berkata, ke arah menjadikan tahun 2012 sebagai tahun melawat Perak, elemen Warisan antara fokusnya.

end//

Monday, November 15, 2010

PASAR KHAS AIDILADHA 2010

PASAR KHAS AIDILADHA

bekalan ayam dan daging sempena sambutan Aidiladha nanti mencukupi apabila bilangannya ditambah.

lembaga pemasaran Pertanian dan persekutuan FAMA negeri menambahkan bekalan ayam lapan ribu ekor manakala 50 ekor daging lembu di pasar tani seluruh negeri Perak.

Timbalan pengarahnya, Mukram Faizal Mustaza berkata dari segi harga FAMA dengan pejabat perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan PPDNKK akan memantau harga barangan malah, akan memastikan ia lebih rendah.

dalam pada itu, FAMA juga membuka tujuh buah pasar tani khas sempena Aidiladha bermula esok.

beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari pasar tani yang terlibat ialah Pasar Tani Kg Simee, medan gopeng, Tapah, Gerik, kuala Kangsar dan pasar tani TEMAN di Gopeng.

jelas Mukram Faizal, bermula semalam karnival pasar tani berlangusng di Pasar tani TEMAN, Gopeng dan akan berakhir esok sehingga pukul 4 petang.

beliau menjelaskannya ketika menjadi tetamu di Perak FM.

end//

SUKAN 4X4 - kubu gajah

SUKAN 4X4 - kubu gajah

Kubu Gajah; trek kedua di Perak bagi perlumbaan pacuan empat roda 4X4

sukan lasak itu juga akan dijadikan acara tahunan di kawasan itu yang dikenali Road To Kubu Gajah.

terbaru, sukan 4X4 itu diadakan di FELDA Ijok selama dua hari yang disertai 42 peserta tempatan.

biarpun hujan lebat, orang ramai tidak berganjak untuk menyaksikannya. turut memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Peserta-peserta dari Selangor menyapu bersih perlumbaan tersebut. Tan Pic Hoo muncul juara, diikuti Hong Yew Keang, naib juara dan pemenang ketiga, Vicent Ko. masing-masing membawa pulang wang tunai.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan exco belia dan sukan datuk zainol fadzi paharuddin

pada Mac depan di tempat yang sama, perlumbaan 4X4 akan diadakan semula dengan disertai peserta dari Luar Negara.

end//

Friday, November 12, 2010

PERTANDINGAN MEWARNA

Sempena sambutan Hari Kanak-kanak sedunia pada bulan ini, Pertandiangan mewarna peringkat negeri dianjurkan oleh pusat Sri Murugan cawangan negeri Perak.

Penyelarasnnya K. Nachemuthu berkata pertandingan kali ke tujuh itu disasarkan dengan kehadiran kanak-kanak lebih seribu orang.

Selain mencungkil bakat seni kanak-kanak, program sebegitu dapat meningkatkan tumpuan masyarakat terhadap kanak-kanak disamping menyokong segala aktiviti yang melibatkan generasi muda itu.

Akan diadakan pada 14 November ini, di Sekolah Jenis kebangsaan Cina Yuh Hwa, Ipoh, pertandingan itu merangkumi 4 kategori yang melibatkan kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

bagi mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi K. Nachemuthu di talian 012-5051959.

End//jaya

Thursday, November 11, 2010

PELACURAN TUMPAS

KEGIATAN PELACURAN

Kegiatan pelacuran yang didalangi warga asing di bandaraya Ipoh tumpas apabila 12 pelacur diberkas dalam satu serbuan di sebuah spa yang terletak di Jalan Mustapha Al Bakri semalam.

serbuan dibuat selepas intipan selama seminggu dilakukan.

operasi yang diketuai ASP Khairi Anuar Rosli daripada Unit Pencegahan Maksiat D7 Bukit Aman berjaya menahan tujuh pelacur warganegara Thailand, tiga dari China dan dua dari Laos.

masing-masing menyalahgunakan pas lawatan masuk ke negara ini.

kes disiasat di bawah Akta 372 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen kerana menyalahguna pas lawatan sosial.

dalam pada itu, turut dijumpai peralatan seks serta penahanan tiga pekerja spa tersebut untuk membantu siasatan.


end//

KEPUTUSAN UPSR 2010

KEPUTUSAN UPSR


Di Perak seramai 4 ribu 201 daripada 42 ribu 57 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya mencapai prestasi cemerlang dengan mencatat keputusan semua A bagi tahun 2010.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak Haji Mohd Idris Haji Ramli berkata secara keseluruhan pencapain tahun ini meningkat kepada 1.5 peratus iaitu kira-kira 26 ribu calon UPSR mencapai tahap penguasaan minimum berbanding tahuan lepas.

Sebanyak 701 sekolah kerajaan dari semua aliran mencapai peratus menguasai melebihi 40 peratus.

Dalam pada itu, sebanyak 12 sekolah daripada kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negeri Perak mencatatkan pencapaian cemerlang.

Antara sekolahnya SK Convent Ipoh dan SK Raja Perempuan Ipoh, SK Balun Bidai, Kampung Gajah dan SK Chegar Galah, Sauk.

Menurut Mohd Idris, pencapain kali ini hasil kerjasama daripada kerajaan Negeri Perak yang membiayai program Smart Partnership bersama KPerak.


end/JAYA

Wednesday, November 10, 2010

SIDANG DUN

SIDANG DUN

Speaker Dewan Undangan Negeri DUN Perak, Datuk R Ganesan mengesahkan sidang DUN penggal ketiga akan berlangsung pada 30 November depan.

TEGASNYA tindakan akan diambil terhadap wakil rakyat yang membuat kekecohan seperti yang berlaku pada sidang DUN yang lalu.

pada kali ini persidangan melibatkan membentangkan Bajet 2011.

menurut datuk ganesan, pihaknya sudah menghantar59 kepada semua wakil rakyat pada 28 Oktober lalu.

Peluang sama rata akan diberi kepada semua wakil rakyat untuk mengemukakan soalan tambahan.

bagaimanapun, pada masa yang sama Datuk Ganesan berharap wakil rakyat dapat menjalankan tugas mereka yang sebenar dengan membincangkan isu berbangkit tentang rakyat tanpa menyentuh isu politik.

end//

4B BANJIR UTARA

SUKARELAWAN 4B

tragedi banjir di Perlis dan Kedah, Gerakan Belia 4B malaysia telahpun memulakan misi bantuannya dengan melibatkan lebih 300 sukarelawan.

melalui skuad prihatin, focus bantuan yang diberikan adalah berbentuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan pengagihan makanan.

menurut Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Gaddafi Datuk Wira Jamaluddin, misi bantuan itu dilaksanakan secara berkadaran.

Muammar Gaddafi yang juga Presiden gerakan Belia 4B Perak berkata, kumpulan sukarelawan yang pertama kini sudahpun pulang.

beliau yang kini masih berada di Perlis akan menantikan kumpulan sukarelawan kedua daripada wilayah Persekutuan dan Perak yang dijangka bertolak pada hari jumaat dan sabtu ini.


end//

DADAH SALAH

DADAH SALAH

di mahkamah majistret Ipoh, seorang buruh MENGAKU bersalah memiliki dadah merbahaya seberat 0.13 gram.

bagaimanapun, Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi membuat pindaan denda ke atas tertuduh, N Raja Sekharan 25 tahun dengan denda seribu 500 ringgit.

sekiranya gagal membayar denda tersebut, tertuduh akan dikenakan hukuman penjara dua bulan.

pada 6 Ogos lalu, Raja didapati memiliki dadah antaranya jenis heroin di Ladang Sawit Mengelembu. kesalahan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

pada masa yang sama, tertuduh juga disahkan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan.

end//

MARTABAH BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU vs BAHASA INGGERIS

Apabila masyarakat bersatu dalam satu bahasa, maka perkara lain akan menyusuri termasuklah perkembangan dari aspek ekonomi mahupun sosial.

Munsyi Dewan yang juga pensyarah bahasa di maktab perguruan ulu kinta, habibah samin berkata, sejarah membuktikan bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca di rantau ini.

kini martabat bahasa melayu terus diangkat sebagai bahasa rasmi negara, DAN diperkasakan ke luar menerusi pengajiannya di institusi pengajian di luar negara.

jelas habibah, seperti di negara China, bahasa melayu mendapat tempat di negara itu.

buktinya apabila beliau pernah berkhidmat sebagai pakar bahasa melayu di beijing bersama China international radio CIR lebih dua tahun.

DAN, merujuk laporan akhbar hari ini, berlaku sebaliknya; di Pulau Pinang, seorang wakil kerajaan itu, Jagdeep Singh deo mencadangkan pula bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua di Pulau Pinang.

perkara tersebut diajukan pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri negeri itu.

end//

Tuesday, November 9, 2010

DS Zambry - PKR

DS ZAMBRY PKR

PADA sidang media yang sama, kerajaan negeri melihat, perjuangan PKR bukanlah untuk rakyat tetapi semata-mata untuk kepentingan individu.

sebagai, Pengerusi Barisan Nasional BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry menyifatkan perihal yang dialami PKR kini menunjukkan mereka tidak mempunyai satu aliran pemikiran yang sama sebaliknya berhadapan dengan keresahan.

kelmarin, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan perletakkan semua jawatannya dalam PKR; alasannya kecewa dengan kepimpinan parti itu dalam tangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan meskipun berulang-kali ditimbulkan.

ditanya mengenai tawaran datuk Zaid untuk menyertai UMNO, datuk seri dr zambry berkata ia terserah kepada kepimpinan dan ahli UMNO sendiri.

end//

DINAR EMAS

DINAR EMAS

bukan tujuan untuk menjadi dinar emas sebagai medium pertukaran urusan jual beli tetapi lebih menjadikannya sebagai asas komoditi dan pelaburan.

itu gagasan kerajaan negeri Perak ketika memperkenal dinar emas.

mengulas mengenai kesediaan kerajaan Kelantan untuk bekerjasama dalam memperkembangkan penggunaan dinar emas dan dirham, Menteri Besar, datuk seri dr zambry abdul akdir berkata ia bergantung kepada struktur yang ingin dibuat.

jelasnya, sebelum melaksanakannya, idea tersebut perlu difahami agar ia tidak akan menimbulkan masalah pada sistem ekonomi yang ada sekarang ini.

Dinar emas diperkenalkan kerajaan negeri Perak pada awal November lalu yang memenuhi serta mengikut ketetapan Bank Negara.

datuk seri dr zambry berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Ipoh.

end//baizura

Monday, November 8, 2010

PERKAHWINAN LUAR

KKAWIN LUAR

trend berkahwin dengan orang luar antara faktor berlakunya peningkatan jumlah kes di Mahkamah Syariah; ia termasuk kes permohonan pengesahan nikah.

di MAHKAMAH syariah negeri perak, biarpun purata kes berkaitan saban tahun menerima permohonan kes purata 50 pasangan, namun ia perlu dibendung.

menurut Ketua Hakim Syarie, Datuk Abdul Aziz mohd Yusof, kebanyakkan mereka telahpun bernikah di negara ini dan melakukan pernikahan lain di sempadan.

bagaimanapun, didapati kes sebegini melibatkan pasangan wanita indonesia yang bernikah dengan lelaki tempatan.

datuk abdul azizi berkata demikian selepas ditemui di pejabatnya di ipoh.

dalam pada itu, beliau memberitahu, kes cerai antara kes yang banyak difailkan dan meningkat SETIAP TAHUN.

ia melibatkan mereka yang berusia 40 tahun ke bawah dengan faktor penceraian disebabkan orang ketiga dan tidak memahami tanggungjawab dalam rumah tangga.

END//
KEMALANGAN

di Jalan Tasek, Ipoh seorang pemandu maut selepas keretanya merempuh belakang sebuah lori treler.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi berkata dalam kejadian itu, mangsa yang memandu dari arah Chemor menghala ke Ipoh mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa , Cheah Soon Lee, dari Taman Idris, Ipoh.

Siasatan polis mendapati pemandu memandu laju berdasarkan kerosakan teruk yang dialami.

Dan; berdasarkan hasil ujian darah; mangsa di dapati positif alkohol.

END//ros

Sunday, November 7, 2010

SILAT PENUTUP KE 15

SILAT PENUTUP

Pahang muncul Johan keseluruhan kejuaraan Silat Kebangsaan ke 15 dengan pungutan pingat 8 emas dan 6 gangsa.

sebelum ini pada tahun 2004 dan 2006, negeri itu turut dinobatkan sebagai juara.

tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik terengganu dan angkatan Tentera Malaysia ATM.

kejohanan yang berlangsung di Gopeng itu bermula 2 november lalu, dengan 14 KONTIJEN berentap yang masing-masing empertaruhkan bakat pesilat handal termasuk pesilat kebangsaan.

pesilat daripada Persatuan silat Lincah, mohd Fauzi Khalid dan pesilat negeri Perak, noor farahana Ismail dipilih sebagai pesilat putera dan puteri terbaik.

mereka bakal berhadapan dengan kejuaraan silat dunia pada disember depan di Indonesia.

penyampaian hadiah dan perasmian penutupan kejohanan disempurnakan Exco belia dan sukan Perak, datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

pada sidang media, beliau berkata biarpun kejohanan kali ini menyaksikan pesilat senior tewas dengan pesilat muda, namun ia suatu yang positif untuk perkembangan silat negara yang kini jauh ketinggalan berbanding dengan negara jiran seperti Vietnam.

dan sebagai galakkan, kerajaan negeri senantiasa bersedia memberi bimbingan pada atlet mengasah bakat; baik dari aspek penyediaan keperluan mahupun pemberian insentif .

end//

Tuesday, November 2, 2010

PINGAT BOMBA

PASUKAN BOMBA

Seramai 67 pegawai bomba mendapat anugerah naik pangkat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Haji Yahaya Haji menghargai usaha cawangan sumber manusia Perak dalam mempercepatkan proses kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai jabatan.

Ini kerana, ia boleh memastikan semua jawatan dipenuhi adalah begitu komited sekali dalam memberi peluang kepada pegawai-pegawai untuk memajukan karier mereka.

Beliau berharap pegawa-pegawai yang dinaik pangkat terus memberi perkhidmatan yang cemerlang walau di mana mereka di tempatkan demi memartabatkan jabatan bomba di peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak di Seri Iskandar.

END//

TENAGA MAHIR

TENAGA MAHIR

biarpun peluang pekerjaan terbuka luas, namun kekangan tenaga mahir menyukarkan syarikat menggajikan pekerja.

di Perak terdapat lebih 76 ribu kekosongan kerja dilaporkan khususnya dalam sector elektrik dan elektronik yang kini kritikal bilangan pekerja mahirnya.

menurut pengerusi Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Perak PESDC, Datuk Gan tack hong, sebagai pusat latihan kemahiran, PESDC turut menawarkan program latihan kepada syarikat untuk memberi latihan kepada pekerja mereka.

beliau yang juga Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia FMM negeri Perak, berkata pada masa akan datang pelabur akan mencari pekerja yang berkemahiran.

ia kerana dijangkakan kos pengambilan pekerja asing akan meningkat berikutan kadar levi bakal dinaikkan.

datuk gan ditemui berkata demikian di Hari kerjaya PESDC di kawasan perindustrian Pengakalan II, Pusing.

majlis dirasmikan, exco pelaburan negeri , datuk Hamidah Osman.

julung kali diadakan hari kerjaya itu disertai 18 buah syarikat industri.

menawarkan kursus mengikut kehendak pasaran, PESDC menawarkan lapan kursus iaitu kimpalan, penyamanan udara dan pembekuan, teknologi plastik, elektronik perindustrian dan mekanik kenderaan motor.

malah, mulai tahun depan, latihan lepasan graduan juga ditawarkan.

end//baizura

Monday, November 1, 2010

LTEROWONG BERKEMBAR BERAPIT

LANDASAN PLBE

Terowong Berkembar Berapit (TBB) terpanjang di Asia Tenggara dijadual siap sepenuhnya hujung tahun depan.

Ketika ini 70 peratus daripada kerja-kerja pembangunan terowong itu sudah disiapkan, manakala baki 30 peratus lagi merangkumi kerja-kerja pembinaan infrastruktur dan melengkapkan sistem.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata pembinaan terowong itu menggunakan konsep twin bore dengan satu landasan setiap satu, serta pembinaan sembilan 'cross passage' antara terowong kiri dan kanan bagi tujuan keselamatan.

Terowong terpanjang di Asia Tenggara itu dibina bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar yang bermula Oktober tahun lepas.

projek sepanjang 329 kilometer itu menelan belanja hampir 12.5 billion ringgit yang merupakan hub logistik bagi Pembangunan Koridor Utara NCER.

Datuk Kong berucap pada Majlis Penembusan Terowong Berapit bagi Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar di Padang Rengas, Kuala Kangsar.

dalam pada itu, kerajaan turut mempunyai rancangan melaksanakan PLBE antara Gemas dan Johor Bahru dalam masa terdekat sebagai pelengkap kepada projek PLBE sepanjang Pantai Barat Malaysia.

END//

LHDN-E LEJAR

LHDN-E LEJAR

Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN kini boleh menyemak butiran peribadi dan transaksi percukaian dalam akaun cukai dengan pelancaran inovasi baru LHDN, E-Lejar.

E-Lejar memaparkan lejar cukai pendapatan dan cukai keuntungan hasil tanah bagi tahun sebelum dan tahun semasa setiap pembayar cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Hasmah Abdullah berkata dalam E-Lejar pembayar cukai boleh menyemak butiran peribadi yang dikemaskini dalam rekod LHDN, transaksi percukaian dan baki terkini akaun cukai pada bila-bila masa.

Menurut beliau, pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang sama untuk e-Filing.

Pengguna boleh mengakses E-Lejer di elejar.hasil.gov.my

Tan Sri Hasmah berkata demikian pada majlis pelancaran E-Lejar di Ipoh.

Sebelum itu dalam ucapannya beliau LHDN sentiasa cuba untuk pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka membayar cukai dengan penambahbaikan sistem dan kaunter hadapan.

Mei lalu, LHDN menerima anugerah paling berprestij dalam perkhidmatan awam iaitu Anugerah Inovasi Perdana Menteri AIPM yang mengiktiraf pencapaian cemerlang sesebuah organisasi.

end//ros

CUACA PERAK - 1 NOVEMBER

CUACA PERAK - 1 NOVEMBER

sehingga khamis ini, keadaan cuaca di negeri Perak dilaporkan akan hujan dan juga berlaku ribut petir.

khususnya satu dua tempat di kawasan pantai. pada sebelah pagi diramalkan berlakunya hujan dengan keadaan angin bertiup kencang selaju 40 hingga 50 kilometer sejam; manakala ombak setinggi 3.5 meter.

justeru, jabatan meteorologi mengeluarkan amaran bahawa keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.

dalam pada itu, maklumat daripada jabatan air dan saliran negeri Perak menunjukkan paras air sungai utama di negeri ini berada pada tahap selamat.

end//baizura

Wednesday, October 27, 2010

NGO – HENG SEAI KIE

NGO – HENG

Pertubuhan bukan kerajaan NGO berperanan penting memberikan perkhidmatan kepada masyarakat, sekaligus membantu kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap golongan kurang bernasib baik.

timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, senator heng seai kie berkata peranan NGO akan lebih berkesan sekiranya mereka dapat bekerjasama antara satu sama lain dan mewujudkan persaingan yang sihat sesama mereka.

beliau gembira kerana kesedaran masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik semakin meningkat tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.

malahan semangat perpaduan dapat dieratkan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan.

pada tahun ini sebanyak 55 NGO di Perak menerima peruntukan berjumlah 4.9 juta ringgit, berbanding 64 NGO dengan jumlah 2.8 juta ringgit pada tahun lepas.

senator heng berkata demikian pada mesyuarat agung majlis pembangunan masyarakat negeri perak kali keempat di ipoh.

end

WANITA PERAK

WANITA PERAK

sebanyak 700 ribu ringgit diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi wanita di Perak.

exco kanan negeri, dato’ hamidah osman berkata pihaknya mensasarkan 200 peserta terdiri daripada wanita pelbagai golongan untuk program itu.

program berdasarkan konsep mentor-mentee antara lain mengkhususkan bidang dandanan dan solekan, francais perniagaan makanan dan sebagainya.

setiap mereka yang terpilih akan diberi modal permulaan antara 3-ribu ke 5-ribu ringgit disamping pemantauan oleh syarikat terlibat dan dijangka bermula bulan depan.

mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat dato’ hamidah di bangunan perak darul ridzuan, ipoh.

datuk hamidah berkata demikian setelah sesi wawancara di perakfm.

end //

MAHKAMAH DIPANG

MAHKAMAH DIPANG

mahkamah tinggi Ipoh menetapkan 23 november depan tarikh sebutan kes saman berhubung kejadian jambatan gantung runtuh di kuala Dipang, 26 oktober tahun lalu.

Keputusan itu berikutan, defenden ke -8, syarikat GS Synergy Sdn Bhd bertindak membatalkan saman yang difailkan pada 20 Oktober lalu.

Sebutan dibuat dihadapan Timbalan Pendakwaraya Rohaidah Ishak.

berikutan itu, peguamcara plantif, A. Megasan, berkata pihaknya akan menfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar.

syarikat GS Synergy Sdn Bhd merupakan penderma jambatan gantung di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

sementara itu, peguam defenden ke 9, syarikat kontraktor CWL enterprise tarik diri daripada kes tersebut atas alasan, anak guamnya gagal dihubungi.

kes tuntutan saman itu melibatkan 105 juta ringgit ini difailkan November lalu oleh bapa kepada tiga murid yang lemas dalam kejadian jambatan gantung runtuh.

Mangsa, N Dina Devi dan V Divyashree masing-masing berusia 11 tahun dan N Devatharshini, 10 tahun, lemas akibat dibawa arus sungai.

dalam saman itu Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia turut dinamakan sebagai defendan.

END//baizura

GALAS JENTERA BN]

GALAS JENTERA BN]

Sudah menjadi amalan parti untuk menghantar kumpulan anggota ke mana-mana kawasan pilihan raya kecil untuk membantu jentera kempen.

Pengerusi Barisan Nasional BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam ulasannya berhasrat akan memberikan bantuan untuk komponen BN Kelantan bagi pilihanraya Dewan Undangan Negeri DUN Galas dan tidak ketinggalan, BN Sabah pada pilihanraya kecil Batu Sapi.

Bagaimanapun, tugasan untuk membantu mengikut keperluan DUN Galas masih dirahsiakan dahulu.

Beliau berkata, kesemua kawasan kecil yang pernah dibantu setakat ini dalam piliharaya kecil berjaya mendapat kemenangan kerana Perak mempunyai pendekatan yang berlainan.

Datuk Seri Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.

END//

Tuesday, October 26, 2010

HARTA INTELEK

HARTA INTELEK

Perlindungan terhadap harta intelek penting agar dapat menarik ramai pengusaha khususnya perekacipta untuk melabur ke negara ini.

Percambahan medan inovasi bukan sahaja menguntungkan pengusaha dan negara, malah menyumbang kelebihan terhadap kualiti hidup sesebuah tempat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kooperasi dan Kepenggunaan KPDNKK, Datuk Tan Lian Hoe berkata walaupun para penyelidik dan pencipta tempatan sama hebat, kesedaran terhadap urusan hak harta intelek dalam pelbagai jenis seperti paten, hak cipta dan pelbagai lain yang berkaitan masih mendukacitakan.

Justeru, Perbadanan Harta Intelek Malaysia My-IPO telah memainkan peranan untuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya aspek inovasi, perlindungan dan pengkomersilan harta intelek di negara kita.

Datuk Tan berkata demikian selepas merasmikan Hari Harta Intelek Perak dan Pameran Rekacipta Kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas.

EDX merupakan platform terbaik bagi pelajar untuk menunjukkan idea-idea kreatif mereka dengan memaparkan penemuan, penyelidikan dan projek kejuruteraan.


END//mgtf

PKR FITNAH - FAUZI MUDA

PKR FITNAH

Walaupun telah berkhidmat lebih 11 tahun dalam PKR, namun balasan yang diterima bukan sahaja TIDAK SETIMPAL, malah MARUAH DIRI turut TERGUGAT.

Semua itu dialami sendiri, Bekas Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda.

Beliau mendakwa, sejak bertindak meninggalkan parti itu 2 tahun lalu, ahli-ahli PKR terus melempar fitnah yang membabitkan maruah isterinya.

Apa yang berlaku jelas, selain menjatuhkan maruah isteri, tetapi turut mengaibkan mereka sekeluarga.

Semua itu gara-gara sikap biadap sebilangan ahli PKR yang bertindak menyebar SMS, menuduh isterinya yang kononnya ditangkap berzina dengan seorang lelaki India.

Penyebaran fitnah itu tetap berterusan, walaupun laporan polis, dibuat.

Enggan membiarkan diri terus dibayangi fitnah, Fauzi hari ini, sekali lagi bertindak membuat laporan polis di Balai Polis, Tambun, dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terbabit.

Merujuk kejadian yang menimpanya, dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang tidak bermoral dan berakhlak buruk, Fauzi menasihatkan orang ramai menjauhkan diri daripada parti pembangkang.

pada pilihanraya raya kecil di Galas dan batu Sapi, beliau sempat menasihatkan pengundinya agar 'buka mata' dan menolak PKR, mahupun PAS kerana kualiti politik mereka yang rendah.

end//

Friday, October 22, 2010

PEGUAM ORANG ASLI

PEGUAM ORANG ASLI


lelaki pertama berdarah orang asli dilantik sebagai peguam hari ini di Makhamah Tinggi Ipoh.

amani williams hunt Abdullah, berdarah kacukan Inggeris – orang asli dibesarkan dalam komuniti orang asli di Tapah apabila bapanya meninggal ketika beliau berusia dua minggu.

bapanya major peter Williams hunt merupakan bekas penasihat pertama hal ehwal orang asli semasa pentadbiran British di negara ini dan berkahwin dengan Puan Wak Draman dari suku kaum Semai.

penglibatan amani dalam bidang guaman bermula setelah beliau menamatkan kerjayannya sebagai banker selama 26 tahun.

dan pada tahun 1998, beliau mengikuti kursus undang-undang secara sambilan di Universiti Malaya.

prinsip yang dipegang Amani adalah melihat bahawa bidang berkaitan undang-undang antara pendekatan yang mampu menyatukan masyarakat

biarpun, fizikalnya tidak menampakkan ciri-ciri orang asli, namun tidak pada jiwanya.

Amani yang aktif dalam kerja-kerja sosial merupakan pengasas Yayasan Orang Asli YOAP berhad yang kini menjadi sebuah organisasi besar.

selain pernah menyandang jawatan presiden Persatuan Orang Asli semenanjung Malaysia selama 4 tahun beliau kini adalah ahli majlis penasihat kebangsaan pembangunan masyarakat orang asli di bawah kementerian pembangunan luar bandar dan wilayah.

di hadapan Hakim, datuk zainal Adzam Abd Ghani, majlis penerimaan masuk peguambela dan penguamcara diadakan.

profil Amani dibacakan penguambela dan penguamcara Augustine Anthony.

end//baizura

Thursday, October 21, 2010

MAUT PERAK

MAUT Perak

selepas laporan lemas seorang pesara Majlis daerah Kuala kangsar ahad lalu, semalam seorang pesara Lembaga Air Perak LAP pula maut dalam nahas jalan raya di Gerik.

dipercayai mangsa, Ariffin Ibrahim, 57 tahun yang memandu kereta secara bersendirian, terbabas dan merempuh sebatang pokok ketika dalam perjalanan ke rumahnya ke kampung belimbing.

mangsa cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian.

PERKARA itu disahkan Ketua Polis Trafik Negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak.

dalam kejadian lain, di Hilir Perak, seorang remaja G.Rajaya 19 tahun terbunuh selepas basikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 17 Jalan Feri-Hutan Melintang tengah malam tadi.

mangsa yang berasal dari Bercham, Ipoh dirempuh kereta dari arah pekan Teluk Intan ke Hutan Melintang ketika berbasikal melintas jalan.

Sementara itu, supritendan wan abdullah turut memaklukan kemalangan ngeri di Kerian melibatkan penunggang motosikal yang maut digilis sebuah lori.

kejadian berlaku di jalan siakap- bagan serai.

Mangsa Mau Ng Su, 27 tahun berasal dari Bukit Mertajam dalam perjalanan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau.

end/

Tuesday, October 19, 2010

POLISI INSURANS - MAJIKAN

POLISI INSURANS - MAJIKAN

Jabatan Tenaga Kerja JTK dan Jabatan Imigresen sedang mempertimbangkan pra-syarat kepada majikan yang ingin memohon pekerja asing tambahan agar menunjukkan polisi insurans pampasan pekerja asing sedia ada.

Polisi insurans yang dimaksudkan termaktub di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 ; semua majikan yang mengambil pekerja asing diwajibkan mengambil insurans untuk mereka.

Ketua Pengarah JTK Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamad berkata, mengikut rekod seramai 1.5 juta pekerja asing berkerja di negara ini dan ia tidak termasuk pembantu rumah.

daripada jumlah itu, hanya 1.1 juta sahaja mempunyai polisi insurans.
menurut datuk sheikh yahya lagi, lebih 400 ribu majikan tidak mengambil insurans pampasan itu.

justeru, jika sesuatu berlaku ke atas pekerja yang tidak dilindungi maka majikan boleh didakwa dibawah seksyen 26 akta berkenaan dan denda sebanyak 20 ribu ringgit boleh dikenakan.

datuk sheik yahya menjelaskan perkara itu di Ipoh.

end//

Thursday, October 14, 2010

PKM PLKN

PKM PLKN

pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat PKM akan diperluaskan ke seluruh pihak berkuasa tempatan PBT bagi menampung peningkatan kes PKM.

tambahan pula, mulai tahun depan, pelatih program latihan khidmat negara PLKN yang gagal menamatkan latihan mereka akan menjalani PKM.

jelas pengarah bahagian perintah Khidmat Masyarakat JKM, zaimi abdul rani, sehingga siri keempat 2007 sahaja sebanyak enam ribu 733 peserta PLKN yang disenaraikan gagal menyempurnakan latihan mereka.

bagaimanapun, zaimi berkata, tindakan mereka menjalani PKM belum diketahui sehingga menerima perintah mahkamah.

sehingga kini, PKM dikenakan ke atas pesalah kesalahan ringan seperti mencuri serta melanggar peraturan lalulintas untuk kali pertama.

mereka ialah yang berusia 18 hingga 21 tahun ketika dijatuhkan hukuman.

zaimi berkata demikian ketika menghadiri taklimat perluasan tempat pelaksanaan PKM ke PBT negeri Perak di Ipoh.

hadir sama, exco kerajaan negeri, datuk dr mah hang soon.

setakat ini, 718 peserta PLKN dari Perak akan dikenakan PKM. pelatih PKM akan hukuman kerja-kerja pembersihan seperti urusan landskap serta pemuliharaan taman-taman.

end//

Monday, October 4, 2010

JAWI UTUSAN

JAWI UTUSAN

sekirannya tulisan jawi tidak didedahkan kepada umum, mungkin 20 atau 30 tahun lagi tidak mustahil tulisan itu akan lenyap daripada masyarakat Melayu khususnya.

dalam usaha memartabatkan tulisan jawi dan mempopularkannnya kembali terutama di kalangan generasi muda, Kerajaan negeri Perak menyumbang
dana 100 ribu ringgit kepada Utusan Melayu Mingguan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, akhbar jawi inisiatif kumpulan utusan itu akan terus menjadi pilihan sekolah bagi meningkatkan penguasaan penulisan jawi.

jelas beliau, memandangkan tulisan jawi adalah sebahagian daripada identiti masyarakat Melayu dan umat Islam, ia perlu diperkembang dan dipertahankan.

akhbar jawi diterbitkan sebagai sisipan akhbat Utusan Malaysia terbitan setiap Isnin.

datuk seri dr zambry ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran utusan Melayu cawangan Perak di Ipoh.

lebih 500 tetamu memeriahkan majlis ini dengan kehadiran tetamu kehormat.

End//

PENGUNDI GALAS - PEMUDA

PENGUNDI GALAS - PEMUDA

sekiranya berdaftar sebagai pengundi balik ke mengundi ke kawasan DUN galas, kelantan, peluang BN memenangi kerusi itu adalah cerah.

ia berikutan, pada pilihan raya umum yang lalu, kerusi DUN Galas dimenangi calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.

dalam pada itu, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan lebih seribu ahlinya yang berdaftar sebagai pengundi untuk DUN Galas, Kelantan, pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu nanti.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO, Hisamudin Yahya berkata, selain memastikan pengundi luar khasnya di kalangan Pemuda, balik mengundi pihaknya juga akan menghantar sekumpulan petugas untuk membantu jentera pada pilihan raya kecil itu nanti.

beliau berkata demikian selepas program ziarah Pemuda UMNO bersama penghuni Rumah Amal Nur Kasih Bestari di Bota Kanan.


end//

Friday, October 1, 2010

MARTABAT BAHASA MELAYU

MARTABAT BAHASA MELAYU 2010

jangan biarkan ada kekangan untuk berkomunikasi dengan bahasa melayu.

biarpun berlainan latar belakang, namun sebagai rakyat di negara ini, adalah menjadi tunggak untuk memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir yang berucap di majlis penutupan seminar memartabakan bahasa melayu berkata hindarakan persepktif negatif jika berkomunikasi menggunakan bahasa melayu.

bertemakan, “merealisasikan satu malaysia”, bahasa melayu diletakkan sebagai teras utama menghasilkan interaksi yang baik dan berkesan di kalangan masyarakat majmuk.

jelas datuk seri dr zambry, dengan termaktubnya bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam perkara 152 perlembagaan malaysia, ia adalah yang terbaik dalam menjadi medium penghubung di negara ini.

end//

DATUK MUKHRIZ - GALAS

MUKHRIZ-GALAS

Bukan sahaja bersedia malah yakin dengan pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai nakhoda dalam pilihanraya kecil di DUN Galas yang bakal diadakan nanti.

Kepimpinannya diharap bakal memberi impak positif kepada Barisan Nasional.

Keyakinan yang disuarakan ahli Parlimen Jerlun , Datuk Mukhriz Tun Mahathir itu berdasarkan pengaruh Tengku Razaleigh dalam arena politik negara.

Sementara itu mengulas mengenai saranan isu perpaduan yang dibangkitkan PAS ketika ini, Datuk Mukhriz berkata, UMNO sentiasa terbuka dengan hasrat itu tanpa ada had waktunya.

bagaimanapun, buat masa ini, niat PAS untuk menyatakan perpaduan dengan UMNO diSANGSI.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu pada forum misi pembebasan Palestin 'satu pengalaman' di UiTM Seri Iskandar.

end//

PELABURAN - DATUK MUKHRIZ

DATUK MUKHRIZ - PELABURAN

Malaysia bakal menerima pelbagai petunjuk positif terutamanya dari aspek pelaburan luar negara.

Ia berdasarkan peningkatan pelaburan pada pertengahan tahun ini yang amat memberansangkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk mukhriz Mahathir berkata; untuk itu pihaknya akan bertindak menarik pelabur luar hingga akhir tahun ini.

Antara sektor utama yang di kenalpasti ialah sektor elektrik elektronik dan bahan berkaitan kimia.

bagaimanapun datuk mukhriz berkata, ini tidak bermaksud negara hanya bergantung harap pada pelaburan luar semata mata.

dalam masa yang sama, galakkan turut diberikan kepada pelabur tempatan.
ia bagi memastikan keseimbangan antara pelaburan LANGSUNG ASING FDI dan pelaburan langsung domestic DDI terpakai.

Datuk Mukhriz berkata demikian di seri iskandar.

end//

Tuesday, September 21, 2010

UPSR PERAK 2010

UPSR PERAK

di negeri ini, seramai 42 ribu 961 pelajar menduduki Ujian penilaian sekolah rendah UPSR

ia melibatkan 874 pusat peperiksaaan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan tamil dan cina serta sekolah swasta.

calon UPSR kali ini juga akan menduduki ujian attitude pada hari akhir peperiksaan. ujian itu diperkenalkan pada tahun lepas.

tinjauan RTM di Sekolah kebangsaan Seri Ampang, Ipoh mendapati seramai 117 calon menduduki peperiksaan UPSR kali ini termasuk seorang pelajar orang asli.

menurut guru besarnya, raja Zainal Abidin raja yahya bagi melengkapkan diri menghadapi peperiksaan, aspek rohani calon antara yang diberi perhatian selain persediaan kurikulum.

dalam pada itu, SK seri ampang yang merupakan 10 sekolah terbaik peringkat daerah utara kinta turut menerima sumbangan peralatan alat tulis daripada ibu bapa bekas calon UPSR sekolah tersebut.

end//

Friday, September 3, 2010

OPS SIKAP 22- POLIS

OPS SIKAP POLIS

di Perak 16 lebuhraya dan 27 laluan biasa dikenal pasti lokasi panas kemalangan akan dipantau anggota trafik dengan lebih serius pada Ops sikap ke 22.

selain menyasarkan pengurangan kadar kemalangan maut, Ops sikap kali ini juga menekankan aspek kelancaran lalu lintas.

seramai 420 anggota trafik akan bertugas 24 jam di lokasi panas kemalangan ini bagi memantau keselamatan jalan raya.

laluan berisiko termasuklah kilometer 26.8 jalan ipoh- taiping, kilometer 30 jalan ipoh-lumut, kilometer 57 jalan padang assam, kuala kangsar, Jalan Ipoh-Tanjung Malim dan Jalan Gerik-Jeli

Ketua Polis Perak, datuk Zulkifli Abdullah pihaknya juga akan melakukan rondaan di laluan-laluan berkenaan bagi memberi isyarat awal.

dan Ops kali ini keutamaan keselamatan lebih difokuskan kepada penunggang motosikal yang menjadi penyumbang kemalangan maut.

setakat petang tadi, laporan kemalangan ops sikap untuk hari pertama dilaporkan sebanyak 15 kes kemalangan dengan satu cedera parah iaitu melibatkan penunggang motosikal.

terdahulu datuk zulkifli melancarkan Ops Sikap ke 22 di seri iskandar.

selain talian hotline Polis, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lalulintas di negeri ini sempena aidilfitri dari masa ke masa melalui radio malaysia Perak FM

end/

HARGA BARANG RAYA 2010

HARGA BARANG

Para peniaga di negeri ini diingatkan menggunakan tanda harga khas untuk memudahkan pengguna membezakan barangan yang dikawal dan tidak dikawal harganya.

Jika masih ingkar...tindakan tegas sedang menunggu mereka termasuk kompaun dan denda dibawah akta kawalan harga.

Ingatan itu diberikan exco kesihatan dan pengguna negeri, dato' dr mah hang soon ketika selepas melakukan pemeriksaan harga barang di pasar besar ipoh.

katanya lagi pemantauan dan pemeriksaan berterusan oleh kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan KPDNKK akan dipergiatkan bagi memastikan kepentingan pengguna dipelihara.

sebanyak 18 jenis barang harga terkawal telahpun ditetapkan harganya dibawah skim kawalan harga sempena perayaan hari raya tahun ini.

Antaranya ayam, daging lembu dan kerbau, telur ayam, kobis bulat, cili merah, kelapa, santan, kacang tanah dan ikan kembung.

pengguna katanya boleh menyalurkan aduan kepada kementerian jika mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi peraturan tersebut.


Aduan boleh disalurkan kepada KPDNKK melalui e-mel
e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800 atau mana-mana pejabat kpdnkk yang berhampiran.

end###

Thursday, September 2, 2010

ELAUN KHAS

ELAUN KHAS

satu lagi pengumuman gembira sempena sambutan aidilfitri ini.

SERAMAI tujuh ribu 799 imam, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain KAFA di negeri ini bakal menerima elaun khas 200 ringgit sebelum 10 september ini.

dengan tujuan meringankan beban persiapan hari raya, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perbelanjaan keseluruhan insentif itu bernilai 1.55 juta ringgit.

Bagaimanapun penerima elaun khas itu adalah mereka yang bukan daripada penerima bantuan khas kewangan 500 ringgit seperti yang diumumkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri baru-baru ini.

pembayaran elaun khas itu juga tertakluk pada sekali bayaran sahaja.

jelas datuk seri dr zambry, sekiranya seorang imam menjadi guru KAFA atau sebaliknya mereka hanya layak menerima sekali bayaran sahaja iaitu 200 ringgit

end//

POLIS INDONESIA

POLIS INDONESIA

langkah untuk tidak melayan provokasi yang dicetuskan segelintir rakyat Indonesia terhadap negara ini sebenarnya menjadi kunci dalam meredakan ketegangan antara rakyat di kedua-dua buah negara.

walau apapun, soal keselamatan masih menjadi keutamaan kepada negara untuk melindungi setiap rakyatnya.

ketua polis Perak , datuk zulkifli Abdullah berkata setakat ini tiada sebarang yang laporan ancaman diterima sama ada membabitkan rakyat di negera ini mahupun warga Indonesia sendiri.

datuk zulkifli berkata demikian selepas menjadi tetamu di perak FM.

mengenai Ops sikap yang akan dilancarkan esok, datuk zulkifli berkata, pihaknya mengenal pasti 46 lokasi panas kejadian kemalangan.

ia melibatkan laluan persekutuan dan bandaran.

selain menyasarkan pengurangan kadar kemalangan maut, Ops sikap kali ini juga menekankan aspek kelancaran lalu lintas.

end//baizura

Wednesday, August 25, 2010

PASAR TAMAN CANNING

PASAR TAMAN CANNING

Pasar Taman canning Di Ipoh menjadi pasar contoh di bandaraya itu apabila kerja menaiktarafnya selesai dengan kos bernilai 280 ribu ringgit.

Pasar itu antara enam pasar yang disenaraikan Majlis bandaraya Ipoh MBI untuk diberi imej baru.

selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, MBI juga komited mencantikkan sekitar kawasan pasar.

dalam pada itu, Penasihat menteri besar Dato’ Chang Ko Youn mengharapkan agar peniaga MENYAMBUT BAIK usaha pembangunan di negeri ini.

ia kerana sebelum ini, projek menaiktaraf pasar gunung rapat yang dikatakan akan menjadi pasar contoh tidak dapat diteruskan berikutan tindakan segelintir peniaga yang menolak cadangan itu.

datuk chang ditemui ketika mengadakan lawatan singkat ke Pasar taman Canning di Ipoh.
Antara pasar lain yang akan dinaiktaraf ialah, pasar jelapang, pasar pasir pinji, pasar Buntung dan pasar pasir puteh.

Sejumlah 20 juta ringgit diperuntukkan kerajaan pusat untuk membina semula kesemua pasar berkenaan.

End//megat

Tuesday, August 24, 2010

KERAPU GERGASI

KERAPU GERGASI

Pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

Itulah yang boleh diibaratkan apabila ikan kerapu gergasi terperangkap pada jaring ikan biasa malam semalam.

Ikan yang dipercayai berusia 30 tahun mencecah berat 148 kilogram, dengan panjangnya 7 kaki ditemui di pengairan Panchor, Pantai Remis .

Berikutan keunikkan ikan gergasi itu dan jarang ditemui, seorang pemilik sebuah restoran cina di Pasir Puteh tertarik untuk membelinya.

[[Up sound

Q in: Very special one, dia isi banyak cantik, banyak manis, ini ikan besar bukan
senang cari
Super: Pengurus Restoran Lucky, Teoh Kar Hooi

Q out: nasib baik kawan saya ada bot sendiri punya. Dia dapat ikan ini very beautiful this one


beliau menambah, masakan ikan gergasi itu boleh dihidangkan kepada lebih 400 pelanggan di restorannya.

Dalam pada itu, orang ramai yang berada berdekatan dengan restoran tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi ikan kerapu gergasi berkenaan,

Tangkapan ikan kerapu gergasi ini adalah kedua terbesar selepas tangkapan pertama di pengairan Pantai Remis mencecah berat 170 kilogram.

end//

KEPRIHATINAN MASYARAKAT

ORANG OKU

PERBELANJAAN seribu 500 ringgit sebulan yang ditanggung keluarga Zainal Abidin Mohamad untuk menjaga anaknya yang istimewa, Zahiruddin 13 tahun diharap mendapat perhatian masyarakat.

adik Zahiruddin mengalami kecacatan anggota badan sejak lahir lagi.

urusan harian Zahiruddin dilakukan ayahnya yang tidak dapat bekerja akibat menghidapi kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung yang menyekat dirinya melakukan kerja-kerja berat.

kini, perbelanjaan harian ditanggunag anak sulung Zainal Abidin, yang berkerja sebagai guru sandaran.

walaupun menerima wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dan Baitulmal namun, ia masih mengekang keperluan tiga beranak itu.

justeru, keperihatian masyarakat untuk menghulurkan bantuan amat dialu-alukan.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun bank cimb Zainal Abidin Mohamad 0831-0003771-52-6


end // EIZYANTI

Monday, August 23, 2010

RASUAH-PEGAWAI

RASUAH-PEGAWAI

Tawaran memberi rasuah kepada anggota penguatkuasa akhirnya menjerat diri sendiri.

Pooi Chai Lam dan Ooi Kim Lim didakwa di Mahkamah Ipoh atas tiga kesalahan cuba memberi rasuah kepada seorang pengawai agensi penguatkuasaaan maritim Malaysia APMM, komander Wan Burhanuddin Jusoh.

Pada pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh menawarkan suapan 35 ribu ringgit kepada komander wan burhanuddin sebagai dorongan untuk melepaskan tujuh buah bot mereka yang disita.

Bagi pertuduhan kedua pula Pooi dan Ooi didakwa memberi suapan 800 ringgit sebagai bayaran bulanan agar mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang ke atas aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat sorong.

Pemberian rasuah itu dilakukan pada Februari lalu di Manjung.

Bagi PERTUDUHAN ketiga, kesalahan dilakukan Mac lalu di Ipoh, apabila tertuduh sekali lagi cuba memberi suapan bernilai 35 ribu ringgit kepada komander burhanuddin.

Kesemua pertuduhan didakwa dibawah seksyen 17(b) akta suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia 2009.

Bagaimanapun, Hakim Tan Hooi Leing membenarkan tertuduh ikat jamin lima ribu ringgit bagi setiap kesalahan.

Sebutan semula kes akan diadakan pada 24 September depan.

END//

BICARA TOKOH

BICARA TOKOH

Generasi muda harus terus menghayati dan menghargai erti kemerdekaan serta berusaha meningkatkan perpaduan negara agar tidak pincang.

Penghayatan terhadap perlembagaan negara khususnya, diharapkan supaya golongan muda menjadi individu yang patriotik dan saling hormat-menghormati antara kaum.

Demikian pandangan ahli panel dalam program Bicara Tokoh yang diadakan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Program tersebut bertujuan mengimbas jasa-jasa tokoh untuk memerdekakan tanahair disamping sempena hari kemerdekaan.

Ahli panel terdiri daripada Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Abdul Rahman dan Dato’ Mohammad Hamzah yang turut berkongsi pengalaman ketika negara belum merdeka.

Pesanan kepada generasi muda, agar bersatu dan terus mempertahankan kemerdekaan kerana apa yang dinikmati sekarang adalah hasil penat jerih yang perlu disyukuri.

End//MEGAT

DATUK MUHAMAD MENINGGAL

MENINGGAL ALOR PONGSU

pemergian ke rahmatullah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Dato Mohamad Abas disifatkan sebagai satu kehilangan besar dalam arena politik di negeri ini.

beliau dilaporkan meninggal kira-kira pukul 10.30 malam tadi dan jenazahnya akan disemadikan hari ini pada pukul 11 pagi nanti di Tanah perkuburan masjid Tinggi Bagan serai.

jenazah Datuk Mohamad kini berada di rumahnya di Jalan banjar, Masjid Tinggi untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham.

END//

KEBUMI ALOR PONGSU

JENAZAH mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu, Dato Mohamad Abas selamat disemadikan di Tanah perkuburan masjid Tinggi Bagan serai kira-kira pukul 11 pagi tadi.

allahyarham 82 tahun, meninggal dunia di hospital Taiping malam akibat sakit tua.

allahyarham meninggalkan seorang balu, sapiah Isa 62 tahun, lapan anak serta 29 cucu. beliau turut dilaporkan mengidap masalah injap jantung bocor sejak 10 tahun lalu.

pemergiaannya disifatkan satu kehilangn besar dalam arena politik di Bagan Serai.

politik allahyarham datuk mohamad menyerlah apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN alor Pongsu untuk lima penggal bermula sejak tahun 1974.

selepas daripada itu, penglibatan politiknya tidak terbatas, apabila memegang jawatan sebagai Pengrusi veteran UMNO bahagian bagan serai yang pertama pada tahun 2004 hingga tahun 2009.


end//

Friday, August 20, 2010

ERAMIS TUMPAS

ERAMIS TUMPAS

Selepas terbongkarnya kegiatan sebuah sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor minggu lalu, satu lagi sindiket TUMPAS.

Dalam Operasi serbuan sebuah gudang di ipoh semalam, kerjasama polis Bukit Aman dengan Ibupejabat Polis Kontinjen Perak berjaya merampas lebih sejuta biji dadah jenis Eramin 5.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, Kesemua pil Eramin 5 ditemui disorok dalam 58 gulungan kain dengan setiap gulungan mengandungi 3 bungkusan pil itu.

Pihaknya mempercayai kegiatan ini didalangi warga tempatan.

Ditemui di Ipoh, Datuk zul hasan berkata, hasil risikan selama lebih setahun turut mendapat kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Dadah Taiwan.

polis turut menyita kereta, wang tunai, jam, barangan kemas dan lain-lain yang berjumlah 4.2 juta ringgit.

END//

INDUSTRI BURUNG WALIT

BURUNG WALIT

Industri sarang burung walit, akan digunakan sebagai mekanisme baru untuk membasmi kemiskinan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Aziz Jamaludin berkata setakat ini, seramai 40 peserta di setiap negeri, dikenal pasti akan terlibat dengan kegiatan perusahaan burung walit.

Bagi tujuan itu, lima juta ringgit diperuntukkan dan setiap peserta akan diberi bantuan modal sebanyak 10-ribu ringgit.

Katanya, program di bawah E-kasih itu juga akan merancakkan program sedia ada seperti ternakan ayam yang diusahakan penduduk kampung. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Perak.

end//

CARI SAKSI

CARI SAKSI

empat orang saksi diminta tampil membantu siasatan pihak polis negeri ini yang berkaitan dua kes yang berbeza.

ia melibatkan kes bunuh lima tahun lalu serta kes dadah.

bagi kes bunuh dua orang saksi dikehendaki iaitu Wan Sabarudin Wan Hassan atau nama panggilannya Arab, dan Mohammad Hakim Mazlan, atau dikenali sebagai Amiru.

kedua-dua mereka beralamat terakhir di Sentul, Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Ibrahim Abdul Bakar berkata mereka diminta hadir ke perbicaraan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 25 Ogos ini.

Sementara itu bagi kes dadah, pihak polis mencari saksi G. Tamil Selvan dan K.Kenny Molhi. Kedua-dua mereka beralamat terakhir di Ipoh, Perak.

mereka diharapkan tampil memberi keterangan di mahkamah yang sama pada 6 hingga 8 september depan.

Superitendan Ibrahim berkata demikian di ipoh.

bagi Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 019-2336003 atau 017-2787817.

end//EIZ

TUMPAS BENIH KERANG LUMUT

TUMPAS BENIH KERANG

bagi tahun 2010, rampasan kedua terbesar di negara ini penyeludupan benih kerang berjaya ditumpaskan pasukan gerakan marin PGM di lumut.

Pegawai Pemerintahan Markas Operasi PGM, DSP Shaari Ariffin berkata pada operasi itu 100 guni benih kerang seberat 40 ribu kilogram dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan 90 ribu ringgit.

turut ditahan dua lelaki berusia 20 an.

hasil maklumat orang ramai, rampasan benih kerang yang kelima di Perak pada tahun ini diberi nama jolokan "permata hitam".

menurut DSP Shaari, siasatan awal mendapati benih kerang itu dibawa dari Selangor untuk diseludup ke Thailand.

mengikut pasaran, di Thailand, benih kerang ini mendapat permintaan tinggi dan harga yang mahal .

operasi rampasan itu dibuat mengikut Akta Perikanan Peraturan-peraturan Perikanan Pemulihan dan Kaltura Kerang 2002.

end//

Sunday, August 15, 2010

HAIWAN BERKELIARAN

HAIWAN BERKELIARAN

daripada 126 aduan mengenai anjing berkeliaran dan terbiar di sekitar bandaraya Ipoh, 113 daripadanya berjaya diselesaikan Majlis bandaraya Ipoh MBI.

tegas datuk bandar datuk roshidi hashim, usaha menangani masalah itu sepatutnya bermula atas kesedaran sivik masyarakat.

bagi memenangi masalah haiwan terbiar program mengambil haiwan peliharaan angkat turut dilaksanakan.

malah, cadangan membuka “petting zoo” bagi menempatkan haiwan terbiar akan dikaji.

jelas datuk roshidi lagi, pihaknya kini tidak lagi menggunakan kaedah menembak haiwan yang memberi ancaman.

sebaliknya menggunakan ubat pelali bagi membunuh haiwan tersebut.

beliau ditemui selepas merasmikan Hari keprihatinan Haiwan di Ipoh. ia dianjurkan pertubuhan badan bukan kerajaan bahtera Noah

setakat ini di ipoh terdapat tiga pertubuhan bukan kerajaan NGO yang berdaftar sebagai pusat perlindungan haiwan terbiar.


end//

HARGA BERPATUTAN - KPDNKK

HARGA BERPATUTAN

belum ada lagi aduan yang diterima mengenai kenaikan harga makanan yang dijual di bazaar ramadhan.

Setakat ini, kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan KPDNKK, menyifatkan peniaga menawarkan harga yang berpatutan khususnya ke atas juadah makanan.

Timbalan menterinya, dato tan lian hoe berkata etika sebegitu sangat dihargai. Bagaimanapun kepada pengguna, mereka harus bijak berbelanja.

Beliau ditemui selepas mengadakan tinjauan ke tapak bazaar ramadhan di medan gopeng ipoh.

Di Perak, KPDNKK negeri setiap hari akan menjalankan pemantauan ke atas 45 lokasi bazaar ramadhan sekitar negeri ini bermula pukul 4 hingga 6 petang.

OPERASI itu bagi mengelak peniaga meletakkan harga yang tinggi, selain memudahkan orang ramai membuat sebarang aduan ke atas hal yang berkaitan.

dalam pada itu, peniaga diingatkan agar mempamerkan tanda harga. Jika gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil mengikut Akta kawalan harga 1946.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih 25 ribu ringgit bagi kesalahan pertama, dan tidak lebih 50 ribu ringgit bagi kesalahan kedua.

Di bawah akta yang sama, kesalahan pertama ke atas individu dikenakan tidak melebihi 15 ribu ringgit dan kesalahan kedua tidak melebihi 25 ribu ringgit.

End//

LALUAN MAUT LUMUT

LALUAN MAUT

laluan Jalan Sitiawan-Kayan-Teluk Intan, Jalan Sitiawan-Ayer Tawar-Ipoh, dan Jalan Sitiawan-Segari-Pantai Remis dianggap sebagai “laluan maut” berikutan kadar kemalangan yang tinggi di jalan berkenaan.

justeru, Polis Daerah Manjung menasihati pengguna jalanraya supaya berhati-hati apabila melaluinya.

Ketua Polisnya, ACP Mohd Jamil Osman berkata kadar kemalangan di
ketiga-tiga kawasan itu meningkat setiap kali tiba musim cuti dan
perayaan.

bagaimanapun, menjelang Hari Raya Aidilfitri, pihaknya akan meningkatkan operasi trafik di kawasan berkenaan dalam usaha menghindari kemalangan jalan raya, di samping membanteras kegiatan lumba haram.

ACP mohd jamil berkata demikian di Manjung,

dalam pada itu, beliau berkata, tahun lepas sebanyak dua ribu 922 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di Manjung dengan 104 darinya adalah kemalangan maut, kebanyakannya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

end//

Thursday, August 12, 2010

PENCULIK TAMAN MERU

REMAN PENCULIK

sehari selepas edaran lakaran gambar dibuat, polis berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat dengan kes culik kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di taman Meru, Ipoh.

Suspek berumur 32 tahun ini ditahan di sebuah rumah di Taman Song Choon, ipoh rabu lalu.

suspek dihadapkan ke mahkamah majistret hari ini dan direman tujuh hari sehingga 9 ogos depan.

keputusan dibuat hakim,mohd nasaruddin Mohamed.

pada 4 Ogos lalu suspek dipercayai mengumpan seringgit kepada mangsa sekiranya dapat menunjukkannya kedai menjual tambah nilai pra bayar.

menerima pelawaan itu mangsa dibawa menaiki kenderaan MYvi berwarna hijau sebelum ditinggalkan di sebuha taman permainan di Gopeng selepas tiga jam kejadian.

kejadian berlaku ketika mangsa bersama adiknya hendak pulang ke rumah selepas habis mengaji quran selang beberapa dari rumahnya.

end//

AMIL-DATANG RUMAH

AMIL ZAKAT

pembayaran zakat dimudahkan dengan kehadiran amil ke rumah.

ketua penolong setiausaha majlis agama islam dan adat melayu perak, mohd haidi sulaiman berkata pendekatan ini dikhususkan kepada golongan orang tua yang mempunyai halangan untuk pergi membuat pembayaran zakat ditempat yang ditetapkan.

dalam pada itu, bagi mereka yang tidak mahu berbuat demikian, pembayaran zakatnya boleh diwakilkan kepada ahli keluarga terdekat.

mohd haidi berkata demikian di Ipoh.

pada tahun ini seramai dua ribu 700 amil dilantik di negeri ini. kadar bayaran zakat yang dikenakan tujuh ringgit seorang.

dalam pada itu, golongan amil diminta menunaikan tanggungjawab dengan jujur

ia berikutan terdapat kes mengenai penyelewengan wang zakat yang diterima oleh amil.

terbaru di Kuala Kangsar, terdapat amil yang dikesan di daerah itu menyenaraikan nama orang yang sudah meninggal dunia dan tidak layak menerima zakat sebagai penerima zakat.


end//

DENGGI PERAK OGOS

PERAK DENGGI

enam negeri mencatat peningkatan kes denggi minggu lepas termasuk negeri Perak.

jumlah kes di negeri ini meningkat dua kes berbanding minggu sebelumnya sebanyak 65 kes.

secara keseluruhannya, sebanyak 1390 kes denggi direkodkan di Perak dengan lima kematian pada tahun ini.

lima lagi negeri yang mencatatkan peningkatan kes denggi ialah Melaka yang turut melibatkan dua kes kematian minggu lepas, pulau pinang, terengganu, negeri sembilan dan labuan.

dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadpa pemilik-pemilik premis yang membiarkan rumah mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

end..

Wednesday, August 11, 2010

TABUNG HAJI CAWANGAN

RAJA AHMAD-TABUNG HAJI

Penduduk Islam di Kubu Gajah berharap sebuah cawangan Tabung Haji atau wakil pusat itu dibuka di kawasan mereka.

Ini bagi memudahkan urusan penduduk yang rata-rata tinggal jauh dari bandar.

Hasrat itu disuarakan Adun Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mencadangkan agar Tabung Haji menempatkan ejen mereka dengan mengunakan pejabat penghulu sebagai tempat beroperasi.

Ketika ini bagi berurusan dengan Tabung Haji, penduduk terpaksa ke Bagan Serai dan Taiping.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen Jalan ke Mekah di Kubu Gajah.

Sementara itu, 100 orang anak yatim dan pelajar Sekolah di sekitar DUN Kubu Gajah menerima bantuan membuka akuan Tabung Haji dibawah tajaan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

Usaha itu sebagai salah satu cara memupuk minat menabung dikalangan pelajar diusia muda.

END##HAKIMIE

SPR Daftar pemilih

SPR PEMILIH

Dalam usaha menggalakkan golongan belia mendaftar sebagai pemilih bagi suruhanjaya pilihan Raya-SPR.

Pendaftaran automatik melalui sistem MyKad di cadangkan.

Ia di yakini sebagai cara terbaik dan mudah dalam usaha merancakkan pemilih baru.

Cadangan tersebut di suarakan Setiausaha Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Justeru, mekanisme melalui sistem MyKad itu perlu di perhalusi jika ia adalah cara terbaik.

Datuk Mohd Khusairi berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan bersama ADUN di Perak FM.

Mengikut rekod SPR, sehingga kini terdapat kira-kira 4.3 juta pengundi yang layak mengundi, tetapi masih belum mendaftar sejak Pilihan Raya Umum 2008, Mac lalu.

Sebelum ini, SPR mencadangan kenaikkan bayaran penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada seringgit kepada tiga ringgit.

end//

Monday, August 9, 2010

TARAF WARGANEGARA

TARAF WARGANEGARA

lebih 50 peratus daripada 29 ribu 677 permohonan mendapat status kerakyatan negara ini diluluskan Kementerian dalam negeri KDN bagi tempah 2007 hingga 2009.

timbalan menterinya, datuk lee chee leong berkata kelulusan tersebut dibenarkan tertakluk kepada kriteria dan prosedur.

bagi permohonan selebihnya, kdn menyasarkan ia akan diselesaikan menjelang tahun ini.

Datuk Lee Chee ditemui selepas majlis penyerahan taraf kewarganegaran Malaysia di pejabat KDN negeri Perak di Meru Raya.

seramai 132 rakyat asing yang menetap di negeri ini menerima taraf kewarganegaraan.

Mereka terdiri daripada warga Indonesia, India, Taiwan, China, Myanmar dan Thailand berusia 12 hingga 80 tahun.

turut diadakan majlis lafaz ikrar taat setia serta Rukun Negara.

end//

Saturday, August 7, 2010

SINDIKET BURUNG WALIT

SINDIKET BURUNG

Tiga lelaki ditahan berikutan bergerak aktif dalam sindiket mencuri sarang burung walit di sekitar daerah Manjung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung DSP Shaharudin Abdullah berkata penahanan dibuat di dua lokasi berasingan.

lelaki pertama yang berusia 40 an di tahan di sebuah premis di Jalan Besar, Ayer Tawar yang ketika itu sedang leka mencuri sarang burung walit.

tangkapan pertama itu dibuat hasil maklumat pemilik premis yang mensyaki sesuatu pada Sabtu lalu.

dua lagi suspek ditahan di ayer tawar dan di Lumut .

menurut DSP shaharudin, juga dirampas, satu kilogram sarang burung walit yang belum diproses, alatan untuk memanjat premis sarang burung walit dan beberapa alatan untuk mengutip sarang burung.

dalam soal siasat terhadap kesemua suspek, mereka mengakui terlibat dalam lima kes curi sarang walit iaitu empat kes di Ayer Tawar dan Kampung Koh serta satu kes di Sitiawan.

end//

PELANCONGAN PERAK

PELANCONGAN PERAK

kehadiran 600 ribu pelancong luar ke negeri Perak berjaya meraih hasil pendapatan 1.2 billion ringgit untuk negeri itu.

terbaru pada bulan depan dijangkakan seramai 300 pelancong dari bandar Wenzhou, China bakal mengunjungi negeri tersebut khususnya lawatan ke bandaraya Ipoh.

exco pelancongan, datuk hamidah osman berkata inisiatif itu diusahakan oleh Syuen Tours and Agency di bawah program bandar persahabatan bandaraya Ipoh dengan Wenzhou.

bertemakan “Nature and heritage”, kerajaan negeri kini melaksanakan pelbagai usaha meningkat produk pelancongan termasuklah usaha mendapatkan pengikhtirafan bangunan warisan daripada UNESCO mahupun peringkat nasional.

terdahulu datuk hamidah merasmikan Heritage Walk di ipoh.

program ini menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong percuma kepada pelancong untuk melawati bangunan warisan di sekitar bandaraya ipoh.

ia beroperasi pada setiap hari sabtu bermula pukul 8 pagi. sebanyak 24 lokasi akan dilawati dengan masa yang diambil sejam 30 minit.

focus pelancongan negeri ini bukan sahaja untuk menarik pelancong luar tetapi pelancong tempatan.

end//baizura

CUKAI TAKSIRAN MBI

MBI OPERASI

tindakan tegas akan diambil jika ada pihak yang masih enggan membayar tunggakan cukai taksiran.

Majlis Bandaraya Ipoh MBI akan bertindak merampas barangan selepas pencukai gagal menjelaskan tunggakan selepas notis dikeluarkan untuk tempoh tujuh hari.

justeru, barangan mereka akan dilelong mengikut nilai tunggakan.

tindakan itu adalah pendekatan baru yang diambil MBI bagi mengingatkan pihak yang terlibat lebih serius dalam menjelaskan tunggakan dan ansuran.

pada operasi Tindakan Sitaan semalam, 11 rumah dikenalpasti gagal membayar cukai taksiran dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

sebelum itu notis, waran dan kelonggaran telahpun dimaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan.

menurut Penolong Pegawai Penerangan MBI, Mohd Shahrizal Azmi, daripada jumlah itu empat daripadanya menjelaskan cukai tunggakan mereka serta merta.

manakala sebuah rumah terpaksa dikenakan tindakan merampas barangan mengikut nilai taksiran yang tertunggak.

enam buah rumah lain, akan dikenakan tindakan dalam jangka masa terdekat.

mohd shahrizal berkata, jika tunggakan cukai sudah dijelaskan mengikut nilai lelongan, pihaknya akan menyerahkan semula yang dirampas.

end//

PELUANG PEKERJAAN

PELUANG PEKERJAAN

peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan adalah untuk rakyat Malaysia dan bukannya untuk dinikmati warga asing.

demikian tegas menteri di jabatan perdana menteri, datuk seri nazri aziz berhubung sikap segelintir masyarakat khususnya belia yang memilih pekerjaan.

di bawah wilayah ekonomi koridor utara NCER, sebanyak tiga ribu peluang pelbagai pekerjaan ditawarkan.

malah pada 26 julai lalu, pihak berkuasa pelaksanaan koridor utara NCIA
mengumumkan pelaburan baru sebanyak 835 juta ringgit daripada lima syarikat swasta dan agensi kerajaan.

ia sekaligus menawarkan seribu peluang pekerjaan.

DATUK SERI NAZRI mengulas kenyataan itu pada karnival kerjaya dan keluarga kamunting 2010 di kamunting. juga dirasmikan program jUara rakyat.

mengulas mengenai isu ISA, datuk seri nazri menegaskan ISA adalah releven untuk dikekalkan. ia bagi memastikan isu-isu sensitif tidak dimanipulasi.

end// baizura

Friday, July 30, 2010

TAMAN KELAHIRAN - GUNUNG LANG

TAMAN KELAHIRAN

TAMAN kelahiran diperkenalkan sebagai tanda mengenang kelahiran seseorang. Taman Rekreasi Gunung Lang menjadi lokasinya.

inisiatif itu dianjurkan Majlis Bandaraya Ipoh MBI.

datuk bandar, datuk roshidi hashim berkata, program itu antara usaha memenuhi hasrat kerajaan negeri untuk mencapai sasaran 2.6 juta tanaman pokok dalam tempoh lima tahun ini.

selain itu, pihaknya turut akan mengenaikan syarat kepada pemaju swasta supaya menanam pokok dalam projek pembangunan mereka.

terdahulu beliau melancarkan Program Satu Kelahiran Satu Pokok di Taman reakreasi gunung Lang.

orang ramai berpeluang menanam pokok di taman itu khususnya untuk pada mereka yang menyambut kelahiran baru.

Ibu bapa yang ingin berbuat demikian hanya perlu membayar 31 ringgit untuk kos plak nama, sijil penyertaan dan pokok.

end//

Thursday, July 29, 2010

TENDER PALSU

AMARAN TENDER

Orang ramai diminta berwaspada dengan pihak tertentu yang mengutip wang bagi tujuan mendapatkan tender kafetaria Kompleks Penyiaran RTM di Ipoh.

Pengarah Penyiaran Negeri Perak Puan Noriani Mohd Idris berkata pihaknya menerima laporan daripada beberapa mangsa terbabit.

Mangsa diminta mengisi salinan borang sebagai tempahan dan dikehendaki membayar seribu ringgit ke 2-ribu ringgit.

Menurut Puan Noriani, sehingga kini Jabatan Penyiaran tidak pernah mengeluarkan sebarang tender untuk kafetaria di kompleks itu. Kompleks Penyiaran masih dalam pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ini.

end

Wednesday, July 28, 2010

DADAH-REMAJA

DADAH - REMAJA

di Ipoh, seorang wanita berusia 23 tahun mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah.

tertuduh adalah salah seorang daripada lima yang dituduh atas kesalahan yang sama. turut terlibat dua remaja perempuan di bawah umur.

dalam kes ini tiga pertuduhan dibacakan di hadapan majistret roslinda razali di mahkamah majistret Ipoh.

masing-masing pertuduhan melibatkan pemilikan dadah jenis Syabu seberat 3.8 gram, dadah jenis ganja seberat 1.1 gram dan dadah jenis ketamin seberat 10.6 gram.

pertuduhan pertama dan ketiga didakwa di bawah seksyen 12 (2) akta dadah merbahaya 1952, manakala pertuduhan ketiga didakwa di bawah seksyen 6 akta yang sama.

kesemua mereka ditahan di taman Kampar, pada 11 julai lalu sekitar pukul 4 petang.

walau bagaimanpun, mereka yang ditahan dibenarkan ikat jamin enam ribu ringgit setiap seorang dengan seorang penjamin.

sebutan semula kes akan dibuat pada 6 september depan di mahkamah yang sama.

end//

Tuesday, July 27, 2010

DS KONG - KTM

DS KONG – KTM

Kereta api tanah melayu berhad KTM kini dalam usaha memiliki sebuah pusat kecemerlangan kereta api peringkat ASEAN.

ia menerusi kewujudan Kompleks keretapi Tanah Melayu KTM yang bertempat di batu Gajah.

menteri pengangkutan, datuk seri Kong cho Ha berkata dengan peruntukkan 78 juta ringgit, kompleks KTM ini adalah yang termoden dan dilengkapi dengan depoh, bengkel, stor pusat serta akademi KTM yang juga dikenali sebagai MyRA.

pada rancangan akan datang sejumlah 300 juta ringgit akan diperuntukkan bagi pembinaan fasa baru Kompleks TERSEBUT.

Kompleks KTM batu gajah mengantikan pusat KTM sentul, kuala Lumpur dan projek pembangunannya bermula pada tahun 2006.

datuk seri kong ditemui pada majlis perasmian kompleks KTMB, Batu gajah di batu gajah.

berangkat merasmikan majlis, sultan perak, sultan azlan shah.

mengulas mengenai operasi keretapi elektrik atau ETS Ipoh – Kuala Lumpur, datuk seri kong berkata ia akan bermula minggu pertama bulan depan.

end//baizura

Tuesday, July 20, 2010

BAIDURI TENTERA

BAIDURI TENTERA

sempena sambutan Hari Pahlawan pada 31 julai ini, BAIDURI bersama badan kebajikan angkatan tentera Malaysia atau BAKAT akan melaksankan program sumbangan.

ia melibatkan sumbangan kepada balu-balu dan anak-anak yatim keluarga aggota tentera.

pengerusi BAIDURI, datin seri Saripah zulkifli berkata, pihaknya akan meminta bantuan BAKAT untuk memilih balu dan anak-anak yatim daripada anggota tentera yang layak menerima bantuan.

penyampian sumbangan itu juga sempena sambutan bulan ramadhan.

majlis tersebut akan diadakan pada 2 ogos depan di kediaman menteri besar perak di Ipoh.

datin seri saripah ditemui ketika melawat hospital Angkatan Tentera Malaysia Di pangkalan Lumut.

lawatan tersebut turut dihadiri menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir.

inin merupakan lawatan pertama menteri besar dan isterinya selepas datuk seri dr zambry bergelar Menteri besar Perak.

end//baizura

LARIAN MEDIA SATU MALAYSIA

LARIAN NPC

ahad lalu, larian antarabangsa, Ipoh international Run telah diadakan di Ipoh.

kini, bukan hanya ahli media, tetapi orang ramai di negeri ini berpeluang menyertai pula Larian Media satu Malaysia, Kelab Akhbar Kebangsaan NPC 2010 yang akan diadakan pada 1 ogos depan di Kuala Lumpur.

kategori larian itu tertakluk pada jarak lima kilometer sahaja. pemenang akan menerima wang tunai dan pingat.

Setiap peserta dikenakan bayaran 10 ringgit dan akan menerima sehelai T-shirt dan beg cenderahati.

bagi mereka yang berminat boleh menghubungi talian 016-245 3839 atau
012-285 9647atau 017-311 0187.

tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Julai ini.

end//

Sunday, July 18, 2010

KOPERASI ORANG ASLI

KOPERASI
19.07.2010
8PG

Penubuhan koperasi untuk masyarakat orang asli di Gerik memberi peluang kepada golongan ini dalam mencapai pendapatan yang lebih tinggi secara sistematik.
Ia selaras dengan matlamat kerajaan negeri membantu masyarakat orang asli memperolehi kehidupan yang lebih sempurna.
Menurut Ahli Parlimen Gerik,Datuk Tan Lian Hoe penubuhan koperasi ini dapat memberi kemahiran serta kepakaran khususnya kepada masyarakat orang asli untuk bergiat aktif dalam bidang ekonomi.
Beliau yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berpendapat,kini sudah tiba masanya masyarakat orang asli perlu berdikari
Meskipun kerajaan menyediakan peruntukkan namun dengan cara ini ia dapat mendidik masyarakat orang asli agar lebih berusaha disamping memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan penubuhan koperasi Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun di Gerik.
Lebih 2 ratus orang yang hadir dalam majlis tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Tan Lian Hoe berkata melalui kempen ‘ 1 komoniti 1 koperasi’ lebih banyak koperasi akan ditubuhkan.
Setakat ini penubuhan koperasi di Perak akan di perluaskan antaranya Tapah,Lenggong,Sungai Tiong,Sungai Tiang dan Sungai kejar.
End//nana

RELA

Lebih 5 ratus anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang melibatkan diri dalam Program Latihan Ujian Menembak RELA di Changkat Jong.
Ternyata acara tahunan ini mendapat sambutan yang meriah di kalangan anggota RELA,malah ada di antara mereka merupakan kali pertama mencuba senapang M-16 ini.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang teknik-teknik pengendalian senapang tersebut dengan cara yang tepat.
Dalam pada itu,semangat dan keyakinan anggota RELA dapat dibentuk.
Hadir sama dalam program ini Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keseniaan,Belia dan Sukan Negeri Perak Dato Zainol Fadzi Paharudin berkata golongan belia juga turut berpeluang untuk menyertai aktiviti sukarelawaan ini.
Antaranya,penubuhan Skuad RELA Muda di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dengan melibatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau berkata demikian di Lapangan Sasar,Changkat Jong.
Sehingga 16 Julai tahun ini,lebih seratus ribu anggota RELA di Perak telah menyertai pasukan sukarelawan ini.
End//nana

Saturday, July 17, 2010

DS HUSNI SUBSIDI + PASAR MANJOI

DS HUSNI SUBSIDI

pelaksanaan pengurangan subsidi sebahagian daripada strategic merencanakan Model baru ekonomi MBE .

ia sekaligus menuju kea rah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

menurut menteri kewangan kedua, datuk seri ahmad husni hanadzlah, sejak kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi ke atas bahan api dan gula, reaksi yang diterima adalah positif sama ada daripada sector korporat mahupun rakyat.

kesan pengurangkan subsidi itu telah menjimatkan belanjawan negara kepada 750 juta ringgit. jumlah itu akan digunakan untuk pembangunan negara.

up sound [[cut 1]]
q in : isu subsidi dah lama dibincangkan terutama dalam sector korporat, pasaran ekonomi..yang berpendapat kita kurangkan subsidi tersebut…menumpukan kepada sector yang boleh membawa multiplier effect kepada negara kita..jadi usaha untuk membangunkan negara kita kepada stage lebih tinggi akan menjadi sukar…

q out :… sebab itu kita merealisasikan subsidi tapi kita buat secara gradual

menurut datuk seri ahmad husni lagi, pelaksanaan pengurangan subsidi akan dilakukan secara berperingkat.


end//


dalam perkembangan lain, datuk seri ahmad husni yang juga ahli parlimen tambun menghadiri majlis penyampaian peruntukkan pembinaan menaiktaraf pasar Manjoi di gugusan manjoi.

pasar yang menjadi tumpuan hampir 30 ribu penduduk setempat itu menerima peruntukkan daripada Majlis bandaraya Ipoh MBI sebanyak 450 ribu ringgit.

projek menaiktaraf akan dilaksanakan minggu depan dan dijangka siap awal Januari tahun hadapan.

pasar Manjoi itu diusahakan sepenuhnya oleh peniaga Melayu.

hadir sama ke majlis tersebut Datuk bandar Ipoh, datuk roshidi hashim dan ahli dewan undangan negeri ADUN Manjoi, datuk nadzri ismail.

end//baizura