Monday, January 31, 2011

ISU TANAH MERU RAYA

ISU TANAH - MCA NAFI

tidak pernah dimiliki atau menjadi milik sama ada MCA atau UMNO berhubung isu tanah seluas 2.4 hektar di Meru Raya, Ipoh seperti yang didakwa Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

tampil memberi penjelasan itu, Ketua Pemuda MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

tegas beliau, biarpun ada pertemuan dan perbincangan dibuat dengan PCB sendirian berhad iaitu syarikat yang terlibat dengan projek pembangunan di Meru Raya, namun tiada sebarang persetujuan atau perjanjian yang diputuskan.

justeru, Datuk Dr Mah menyifatkan pembohongan itu suatu fitnah yang semata-mata mencari publisiti murahan tanpa mengemukan fakta dan bukti yang jelas.

oleh yang demikian, Datuk dr Mah meminta ahli parlimen Gopeng itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

menyelar fitnah itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCB Sdn Bhd, encik Ibrahim Yaacob tampil membuat kenyataan.

beliau berkata, ke arah menjadikan Meru Raya sebagai pusat cyber, tawaran untuk memajukan tanah di kawasan tersebut dibuka kepada semua pihak.

namun melihat kepada kredibiliti dan keyakinan ke atas MCA dan UMNO negeri, PCB mengadakan perbincangan pada November 2007 lalu.

namun, tiada sebarang persetujuan dibuat.

pada sidang media yang sama yang diadakan di Ipoh, Datuk bandar,Datuk roshidi hashim tampil memaklumkan kedudukan status tanah tersebut yang dikatakan masih masih di bawah PCB.

malah pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada MCA mahupun UMNO untuk memajukan tanah tersebut.

end//

JETI KG SG PINANG PANGKOR

JETI PANGKOR 31.1.2011

mulai hari ini, Jeti Kampung Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor akan mula beroperasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry berkata, keputusan itu diambil bagi menampung jumlah pengunjung yang datang ke pulau itu menjelang Tahun Baru Cina.

mengulas lanjut, biarpun proses terakhir menaiktaraf jeti itu masih belum selesai namun ia sudah boleh digunakan. jaminan itu dimaklumkan Jabatan Kerja Raya JKR.

dengan peruntukkan bernilai 1.9 juta ringgit, pembinaan jeti kampung sungai Pinang itu bagi menampung kepadatan yang berlaku di jeti sedia ada.

Datuk Seri Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor menerima maklum balas positif daripada penduduk tempatan yang berpuas hati dengan pembinaan jeti tersebut dan keputusan memulakan operasi jeti itu hari ini.

beliau berkata demikian ketika turun padang di Pulau pangkor.

end//

Sunday, January 30, 2011

OPS SAMSENG JALANAN

OPS SAMSENG JALANAN

Lima pemandu dan seorang penunggang motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar bandaraya Ipoh yang bermula malam hingga awal pagi tadi.

operasi dijalankan di Jalan Raja Dihilir, Jalan Kuala Kangsar, Jalan Pasir Puteh dan Jalan Jelapang

Ketua Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata mereka yang ditahan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 54A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol dan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

dalam operasi itu juga, polis mengeluarkan 52 saman bagi pelbagai kesalahan antaranya melanggar lampu isyarat, tiada lesen memandu, memandu mengunakan telefon bimbit, tiada cukai jalan, lesen memandu tamat tempoh, mengubahsuai ekzos, tiada cermin sisi dan meletakan kereta ditempat yang tidak dibenarkan.

Ops Samseng Jalanan itu melibatkan 57 anggota termasuk polis trafik, MPV dan anggota Rela.

end//

DS HUSNI - BAKUN

DS HUSNI BAKUN

empangan BAKUN di Sarawak, kerajaan persekutuan berhasrat mempercepatkan penyelesaian kes pemilikan projek itu bagi memastikan beberapa projek tidak tergendala.

menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, buat masa ini, kementeriannya dalam proses perbincangan ’due diligence’ dengan kerajaan negeri Sarawak.

selain mencari jalan penyelesaian, perbincangan tersebut juga akan memastikan nilai projek berkenaan.

Tahun lepas, Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan hasrat membeli empangan BAKUN dengan harga 6 bilion ringgit dan bersedia meningkatkan bidaan kepada 7 bilion ringgit bergantung kepada kaedah pembayaran.

mengulas alnjut, Datuk Seri Ahmad Husni berkata Indonesia dilihat berminat untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik dari empangan berkenaan khususnya untuk disalurkan ke Kalimantan.

Datuk Seri Ahmad Husni berkata demikian selepas menyampaian majlis sumbangan bantuan kepada warga Emas sempena Tahun Baru Cina di Parlimen Tambun.

empangan BAKUN yang dijangka siap tahun depan mampu menghasilkan 2-ribu 400 megawatt tenaga elektrik itu.

end//

Saturday, January 29, 2011

DATUK BANDAR-TANJUNG RAMBUTAN

[[BERITA]]
26.1.2011

[[READER]]

Peruntukan berjumlah 5.8 juta ringgit telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan infrasturktur dikawasan Pekan Kecil Tanjung Rambutan.

Ia bertujuan bagi menyediakan kemudahan asas yang terbaik untuk penduduk bagi membolehkan mereka menjalankan kehidupan seharian dengan lebih baik dan selesa.

Vt [[ Vcg : Tanjung Rambutan , Perak ]]

Datuk Bandar Ipoh , Dato Roshidi Hashim berkata wang ini akan digunakan bagi membina sebuah pasar baru, sebuah kawasan gerai makan dan juga dewan serbaguna.

Ia berdasarkan kepada keperluan penduduk yang semakin meningkat terutamanya dengan pembukaan Kolej Perubatan disini yang menempatkan hampir 4 ribu pelajar dan guru.

Pelan pembangunan mengenainya sudah pun disiapkan dan jika tiada apa-apa penghalang projek pembinaan akan mula dijalankan dalam masa 3 bulan lagi.

Dato Roshidi Hashim berkata demikian selepas merasmikan Perhentian baru Bas Tanjung Rambutan.

Perhentian bas yang bernilai 25 ribu ringgit itu telah mula dibina pada 29 November 2010 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2010.

Sebelum ini kawasan pekan kecil Tanjung Rambutan tidak memiliki sebarang perhentian bas dan diharapkan pembinaanya nanti akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

DATUK BANDAR-KAUNTER

[[BERITA]]
26.1.2011

[[READER]]

Kini penduduk yang berada di sekitar Bandaraya Ipoh tidak perlu lagi beratur panjang untuk melunaskan segala bil mereka di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ini kerana MBI telah mengambil initiative untuk membuka ``Kaunter Pandu Masuk`` bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada warga kota yang sibuk.

Vt [[ Vcg : Tanjung Rambutan , Perak ]]

Datuk Bandar Ipoh , Dato Roshidi Hashim berkata pihaknya telah membelanjakan hampir 95 ribu ringgit bagi tujuan pengubahsuaian kaunter tersebut.

Kaunter ini direka khas dengan ciri-ciri keselamatan untuk pengguna dan juga petugas MBI bagi melaksanakan tugasan dengan lebih baik dan berkesan.

Jelasnya , kaunter akan beroperasi pada jam 8.15 pagi sehingga 3.30 minit petang setiap hari isnin sehingga Khamis.

Manakala bagi hari Jumaat kaunter akan dibuka bermula jam 8.15 minit pagi sehingga 11.45 pagi bagi membolehkan umat islam mengerjakan solat Jumaat dan akan dibuka semula 2.45 petang sehingga 3.30 minit petang.

Dato Roshidi Hashim berkata selepas di temui pemberita di Ipoh.

Ujarnya lagi, kaunter pandu masuk ini menerima penbayaran bil melalui wang tunai atau pun melalui cek.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER















KAUNTER MBI 27.1.2011
8 PAGI


Kini penduduk yang berada di sekitar Bandaraya Ipoh tidak perlu lagi beratur panjang untuk melunaskan segala bil mereka di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ini kerana MBI telah mengambil initiative untuk membuka ``Kaunter Pandu Masuk`` bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada warga kota yang sibuk.

Datuk Bandar Ipoh , Dato Roshidi Hashim berkata pihaknya telah membelanjakan hampir 95 ribu ringgit bagi tujuan pengubahsuaian kaunter tersebut.

Kaunter itu direka khas dengan ciri-ciri keselamatan untuk pengguna dan juga petugas MBI bagi melaksanakan tugasan dengan lebih baik dan berkesan.

Jelasnya , kaunter akan beroperasi pada jam 8.15 pagi sehingga 3.30 minit petang setiap hari isnin sehingga Khamis.

Manakala bagi hari Jumaat kaunter akan dibuka bermula jam 8.15 minit pagi sehingga 11.45 pagi bagi membolehkan umat islam mengerjakan solat Jumaat dan akan dibuka semula 2.45 petang sehingga 3.30 minit petang.

Dato Roshidi Hashim berkata selepas di temui pemberita di Ipoh.

Ujarnya lagi, kaunter pandu masuk itu menerima pembayaran bil melalui wang tunai ataupun melalui cek.

end

NIZAR-NIAK AZIZ

[[BERITA]]
28.1.2011

[[READER]]

Tuduhan Mursyidul Am Pas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa sesiapa yang tidak mengundi PAS di Tenang sebagai golongan Jahilliah mendapat perhatian dan reaksi pelbagai pihak.

Ada yang menyifatkan ianya sebagai 1 lagi mainan politik pembangkang yang sudah ketandusan isu untuk dibahaskan bagi meraih sokongan rakyat.

Vt [[ Vcg : Parit , Perak ]]

Bagi Ahli Parlimen Parit , Drs Nizar Zakaria sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihanraya pembangkang akan memainkan pelbagai isu untuk berkempen termasuklah yang berkaitan dengan agama.

Ia merupakan satu ungkapan yang berniat buruk dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang guru agama yang sangat dihormati dalam memperjuangkan agama islam.

Tindakan ini jelas mahu mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan yang selama ini sudah berjaya membela dan mengubah nasib mereka yang berada dalam kesusahan.

Jelas Drs Nizar Zakaria beliau mahu rakyat khususnya yang beragama islam bertindak secara rasional dan elakkan daripada berpecah-belah kerana perkara ini.

Beliau berkata demikian di Parit.

END//AZRUL HAKIMIE ANUER

ZAHID-RUMAH

[[BERITA]]
28.1.2011

[[READER]]

Peruntukan sebanyak 500 ribu ringgit telah diberikan kepada Parlimen Bagan Datoh dalam usaha membaiki rumah penduduk yang rosak dan memerlukan perhatian segera.

Wang tersebut merupakan sumbangan daripada 1 Malaysia Development Berhad sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Vt [[ Vcg : Bagan Datoh , Perak ]]

Ahli Parlimenya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dijangkakan 130 buah rumah akan dibaik pulih diseluruh Bagan Datoh melalui program ini.

Setiap rumah akan mendapat peruntukan sebanyak 5 ribu ringgit bagi tujuan membaik pulih bumbung, dinding, lantai dan sebagainya.

Ia bagi membolehkan penduduk dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa.

Jelasnya, kerja-kerja membaik-pulih ini akan dijalankan secara gotong-royong hasil bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia ATM.

Dijangka kesemua rumah tersebut akan siap dibaik-pulih sepenuhnya dalam masa 3 bulan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas mengadakan walkabout disekitar Bagan Datoh.

Ujarnya lagi peruntukan ini akan diberikan kepada golongan miskin yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama selaras dengan konsep 1 Malaysia.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

PAC-PEMINJAM

[[BERITA]]
29.1.2011

[[READER]]

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak mahu Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri Perak memberi penjelasan berhubung kegagalannya mengutip semula tunggakan bayaran pinjaman pembelajaran.

Tunggakan tersebut melibatkan anggaran nilai 27.6 juta ringgit sejak tahun 1981 lagi.

Vt [[ Vcg : Ipoh , Perak ]]

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dari laporan jabatan tersebut dikatakan tidak mempunyai maklumat dan senarai terkini peminjam.

Selain itu, ia juga gagal mengambil tindakan untuk menuntut semula bayaran pinjaman daripada pihak yang terbabit.

Jelasnya, sebanyak 181 peminjam telah dikenal pasti masih belum melunaskan semula hutang tersebut sejak 30 tahun lalu.

Difahamkan masalah ini berpunca daripada jabatan yang gagal mengambil langkah proaktif mengesan dan mengambil langkah tegas seperti dilaksanakan agensi pembiaya pelajaran lain.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Perak di Ipoh.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

ZAHID-ATM

[[BERITA]]
29.1.2011

[[READER]]

Negara-negara luar kini sudah mula mengiktiraf Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia hasil peranan penting yang dimainkannya dalam misi pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Vt [[ Vcg : Bagan Datoh , Perak ]]

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini telah dibuktikan apabila ATM melaksanakan misi Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lubnan.

Selain mengawal keamanan, ATM turut mengadakan program Jiwa Murni seperti membina masjid, jalan dan sekolah di kawasan yang mereka berkhidmat di luar negara.

Ianya mendapat sambutan dan diterima baik di kalangan penduduk Islam dan Kristian serta pasukan tentera Lubnan.

Ujarnya sehubungan itu, pihak Unifel telah memberi mandat kepada ATM untuk berada di bahagian hadapan bagi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di kawasan yang menghadapi konflik.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas mengadakan gotong royong membaiki rumah orang miskin di Bagan Datoh.

Tambahnya lagi, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada kaedah yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan.

ATM berterima kasih kepada Perdana Menteri yang begitu prihatin serta meluluskan peruntukan tambahan untuk ATM bergerak di peringkat antarabangsa.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

Thursday, January 27, 2011

APMM TANGKAPAN - JAN 2011-

APMM TANGKAPAN

ketika sedang menjalankan aktiviti tangkapan ikan di perairan negara, 41 nelayan ditahan berikutan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri serta lesen menangkap ikan yang sah.

Tangkapan pertama tahun ini oleh agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut merampas muatan ikan jenis kerisi dan tongkol kira-kira 0.5 tan.

dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3, Kapten Ang Cheng Hwa berkata tangkapan dibuat Selasa lalu dari jarak 25 batu nautika dari Pulau Jarak.

bot tersebut ditahan KD Kinabalu kapal milik TLDM yang mendapati, bot asing itu berasal dari Tanjung Balai Indonesia dan menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat jerut.

menurut Kapten Ang lagi, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 58 tahun termasuk seorang tekong.

kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985.

Jika sabit kesalahan, tekong boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan bagi setiap awak-awak denda 100 ribu ringgit.

end//

Wednesday, January 26, 2011

GEMPUR NKRA

GEMPUR NKRA

sejak November lalu program Gempur NKRA digerakkan, hampir 50 peratus daripada 222 kawasan parlimen di seluruh negara telahpun dipantau.

di bawah kementerian pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat program itu merupakan suatu usaha turun padang dalam menyalurkan bantuan secara terus kepada golongan miskin dan miskin tegar.

menurut ketua setiausahanya, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, kementerian kini sedang berhubung dengan mereka yang terlibat di kawasan parlimen yang lain dan sasaran pemantauan itu selesai sebelum bulan Jun depan.

Gempur NKRA itu termasuklah di Sabah dan Sarawak.

sementara itu Datuk Dr noorul Ainur menjelaskan hasil pelaksanaan program sebegitu, kementerian yakin jumlah miskin tegar dapat dikurangkan.

berdasarkan data senarai e kasih pada tahun lalu, sebanyak 44 ribu 643 orang miskin tegar berjaya disifarkan.

beliau ditemui baru-baru ini ketika program Gempur NKRA yang diadakan di PArlimen Tambun.

end//

TUTUP IMIGRISEN tahun baru cina

TUTUP IMIGRISEN

sempena dengan cuti sambutan Tahun Baru Cina minggu depan, beberapa Jabatan Imigresen Negeri akan ditutup sementara bermula 3 Februari.

antaranya termasuklah di Perak.

dalam satu kenyataan; Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata operasi kaunter ditutup hingga 6 februari depan.


justeru jika terdapat sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di talian 03-88801555 atau 03-88801556.


end//

RAMPASAN DVD IPOH

RAMPASAN DVD

taktik terbaru pengedar vcd dan dvd haram menggunakan khidmat syarikat kurier akhirnya terbongkar dalam satu serbuan di Ipoh pagi tadi.

serbuan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK itu berjaya merampas lebih enam ribu keping vcd dan dvd haram .

Menurut Penolong Pengarahnya, Zulkifli Yaakob serbuan dibuat berdasarkan maklumat orang ramai dan risikan ke atas sebuah premis syarikat kurier di Bandar Ipoh Raya.

ketika serbuan; beberapa pekerja syarikat tersebut sedang menyusun 10 kotak mengandungi vcd dan dvd lucah dan haram bernilai kira-kira 70 ribu ringgit.

siasatan mendapati pengedar vcd berkenaan mengisytiharkan kandungannya sebagai alat ganti kenderaan.

jelas Zulkifli lagi, kesemua bungkuasan kiriman itu dialamatkan di lima alamat berbeza sekitar bandaraya Ipoh. justeru pemeriksaan akan dijalankan.

kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987.

pada penemuan itu juga, KPDNKK akan menjalankan pemeriksaan keatas syarikat-syarikat kurier bagi mengesan modus operandi menghantar vcd menerusi syarikat terbabit.

end//

Tuesday, January 25, 2011

DELEGASI LAMPUNG

DELEGASI LAMPUNG

di bawah pelaksanaan pertumbuhan segi tiga Indonesia- Malaysia- Thailand
IMTGT, Perak terus mempereratkan hubungan dengan wilayah Lampung, Indonesia.

bukan sahaja dari aspek diplomatic, hubungan itu dijalinkan dalam mencari peluang memantapkan dagangan dan ekonomi.

Menteri Besar datuk seri dr zambry abdul kadir, yang menerima kunjungan daripada Gabenor Lampung, Sjachroedin Abdin mengadakan perbincangan mengenai kerjasama pelaburan dalam sektor hidro dan pertanian.

sementara itu, Sjachroedin berkata kunjungannya itu adalah kali kedua selepas Selangor dalam membincangkan kerjasama perdagangan dalam sektor terbabit.

delegasi kali ini turut disertai 14 pegawai wilayah Lampung serta para pengusaha.

pada sebelah malamnya, kesemua mereka menghadiri majlis makan malam di Kediaman Rasmi menteri besar di Ipoh.

Lampung adalah sebuah wilayah yang terletak di Sumatera dilihat berpotensi dalam sector agrikultur.

end//baizura

BALAI BOMBA BARU

BALAI BOMBA BARU

Perak antara enam negeri yang bakal menerima satu lagi balai bomba baru yang dirancang dibina di Jelapang; telahpun diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Dato’ Wan Mohd Nor Ibrahim berkata langkah itu dapat memastikan setiap kawasan menerima tempoh respon yang lebih cepat daripada pihaknya.

ia sekaligus dapat mengurang jumlah kos kerugian yang dialami dalam sesuatu kejadian.
tahun lalu, statistik kebakaran dan kecemasan yang berjaya diselesaikan meningkat kepada 55 ribu kes dengan kadar kehilangan harta hampir 50 peratus.

Jelas Datuk Wan Mohd Nor lagi, matlamat itu selaras dengan misi jabatan dengan menetapkan tempoh respon 10 minit untuk setiap anggota bertindak ke atas setiap kes kecemasan.

beliau berkata demikian di Ipoh.

sebagai langkah meningkatkan perkhidmatan jabatan, beberapa balai bomba yang dikenal apsti akan dinaiktaraf dalam tempoh lima tahun ini.


end//

UPSI SIDANG

UPSI SIDANG

Isu-isu berkaitan alam sekitar sering mendapat perhatian dan menjadi perbualan hangat masyarakat pada masa kini.

Terutamanya perkara-perkara yang memberi kesan buruk kepada negara dan masyarakat.

Atas kesedaran mahu melihat kualiti alam sekitar dan masyarakat meningkat, satu Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar akan diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI.

Persidangan yang kali ke 3 itu diadakan selama 2 hari bermula 8 hingga 10 Februari 2011.

Objektifnya adalah mengutarakan pendekatan dan perspektif baru dalam meningkatkan status alam sekitar dan masyarakat.

Ini kerana kemajuan sesebuah negara boleh diukur berdasarkan kepada alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat yang bertambah baik secara berterusan.

Persidangan ini diharapkan akan dapat dijadikan sebagai gelanggang perbincangan dan perkongsian ilmu untuk kesejahteraan semua pihak.

Antara sub tema persidangan yang akan dibincangkan adalah berkaitan isu Perak Aman Jaya, Dasar dan etika pembangunan persekitaran dan pengurusan bandar.

end.//kimie

Friday, January 21, 2011

H1N1 PKLN II

H1N1 PKLN

dalam perkembangan lain, Datuk Abdul Hadi memaklumkan dua lagi kem Program latihan Khidmat Negara PLKN diserang penyakit serupa influenza ILI.

ia melibatkan 148 pelatih di Kem sinaran Suria, di Sungkai dan 25 pelatih di Kem Tangkas Kendiri, di Kuala Kangsar. masing-masing kini telahpun dikuarintinkan.

Datuk Abdul Hadi berkata wabak virus HINI itu bukan sahaja melibatkan pelatih, namun juga jurulatih dan kakitangan kem.

dalam pada itu, beliau berharap ibu bapa tidak perlu khuatir atau panik akan hal tersebut.

setakat ini, pihak kementerian kesihatan akan memastikan penularan wabak itu dikekang dengan segera.

Datuk Abdul Hadi ditemui semasa mengadakan lawatan ke Kem PLKN sentosa, Chenderiang.

sebelum ini, terdapat 83 pelatih di sini diserang ILI, namun kini kesemunya pulih sepenuhnya setelah menerima rawatan dalam tempoh antara enam hingga tujuh hari sahaja.

end

RAMBUT PLKN

RAMBUT PLKN

hasil siasatan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mendapati tiada unsur khianat dalam kes potong rambut seorang pelatih beragama Sikh.

namun, Ketua Pengarahnya, datuk Abdul Hadi Awang kechik berkata, pihaknya akan menunggu siasatan lanjut daripada polis berhubung perkara tersebut.

jelas beliau, sejak kes itu dimaklumkan, Lembaga Operasi ditubuhkan untuk menyiasat dan siasatan dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan yang ditetapkan.

dalam pada itu, datuk Abdul Hadi memberitahu, siasatan pihaknya juga mendapati tiada bukti kes tersebut melibatkan pelatih, jurulatih mahupun kakitangan PLKN.

kes melibatkan pelatih Basant Singh, 18 tahun dan kini sedang bercuti sebelum menjalani latihan semula.

Namun, jelas Datuk Abdul Hadi, pihaknya akan memberi pilihan kepada pelatih tersebut sama ada untuk menanggguhkan pendaftaran masuk yang sepatutnya dibuat pada Ahad ini ataupun berpindah ke kem lain.

datuk Abdul Hadi berkata demikian di Tapah.

Basant yang menjalani PLKN di Kem Sungai Bakap, Pulau Pinang, menyedari rambutnya dipotong setelah bangun dari tidur pada 16 januari Lalu.

end//

Saturday, January 15, 2011

LANGGAR CHEMOR - DS HUSNI

LANGGAR CHEMOR

dalam perkembangan lain, datuk seri Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen tambun berkata, pihaknya bersama wakil rakyat akan membantu dalam menyelesaikan masalah bangunan yang dilanggar oleh sebuah lori muatan simen.

menurut beliau, buat masa ini usaha menghubungi kilang simen tersebut dilakukan, ia berikutan punca kemalangan akibat kesalahan pemandu lori itu.

hasil lawatan singkat ke tempat kejadian, datuk seri husni berkata, bangunan tersebut perlu dibina semula akibat kesan langgar yang serius.

dan pihaknya juga akan cuba mendapatkan peruntukkan untuk membantu kerja pembinaan itu.

pada 6 Januari lalu, seorang remaja terselamat daripada nahas lori terbalik di Pekan Chemor. akibat kemalangan itu, lori tersebut melanggar 3 deretan kedai bangunan lama.

namun, hanya yang cedera pemandu lori berkenaan sahaja.

end//

BAJET 2012 - DS HUSNI

BAJET 2012 - DS HUSNI

Perbincangan bajet 2012 akan dilakukan lebih awal iaitu dijangka pada akhir suku pertama tahun ini.

menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perbincangan kali ini tidak tertumpu pada pandangan kapten industri semata-mata.

mengulas lanjut beliau berkata, pada tahun ini Bank Dunia akan membuat kajian ke atas perbelanjaan negara.

ia selaras dengan matlamat negara untuk memastikan tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan negara serta mempertingkatkan nilai mata wang.

pada masa yang sama, pihak kementerian juga sedang menyiapkan unjuran kewangan dalam tempoh 10 tahun hingga tahun 2020 iaitu dari aspek pendapatan dan perbelanjaan.

datuk seri ahmad husni menjelaskannya di majlis Gempur NKRA Parlimen Tambun di Chemor.

end//

Friday, January 14, 2011

JAKOA [[JHEOA]]

ASLI- DS SHAFIE

Pendidikan dan bidang pengusahaan akan lebih dirancakkan lagi dalam membangun dan memajukan masyarakat orang asli di negara ini.

ia selaras dengan perubahan nama Jabatan Hal ehwal orang asli JHEOA kepada Jabatan kemajuan Orang asli JAKOA seperti yang disarankan Perdana Menteri.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata untuk pendidikan, pendekatan bekerjasama dengan kementerian Pelajaran dilaksanakan untuk meningkatkan pendidikan anak orang asli sejak dari awal persekolahan.

ia bagi memastikan prestasi pendidikan masyarakat orang asli tidak menurun khususnya ketika di peringkat menengah.

dan setakat ini, enam anak orang asli sedang menjalani pengajian persedian di Institut majlis Amanah Rakyat MARA sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

dari aspek keusahawanan pula, Datuk Seri Mohd Shafie berkata, menjelang 2015, 500 usahawan orang asli disasarkan untuk dilahirkan yang menceburi dalam pelbagai bidang.

usaha itu juga seiringi dengan matlamat membasmi kemiskinan.

dari tahun 2006 hingga tahun lepas, kadar orang miskin dalma kalangan orang asli menurun daripada 65 peratus kepada 45 peratus.

terdahulu DATUK SERI Mohd Shafie melancarkan logo dan klinik Bergerak JAKOA di Cameron Highlands.

JAKOA menerima sebuah unit klinik bergerak dengan nilai hampir 400 ribu ringgit. ia dilengkapi dengan peralatan perubatan serta seorang doktor.


end//

Thursday, January 13, 2011

H1N1 PLKN 2011

HINI PLKN 2011

Seorang pelatih Projek latihan Khidmat Negara PLKN disahkan positif wabak HINI.
kes itu merupakan yang pertama berlaku di negara sejak tahun ini.

Mangsa yang menjalani latihan di Kem Sentosa Chenderiang, Tapah disahkan dijangkiti wabak itu selepas 85 pelatih menunjukkan tanda-tanda influenza dan menjalani pemeriksaan saringan pada Ahad lalu.

Exco Kesihatan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 48 pelatih disahkan mempunyai symptom dijangkiti penyakit terbabit dan selebihnya disahkan mengalami demam biasa.

bagaimanapun, mangsa wabak HINI itu kini dikuarantinkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pemantauan 24 jam oleh doktor bertugas.

manakala 47 lagi pelatih lain dirawat dan diasingkan di kem berkenaan.
Jelas Datuk Dr Mah, setakat ini keadaan pelatih terbabit stabil dan mangsa yang dijangkiti virus itu masih berada diperingkat awal.

Sehubungan itu, ahli keluarga pelatih kem berkenaan tidak perlu panik dengan situasi itu kerana pihak kem telah menyediakan kemudahan perubatan yang lengkap dan dibantu oleh pegawai-pegawai perubatan bertauliah.

end//

PASAR BESAR IPOH

PASAR IPOH

35 tahun pembinaannya, Pasar Besar Ipoh akan diberikan nafas baru dengan cadangan menjadikannya Bazar Rakyat Satu Malaysia.

promosi mengiklankan lot-lot di pasar tersebut kepada pemaju atau mereka yang berminat akan dikeluarkan pada hujung bulan ini.

datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, idea itu hasil inisiatif Dewan Perniagaan Melayu Perak untuk memajukan Pasar Besar Ipoh yang dahulunya menjadi tempat tumpuan.

jelas baliau, konsep yang akan dilaksanakan itu lebih seperti Pasar Rabu dan Chowrasta.

bukan sahaja barangan basah tetapi di pasar ini juga menempatkan ruang niaga lain seperti kedai pakaian, kedai barangan antic serta kedai bunga.

bersebelahan dengan Pasar itu, MBI juga akan menjadikan Wisma Bougainvillea sebagai Pusat IT Kinta. sebelum ini, wisma itu lebih menumpukan ruang pejabat.

Datuk roshidi menjelaskannya selepas mesyuarat majlis Bandaraya Ipoh di Ipoh.

dalam perkembangan lain, untuk tempoh terdekat, MBI akan melaksanakan segera zon larangan merokok khususnya di Bangunan Kerajaan negeri SUK, MBI serta pasaraya.

terdahulu amaran akan dikeluarkan antara satu hingga dua bulan sebelum penguatkuasaan dan tindakan dibuat oleh MBI dengan mengenakan kompaun 500 ringgit bagi mereka yang melanggar peraturan.

Datuk Roshidi berkata matlamat itu selaras menjadi Ipoh sebuah Bandaraya Bersih, Hijau dan Membangun.

end//baizura

PETANI MUDA

PETANI MUDA

pendekatan terbaik bagi merancakkan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara termasuk Projek Pembangunan Kawasan Tanah Terbiar.

Untuk itu, Pusat latihan secara berkelompok di kampung-kampung untuk generasi muda melibatkan diri dalam bidang pertanian DICADANGKAN.

Ia bukan sahaja dapat meningkatkan keluaran makanan; malah menggalakkan petani berdikari selain mengurangkan pengimportan makanan.

Cadangan berkenaan di sarankan ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Jelas beliau lagi, pelaksanaan ini sewajarnya mendapat kerajasama semua pihak termasuk Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang.

Datuk Seri Raja Ahmad berkata demikian pada majlis penyerahan kunci perasmian pusat pemasaran pertanian Sungai Segar, Ijok.

Bermula dua tahun lalu, seluas 66 hektar kawasan tanah terbiar di Ijok diusahakan 77 petani dan sebahagiannya adalah petani muda.

Bermodalkan satu juta ringgit, FAMA mengganggarkan keuntungan dalam tempoh 3 tahun bernilai tiga juta ringgit dengan setiap pendapatan petani seribu 400 ringgit sebulan.

end//

Tuesday, January 11, 2011

DADAH TELUK INTAN

DADAH TELUK INTAN

sepasang suami isteri dan seorang pelajar di tahan atas kesalahan memiliki ganja seberat satu kilogram yang ditemui di kediaman pasangan tersebut di Kampung Manik, Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata hasil maklumat orang awam lelaki berumur 36 tahun yang merupakan anggota Rela bersama isterinya warga Indonesia dan pelajar berusia 16 tahun ditahan semalam.

jelas beliau, pelajar itu dikatakan rakan kepada pasangan tersebut dan membantu dalam kerja-kerja membungkus ganja.

Ganja berkenaan dipercayai diedarkan untuk pasaran sekitar Teluk Intan.

menurut ACP GOH, ketika serbuan dibuat pihaknya menemui dua butir bom asap, alat penimbang, dua pasang gari, pisau dan beg plastik lut sinar.

kegiatan mengedar dadah itu dipercayai dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

kini lelaki berusia 36 tahun ditahan reman selama tujuh hari, manakala pelajar dan wanita direman empat hari bagi membantu siasatan.

kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya.

end//

Wednesday, January 5, 2011

FMD - wabak penyakit kuku dan mulut.

FMD - wabak penyakit kuku dan mulut.

Perak antara lima negeri yang dikesan mengalami Wabak penyakit kuku dan mulut (FMD) yang menyerang ternakan lembu tenusu.

hal itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin yang memberitahu keadaan serangan itu masih terkawal.

berikutan itu, dua juta ringgit melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diperuntullam bagi membantu penternak yang terjejas akibat wabak berkenaan, termasuk pemberian wang tunai, lembu tenusu serta perubatan.

selain Perak, empat negeri lagi ialah, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

end//

LOMBONG PERAK

LOMBONG PERAK

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan baru daripada mana-mana syarikat untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di kawasan sekitar Lembah Kinta.

Menurutnya lagi, setakat kini kegiatan melombong bijih timah dijalankan di luar kawasan Lembah Kinta dan ia dikendalikan oleh pengusaha lama.

Beliau bertambah, sejak harga timah naik mendadak di pasaran, kerajaan pernah menerima banyak permintaan daripada pengusaha-pengusaha untuk mengaktifkan semula kegiatan perlombongan bijih timah termasuk di Lembah Kinta.

Menurut Menteri Besar lagi, kebenaran untuk menjalankan kegiatan melombong di sesuatu kawasan akan diberikan setelah mendapat kelulusan daripada Environment Impact Assessment (EIA).

Datuk Seri Dr Zambry berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis baru negeri, DCP Datuk Mohd Shukri Dahlan di pejabat Menteri Besar.

end/jy

KEPUTUSAN MUET

MUET

Keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) calon yang telah mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di tempat pendaftaran mereka mulai 10 pagi pada hari berkenaan.

Sementara itu, calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam pada hari Khamis.

Di samping itu, calon juga boleh melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my bagi menyemak keputusan mereka mulai 9 pagi pada tarikh tersebut.

Difahamkan, seramai 94 ribu seratus 17 orang calon telah menduduki ujian itu di sembilan ratus 91 buah pusat ujian di seluruh negara.

MPM menasihatkan calon-calon yang ingin mengambil semula MUET bagi memperbaiki keputusan mereka boleh membuat pendaftaran melalui talian www.mesp.gov.my/online mulai Isnin minggu hadapan sehingga 27 Januari ini.

end/jy

PUSAT PERLINDUNGAN BAYI

PUSAT PERLINDUNGAN BAYI

Pusat Perlindungan Bayi yang ditubuhkan oleh Kumpulan Perubatan Johor – Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) menerima bayi pertama sejak bermula operasinya pada 27 Disember lalu.

Pusat tersebut merupakan antara inisiatif yang diambil oleh KPJ-ISH bagi melindungi bayi terbiar termasuk bayi cacat dalam usaha mengurangkan peningkatan kes pembuangan bayi yang sering berlaku baru-baru ini.

Sehubungan itu, pemeriksaan ke atas bayi berkenaan mendapati ukur lilit kepala bayi yang berusia tujuh bulan itu agak besar berbanding bayi normal dan disahkan sihat serta aktif dengan berat 7.8 kilogram.

Namun begitu, pihak hospital telah menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan kaedah system Imbasan dan mendapati bayi tersebut mengalami hydrocephalus atau cecair terkumpul dalam otak.

Setakat ini, bayi berkenaan dirawat menggunakan rawatan pembedahan saraf dengan memasukkan tiub dari kepala ke perut bagi membolehkan lebihan cecair dialirkan ke bahagian perut bayi itu.

Pihak hospital percaya, melalui kaedah rawatan yang dijalankan itu bayi berkenaan mampu menjalani kehidupan normal seperti bayi lain dan kini diserahkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan, pihak hospital masih menunggu kelulusan daripada JKM untuk menjalankan pembedahan selain menentukan sama ada ia dilakukan di KPJ-ISH ataupun di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

end/jaya

Monday, January 3, 2011

TAHUN SATU 2011

TAHUN SATU 2011

Pada sesi persekolahan kali ini, seramai 37 ribu 169 murid tahun satu berdaftar di semua jenis sekolah di seluruh Perak.

lebih 37 ribu berdaftar di sekolah kebangsaan, sembilan ribu 511 murid berdaftar di sekolah jenis kebangsaan Cina dan hampir tiga ribu berdaftar di sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Tinjaun di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia ipoh, seramai 111 murid tahun satu daftar masuk ke sekolah tersebut, masing-masing menunjukkan azam belajar yang cukup mengagumkan.

tiada lagi tangisan atau rengekkan yang didapat didengar dan dilihat.

Bagi murid Pra Sekolah di sekolah yangs sama, tiada masalah bagi mereka menzahirkan rasa semangat ketika berada di alam persekolahan.

menurut Guru Besar SK Rapat setia, Puan Norazmah Abdul Aziz, terdapat 63 murid pra sekolah yang berdaftar masuk. 33 ialah perempuan dan 30 lelaki berusia lima dan enam tahun.


end//