Friday, March 25, 2011

Thursday, March 24, 2011

UPDATE BANJIR 24.3.2011

UPDATE BANJIR 24.3.2011

banjir di daerah Kerian.

SETAKAT dari pagi tadi hingga PETANG INI, bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan kekal dengan 99 keluarga iaitu seramai 359 orang.

Laporan Bilik Gerakan Banjir memaklumkan, meskipun berlaku hujan yang berlarutan namun catatan paras air di Bukit Merah masih sama sebelum ini iaitu 29.4 meter.

bagaimanapun, paras air di Alor Pongsu naik sedikit kepada 5.4 meter.

pemantauan ke kawasan banjir kini masih diteruskan oleh pihak bomba dan penyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam.

Kampung Alor Setangguk dan Kampung Parit Haji Abu Hasan Ban masih mencatatkan bilangan tertinggi mangsa yang dipindahkan. masing-masing 167 orang dan 46 orang.

selain bekalan makanan, tiga pusat pemindahan iaitu di Sekolah kebangsaan SK Bukit Merah, SK Alor Pongsu dan SK Hj Dahlan turut dibekalkan dengan keperluan perubatan.

end//baizura

Wednesday, March 23, 2011

SPM PERAK 23.3.2011

SPM PERAK 23.3.2011

di Perak, selain peningkatan calon lulus SPM 2010 kepada 87.85 peratus, kualiti mata pelajaran turut menunjukkan peningkatan yang cemerlang.

daripada 100 mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon 61 daripadanya mencapai kelulusan sepenuhnya berbanding tahun 2009 hanya 54 mata pelajaran sahaja.

matapelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan paling tinggi iaitu 5.65 peratus.

dalam pada itu menurut Timbalan pengarah pelajaran negeri, Mohd Idris Ramli, daripada 39 ribu 336 calon SPM 2010; 840 calon memperolehi gred cemerlang bagi semua matapelajaran.

bagi calon yang memperoleh keputusan yang cemerlang, dorongan dan sokongan keluarga dan sekolah menjadi pemangkin.

bersama pelajar cemerlang Harpreet Kaur a/p Harbans , Chong Yee Hang, Vishanti a/p Chinaya dan Nur Ain Azuri

juga turut dimaklumkan 32 calon memperoleh gred Cemerlang tertinggi serta enam sekolah cemerlang yang masing-masing merupakan sekolah berasrama penuh.

end//

TRAGIS SPM 23.3.2011

TRAGIS SPM 23.3.2011

dalam pada itu, ini pula cerita tragis SPM.

bukan sahaja tidak sempat mengambil keputusan SPM hari ini, namun kematian Mohd Ariff Adam Yusri 18 tahun adalah bersama ibunya, Awaliah Mohd Ali Napiah.

dua beranak itu meninggal akibat nahas jalan raya di Jalan Bercham- Tanjung Rambutan, Ipoh malam tadi.

Mohd Ariff Adam yang menunggang motosikal bersama ibunya itu terbabas ketika menghala ke Bercham sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah yang sama.

lebih menyayat hati, kedua-dua mangsa yang terjatuh di atas jalan raya kemudiannya diheret oleh kereta berkenaan sejauh 23 meter.

anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan mahu menghantar ibunya ke tempat kerja di Bercham.

kejadian itu disahkan Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab.

Mohd Ariff Adam merupakan pelajar aliran teknik di sekolah menengah teknik Slim River.

end//

Sunday, March 20, 2011

KEMALANGAN BIDOR UPDATE

KEMALANGAN BIDOR UPDATE

warta perak kita mulakan dengan perkembangan terkini kemalangan di kilometer 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bidor awal pagi tadi.

menurut Ketua Polis Trafik Negeri, Supritenden Wan Abdullah Ishak berkata, buat masa ini dikenal pasti punca kemalangan disebabkan faktor jalan yang licin serta jalan gelap.

namun, tidak dinafikan akibat kemalangan itu juga berpunca daripada sikap pemandu bas persiaran tersebut yang cuai.

justeru Supritenden Wan Abdullah turut mengingatkan orang ramai agar memasang lampu bagi kawasan-kawasan yang berisiko.

beliau berkata demikian selepas dihubungi RTM.

dalam kejadian pukul 4.20 pagi tadi, seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Negeri sembilan.

bas yang membawa 43 rombongan itu dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah.

end//

DS HUSNI -MINYAK

DS HUSNI MINYAK

dengan kekuatan dalaman dan sokongan sector swasta, negara yakin dapat mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kenaikan harga minyak pasaran dunia.

ia susulan kesan daripada pertempuran yang berlaku di Libya kini yang membawa kepada penutupan telaga minyak di negara timur tengah itu.

berhadapan situasi itu, Menteri kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni kerajaan tidak bercadang mengurangkan subsidi sedia ada.

ia kerana faktor kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan terutama golongan berpendapatan rendah.

ketika ini harga minyak dipasaran mencecah antara 120 hingga 130 US dollar satu barrel dan kerajaan menyalurkan subsidi sehingga 14 billion ringgit.

beliau ditemui selepas merasmikan Surau al hidayah Jelapang Jaya di Ipoh.

mengulas kesan keadaan di Jepun kini, Datuk Seri Ahmad Husni berkata dari aspek pelaburan ia tidak memberi kesan yang besar pada dagangan negara.


end//

KEPUTUSAN PIALA FA

KEPUTUSAN PIALA FA

Rekod tanpa kalah skuad Perak akhirnya lebur apabila tewas 1- 3 kepada Terengganu pada saingan suku akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

ia sekaligus melayakkanya Terengganu mara ke pusingan separuh akhir dengan kelebihan aggregate 5-4.

Perak memperoleh gol menerusi sepakan Mohd Nor Azrul Mustafa pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun skuad Seladang gagal menyekat kemaraan pasukan Terengganu.

Sebelum ini kekalahan 2-3 kepada Perak di Stadium Indera Mulia Ipoh, dilihat sedikit pun tidak melemahkan semangat juang pemain pasukan Terengganu dalam misi menyingkirkan barisan kendalian Norizan Bakar.

Perlawanan malam tadi bermula lewat ekoran masalah lampu dan keadaan hujan lebat.

END//EIZY

Saturday, March 19, 2011

SUPER AKHIR

SUPER AKHIR

hari terakhir kejohanan Sukan Perak keenam.

lima acara yang dipertandingkan hari ini iaitu hoki lelaki akhir, silambam, olahraga, karate-do dan badminton.

bagi acara badminton daerah kinta berjaya merangkul emas dengan menewaskan pasukan daerah kuala kangsar 3-0.

untuk acara silambam kategori lelaki daerah kinta berjaya memungut 2 emas, satu perak dan GANGSA. namun bagi kategori perempuan acara tersebut kini sedang berlangsung.

juga acara yang masih berlangsung sehingga pukul 6 petang ini ialah hoki lelaki, olahraga dan karate do.

menurut ketua sekretretariat, en Khairulnizam Khairuddin dari segi pungutan pingat pasukan daerah Kinta masih menjulang tempat teratas dengan 30 emas, 17 perak dan 24 gangsa.

dua pasukan tertinggi yang lain ialah daerah larut matang dan selama, 19 emas, 13 perak dan 23 gangsa. bagi daerah batang padang pungutan pingatnya setakat ini 11 emas dan perak serta 14 gangsa.

majlis penutupan SUPER akan diadakan malam ini dengan perasmiannya disempurnakan menteri besar , datuk seri dr zambry abdul kadir di dewan bankuet, bangunan perak darul ridzuan.

end//

Friday, March 18, 2011

UNDI POS SPR

UNDI POS SPR

Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Negeri, sehingga Disember tahun lalu, hanya terdapat dua ribu 14 pengundi pos yang didaftarkan di DUN Pangkor.

peningkatan tersebut dari 11 ribu 848 pengundi pos pada tahun 2008.

Jumlah itu sekaligus menolak dakwaan timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang kononnya berlaku peningkatan mendadak pengudi pos di DUN Pangkor sebanyak lima ribu 669.

perangkaan SPR turut memaklumkan juga, peningkatan pengundi bukan pos turut berlaku bagi kawasan itu tetapi dengan jumlah tambahan hanya 579 pemilih baru.

juga menunjukkan peningkatan pengundi bukan pos adalah di dua DUN sekitarnya iaitu DUN Pasir Panjang sebanyak dua ribu 235 pemilih baru serta di DUN Sitiawan; peningkatan sebanyak dua ribu 195 pemilih baru.

End//

Wednesday, March 16, 2011

PERAK TERENGGANU - PIALA F.A

PERAK TERENGGANU - PIALA F.A

Keputusan perlawanan bola sepak Piala F.A malam tadi.

Perak sekali lagi muncul juara di hadapan penonton sendiri apabila menewaskan Terengganu dengan jaringan 3 – 2.

Jaringan disempurnakan pada minit keempat belas separuh masa pertama melalui rembatan luar kotak oleh Isma Alif.

Ia disusuli dengan tandukan gol oleh Fazrul Hazli pada minit ke-79 dan Akmal Rizal Rakhli menyempurnakan kemenangan pasukan pada minit ke-82 separuh masa kedua dengan rembatan kencangnya.

Bekalan tiga gol pada perlawanan suku akhir pertama itu dilihat memberi kelebihan buat skuad Yob apabila bertandang ke Terengganu untuk saingan suku akhir kedua pada Sabtu ini.

Dengan memegang rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan musim ini, ia diyakini dapat memberi semangat buat Skuad Seladang beraksi, diiringi sokongan padu penonton yang beramai-ramai memenuhi stadium setiap kali perlawanan berlangsung.

Malah kemenangan malam tadi bertambah manis apabila skuad Seladang menjulang kemenangan dengan disaksikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pada separuh masa kedua sejurus selesai merasmikan Sukan Perak (SUPER 2011).


END