Saturday, December 3, 2011

.CAWANGAN BANK RAKYAT

CAWANGAN RAKYAT 4.12.2011
8 PAGI

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad; Bank Rakyat bakal membuka dua lagi cawangan barunya bulan ini iaitu di Pendang; Kedah dan Permai Jaya; Sarawak.

Pengarah urusannya; Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata penambahan cawangan itu sebagai usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Bank Rakyat kepada orang ramai.

bagi pembukaan cawangan di Pendang; ia akan beroperasi 8 Disember ini.

Datuk Kamaruzaman berkata bagi tahun depan; pihaknya juga telahpun mengenal pasti 9 lagi cawangan baru yang akan dibuka yang meliputi seluruh negara.

tiga cawangan meliputi negeri Sabah; dua di Pahang manakala masing-masing satu di Kelantan, Terenggan, Johor dan Sarawak.

sebagai institusi kewangan Islam nombor satu negara Bank Rakyat kini mempunyai 131 cawangannya.

Di Perak sebanyak 12 cawangan Bank Rakyat dibuka dan terbaru di Gerik.

beliau berkata demikian selepas melancarkan Karnival Bank Rakyat ‘Moh Yob Ke Karnival’ di Dataran Bandaraya Ipoh.

Perak lokasi terakhir karnival berkenaan pada tahun ini.

Karnival bertemakan ‘Ekspresi Seni’ itu akan berakhir hari ini.

end//baizura..

Sunday, November 27, 2011

AGIHAN RM500

HUSNI AGIHAN RM500

Perincian mengenai proses pendaftaran bagi mengagihkan bantuan 500 ringgit akan diumumkan awal December ini.

ia untuk melayakkan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada 3 ribu ringgit menerima bantuan tersebut seperti yang diluluskan dalam Bajet 2012.

Menteri Kewangan Kedua; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, sejurus perinciaan itu diumumkan mereka yang layak boleh mula berdaftar pertengahan bulan depan.

untuk itu; pelbagai agensi kerajaan akan terlibat pada peringkat ini seperti
Jabatan Kebajikan Malaysia JKM; dan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN.

juga dimaklumkan seramai 2 ribu pekerja sambilan telahpun dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

menurut Datuk Seri Ahmad Husni ; menerusi data yang direkodkan seramai 3.4 juta isi rumah layak memohon bantuan tersebut.

malah warga emas yang tinggal bersendirian juga layak memohon.

beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan projek membaikpulih rumah Touch Point di kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2.

pengagihan bantuan 500 ringgit itu melibatkan peringkat pendaftaran dan pembayaran.

dijangka agihan mula dibuat mulai pertengahan Januari 2012.


end//BAIZURA

Thursday, September 8, 2011

REAX MB SYIAH

REAX MB SYIAH

isu penyebaran buku berunsur fahaman Syiah.

untuk itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir berharap agar Jabatan Agama islam Negeri JAIP membuat pemantauan yang berkesan bagi mengekang sebaran fahaman tersebut di negeri ini.

beliau juga menyarankan agar kerjasama dan tindakan turut dilakukan pihak masjid serta surau khususnya dalam menyalurkan maklumat kepada JAIP jika didapati fahaman tersebut cuba disebarkan.

Datuk seri Dr Zamby mengulas perkara itu di ipoh.

dilaporkan; sebaran fahaman Syiah kini mula di kesan di negeri ini selepas Melaka dan Perlis.

penyebaran dibuat dengan mengedarkan buku dan risalah menerusi kiriman pos ke surau dan masjid.

Dan setakat ini; JAIP telahpun menerima 4 judul buku yang diserahkan oleh pihak jawatankuasa masjid dan surau yang menerima kiriman edaran tersebut secara percuma.

judul tersebut ialah Meniti Titian Kebenaran: Menyingkap Kebenaran Mazhab Rasul dan Ahlul Bait; Inilah…Khulafa Ar Rasyidin; Akhirnya Ku Temui Kebenaran serta Dialog Mengenai Islam dan Akidah Islam yang Sebenar;Kewajipan Setiap Muslim Mentaati Kepimpinan Yang Di Lantik Allah serta Rasul Demi Perpaduan dan Kejayaan Dunia dan Akhirat.

end//

EKSPO SAINS- UPSI

ESKPO SAINS - UPSI

kali pertama dianjurkan ekspo Sains; Matematik dan Teknologi Sekolah –sekolah negeri Perak akan bermula esok sehingga Ahad ini.

bertemakan Inovasi Sains, Matematik dan Teknologi Kelestarian Alam ia bermatlamat untuk meningkatkan minat pelajar dalam dunia sains serta mengembangkan kemahiran penyelidikan.

ekspo anjuran Universiti Perguruan Sultan idris UPSI itu bakal dirasmikan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi Ahad ini pada pukul 10 pagi di Perak Techno Trade Centre PTTC; Meru Raya.

hadir sama menteri Besar; Datuk Seri Dr zambry Abdul kadir.

yang menjadi tumpuan pada ekspo tersebut adalah anjuran pertandingan yang melibatkan dua kategori iaitu guru dan pelajar.

dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak UPSI; sebanyak 100 penyertaan telahpun diterima daripada seluruh sekolah sekitar negeri .

pertandingan tersebut meliputi tujuh projek iaitu Fizik; Biologi; Kimia; Sians; Matematik; teknologi atau Rekacipta serta pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

untuk itu; sebarang maklumat yang ingin diketahui boleh menghubungi talian 450 6414.

end//

Monday, August 29, 2011

PEMANTAUAN MERCUN RAYA

PEMANTAUAN MERCUN

bagi memastikan keselamatan dan mengekang aktiviti penyeludupan mercun di negeri ini sempena hari raya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak akan mengetatkan lagi kawalan dan pemantauan.

Ketua Polisnya, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya sudahpun mengarahkan kesemua Ketua Polis Daerah dan balai seluruh negeri meningkatkan tahap pemantauan serta penguatkuasaan terhadap penjualan bahan merbahaya tersebut.

selain membuat pemantauan di kedai-kedai runcit dan bazaar Ramadhan; turut dilaksanakan pemeriksaan yang lebih ketat di pintu masuk negeri ini atau di sempadan.

usaha berkenaan juga mendapat kerjasama agensi berkaitan seperti pihak Kastam dan imigresen.

Datuk Shukri memaklumkan pada tahun ini belum ada tangkapan yang dibuat berhubung penjualan dan penyeludupan mercun secara besar-besaran dan ia satu perkembangan yang positif.

bagaimanapun; peniaga yang mempunyai premit sah dibenarkan menjual mercun dan bunga api mengikut senarai yang dibenarkan sahaja.

beliau berkata demikian di Ipoh baru-baru ini.

End//baizura

Thursday, August 11, 2011

FELCRA AGIHAN

FELCRA AGIHAN

Durian Runtuh buat peserta Felcra Berhad yang bakal dinikmati sebelum akhir tahun ini.

ia susulan unjuran perolehan bagi tahun 2011; dijangka meningkat kepada 200 juta ringgit.

Pengerusinya; Datuk tajuddin Abdul Rahman berkata; unjuran tahun ini boleh mencaapai 900 juta ringgit berbanding tahun lepas 700 juta ringgit.

faktor tersebut didorong dengan kenaikan nilai komoditi sawit yang ditunjukkan sejak awal tahun amat memberangsangkan iaitu mencecah sehingga 700 ringgit per tan metric.

Jelas Datuk Tajuddin; pihaknya terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat pada 22 ogos ini sebelum sebarang pengumuman dibuat.

beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 130 anak yatim dan 55 warga emas sekitar Perak di Ipoh.

dalam pada itu; Datuk tajuddin turut mengumumkan pengagihan dividen peringkat keempat bagi perolehan 2010 untuk peserta di Perak akan diagihkan minggu depan.

dengan nilai 28 juta ringgit; agihan terakhir tersebut melibatkan 19 ribu 800 peserta Felcra.

disifatkan sebagai bonus Hari Raya; setiap daripadanya dianggarkan akan menerima antara 2 ribu hingga 3 ribu ringgit.

end//baizura



Sunday, August 7, 2011

BUNUH MENGELEMBU

BUNUH MENGELEMBU

dalam tempoh 24 jam; seorang lagi warga emas maut dalam satu kejadian samun di negeri ini.

sekitar pukul 2 pagi tadi; kejadian samun dan bunuh berlaku di Taman Buntung Ria; Mengelembu; Ipoh melibatkan seorang lelaki Looi Kim Loong, 67 tahun.

ketika kejadian; mangsa bersama dengan isteri dan anaknya turut berada di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat mangsa ditemui keluarganya selepas mendengar bunyi bising dibilik mangsa.

Hasil pemeriksaan, didapati terdapat kesan cedera dibahagian leher mangsa yang dipercayai di tikam dengan objek tajam.

mayat Kim Loong kemudiannya di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

bagaimanapun; ahli keluarga mangsa yang lain tidak mengalami kecederaan. Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Datuk Dzuraidi memaklumkan setakat ini tiada tangkapan dibuat; dan orang ramai yang mengetahui kejadian berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen di talian 245 1222.

dalam tempoh seminggu berlaku 3 kes samun dan bunuh.

semalam; kejadian melibatkan seorang warga emas maut di Parit Buntar manakala Khamis lalu melibatkan pembunuhan Timbalan Pengarah Veterinar Perak Dr Rohani Kasim di Tambun; Ipoh.

end//

Wednesday, August 3, 2011

POLIS DADAH

HUKUM DADAH

di Ipoh; seorang bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan memiliki dadah seberat 39.2 gram.

Majistret Nurul INtan Farena Zainal Abidin menetapkan hukuman berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun; tertuduh yang ditemani pegumabela Ranjit Singh Sindhu membuat permohonan menfailkan rayuan penangguhan hukuman di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Majistret Nurul INtan Farena membenarkan permohonan berkenaan dengan menetapkan wang jaminan ditambah kepada 5 ribu ringgit.

terdahulu; Timbalan pendakwaraya Mohd Al – Hirzan Mahamad Akhir meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh ekoran perbuatannya sebagai seorang anggota polis telah mencalarkan imej polis.

pada Januari tahun lalu; tertuduh 43 tahun ditahan di sebuah pusat mencuci kereta sekitar Ipoh kerana bersamanya terdapat dadah jenis Cannabis.

kesalahan tersebut didakwa mengikut seksyen 6 akta dadah merbahaya 1952.

sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak kurang 3 kali dan tidak lebih 9 kali.

end//

MAHKAMAH BUNUH

MAHKAMAH BUNUH

sementara itu; di Mahkamah Seksyen Ipoh pula tiga rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

tertuduh berusia antara 18 hingga 36 tahun itu ditahan 22 julai lalu di sebuah restoran sekitar Ipoh turut didakwa terlibat dalam satu pergaduhan sehingga menyebabkan kematian tersebut.

r.Ganesan; S.Sivakumar dan hasyim Jaganthan Abdullah didakwa dengan niat membunuh S.Sunther yang pernah berkhidmat sebagai anggota polis.

kejadian antara pukul 10 hingga 12 tengah malam itu yang bermula dengan tercetusnya pertelingakaran antara mereka mengundang kematian si mati yang berusia 50 tahun akibat cedera parah di kepala.

kesalahan tersebut dilakukan mengikut seksyen 304 (a) kanun keseksaan.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin 8 ribu ringgit seorang dengan seorang penjamin.

sebutan semula kes ditetapkan 27 september depan.

terdahulu peguambela; Ranjit Singh Sindhu memohon pengurangan nilai jaminan daripada 20 ribu ringgit seorang.

alasannya tertuduh dengan si mati mempunyai hubungan sebagai rakan dan pergaduhan itu adalah atas dasar tersebut.

end//

Tuesday, August 2, 2011

MERDEKA RAMADHAN

MERDEKA RAMADHAN

Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan kali ini berkonsep mengimarahkan masjid dan surau yang terpilih.

bermula semalam sehingga 14 ogos; kesemua agensi di bawah Jabatan Penerangan Negeri Perak termasuk RTM Perak terlibat menjayakan konvoi di 11 daerah seluruh negeri.

menurut Urusetia Program Sazali Ghazali; selain menyebarkan jalur gemilang konvoi kali ini akan meraikan anak-anak yatim dan penduduk kampung menerusi majlis berbuka puasa.

seterusnya disertai dengan menyempurnakan ibadah tarawih dengan pemimpin tempatan serta menyampaikan sumbangan bantuan.

Bagi menjayakan kempen kibar jalur gemilang pula; Sazali berkata sebanyak 300 jalur gemilang akan diedarkan di setiap lokasi.

justeru; masyarakat tempatan boleh mendapatkannya di lokasi yang ditetapkan.

bagi mengetahui persinggahan; mereka boleh mendengarkan laporan Skuad Ronda RTM Perak menerusi saluran radio Perak FM.

semalam; surau insaniah Kampung Sungai Tapah Tambahan; Gugusan Manjoi menjadi lokasi pertama singgahsana.

Majlis dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manjoi; Datuk Nadzri Ismail.

Dan hari ini; konvoi tersebut akan ke Selatan Perak iaitu ke masjid Jamek Sungai Dara; Tanjung Malim.

end//baizura

Friday, July 29, 2011

KOC 1 RAKYAT

KOC 1 RAKYAT

sebanyak 64 ribu 800 tiket ditawarkan bagi menggunakan perkhidmatan set tren elektrik ETS dengan nilai serendah 16 ringgit sahaja untuk laluan Ipoh –Kuala Lumpur - Ipoh.

syarikat Keretapi tanah Melayu Berhad KTMB membuat tawaran tersebut mulai 1 julai lalu sehingga 31 disember depan sahaja.

Menurut Presiden KTMB; dr Aminuddin Adnan; dengan memperkenalkan KOC 1 Rakyat ia selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

bagi mendapatkan tawaran tersebut pengguna perlu membuat tempahan dua minggu awal sebelum perjalanan.

tertakluk kepada warganegara sahaja; mereka boleh menikmati kemudahan itu bagi perjalanan ETS melibatkan servis gold dan silver sahaja.

Dr Aminuddin ditemui pada majlis pelancaran Koc 1 rakyat set tren elektrik ETS di Ipoh.

majlis disempurnakan Menteri Besar; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

dalam perkembangan lain; dr Aminddun berkata KTMB akan menambahkan jadual perjalanan ETS daripada 12 kali sehari kepada 16 kali sehari bermula pertengahan Ogos ini.

sehingga kini KTMB memiliki 5 set tren ETS dengan setiap set mempunyai 6 koc yang mampu memuatkan penumpang sehingga 350 orang dalam satu masa.

end//

Wednesday, July 27, 2011

Esei kesetia kepada raja dan negara

Sekretariat Pembangunan Masyarakat dan Sosial, NGO negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri telah menganjurkan pertandingan menulis esei.

Ia bersempena dengan Ulang Tahun Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke 83.

Membawa tema ``Kesetian kepada Raja dan Negara`` pertandingan yang julung kali diadakan ini berlansung selama sebulan bermula 19 April hingga 19 Mei 2011.

Matlamat yang cuba dicapai melalui penganjuranya adalah untuk meningkatkan kesedaran akan peri pentingya mengukuhkan semangat taat setia kepada raja dan negara.

Disamping mendidik masyarakat tentang peranan raja-raja dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita.

4 kategori dipertandingan A bagi pelajar sekolah rendah , B menengah rendah, C menengah atas dan D yang terdiri daripada orang awam.

Peserta-peserta yang mengambil bahagian dan dinobatkan sebagai pemenang diraikan dalam 1 majlis makan petang di Royal Kelab Golf Ipoh.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Diharapkan program berilmiah seperti ini dapat dijadikan landsan bagi mencungkil keupayaan berfikir secara kritis dan analitis dalam mempersembahkan kesetiaan kepada raja dan negara.

end/kacamata penyayang

Felcra pula sasaran pembangkang

Selepas Felda, pembangkang menjadikan Felcra sebagai sasaran ke 2 mereka untuk meracuni pemikiran peserta dengan menaburkan pelbagai janji kosong.

Modes Operandinya sama sahaja dengan mengedarkan borang pemilikan tanah kepada generasi ke 2 Felcra.

Dimana mereka dijanjikan sebidang tanah sekiranya pembangkang menang dalam Pilihanraya akan datang.

Pengerusi Felcra Berhad, Dato Tajuddin Abdul Rahman berkata peserta jangan mudah terpengaruh dengan dakyah dan putar belit pembangkang yang menjanjikan tanah.

Siapa mereka , adakah mereka pegawai atau kakitangan pejabat tanah negeri atau daerah.

Ini merupakan 1 lagi gimik politik pembangkang yang terdesak menarik sokongan pengundi.

Selain itu ujarnya tindakan pembangkang yang mengeluarkan manifesto pilihanraya merupakan satu kesalahan besar.

Pilihanraya masih lagi belum diumumkan namun janji-janji telah ditaburkan.

``saya mendesak khususnya suruhanjaya pilihanraya ambik tindakan kepada parti2 politik , pemimpin atau pun pengikutnya yg sudah mengeluarkan janji2 pilihanraya manakala pilihanraya belum lagi disitiharkan itu bagi saya 1 kesalahan``

Jelasnya lagi peneroka perlu berfikir secara waras bagi menilai janji kosong yang ditaburkan agar tidak mudah tertipu.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan pembelajaran kepada 14 buah sekolah seluruh negeri Perak di Chenderong Balai.

end/kacamata penyayang
Generasi kedua Felda diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba meracuni fikiran mereka supaya membenci kerajaan.

Ini kerana pembangkang sedia maklum bahawa kerajaan menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada peneroka Felda di seluruh negara.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Felda selama ini telah menjadi benteng kuat kepada kerajaan.

Pihak pembangkang dilihat mahu memecahkan sokongan tersebut agar mereka dapat menguasai negeri Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Ujarnya lagi jangan mudah terpengaruh dengan putar belit pembangkang yang menjanjikan tanah untuk generasi kedua.

Sedangkan ia hanyalah politik singkat mereka untuk menarik sokongan pengundi.


``kategori yang mereka nak bagi pertamanya anak2 peneroka,kakitangan kerajaan yang ke 3 bekas tentera dan polis yang ke 4 nya goloongan belia….tuan2 puan2 rasalah di perak ni ada berapa golongan ini, 100, seribu,10 ribu lebih 100 ribu bayangkan mcm mana dia nak bagi``

Jesteru itu peneroka perlu berfikir secara waras bagi menilai janji kosong yang ditaburkan.

Pembangkang juga menabur 1 fitnah besar yang kononnya mereka berjaya mengeluarkan 100 ribu geran tanah kepada rakyat di Perak dalam tempoh 11 bulan mereka memerintah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan turun padang di Lawin.

end/kacamata penyayang

90 peratus peneroka felda terima surat hak milik

Kira-kira 90 peratus peneroka Felda di Perak sudah mendapat surat hak milik daripada kerajaan negeri.

Ia sekaligus menjadi Perak negeri yang paling banyak mengeluarkan dokumen itu berbanding dengan negeri lain.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sejak 2 tahun lalu kerajaan telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah agar urusan berkaitan penyerahan suratan hak milik disegerakan.

Terutamanya selepas peneroka berjaya melunaskan bayaran kembali kepada Felda.
Jelasnya kerajaan juga bersedia untuk menyediakan tanah untuk generasi ke 2 Felda agar mereka dapat membina penempatan dinegeri ini.

Ini memandangkan jumlah mereka yang semakin bertambah saban tahun.

Datuk Seri Dr Zambry berkata demikian ketika berucap dimajlis penyerahan Suratan Hak Milik kepada 446 peneroka dari Felda Lawin dan Papulut di Dataran Lawin.

end/kacamata penyayang

Friday, July 22, 2011

BAZAR PBT

BAZAR PBT

kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan terdekat dengan Pihak Berkuasa Tempatan PBT bagi meneliti pelaksanaan dan pengurusan tapak bazaar Ramadhan di sekitar negeri.

ia susulan tindakan mengecualikan pembayaran lesen perniagaan ke atas peniaga sepanjang bulan Ramadhan itu.

exco Kerajaan Tempatan dan kesihatan; Datuk Dr Mah Hang soon memberitahu; pertemuan itu kelak turut membincangkan pelbagai isu termasuk aspek kebersihan.

selain mengekang masalah itu berlaku; pihaknya akan menagambil tindakan tegas jika peniaga didapati bersalah.

isu itu bukan tertakluk sepanjang bulan ramadhan sahaja tetapi sepanjang masa baik di premis; mahupun tapak pasar malam.

beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman MOU Universiti Tunku Abdul Rahman UTAR dengan Pusat Pembangunan usahwan Dan Kemhiran Perak PESDC dan syarikat elektronik Murata di Kampar.

Ketika ini; jumlah tapak bazaar ramadhan yang akan dibuka kelak belum dimaklumkan; namun jumlahnya dijangka akan meningkat.

Rabu lepas; pengecualian pembayaran lesen itu diumumkan menteri Besar Perak sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap peniaga kecil.

kadar pembayaran lesen itu tertakluk dibawah penguatkuasaan PBT.

end//baizura

Monday, July 18, 2011

PESTA DURIAN 2011

PESTA DURIAN 2011

Pesta Durian Perak kembali lagi.

Dan, kali ini ia bakal dimeriahkan dengan kehadiran lebih ramai pelancong khususnya dari Eropah.

Ia bakal berlangsung di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang.

Pesta Durian yang dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri akan dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Sabtu ini.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, lebih lima ribu biji durian akan dihidangkan pada hari berkenaan.

Semuanya adalah percuma, mulai pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Selepas tempoh itu, orang ramai boleh menikmati buah durian dan buah-buahan lain dengan pembelian kupon bernilai 9 ringgit yang hanya dikenakan ke atas golongan dewasa.

Pengunjung juga berpeluang menjamu masakan berasaskan durian seperti lampuk durian, cucur durian dan sebagainya.

Bercakap di Ipoh datuk zainol Fadzi berkata pesta dua hari dengan tema 'Moh Weh Jamah Doyan itu turut menyediakan pelbagai acara.

Antaranya, pertandingan dan demostrasi masakan tradisional; makan durian; pameran dan jualan.

penganjuran pesta kali ini mendapat kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

edn//baizura

Sunday, July 17, 2011

FESTIVAL WARISAN

FESTIVAL WARISAN

lagu dan sukan rakyat mungkin akan pudar dalam jiwa kalangan generasi muda; natijahnya warisan berzaman itu akan lenyap.

atas KESEDARAN itu; Jabatan pengajian Politeknik buat julung kalinya; menganjurkan Festival Kebudayaan dan Warisan 2011 peringkat kebangsaan dengan menyasarkan penganjurannya setiap tahun.

berucap pada majlis penutupan festival; ketua Pengarah jabatan Pengajian politeknik; Mejar Md Nor Yusof berkata menjadi harapan kini mewujudkan Majlis Kebudayaan Politeknik sebagai platfrom mencungkil dan mengasah bakat pelajar dalam bidang keseniaan dan kebudayaan.

ia selaras dalam usaha menyemai semangat murni dan sahsiah pelajar melalui nilai warisan.

Hadir menyempurnakan perasmian penutupan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri; Datuk hasbullah osman di Ipoh.

sebagai pengikhtirafan Politeknik Premium Ungku Omar; menjadi tuan rumah bagi pengajuran pertandingan tersebut yang disertai 14 buah politeknik seluruh negara.

di samping pertandingan lagu rakyat; lima jenis sukan rakyat dipertandingkan iaitu congkak;sepak raga bulat;galah panjang; batu seremban dan Wau.

festival yang berlangung dua hari ini; dirancang dalam tempoh hanya dua bulan sahaja.

penganjuran seterusnya; Politeknik Sultan Mizan Dungun; Terengganu dipilih menjadi tuan rumah.

end//

Friday, July 8, 2011

BARU PERAK FM

BARU PERAK FM

Bermula 1 Julai lalu; stesen radio Perak FM memperkenalkan penjadualan baru bagi program-program yang disiarkan.

Ke arah transformasi siarannya; pendengar kini disajikan hampir 7 rancangan baru yang dijadualkan mengikut masa dan hari tertentu.

Antara yang menarik slot CER PIKIO bersama selebriti Mr. Os yang ke udara setiap Isnin dari pukul 3 hingga 5 petang.

Julung kali terlibat sebagai penyampai radio jemputan; OS digandingkan bersama DJ Saiful.

Dalam pada itu; Perak FM mencari kelainan dengan membuat penampilan penyampai duo pada sebelah malam bermula 9 hingga 12 tengah malam Isnin hingga Khamis bersama DJ wanis dan Min.

Slot tersebut juga memberi peluang kepada pendengar memiliki hadiah dan saguhati Perak FM menerusi CER TEKA setiap rabu selepas warta ringkas.

mengulas lanjut; Pengarah Penyiaran Negeri ; Hajah Kham Siah Hindon Md Said berkata selaras dengan tagline Perak FM Hiburan BerInformasi segmen Indahnya bahasa diperkenalkan selain adanya program Pilihan antarabangsa; Hindi Pilihan; dan Retro 80 an .

Stesen radio Perak FM memulakan siarannya mulai pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari dan pendengar diluar Perak juga boleh mengekses menerusi portal www.perakfm.my

end//baizura

Monday, July 4, 2011

INTERNATIONAL RUN 2011

Seramai 13 ribu 969 peserta telah mengambil bahagian dalam Larian Antarabangsa Ipoh (Ipoh International Run) yang berlangsung di stadium Perak pagi tadi.

Selain penglibatan peserta tempatan, larian ini mendapat sambutan baik daripada 15 buah negara lain antaranya Singapura, Indonesia, Filipina, Germany, Hong Kong, Kenya dan juga Perancis.

Ini adalah penganjuran kali 16.

Penyertaan luar negara mencapai 5 ratus peserta dengan penyertaan tertinggi dari Thailand, Singapura dan Kenya.

11 kumpulan kategori dipertandingkan iaitu terbuka lelaki dan wanita, kategori veteran, terbuka remaja lelaki dan wanita.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turut menyertai larian tersebut.

Semangat kesukanan jelas terpancar pada setiap peserta di samping bertanding ia juga mengeratkan silaturrahim.

Larian antarabangsa ini menawarkan hadiah wang tunai dan barangan berjumlah 100 ribu ringgit.

End//

KES DERA MENINGKAT

Enam puluh peratus daripada 1 ribu 823 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan oleh bapa kandung, bapa tiri dan bapa saudara sendiri sepanjang 2006 hingga 2010.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mencatatkan 16 ribu 159 kes rogol dengan 11 ribu 809 daripadanya melibatkan kanak-kanak sepanjang tempoh lima tahun itu.

Sebanyak 54 peratus daripada mangsa kes rogol itu berusia 16 tahun ke bawah.

Manakala 19 peratus lagi berusia antara 16 hingga 18 tahun.

Justeru itu, secara keseluruhannya sebanyak 73 peratus mangsa rogol adalah berusia bawah 18 tahun.

Khalid berkata statistik PDRM juga menunjukkan purata 200 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun dalam tempoh itu di mana daripada 1 ribu 17 kes itu, sebanyak 57 peratus melibatkan kanak-kanak lelaki dan 43 peratus perempuan.

End//

KENAIKAN HARGA ASTRO

Stesen TV berbayar ASTRO perlu menerima keputusan kabinet yang tidak membenarkan sebarang kenaikan harga pakej langganan bulanannya.

Demikian tegas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM, Tan Sri Khalid Ramli.

Kabinet memutuskan Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran SKMM.

Pelarasan harga pakej pilihan pelanggan, dicadang untuk berkuatkuasa 11 Julai ini.

Berikutan itu, pelanggan akan mengalami kenaikan sekitar seringgit hingga 15 ringgit sebulan.

Tambah, Tan Sri Khalid, pihaknya akan mengadakan pertemuan sekali lagi dengan ASTRO, dalam waktu terdekat

End//

KEPENTINGAN RAKYAT KEUTAMAAN TERATAS

Kerajaan sentiasa meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaan teratas selaras gagasan 1Malaysia, iaitu Rakyat Didahulukan.

Itulah yang ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adalah menjadi tanggungjawab beliau dan kerajaan untuk peka terhadap keperluan rakyat yang mendesak.

Seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan.

Keutamaan teratas adalah bagi memastikan kepimpinan sentiasa melakukan yang terbaik bagi memenuhi keperluan tersebut.

Najib berkata sewaktu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana
menteri.

Beliau juga pernah terfikir betapa berat tanggungjawab yang dipikul bapanya kerana sentiasa memikirkan bebanan dan kerisauan rakyat.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blog beliau www.1malaysia.com.my yang bertajuk Rakyat Didahulukan.

End//

Tuesday, June 28, 2011

RAJA NAZRIN MAHKAMAH

RAJA NAZRIN MAHKAMAH

bagi mengelak penangguhan kes di Mahkamah Syariah; hakim hendaklah bersifat tegas ketika menghakimi sesuatu kes.

kes yang tertangguh terlalu lama dengan sendirinya menidakkan keadilan daripada dapat dilaksanakan.

Perkara itu dititahkan Pemangku Raja Perak; Raja Dr Nazrin Shah.

baginda turut dimaklumkan; penyelesaian melibatkan kes penjagaan anak dan tuntutan penceraian didapati mengambil masa yang lama.

susulan itu; ia bakal mengundang pelbagai kesan buruk bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat tetapi juga menjejaskan prestasi dan kredibiti mahkamah.

titah raja Dr Nazrin; jika undAng-undang tidak dilaksanakan secara konsisten ; akan tergelincir keadilan.

akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa dab titik permulaan menghalalkan penidasan dan kezaliman akn berlaku dalam sistem pemerintahan.

Saran baginda sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap kes yang dibicarakan; para hakim; para pegawai mahkamah dan peguam syarie wajar bekerjasama dan melaksanakan tugas berlandasakan prinsip keadilan sejati.

Raja Dr nazrin bertitah pada majlis perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Tapah di Tapah.

end//baizura

MAHKAMAH SYARIAH

MAHKAMAH SYARIAH MB

Sementara itu; 20 JUTA RINGGIT diperuntukkan dalam rancangan Malaysia RMK 10 bagi pembinaan bangunan mahkamah di negeri ini.

ia termasuk di Taiping; Seri Iskandar dan Teluk INtan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga memaklumkan pembinaan mahkamah syariah di daerah Kampar pula tertakluk dalam RMK 11.

keperluan itu dilihat penting demi memastikan segala urusan pentadbiran dapat membantu mempercepatkan prosiding mahkamah.

pada ucapan Datuk Seri Dr Zambry; beliau BERHARAP dengan prasarana yang disediakan ia dapat membantu para pegawai bertugas dengan baik;jujur dan bersungguh-sungguh demi kesejahteraan dan keadilan sejagat.

teks ucapan beliau dibacakan exco kerajaan negeri; Datuk Ramly Zahari.

dengan kos bernilai 6 juta ringgit; mahkamah syariah Tapah merupakan satu-satunya mahkamah di negeri ini yang dilengkapi dengan sistem rakaman prosiding berkomputer.

memulakan operasinya sejak tahun lepas; konsep dan idea luaran bangunannya berteraskan Istana Bukit Chandan; Kuala Kangsar.

end//baizura

PELADANG INGAT

PELADANG INGAT


Ahli-ahli peladang diingatkan supaya tidak terbabit DENGAN mana-mana demostrasi kerana ia bukan sahaja memburukkan keadaan, tetapi juga diri sendiri.

dan sebagai peladang sebaliknya mereka diminta tumpu kepada meningkatkan pengeluaran.

keperhatinan itu disuarakan Ahli dewan undangan negeri ADUN Kubu Gajah; Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

rakyat tidak perlu samakan negara asing dengan negara ini.
budaya mengadakan demostarsi jalanan adalah bertentangan dengan cara hidup di negara ini.

demi keamanan rakyat; beliau menyokong penuh akan tindakan ISA diambil bagi mereka yang terlibat dengan demostrasi itu

kenyataan itu dibuat selepas Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau.

PPK Batu Kurau akan mengadakan mesyuarat Agung tahunan pada esok yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri perdagangan dalam negeri koperasi dan kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

end//baizura

ANUGERAH KHAS BELIA 2011

ANUGERAH KHAS BELIA 2011

9 anugerah khas diperkenalkan tahun ini oleh kerajaan negeri sebagai menghargai usaha dan kejayaan golongan belia.

ia termasuk anugerah khas belia pencapaian luar biasa; penggerak masyarakat cina; India ;Sikh; orang asli ; siam; anugerah khas belia cemerlang dan anugerah khas belia bina upaya.

Exco Belia dan Sukan; Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata; pemilihan penerima itu dilakukan jawatankuasa khas yang terdiri daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan; Majlis belia negeri dan panel luar.

sebagai negeri pertama mencetuskan pemberian anugerah tersebut; tujuannya menjadikannya sebagai pemangkin dan penghargaan terhadap usaha belia daripada segenap komuniti yang ada di negeri ini.

datuk Zainol Fadzi ditemui selepas majlis anugerah belia negara dan anugerah sukan untuk semua ASUS peringkat negeri di Ipoh.

penyampaian disempurnakan menteri besar; datuk seri dr zambry abdul kadir.

pertama kali diperkenalkan penyampai radio Perak FM Yob Aziz diberikan anugerah khas bakat belia.


end//baizura

Wednesday, June 22, 2011

GERAI JALAN BARU; MANJOI

PENIAGA TNB

setelah hampir setahun dalam perbincangan; gerai di Jalan Baru Gugusan Manjoi akan dinaiktaraf kelak.

ia susulan persetujuan Tenaga Nasional Berhad TNB membenarkan kerja-kerja menaiktaraf dilakukan di gerai itu yang dibina di bawah pencawang elektrik.

Ahli Parlimen Tambun; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memaklumkan
usaha itu turut mendapat persetujuan majlis bandaraya Ipoh MBI.

dari segi pembinaannya nanti; beliau berkata lokasi geria tersebut akan dikekalkan di tapak asal termasuk susun atur gerai tersebut.

datuk seri Ahmad Husni ditemui baru-baru ini semasa melawat ke deretan gerai tersebut. lawatan itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib MOhamad Noh.

aktiviti berniaga di sepanjang jalan BAru itu mula menjadi tumpuan hampir 9 tahun lalu dan sejak 3 tahun lalu peniaga memenuhi kedua-dua belah bahu jalan.

terdapat 18 buah gerai yang beroperasi pada sebelah pagi dan petang.

end//baizura

Thursday, June 16, 2011

MAHKAMAH KHAS PATI

PATI HUKUMAN

hasil tahanan 189 pendatang tanpa izin PATI menerusi Ops Zon Utara II yang dibuat di seluruh Perak pada 1 Jun lalu; 80 daripada mereka telahpun dijatuhkan hukuman.

hakim Mahkamah Khas PATI Jabatan Imigresen Langkap; Ahmad Hidayat Mohd Nor terdahulu mengenakan hukuman itu ke atas warga Indonesia bagi tiga kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959.

kesemua pesalah PATI ini; ditempatkan di Penjara Tapah untuk perempuan dan penjara Pokok Sena, Kedah untuk lelaki.

sementara itu; perbicaraan 109 PATI lain yang turut melibatkan warga Thailand; Vietnam; Bangladesh dan Myanmar ditangguhkan atas sebab ketiadaan jurubahasa.

kesemua mereka yang berusia 19 hingga 55 tahun ini ditahan mengikut seksyen 6 (1) (c) Tidak mempunyai Pas atau Permit Yang Sah; seksyen 15 (1) (c) Tinggal melebihi tempoh dan seksyen 56(1) (L) pemalsuan dokumen.

tahanan dilakukan sekitar Taiping, Sitiawan; Ipoh dan teluk Intan dengan dibantu Jabatan Imigresen negeri Perlis; Kedah dan Pulau Pinang.

sementara itu; Ketua imigresen teluk Intan yang mewakili Pengarah Imigresen Negeri Perak; Khairul Anuar Sulaiman berkata; PATI tersebut dipercayai terlibat dengan kerja-kerja di sektor pembinaan dan perkilangan.

berikutan itu; siasatan ke atas majikan yang terlibat sedang dilakukan dan jika sabit kesalahan mereka turut akan didakwa.

end//baizura

DEPOT IMIGRESEN LANGKAP

DEPOT IMIGRESEN LANGKAP

10 juta ringgit diluluskan untuk menambah baik serta membina semula bangunan di Depot Imigresen Langkap.

sejak diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Negeri daripada Jabatan Penjara tiga tahun lalu; struktur bangunan depot itu diakui mulai uzur.

Asalnya sebelum itu; depot tersebut merupakan sebuah kem Unit Kawalan kawasan UKK yang beroperasi sekitar tahun 1970an.

dengan keluasan lebih 5 hektar; Komandan Depot Imgiresen Langkap, Mohamad Yusoff berkata kerja-kerja pembinaan dijangka dilakukan awal tahun depan.

dengan peruntukkan yang diterima; dua blok tahanan untuk lelaki ; 3 menara dan tempat kumbahan akan dibina.

bagaimanpun; Mohammad berkata pihaknya kini sedang menyusulkan permohonan tambahan bajet untuk membina depot yang lebih selesa dan sempurna.

ia berikutan depot sedia ada itu dikelaskan sebagai Gred A berikutan kapasitinya yang boleh memuatkan hampir seribu tahanan dalam satu satu masa.

ketika ditemui di Langkap, Mohammad berkata; ketika kerja-kerja pembinaan dilakukan kelak; memungkinkan proses pemindahan tahanan ke depot lain.

end//baizura

Sunday, April 24, 2011

PNB MEDIA

PNB MEDIA 24.4.2011

30 tahun penubuhan Pemodalan Nasional Berhad PNB; strategi kejayaannya diacukan dengan Tujuh aspek.

Ketua Eksekutifnya; Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata; ia terbukti apabila Perdana Menteri datuk seri mohd najib tun razak sendiri merumuskan kejayaan PNB telahpun berjaya merubah persepsi masyarakat tentang dunia pelaburan.

dalam menguruskan dana 189 billion ringgit berserta 127 billion unit saham; pengurusan secara berhemah dan professional menjadi faktor utama membolehkan PNB membayar agihan pendapatan kepada pelabur setakat ini berjumlah lebih 82 billion ringgit.

faktor lain seperti kepelbagaian portfolio yang mampu mengimbangi risiko pelaburan; ciri-ciri produk yang unik ; serta kemudahan transaksi dengan lebih seribu 600 ejen berjaya menarik pelabur.

kekuatan dalaman PNB juga berperanan; ia termasuk keupayaan dan kepakaran Pengurus dan dan juru analisis; keupyaan peneraju syarikat pelaburan PNB dan keberkesanan program pendidikan pelaburan bersepadu.

dalam pada itu, Tan Sri hamad Kama Piah juga tidak menolak sokongan dan peranan media massa juga menyumbang kepada kejayaan PNB.

Beliau berucap pada majlis Bersama Media sempena Minggu Saham Amanah Malaysia MSAM 2011 di Ipoh.


end//BAIZURA

Thursday, April 21, 2011

Zakat perniagaan – Maip

Zakat perniagaan – Maip

pada majlis yang sama, raja dr Nazrin menerima penyerahan zakat perniagaan daripada lima buah syarikat.

ia melibatkan syarikat tenaga nasional berhad, lembaga tabung haji negeri perak, bank kerjasama rakyat (m) berhad, GPB corporation sdn.bhd serta produktif kualiti and medical supply sendirian berhad dengan jumlah keseluruhan melebih 9.5 juta ringgit.

dalam pada itu, hasil kutipan tersebut diserahkan kepada Ketua ketua eksekutif majlis agama islam dan adat melayu perak dato dr. syed omar sharifuddin syed ikhsan.

Terdahulu, Raja Dr nazrin shah menyempurnakan majlis penyampaian watikah kepada dua individu baru yang dilantik sebagai ahli majlis iaitu ketua hakim syarie perak, dato haji muhamad asri Abdullah dan pengarah jabatan agama islam perak JAIP tuan haji mohd yusop husin.

keberangkatan baginda diiringi MENTERI BESAr datuk seri dr zambry abdul kadir dan Mufti Perak tan Sri Harussani Zakaria.

end//rina

PAKAIAN RAJA DR NAZRIN

PAKAIAN RAJA DR NAZRIN

CARA berpakaian yang sejajar dengan situasi adalah sebahagian daripada disiplin yang mencerminkan ketinggian akal budi seseorang.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah pentingnya adat yang perlu didukung dengan budi pekerti mulia, perilaku sopan dan pertuturan tertib dalam membangunkan tamadun yang dihormati.

Sikap memandang ringan dan tidak menghormati adat berpakaian dalam sesuatu majlis dilihat boleh mengundang penghakisan kemurnian adat dan budaya bangsa.

UP SOUND [[CUT 1]]
Q IN :INSAN YANG MEMAHAMI ADAB AKAN MEMPERLIHATKAN SIFAT-SIFAT MURNI, MEMAHIMI DAN SENTIASA …
Q OUT :..MENGHORMATI KEPERLUAN ADAT.]]

Justeru, dalam membina tamadun yang tinggi, pencerobohan halus sebegitu tidak harus dibenarkan berlaku, sebaliknya adab dan budaya bangsa perlu disanjung tinggi.

Terdahulu, Raja Dr Nazrin menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama islam dan adat melayu Perak serta menerima penyerahan cek zakat Peniagaan di ipoh.

END//baizura

MB PNB - MSAM KE 12

MB PNB - MSAM KE 12

sempena sambutan Minggu sahama AManah semalam, Menteri besar, Datuk Seri dr zambry abdul kadir mengakui pelaburannya yang ditawarkan oleh Perbadanan Nasional Berhad PNB memberi manfaat terhadpa rakyat.

jelas beliau, kea rah negara maju menjelang tahun 2020, adalah penting bagi rakyat merubah cara mengurus kewangan dan pendapatan.

namun bukan hanya setakat; tetapi aspek mempelajari bagaimana meningkatkan sumber pendpatan dengan merancang pelaburan turut ditekankan.

up sound [[cut 2]]
q in : SETIAP rakyat mengambil peluang ini bagi meningkatkan kefahaman tentang pelaburan dan unit amanah cara-cara merancang kewangan…saya juga berharap rakyat Perak akan mengambil maklum akan pelbagai produk dan perkhimdatan yang dipameran oleh
q out :..plebagai insitusi dan agnesi yang mengambil bahagian dalam MSAM ini.

Datuk seri Dr Zambry.

end//BAIZURA

PENGERUSI PNB MSAM KE 12

PENGERUSI PNB MSAM KE 12

dalam pada itu, Perak merupakan negeri keenam dalam mencatatkan bilangan pencarum skim PNB setakat ini.

terdapat 889 ribu rakyat di negeri ini terlibat dengannya dengan nilai kira-kira 8.8 billion unit saham.

perkara itu dijelaskan, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika berucap semalam pada majlis peramsian.

Sehingga kini PNB mencatatkan unit dalam edarannya sebanyak 127-billion.

bagaimanapun terdapat unit saham yang masih boleh dilanggan samada bumiputra mahupun bukan.

ia termasuk, amanah saham nasional 3 imbang; 876 juta unit, amanah saham Gemilang, 886 juta unit serta unit-unit amanah saham 1 Malaysia.

Tun Ahmad Sarji berkata bagi memastikan PNB terus menerajui pertumbuhan industri unit amanah dan pengurusan pelaburan negara lima Petunjuk Prestasi Utama-KPI ditetapkan.

ia termasuk, peningkatan pegangan saham pelabur; memegang ekuiti syarikat di dalam sektor strategik ekonomi; memiliki modal saham dalam pelbagai sektor; memiliki hartanah di kawasan pertumbuhan ekonomi; dan mengagihkan pendapatan pada kadar kompetitif.

end//BAIZURA

Tuesday, April 19, 2011

PERAK TERENGGANU bola super

PERAK TERENGGANU.19.4.2011

perlawanan bola sepak Liga Super.

HARAPan melihat skuad seladang mengutip mata penuh pada perlawanan malam tadi tidak berhasil apabila mampu seri satu sama dengan terengganu.

meskipun, terlebih dahulu membuat jaringan seawal minit ke 7 oleh Shafee Jamal hasil sepakkan sudut, lantas pasukan Perak terus diasak pihak lawan.

dan pada minit ke 34, harapan penyokong Perak hampir pudar apabila pemain Terengganu Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol, namun ia dibatalkan berikutan kedudukan “offside”.

beraksi di babak kedua, peluang terus berpihak pada Terengganu apabila diberikan sepakan penalty pada minit ke 57. Ternyata peluang itu tidak disia-siakan pemain jersi 14, Abdul hadi yahya.

menerusi jaringan itu pasukan Perak dan terengganu berkongsi gol pada perlawanan akhir pusingan pertama ini yang disaksikan hampir 10 ribu penonton.

bagi perlawanan pusingan kedua pula, ia akan berlangsung Sabtu ini di Terengganu.

end//

Sunday, April 17, 2011

KEGANASAN - datin paduka MARINA

KEGANASAN - datin paduka MARINA

memperkasakan diri dengan ilmu adalah cara paling efektif mencegah dan menghentikan keganasan khususnya ke atas wanita dan kanak-kanak.

namun, untuk mengubah norma sosial dan sikap masyarakat yang mendera iaitu yang dikaitkan dengan kaum lelaki, mereka juglah yang patut mengalas cara mencegahanya.

bagi Tokoh Aktivis hak pembelaan Hak wanita, Datin Paduka marina tun mahathir, kempen “Lelaki Menentang Keganasan” atau “Men Against Violence” yang dilancarkan wajib disahut oleh kaum lelaki.

kempen itu adalah satu pergerakan global di mana seluruh dunia membuat perjanjian untuk tidak melakukan, memaafkan atau berdiam diri tentang keganasan.

jelas Datin Paduka Marina, meskipun masalah keganasan di negara ini tidak kritikal namun statistik tahun 2009 mencatatkan tiga ribu 643 kes penderaan dan jumlah kes di Perak 290 kes.

selain bergantung harap pada perlindungan penubuhan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, masalah itu sebenarnya menjadi tanggungjawab setiap individu menanganinya.

Datin paduka Marina berucap pada majlis perasmian kempen “Men Against Violence” daerah kampar di Chenderoh, tanjung tualang.

beliau mewakili timbalan Menteri perdagangan antarabangsa dan perdagangan MITI, datuk Muhkriz Tun Mahathir.

sebelum itu diadakan forum “hentikan:kawal diri, gunakan fikiran” yang menyasarkan kaum lelaki menyertainya. lebih dua ribu masyarakat setempat menjayakan program ini.

end//

MB REAX SARAWAK

MB PANGKOR BN SARAWAK

satu lagi bukti penerimaan rakyat terhadap pucuk kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

itu reaksi awal menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir ketika mengulas kemenangan majority dua per tiga barisan Nasional BN Sarawak pada pilihan raya umum negeri itu semalam.

PILIHAN raya umum ke 10 itu menyaksikan 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan menjadi milik BN.

dalam perkembangan lain, ketika ditemui di Pulau Pangkor, datuk seri dr zambry berkata beliau telahpun mengarahkan pihak exco belia dan sukan mempercepatkan pelaksanaan program pengupayaan golongan belia.

selaras dengan matlamat Perak Aman jaya, jalinan kerjasama dengan persatuan dan badan bukan kerajaan NGO akan diperkasakan dalam melaksanakan aktiviti sihat.

usaha itu khas bagi mengekang gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.

datuk seri dr zambry berkata demikian selepas merasmikan program bual bicara kenali anak kita di sekolah kebangsaan seri pangkor.

end//

Friday, April 15, 2011

MB DUN AKHIR

MB DUN AKHIR

TIdak pernah pun didatangai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), apatah lagi ingin membuat sebarang kenyataan.

itu penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung desakkan ketua pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk mendedahkan identity exco kanan yang dikatakan terlibat dengan isu rasuah.

Malah, datuk seri dr zambry berkata SPRM tidak memberi sebarang taklimat mahupun maklumat kepadanya mengenai kes tersebut.

beliau berkata demikian selepas penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-12 di Ipoh.

sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Perak turut menggesa datuk seri Dr Zambry memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana tindakan berdiam diri boleh menimbulkan syak wasangka buruk seolah-olah pentadbiran kerajaan negeri memandang remeh isu rasuah.

sementara itu, pada sidang media yang sama, datuk seri dr zambry memberitahu, kerajaan negeri akan menyegerakan permintaan bantuan daripada kementerian Pelajaran untuk membaik pulih Maktab melayu kuala kangsar MCKK.

akibat serangan anai-anai pada bangunan utamanya , 1.5 juta ringgit dipohon oleh MCKK untuk kerja membaik pulih struktur bangunan tersebut.

end//baizura

DUN GANTUNG 15.4.2011

DUN GANTUNG 15.4.2011

gelagat keluar dewan akhirnya ditunjukkan pembangkang pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan negeri DUN Perak hari ini.

ia kononnya, tanda protes terhadap kelulusan usul bagi menggantung ADUN Titi Serong, KhaliL Idham lim Abdullah untuk persidangan akan datang.

usul bernotis itu dikemukan ADUN BOTA datuk nasaruddin Hashim, ia susulan kenyataan khalil idham pada sesi perbahasan Bajet 2011 pada 2 Disember lalu yang mengeluarkan kenyataan ada bomoh dibawa masuk ke dewan pada sidang Mei 2009.

khalil lim juga gagal hadir memberi penjelasan mengenainya kepada jawatakuasa hak dan kebebasan pada 25 februari lalu.

speaker Datuk R.Ganesan yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata pergantungan tersebut hanya untuk satu hari pada persidangan akan datang.

pada masa yang sama juga, ADUN BN Temenggor, datuk hasbullah Osman turut dihadapkan ke jawatankuasa hak dan kebebasan kerana mengeluarkan kenyataan menuduh exco Selangor menerima rasuah.

namun tiada tindakan yang dikenakan ke atasnya berikutan beliau telahpun hadir memberi penjelasan kepada jawatakuasa itu.

Sementara itu, persidangan DUN turut meluluskan dua rang undang-undang iaitu Enakmen Menteri Besar Perak (Perbadanan1951) (Pindaan) 2011 dan Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Pindaan) 2011.

persidangan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

end//

Wednesday, April 13, 2011

PERTANDINGAN MENEMBAK DI TELUK INTAN

Seramai 600 peserta yang terdiri daripada pelesen awam, polis bantuan serta anggota Ikatan Relawan Rakyat malaysia (RELA) hari ini menyertai Pertandingan Menembak 2011 anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Objektif utama pertandingan tersebut adalah untuk menguji kecekapan peserta dalam mengendalikan senjata api bagi memperbaharui lesen anggota terbabit untuk ke tahap seterusnya.

Selain bermatlamat untuk mencapai objektif mutu kemahiran menembak, ia juga bagi menanam sikap bertanggungjawab serta berkeyakinan sekaligus mengekalkan tahap disiplin yang tinggi sebagai pihak berkuasa yang berkaliber.

Pertandingan yang akan berlangsung selama dua hari sehingga esok telah dirasmikan oleh Ketua Polis daerah Hilir Perak, Assisten Komisioner Goh Kok Liang di Padang Sasar Changkat Jong, Teluk Intan.

HAL LAGI DUN

HAL LAGI DUN 13.4.2011

sudah menjadi tradisi agaknya, sikap pembangkang yang acap kali ingin timbulkan kekecohan ketika berlangsungnya persidangan dewan undangan Negeri DUN Perak.

sejak peralihan kuasa kepada BN Februari 2009 lalu, tidak habis-habis memperlihatkan pembangkang berusaha meraih publisiti ketika bersidang.

daripada hal keluar dewan, hinggalah mengenakan gelaran kepada Speaker yang dipanggil sebagai pengerusi pada sidang lepas.

kali ini mesyuarat pertama kali kedua DUN Perak berlangsung, menyaksikan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar membawa
hampir 100 orang untuk mendemostrasi di luar bangunan kerajaan negeri SUK .

isunya bantahan kepada menteri besar dengan mempertikaikan soal tanah kampung DBI di ipoh.

bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata himpunan haram ini berjaya dileraikan anggota polis setengah jam kemudian.

susulan ITU, 14 orang ditahan dan berlaku kesesakkan lalu lintas

Mereka ditahan dibawah Akta Polis, Seksyen 27 kerana berhimpun tanpa permit. namun ACP Azisman berkata dijangka petang ini mereka dilepaskan selepas selesai keterangan diambil.

sementara itu, di dalam dewan, pada awal sesi menjawab soalan lisan ia dihangatkan dengan ketegangan.

antaranya, hal ketua pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang sengaja menggunakan kamera telefon bimbitnya untuk merekodkan situasi di dalam dewan yang melanggari undang-undang persidangan.

persidangan DUN Perak boleh ditonton secara langsung menerusi laman sesawang www.peraknews.com.my

end//

Friday, March 25, 2011

Thursday, March 24, 2011

UPDATE BANJIR 24.3.2011

UPDATE BANJIR 24.3.2011

banjir di daerah Kerian.

SETAKAT dari pagi tadi hingga PETANG INI, bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan kekal dengan 99 keluarga iaitu seramai 359 orang.

Laporan Bilik Gerakan Banjir memaklumkan, meskipun berlaku hujan yang berlarutan namun catatan paras air di Bukit Merah masih sama sebelum ini iaitu 29.4 meter.

bagaimanapun, paras air di Alor Pongsu naik sedikit kepada 5.4 meter.

pemantauan ke kawasan banjir kini masih diteruskan oleh pihak bomba dan penyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam.

Kampung Alor Setangguk dan Kampung Parit Haji Abu Hasan Ban masih mencatatkan bilangan tertinggi mangsa yang dipindahkan. masing-masing 167 orang dan 46 orang.

selain bekalan makanan, tiga pusat pemindahan iaitu di Sekolah kebangsaan SK Bukit Merah, SK Alor Pongsu dan SK Hj Dahlan turut dibekalkan dengan keperluan perubatan.

end//baizura

Wednesday, March 23, 2011

SPM PERAK 23.3.2011

SPM PERAK 23.3.2011

di Perak, selain peningkatan calon lulus SPM 2010 kepada 87.85 peratus, kualiti mata pelajaran turut menunjukkan peningkatan yang cemerlang.

daripada 100 mata pelajaran yang ditawarkan kepada calon 61 daripadanya mencapai kelulusan sepenuhnya berbanding tahun 2009 hanya 54 mata pelajaran sahaja.

matapelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan paling tinggi iaitu 5.65 peratus.

dalam pada itu menurut Timbalan pengarah pelajaran negeri, Mohd Idris Ramli, daripada 39 ribu 336 calon SPM 2010; 840 calon memperolehi gred cemerlang bagi semua matapelajaran.

bagi calon yang memperoleh keputusan yang cemerlang, dorongan dan sokongan keluarga dan sekolah menjadi pemangkin.

bersama pelajar cemerlang Harpreet Kaur a/p Harbans , Chong Yee Hang, Vishanti a/p Chinaya dan Nur Ain Azuri

juga turut dimaklumkan 32 calon memperoleh gred Cemerlang tertinggi serta enam sekolah cemerlang yang masing-masing merupakan sekolah berasrama penuh.

end//

TRAGIS SPM 23.3.2011

TRAGIS SPM 23.3.2011

dalam pada itu, ini pula cerita tragis SPM.

bukan sahaja tidak sempat mengambil keputusan SPM hari ini, namun kematian Mohd Ariff Adam Yusri 18 tahun adalah bersama ibunya, Awaliah Mohd Ali Napiah.

dua beranak itu meninggal akibat nahas jalan raya di Jalan Bercham- Tanjung Rambutan, Ipoh malam tadi.

Mohd Ariff Adam yang menunggang motosikal bersama ibunya itu terbabas ketika menghala ke Bercham sebelum dirempuh sebuah kereta dari arah yang sama.

lebih menyayat hati, kedua-dua mangsa yang terjatuh di atas jalan raya kemudiannya diheret oleh kereta berkenaan sejauh 23 meter.

anak sulung daripada empat beradik itu dikatakan mahu menghantar ibunya ke tempat kerja di Bercham.

kejadian itu disahkan Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh DSP Mohd Rodzi Rejab.

Mohd Ariff Adam merupakan pelajar aliran teknik di sekolah menengah teknik Slim River.

end//

Sunday, March 20, 2011

KEMALANGAN BIDOR UPDATE

KEMALANGAN BIDOR UPDATE

warta perak kita mulakan dengan perkembangan terkini kemalangan di kilometer 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Bidor awal pagi tadi.

menurut Ketua Polis Trafik Negeri, Supritenden Wan Abdullah Ishak berkata, buat masa ini dikenal pasti punca kemalangan disebabkan faktor jalan yang licin serta jalan gelap.

namun, tidak dinafikan akibat kemalangan itu juga berpunca daripada sikap pemandu bas persiaran tersebut yang cuai.

justeru Supritenden Wan Abdullah turut mengingatkan orang ramai agar memasang lampu bagi kawasan-kawasan yang berisiko.

beliau berkata demikian selepas dihubungi RTM.

dalam kejadian pukul 4.20 pagi tadi, seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Negeri sembilan.

bas yang membawa 43 rombongan itu dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah.

end//

DS HUSNI -MINYAK

DS HUSNI MINYAK

dengan kekuatan dalaman dan sokongan sector swasta, negara yakin dapat mengatasi sebarang kemungkinan berkaitan kenaikan harga minyak pasaran dunia.

ia susulan kesan daripada pertempuran yang berlaku di Libya kini yang membawa kepada penutupan telaga minyak di negara timur tengah itu.

berhadapan situasi itu, Menteri kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni kerajaan tidak bercadang mengurangkan subsidi sedia ada.

ia kerana faktor kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan terutama golongan berpendapatan rendah.

ketika ini harga minyak dipasaran mencecah antara 120 hingga 130 US dollar satu barrel dan kerajaan menyalurkan subsidi sehingga 14 billion ringgit.

beliau ditemui selepas merasmikan Surau al hidayah Jelapang Jaya di Ipoh.

mengulas kesan keadaan di Jepun kini, Datuk Seri Ahmad Husni berkata dari aspek pelaburan ia tidak memberi kesan yang besar pada dagangan negara.


end//

KEPUTUSAN PIALA FA

KEPUTUSAN PIALA FA

Rekod tanpa kalah skuad Perak akhirnya lebur apabila tewas 1- 3 kepada Terengganu pada saingan suku akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

ia sekaligus melayakkanya Terengganu mara ke pusingan separuh akhir dengan kelebihan aggregate 5-4.

Perak memperoleh gol menerusi sepakan Mohd Nor Azrul Mustafa pada separuh masa kedua.

Bagaimanapun skuad Seladang gagal menyekat kemaraan pasukan Terengganu.

Sebelum ini kekalahan 2-3 kepada Perak di Stadium Indera Mulia Ipoh, dilihat sedikit pun tidak melemahkan semangat juang pemain pasukan Terengganu dalam misi menyingkirkan barisan kendalian Norizan Bakar.

Perlawanan malam tadi bermula lewat ekoran masalah lampu dan keadaan hujan lebat.

END//EIZY

Saturday, March 19, 2011

SUPER AKHIR

SUPER AKHIR

hari terakhir kejohanan Sukan Perak keenam.

lima acara yang dipertandingkan hari ini iaitu hoki lelaki akhir, silambam, olahraga, karate-do dan badminton.

bagi acara badminton daerah kinta berjaya merangkul emas dengan menewaskan pasukan daerah kuala kangsar 3-0.

untuk acara silambam kategori lelaki daerah kinta berjaya memungut 2 emas, satu perak dan GANGSA. namun bagi kategori perempuan acara tersebut kini sedang berlangsung.

juga acara yang masih berlangsung sehingga pukul 6 petang ini ialah hoki lelaki, olahraga dan karate do.

menurut ketua sekretretariat, en Khairulnizam Khairuddin dari segi pungutan pingat pasukan daerah Kinta masih menjulang tempat teratas dengan 30 emas, 17 perak dan 24 gangsa.

dua pasukan tertinggi yang lain ialah daerah larut matang dan selama, 19 emas, 13 perak dan 23 gangsa. bagi daerah batang padang pungutan pingatnya setakat ini 11 emas dan perak serta 14 gangsa.

majlis penutupan SUPER akan diadakan malam ini dengan perasmiannya disempurnakan menteri besar , datuk seri dr zambry abdul kadir di dewan bankuet, bangunan perak darul ridzuan.

end//

Friday, March 18, 2011

UNDI POS SPR

UNDI POS SPR

Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR Negeri, sehingga Disember tahun lalu, hanya terdapat dua ribu 14 pengundi pos yang didaftarkan di DUN Pangkor.

peningkatan tersebut dari 11 ribu 848 pengundi pos pada tahun 2008.

Jumlah itu sekaligus menolak dakwaan timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang kononnya berlaku peningkatan mendadak pengudi pos di DUN Pangkor sebanyak lima ribu 669.

perangkaan SPR turut memaklumkan juga, peningkatan pengundi bukan pos turut berlaku bagi kawasan itu tetapi dengan jumlah tambahan hanya 579 pemilih baru.

juga menunjukkan peningkatan pengundi bukan pos adalah di dua DUN sekitarnya iaitu DUN Pasir Panjang sebanyak dua ribu 235 pemilih baru serta di DUN Sitiawan; peningkatan sebanyak dua ribu 195 pemilih baru.

End//

Wednesday, March 16, 2011

PERAK TERENGGANU - PIALA F.A

PERAK TERENGGANU - PIALA F.A

Keputusan perlawanan bola sepak Piala F.A malam tadi.

Perak sekali lagi muncul juara di hadapan penonton sendiri apabila menewaskan Terengganu dengan jaringan 3 – 2.

Jaringan disempurnakan pada minit keempat belas separuh masa pertama melalui rembatan luar kotak oleh Isma Alif.

Ia disusuli dengan tandukan gol oleh Fazrul Hazli pada minit ke-79 dan Akmal Rizal Rakhli menyempurnakan kemenangan pasukan pada minit ke-82 separuh masa kedua dengan rembatan kencangnya.

Bekalan tiga gol pada perlawanan suku akhir pertama itu dilihat memberi kelebihan buat skuad Yob apabila bertandang ke Terengganu untuk saingan suku akhir kedua pada Sabtu ini.

Dengan memegang rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan musim ini, ia diyakini dapat memberi semangat buat Skuad Seladang beraksi, diiringi sokongan padu penonton yang beramai-ramai memenuhi stadium setiap kali perlawanan berlangsung.

Malah kemenangan malam tadi bertambah manis apabila skuad Seladang menjulang kemenangan dengan disaksikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, yang berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pada separuh masa kedua sejurus selesai merasmikan Sukan Perak (SUPER 2011).


END

Thursday, February 24, 2011

MYDAFTAR - DATUK DR SUBRA

MYDAFTAR - DATUK DR SUBRA

Sejak dilancarkan 19 Februari lalu, lebih 8 ribu 500 orang berdaftar di bawah kempen MyDaftar dengan majoritinya melibatkan masyarakat India.

daripada jumlah itu lebih 3 ribu pendaftaran dibuat di Selangor dan seribu 725 di Perak.

kes kerakyatan dikenal pasti sebagai kes tertinggi yang dicatatkan dan diikuti masalah sijil kelahiran.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, jumlah pendaftar disasar akan meningkat sehingga 10 ribu pada hari akhir kempen pada Sabtu ini.

melalui kempen tersebut, beberapa kelonggaran mendokumentasi pengenalan turut dilaksanakan DAN seperti isu kerakyataan yang melibatkan mereka yang sudah tinggal lama di Negara ini menjadi keutamaan .

datuk Dr Subramaniam berkata demikian selepas penyampaian dokumen pengenalan kepada 10 penerima di Bangunan majlis bandaraya Ipoh.

kesempatan kempen itu juga turut diambil warga asing dalam memohon status penduduk tetap PR.

sepanjang kempen Mydaftar, tiada caj bayaran tambahan dikenakan.

end//

Wednesday, February 23, 2011

KOLEJ TUTUP

KOLEJ TUTUP

kerjasama akan dibuat dengan kementerian Pengajian Tinggi dan kementerian Sumber Manusia bagi menyelesaikan kes sebuah kolej yang ditutup tanpa mengeluarkan sebarang notis.

masalah yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam itu menyebabkan sekurang-kurangnya 25 pelajar tahun akhir terkandas untuk menamatkan pengajian mereka.

Timbalan menteri di jabatan perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata aduan itu diterimanya daripada ibu bapa pelajar dari Sarawak ketika beliau mengadakan lawatan ke negeri itu minggu lalu.

dimaklumkan juga kolej tersebut yang beroperasi sejak lima tahun turut menghadapi masalah terhadap pembayaran gaji pekerjanya.

melalui Biro Pengaduan Awam BPA, kedudukan dan status kolej tersebut akan disiasat. terdahulu, BPA cuba menghubungi pihak kolej namun gagal.

datuk Murugiah berkata demikian di Ipoh.

Sejak cuti semesta November lalu hingga kini, kolej tersebut masih ditutup dan pelajarnya tidak dimaklumkan tarikh pendaftaran masuk yang baru.

bagi pelajar dari luar semenanjung, kini hanya menggunakan pinjaman yang diterima daripada Majlis AManah Rakyat Mara, untuk perbelanjaan harian termasuk membayar sendiri sewa hostel yang sepatutnya ditanggung pihak kolej.

end//

Saturday, February 19, 2011

PERTUMBUHAN EKONOMI

DS HUSNI PERTUMBUHAN EKONOMI

Melihat pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2010 yang melepasi sasaran iaitu 7.2 peratus, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yakin, keberkesanan perbelanjaan kerajaan dan sektor swasta serta galakan pelaburan adalah tumpuan pertumbuhan ekonomi negara terus bertahan.

Pelaksanaan itu juga sebenarnya perlu dilakukan secara berterusan agar status negara maju menjelang 2020 dapat dicapai.

peratusan itu juga melebihi sasaran yang diletakkan penganalisis badan antarabangsa iaitu antara 5.5 hingga 6.5 peratus.

pertumbuhan tersebut didorong oleh sektor ekonomi negara khususnya di bahagian permintaan iaitu pengeksportan yang lebih tinggi daripada yang dijangka.

Berhadapan dengan cabaran unjuran dunia yang agak perlahan, Datuk Seri Ahmad Husni berkata, kerajaan yakin dengan usaha keras semua pihak dan kementerian pertumbuhan negara masih dapat bertahan dengan sasaran unjuran 6 peratus tahun ini.

malah, sasaran pelaburan sektor swasta pada tahun ini turut menunjukkan peningkatan yang kini dilihat melebihi 82 billion ringgit.

mengulas kesan pergolakkan di negara Timur Tengah pula, Datuk Seri Ahmad Husni berkata ia tidak memberi impak buruk pada pertumbuhan negara.

beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pembinaan semula Surau Ahmadiah Kampung Datuk Ahmad Said di Ipoh.

END//

sambg..MB DAFTAR

sambg... ZAMBRY DAFTAR

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyokong langkah yang dibuat agensi kerajaan itu yang dilihat memudahkan statistik jumlah keseluruhan warganegara bagi merancang pembangunan untuk rakyat di negeri itu.

Malah, baginya juga tanpa sebarang pengenalan diri yang sah menyukarkan seseorang individu untuk berurusan dengan kerajaan mahupun pihak swasta.

Ujar Datuk Seri Dr Zambry walaupun program My Daftar itu dijalankan khusus untuk masyarakat India ,namun tidak bermakna kerajaan mendiskriminasi kaum lain.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Program MyDaftar Kebangsaan Masyarakat India di Dewan Bankuet KDN Ipoh.

Antara punca mengapa masih ada ketirisan berhubung perkara itu kerana kedudukan tempat tinggal jauh di pedalaman, tiada sistem perhubungan yang baik selain tiada kesedaran mengenai kepentingannya.

END//HAKIMIE

MY DAFTAR SELESAI

MY DAFTAR SELESAI

Di Perak, masalah pendokumentasian yang dihadapi masyarakat india akan diselesaikan melalui program My Daftar anjuran jabatan Pendapatan negera, JPN Negeri bersama Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India, S-I-T-F.

Program berkenaan dijangka menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan sijil kelahiran, kad pengenalan serta status warganegara yang masih lagi memiliki kad pengenalan pemastautin tetap.

Dilaporkan program berkenaan bermula hari ini hingga 26 februari ini dan bagi memastikan pelancarannya, 16 pejabat JPN seluruh negeri itu dibuka pada tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, dikecualikan di JPN di Pengkalan Hulu, Gerik, Lenggong dan Kampung Gajah.

Program yang dijalankan itu juga merupakan keprihatinan kerajaan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.

END//KIMIE

LULUS TAPAK KUIL

LULUS KUIL 18.2.2011

Sambutan perayaan Masi Magam di Kuil Sri Kaliammbal menjadi lebih bermakna kepada semua penganut hindu apabila kerajaan negeri Perak meluluskan tapak untuk menaiktaraf pembinaan kuil tersebut.

Menteri Besar , Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata sikap keperihatinan yang disentiasa dititikberatkan bagi memastikan hak rakyat dinikmati bersama.

hormat akan agama dan budaya, perayaan Masi Magam yang disambut selepas sebulan sambutan Thaipusam menjadikan kuil sebagai tempat tumpuan.

Dato’ Seri Dr. Zambry berkata demikian selepas menghadiri sambutan Masi Magam di Pulau PangkOR.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ R. Ganesan.

Kira-kira 30 ribu masyarakat India dari seluruh negeri membanjiri kuil berkenaan untuk bernazar dan membuang dosa dengan membawa “karagam” dan mencukur rambut.
Menariknya, masyarakat berbangsa cina juga tidak ketinggalan untuk meraikan dan mengenali perayaan ini secara bersama.

Masi Magam disambut selama tiga hari dan di jangka berakhir malam ini.

End/jaya

RTM MENINGGAL - RAMLI SAMAT

RTM MENINGGAL

Pesara kakitangan Radio TV Malaysia, Haji Mohd Ramli Samat meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh.

Beliau meninggal pada usia 70 tahun akibat sakit Pneumonia.

Allahyarham bertugas di RTM sekitar tahun 60 an dan memulakan perkhidmatannya di RTM Ipoh sebelum berpindah ke Angkasapuri.

lebih 30 tahun berkhidmat, arwah Haji Mohd Ramli adalah seorang yang aktif dalam kerjayanya.

selain pernah menjadi pembaca berita Radio dan Pengelola Siaran Suara Malaysia, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Pengarah Radio 3 Shah Alam dan Pengarah radio 3 ibu kota.

Jenazah allhyarham akan dikebumikan selepas waktu Zohor di tanah perkuburuan Rapat Setia, di Ipoh.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak,seorang lelaki dan seorang perempuan.


end//

Wednesday, February 16, 2011

KERETA TERBAKAR

KERETA TERBAKAR - IPOH

Trafik pagi yang selalunya lancar di Ipoh berubah pagi ini apabila berlaku kesesakan.

Ia di sebabkan sebuah kereta terbakar di Jalan Panglima bukit Gantang wahab.

Pemilik kereta berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berusia 40 tahun, dalam perjalanan dari rumahnya di jalan Kuala Kangsar, Ipoh menuju ke tempat kerja di Pengkalan.

Ketika melalui hadapan bangunan bandaran Ipoh, Lim mendapati keretanya berasap di bahagian depan, lalu bertindak keluar daripada kenderaannya.

Sejurus keluar, api di bahagian depan keretanya mula merebak ke keseluruhan kenderaan terbabit.

Hasil panggilan orang ramai, anggota jabatan bomba dan Penyelamat dari Ibu pejabat negeri tiba kurang daripada lima minit.

Menurut Ketua Operasinya, Manap Hashim, ketika mereka tiba dengan sebuah jentera bersama lima anggota lain, hampir 90 peratus kenderaan tersebut telahpun musnah.

Terdahulu, beberapa pekerja di bangunan bandaran ipoh cuba membantu mengawal kebakaran dengan menggunakan pemadam api, namun gagal.

END//

Saturday, February 12, 2011

JELAJAH MUZIUM- JOM SANTAI

JELAJAH MUZIUM - JOM SANTAI

Jabatan Muzium Malaysia JMM terus bergerak aktif untuk menyemarakkan 21 buah muzium diseluruh negara.

ia selaras dengan matlamat jabatan itu yang ingin menjadikan muzium destinasi yang bukan sahaja dikunjungi sekali tetapi berulang kali.

dari segi bilangan pengunjung pada tahun ini JMM menyasarkan 2.8 juta orang berbanding tahun lalu 2.7 juta pengunjung.

Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata bermula disember tahun lalu, program penjelajahan ke seluruh muzium telahpun diatur dengan kunjungan pertamanya ke Muzium Langkawi.

dalam menjadikan muzium sebagai tarikan pelancongan, program ini melibatkan penyertaan pelbagai pihak seperti media, agensi pelancongan, perhotelan, dan persatuan pemandu teksi.

jelasnya, setiap muzium akan mengatur program bercorak interaktif sebagai tarikan dan tidak hanya tertumpu pada bahan yang sedia ada di muzium tersebut.

Datuk Ibrahim ditemui selepas melancarkan program JOM SANTAI di Muzium Perak di Taiping.

Program tersebut bermula sejak semalam dan berakhir esok dengan misinya melawat dua lagi muzium iaitu muzium Matang dan muzium Arkeologi Lengging.

selepas Perak; program penjelahan akan diteruskan ke lokasi ke tiga di Labuan pada Mac depan.

end//

Friday, February 11, 2011

VEST STADIUM

VEST STADIUM

semua pintu masuk stadium akan dibuka bagi memudahkan penyokong pasukan Perak masuk ke dalam stadium.

mengulas lanjut, exco belia dan Sukan, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihak pengurusan stadium juga akan memperkenalkan laluan pintu masuk B dan E yang khusus untuk wanita dan kanak-kanak.

langkah itu untuk memastikan keselamatan peminat wanita dan kanak-kanak.

datuk Zainol Fadzi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perak PAFA berkata, dalam memupuk minat bola sepak terhadap kanak-kanak, PAFA akan menjual tiket berharga lima ringgit untuk mereka yang berusia bawah 12 tahun.

sebagai permulaan, pada perlawanan malam ini, Perak menentang negeri Sembilan, PAFA merancang menjemput pelajar-pelajar dan anak yatim menyaksikannya.

sementara itu, bagi memudahkan pembelian tiket, penjualannya akan dibuat lebih awal dengan cara terbuka di tempat-tempat awam.

datuk Zainol Fadzi ditemui selepas menyerahkan vest rasmi kepada media dan penyelia stadium di Ipoh.

Mesyuarat peringkat ahli majlis memutuskan media yang akan membuat liputan sepanjang perlawanan diarahkan menunjukkan tag sebelum ke dalam stadium melalui pintu granstand.

end//

Tuesday, February 8, 2011

PLKN - H1N1&MODUL

PLKN - datuk abdul HADI

Pihak pengurusan di kem Program Latihan Khidmat Negara, PLKN, diarah BERTINDAK SEGERA jika mendapati tahap kesihatan pelatih tidak memuaskan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menegaskan, ia sebagai pencegahan awal bagi memastikan TIADA sebarang jangkitan penyakit berlaku, khususnya penularan wabak influenza H1 N1 .

Kebimbangan itu didorong oleh situasi banjir di beberapa buah negeri ketika ini.

Selain pemantauan pegawai kesihatan, faktor penjagaan persekitaran, turut diberi penekanan oleh pihak pengurusan kem.

Ditanya mengenai kemungkinan penularan H-ONE N-ONE, di setiap kem dan kepada pelatih, beliau turut memberitahu, semua kem BEBAS daripada ancaman.

Dan walau berdepan situasi banjir, setakat ini, TIDAK ADA kem PLKN yang ditutup.

Dalam perkembangan lain, PLKN dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sedang menyelaras kandungan kalori dalam makanan yang diambil oleh pelatih.

saranan jumlah kalori antara dua ribu 500 hingga dua ribu 700.

Terdahulu, Datuk Abdul Hadi berkata demikian di Kuala Kangsar selepas meninjau pembelajaran sub modul Budaya Kerja PLKN di Kem Desa Rimba.

####
Mengenai 'Sub Modul Budaya Kerja' berkenaan, Datuk Abdul Hadi berkata, inisiatif itu ke arah melahirkan warga kerja yang professional dan berdaya saing.

Selaras dengan Pelan Transformasi Negara, sebanyak 14 aktiviti diperkenal kepada pelatih kumpulan satu siri ke- 8 tahun ini bermula akhir bulan lalu.

Modul itu, dilaksanakan dalam kelas secara praktikal dalam tempoh 5 hari.

selain memberi fokus mengenai pekerjaan dalam sector awam dan awam, pelatih turut diberi panduan dalam aspek ekonomi.

Keputusan melaksanakan sub Modal Budaya berkenaan, usulan penambahbaikkan modul PLKN sedia ada, yang diputuskan kabinet tahun lalu.

Modul itu, merangkumi pembentukkan organisasi, Pameran, Roda Kerjaya da Penghargaan.

Mengulas isu potong rambut seorang pelatih berketurunan Sikh, Datuk Abdul hadi berkata, pelatih tersebut telahpun mendaftar semula pada Isnin lalu dan kini menjalani latihan seperti biasa di kem PLKN di Sungkai.

end//

PENIPUAN DAN PEMALSUAN DOKUMEN

PENIPUAN DAN PEMALSUAN DOKUMEN

Belum pun seminggu kenyataan terakhir menteri besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengenai penipuan dan pemalsuan dokumen yang menggunakan nama dan pejabat Menteri Besar, setiausaha sulit beliau Datuk Azhar Ahmad pula mendedahkan bukti kegiatan jenayah itu di pejabatnya di Ipoh semalam.

Bukan setakat satu, bahkan dua cubaan dikesan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk mendapat untung segera.

jelas datuk azhar, Kes pertama dikesan apabila beliau dimaklumkan ketua eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (SADC) Perak yang mereka menerima satu surat yang mengatakan pejabat Menteri Besar mengeluarkan satu surat kelulusan pajakan tanah seluas 800 ekar di Mukim Kenering, Daerah Pengkalan Hulu milik perbadanan tersebut.

sehubungan itu pengesahan dibuat.

bagi kes kedua pula, melibatkan pajakan untuk tanah seluas seribu ekar bagi tanaman getah klon 2000 di Mukim Pengkalan Hulu.

dan perkara itu dikemukan Timbalan Speaker Dewan Negeri, Datuk Hee Yit Foong untuk mendapatkan pengesahan.

kedua-dua kes tersebut sudahpun dilaporkan pada polis.

berhubung kes itu, orang ramai diminta agar melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .

end//

DADAH KERIAN

DADAH KERIAN

lebih seribu 300 pil eramin lima bernilai lebih 19 ribu ringgit berjaya dirampas polis di kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata hasil risikan polis turut menahan seorang warga emas yang disyaki sebagai suspek utama.

ketika tangkapan dibuat di Jalan Pantai-Kuala Kurau, Jumaat lepas, polis menemui satu bungkus plastik hitam mengandungi 200 biji pil eramin 5
di dalam bakul motosikal suspek yang diberhentikan di tepi jalan

Hasil soal siasat lebih seribu biji lagi pil eramin ditemui rumah lelaki tersebut.

Polis juga mengsyaki lelaki berkenaan mengedar pil berkenaan sejak
setahun lalu untuk pasaran di kawasan Kerian.

warga emas berusia 61 tahun itu direman seminggu dan disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

end//

Monday, February 7, 2011

FELDA PENDIDIKAN

MRSM TROLAK

saban tahun Felda memperuntukkan 100 juta ringgit bagi memantapkan pendidikan anak-anak penerokannya iaitu generasi kedua dan ketiga.

Bukan sahaja tertakluk dalam bentuk pembelajaran di dalam kelas, namun ia merangkumi peningkatan kemahiran serta dalam bidang usahawan.

perkara itu dijelaskan Pengerusi Felda, tan Sri isa Samad. Tegas beliau tidak istilah keciciran pendidikan oleh warga peneroka seperti yang didakwa pihak tertentu.

Malah pendidikan menjadi agenda utama Felda dalam memantapkan masyarakatnya di samping membangunkan modal insan.

Tan Sri isa turut mengharapkan agar warga peneroka khususnya ibu bapa tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan hasutan yang tidak berasas.

beliau berkata demikian selepas majlis perasmian sempena pendaftaran kemasukan pelajar tingkatan satu dan empat di maktab Rendah Sains mara mrsm felda tun abdul razak di trolak.

end//

Sunday, February 6, 2011

JUMPA LEMAS SG PERAK

JUMPA LEMAS sg perak

ketiga-tiga kanak-kanak mangsa lemas di Sungai Perak berhampiran Kampung Pauh Pulai, Ara Panjang, Manong ditemui semalam.

ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritenden Abdul Ghaffar Muhammad berkata, mangsa terakhir Mohd Adza Ibrahim, 10 tahun dijumpai tengah hari semalam.

mayatnya terdampar di pulau kecil, Pulau Sematt, lima kilometer daripada tempat kejadian oleh penduduk kampung.

dua lagi mangsa dijumpai petang kelmarin dan pagi semalam.

Suhairi Nizam Baharudin, 12 tahun yang pertama ditemui bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

manakala, seorang lagi, Mohamad Imran Rosli, 10 tahun, ditemui terapung pada pukul 7.10 pagi tadi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan lebih 30 anggota Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama penduduk kampung.

dalam pukul 4 petang kelmarin, ketiga-tiga mangsa bersama
keluarga mereka mandi di sungai Perak , namun lemas, akibat dihanyutkan arus deras ketika mandi manda.

end//

Thursday, February 3, 2011

PEKERJA ASING

WARGA ASING

Majikan diharap mengambil langkah proaktif dalam memastikan tingkah laku yang lebih baik ke atas pekerja asing yang digajikannya bukan sahaja di tempat kerja tetapi di kediaman mereka.

bukan cuba mendiskriminasi golongan ini, tetapi hanya meminta secebis keprihatinan mereka dalam hidup berjiran demi keselesaan bersama.

ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, ahmad Puat Abdul hamid berkata pihaknya menerima aduan penduduk tempatan yang gusar dan tidak senang dengan segelintir sikap pekerja asing yang tidak menghormati adat dan budaya tempatan.

seperti penduduk di Taman tasek Jaya, Ipoh yang berhadapan dengan masalah itu, mereka merasakan tiada lagi ruang untuk mereka menjalankan aktiviti harian dengan selesa.

sehinggakan ada yang merasakan keselamatan anak mereka terancam.

sebagai langkah pencegahan; anggota polis dan penguatkuasa tempatan membuat rondaan.

bagaimanpun, adalah juga diharapkan agar penduduk perumahan berkenaan mengambil insiatif untuk memantapkan rukun tetangga.

end//

Monday, January 31, 2011

ISU TANAH MERU RAYA

ISU TANAH - MCA NAFI

tidak pernah dimiliki atau menjadi milik sama ada MCA atau UMNO berhubung isu tanah seluas 2.4 hektar di Meru Raya, Ipoh seperti yang didakwa Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

tampil memberi penjelasan itu, Ketua Pemuda MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

tegas beliau, biarpun ada pertemuan dan perbincangan dibuat dengan PCB sendirian berhad iaitu syarikat yang terlibat dengan projek pembangunan di Meru Raya, namun tiada sebarang persetujuan atau perjanjian yang diputuskan.

justeru, Datuk Dr Mah menyifatkan pembohongan itu suatu fitnah yang semata-mata mencari publisiti murahan tanpa mengemukan fakta dan bukti yang jelas.

oleh yang demikian, Datuk dr Mah meminta ahli parlimen Gopeng itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

menyelar fitnah itu, Ketua Pegawai Eksekutif PCB Sdn Bhd, encik Ibrahim Yaacob tampil membuat kenyataan.

beliau berkata, ke arah menjadikan Meru Raya sebagai pusat cyber, tawaran untuk memajukan tanah di kawasan tersebut dibuka kepada semua pihak.

namun melihat kepada kredibiliti dan keyakinan ke atas MCA dan UMNO negeri, PCB mengadakan perbincangan pada November 2007 lalu.

namun, tiada sebarang persetujuan dibuat.

pada sidang media yang sama yang diadakan di Ipoh, Datuk bandar,Datuk roshidi hashim tampil memaklumkan kedudukan status tanah tersebut yang dikatakan masih masih di bawah PCB.

malah pihaknya juga tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada MCA mahupun UMNO untuk memajukan tanah tersebut.

end//

JETI KG SG PINANG PANGKOR

JETI PANGKOR 31.1.2011

mulai hari ini, Jeti Kampung Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor akan mula beroperasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry berkata, keputusan itu diambil bagi menampung jumlah pengunjung yang datang ke pulau itu menjelang Tahun Baru Cina.

mengulas lanjut, biarpun proses terakhir menaiktaraf jeti itu masih belum selesai namun ia sudah boleh digunakan. jaminan itu dimaklumkan Jabatan Kerja Raya JKR.

dengan peruntukkan bernilai 1.9 juta ringgit, pembinaan jeti kampung sungai Pinang itu bagi menampung kepadatan yang berlaku di jeti sedia ada.

Datuk Seri Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor menerima maklum balas positif daripada penduduk tempatan yang berpuas hati dengan pembinaan jeti tersebut dan keputusan memulakan operasi jeti itu hari ini.

beliau berkata demikian ketika turun padang di Pulau pangkor.

end//

Sunday, January 30, 2011

OPS SAMSENG JALANAN

OPS SAMSENG JALANAN

Lima pemandu dan seorang penunggang motosikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar bandaraya Ipoh yang bermula malam hingga awal pagi tadi.

operasi dijalankan di Jalan Raja Dihilir, Jalan Kuala Kangsar, Jalan Pasir Puteh dan Jalan Jelapang

Ketua Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata mereka yang ditahan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 54A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dibawah pengaruh alkohol dan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

dalam operasi itu juga, polis mengeluarkan 52 saman bagi pelbagai kesalahan antaranya melanggar lampu isyarat, tiada lesen memandu, memandu mengunakan telefon bimbit, tiada cukai jalan, lesen memandu tamat tempoh, mengubahsuai ekzos, tiada cermin sisi dan meletakan kereta ditempat yang tidak dibenarkan.

Ops Samseng Jalanan itu melibatkan 57 anggota termasuk polis trafik, MPV dan anggota Rela.

end//

DS HUSNI - BAKUN

DS HUSNI BAKUN

empangan BAKUN di Sarawak, kerajaan persekutuan berhasrat mempercepatkan penyelesaian kes pemilikan projek itu bagi memastikan beberapa projek tidak tergendala.

menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, buat masa ini, kementeriannya dalam proses perbincangan ’due diligence’ dengan kerajaan negeri Sarawak.

selain mencari jalan penyelesaian, perbincangan tersebut juga akan memastikan nilai projek berkenaan.

Tahun lepas, Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan hasrat membeli empangan BAKUN dengan harga 6 bilion ringgit dan bersedia meningkatkan bidaan kepada 7 bilion ringgit bergantung kepada kaedah pembayaran.

mengulas alnjut, Datuk Seri Ahmad Husni berkata Indonesia dilihat berminat untuk mendapatkan bekalan tenaga elektrik dari empangan berkenaan khususnya untuk disalurkan ke Kalimantan.

Datuk Seri Ahmad Husni berkata demikian selepas menyampaian majlis sumbangan bantuan kepada warga Emas sempena Tahun Baru Cina di Parlimen Tambun.

empangan BAKUN yang dijangka siap tahun depan mampu menghasilkan 2-ribu 400 megawatt tenaga elektrik itu.

end//

Saturday, January 29, 2011

DATUK BANDAR-TANJUNG RAMBUTAN

[[BERITA]]
26.1.2011

[[READER]]

Peruntukan berjumlah 5.8 juta ringgit telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan infrasturktur dikawasan Pekan Kecil Tanjung Rambutan.

Ia bertujuan bagi menyediakan kemudahan asas yang terbaik untuk penduduk bagi membolehkan mereka menjalankan kehidupan seharian dengan lebih baik dan selesa.

Vt [[ Vcg : Tanjung Rambutan , Perak ]]

Datuk Bandar Ipoh , Dato Roshidi Hashim berkata wang ini akan digunakan bagi membina sebuah pasar baru, sebuah kawasan gerai makan dan juga dewan serbaguna.

Ia berdasarkan kepada keperluan penduduk yang semakin meningkat terutamanya dengan pembukaan Kolej Perubatan disini yang menempatkan hampir 4 ribu pelajar dan guru.

Pelan pembangunan mengenainya sudah pun disiapkan dan jika tiada apa-apa penghalang projek pembinaan akan mula dijalankan dalam masa 3 bulan lagi.

Dato Roshidi Hashim berkata demikian selepas merasmikan Perhentian baru Bas Tanjung Rambutan.

Perhentian bas yang bernilai 25 ribu ringgit itu telah mula dibina pada 29 November 2010 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2010.

Sebelum ini kawasan pekan kecil Tanjung Rambutan tidak memiliki sebarang perhentian bas dan diharapkan pembinaanya nanti akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

DATUK BANDAR-KAUNTER

[[BERITA]]
26.1.2011

[[READER]]

Kini penduduk yang berada di sekitar Bandaraya Ipoh tidak perlu lagi beratur panjang untuk melunaskan segala bil mereka di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ini kerana MBI telah mengambil initiative untuk membuka ``Kaunter Pandu Masuk`` bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada warga kota yang sibuk.

Vt [[ Vcg : Tanjung Rambutan , Perak ]]

Datuk Bandar Ipoh , Dato Roshidi Hashim berkata pihaknya telah membelanjakan hampir 95 ribu ringgit bagi tujuan pengubahsuaian kaunter tersebut.

Kaunter ini direka khas dengan ciri-ciri keselamatan untuk pengguna dan juga petugas MBI bagi melaksanakan tugasan dengan lebih baik dan berkesan.

Jelasnya , kaunter akan beroperasi pada jam 8.15 pagi sehingga 3.30 minit petang setiap hari isnin sehingga Khamis.

Manakala bagi hari Jumaat kaunter akan dibuka bermula jam 8.15 minit pagi sehingga 11.45 pagi bagi membolehkan umat islam mengerjakan solat Jumaat dan akan dibuka semula 2.45 petang sehingga 3.30 minit petang.

Dato Roshidi Hashim berkata selepas di temui pemberita di Ipoh.

Ujarnya lagi, kaunter pandu masuk ini menerima penbayaran bil melalui wang tunai atau pun melalui cek.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER















KAUNTER MBI 27.1.2011
8 PAGI


Kini penduduk yang berada di sekitar Bandaraya Ipoh tidak perlu lagi beratur panjang untuk melunaskan segala bil mereka di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ini kerana MBI telah mengambil initiative untuk membuka ``Kaunter Pandu Masuk`` bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada warga kota yang sibuk.

Datuk Bandar Ipoh , Dato Roshidi Hashim berkata pihaknya telah membelanjakan hampir 95 ribu ringgit bagi tujuan pengubahsuaian kaunter tersebut.

Kaunter itu direka khas dengan ciri-ciri keselamatan untuk pengguna dan juga petugas MBI bagi melaksanakan tugasan dengan lebih baik dan berkesan.

Jelasnya , kaunter akan beroperasi pada jam 8.15 pagi sehingga 3.30 minit petang setiap hari isnin sehingga Khamis.

Manakala bagi hari Jumaat kaunter akan dibuka bermula jam 8.15 minit pagi sehingga 11.45 pagi bagi membolehkan umat islam mengerjakan solat Jumaat dan akan dibuka semula 2.45 petang sehingga 3.30 minit petang.

Dato Roshidi Hashim berkata selepas di temui pemberita di Ipoh.

Ujarnya lagi, kaunter pandu masuk itu menerima pembayaran bil melalui wang tunai ataupun melalui cek.

end

NIZAR-NIAK AZIZ

[[BERITA]]
28.1.2011

[[READER]]

Tuduhan Mursyidul Am Pas Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa sesiapa yang tidak mengundi PAS di Tenang sebagai golongan Jahilliah mendapat perhatian dan reaksi pelbagai pihak.

Ada yang menyifatkan ianya sebagai 1 lagi mainan politik pembangkang yang sudah ketandusan isu untuk dibahaskan bagi meraih sokongan rakyat.

Vt [[ Vcg : Parit , Perak ]]

Bagi Ahli Parlimen Parit , Drs Nizar Zakaria sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihanraya pembangkang akan memainkan pelbagai isu untuk berkempen termasuklah yang berkaitan dengan agama.

Ia merupakan satu ungkapan yang berniat buruk dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang guru agama yang sangat dihormati dalam memperjuangkan agama islam.

Tindakan ini jelas mahu mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan yang selama ini sudah berjaya membela dan mengubah nasib mereka yang berada dalam kesusahan.

Jelas Drs Nizar Zakaria beliau mahu rakyat khususnya yang beragama islam bertindak secara rasional dan elakkan daripada berpecah-belah kerana perkara ini.

Beliau berkata demikian di Parit.

END//AZRUL HAKIMIE ANUER

ZAHID-RUMAH

[[BERITA]]
28.1.2011

[[READER]]

Peruntukan sebanyak 500 ribu ringgit telah diberikan kepada Parlimen Bagan Datoh dalam usaha membaiki rumah penduduk yang rosak dan memerlukan perhatian segera.

Wang tersebut merupakan sumbangan daripada 1 Malaysia Development Berhad sebuah organisasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Vt [[ Vcg : Bagan Datoh , Perak ]]

Ahli Parlimenya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dijangkakan 130 buah rumah akan dibaik pulih diseluruh Bagan Datoh melalui program ini.

Setiap rumah akan mendapat peruntukan sebanyak 5 ribu ringgit bagi tujuan membaik pulih bumbung, dinding, lantai dan sebagainya.

Ia bagi membolehkan penduduk dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa.

Jelasnya, kerja-kerja membaik-pulih ini akan dijalankan secara gotong-royong hasil bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia ATM.

Dijangka kesemua rumah tersebut akan siap dibaik-pulih sepenuhnya dalam masa 3 bulan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas mengadakan walkabout disekitar Bagan Datoh.

Ujarnya lagi peruntukan ini akan diberikan kepada golongan miskin yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama selaras dengan konsep 1 Malaysia.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

PAC-PEMINJAM

[[BERITA]]
29.1.2011

[[READER]]

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak mahu Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri Perak memberi penjelasan berhubung kegagalannya mengutip semula tunggakan bayaran pinjaman pembelajaran.

Tunggakan tersebut melibatkan anggaran nilai 27.6 juta ringgit sejak tahun 1981 lagi.

Vt [[ Vcg : Ipoh , Perak ]]

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dari laporan jabatan tersebut dikatakan tidak mempunyai maklumat dan senarai terkini peminjam.

Selain itu, ia juga gagal mengambil tindakan untuk menuntut semula bayaran pinjaman daripada pihak yang terbabit.

Jelasnya, sebanyak 181 peminjam telah dikenal pasti masih belum melunaskan semula hutang tersebut sejak 30 tahun lalu.

Difahamkan masalah ini berpunca daripada jabatan yang gagal mengambil langkah proaktif mengesan dan mengambil langkah tegas seperti dilaksanakan agensi pembiaya pelajaran lain.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Perak di Ipoh.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

ZAHID-ATM

[[BERITA]]
29.1.2011

[[READER]]

Negara-negara luar kini sudah mula mengiktiraf Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia hasil peranan penting yang dimainkannya dalam misi pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Vt [[ Vcg : Bagan Datoh , Perak ]]

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini telah dibuktikan apabila ATM melaksanakan misi Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lubnan.

Selain mengawal keamanan, ATM turut mengadakan program Jiwa Murni seperti membina masjid, jalan dan sekolah di kawasan yang mereka berkhidmat di luar negara.

Ianya mendapat sambutan dan diterima baik di kalangan penduduk Islam dan Kristian serta pasukan tentera Lubnan.

Ujarnya sehubungan itu, pihak Unifel telah memberi mandat kepada ATM untuk berada di bahagian hadapan bagi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di kawasan yang menghadapi konflik.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas mengadakan gotong royong membaiki rumah orang miskin di Bagan Datoh.

Tambahnya lagi, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada kaedah yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan.

ATM berterima kasih kepada Perdana Menteri yang begitu prihatin serta meluluskan peruntukan tambahan untuk ATM bergerak di peringkat antarabangsa.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

Thursday, January 27, 2011

APMM TANGKAPAN - JAN 2011-

APMM TANGKAPAN

ketika sedang menjalankan aktiviti tangkapan ikan di perairan negara, 41 nelayan ditahan berikutan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri serta lesen menangkap ikan yang sah.

Tangkapan pertama tahun ini oleh agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut merampas muatan ikan jenis kerisi dan tongkol kira-kira 0.5 tan.

dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3, Kapten Ang Cheng Hwa berkata tangkapan dibuat Selasa lalu dari jarak 25 batu nautika dari Pulau Jarak.

bot tersebut ditahan KD Kinabalu kapal milik TLDM yang mendapati, bot asing itu berasal dari Tanjung Balai Indonesia dan menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat jerut.

menurut Kapten Ang lagi, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 58 tahun termasuk seorang tekong.

kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985.

Jika sabit kesalahan, tekong boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan bagi setiap awak-awak denda 100 ribu ringgit.

end//

Wednesday, January 26, 2011

GEMPUR NKRA

GEMPUR NKRA

sejak November lalu program Gempur NKRA digerakkan, hampir 50 peratus daripada 222 kawasan parlimen di seluruh negara telahpun dipantau.

di bawah kementerian pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat program itu merupakan suatu usaha turun padang dalam menyalurkan bantuan secara terus kepada golongan miskin dan miskin tegar.

menurut ketua setiausahanya, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, kementerian kini sedang berhubung dengan mereka yang terlibat di kawasan parlimen yang lain dan sasaran pemantauan itu selesai sebelum bulan Jun depan.

Gempur NKRA itu termasuklah di Sabah dan Sarawak.

sementara itu Datuk Dr noorul Ainur menjelaskan hasil pelaksanaan program sebegitu, kementerian yakin jumlah miskin tegar dapat dikurangkan.

berdasarkan data senarai e kasih pada tahun lalu, sebanyak 44 ribu 643 orang miskin tegar berjaya disifarkan.

beliau ditemui baru-baru ini ketika program Gempur NKRA yang diadakan di PArlimen Tambun.

end//

TUTUP IMIGRISEN tahun baru cina

TUTUP IMIGRISEN

sempena dengan cuti sambutan Tahun Baru Cina minggu depan, beberapa Jabatan Imigresen Negeri akan ditutup sementara bermula 3 Februari.

antaranya termasuklah di Perak.

dalam satu kenyataan; Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata operasi kaunter ditutup hingga 6 februari depan.


justeru jika terdapat sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di talian 03-88801555 atau 03-88801556.


end//

RAMPASAN DVD IPOH

RAMPASAN DVD

taktik terbaru pengedar vcd dan dvd haram menggunakan khidmat syarikat kurier akhirnya terbongkar dalam satu serbuan di Ipoh pagi tadi.

serbuan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK itu berjaya merampas lebih enam ribu keping vcd dan dvd haram .

Menurut Penolong Pengarahnya, Zulkifli Yaakob serbuan dibuat berdasarkan maklumat orang ramai dan risikan ke atas sebuah premis syarikat kurier di Bandar Ipoh Raya.

ketika serbuan; beberapa pekerja syarikat tersebut sedang menyusun 10 kotak mengandungi vcd dan dvd lucah dan haram bernilai kira-kira 70 ribu ringgit.

siasatan mendapati pengedar vcd berkenaan mengisytiharkan kandungannya sebagai alat ganti kenderaan.

jelas Zulkifli lagi, kesemua bungkuasan kiriman itu dialamatkan di lima alamat berbeza sekitar bandaraya Ipoh. justeru pemeriksaan akan dijalankan.

kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987.

pada penemuan itu juga, KPDNKK akan menjalankan pemeriksaan keatas syarikat-syarikat kurier bagi mengesan modus operandi menghantar vcd menerusi syarikat terbabit.

end//

Tuesday, January 25, 2011

DELEGASI LAMPUNG

DELEGASI LAMPUNG

di bawah pelaksanaan pertumbuhan segi tiga Indonesia- Malaysia- Thailand
IMTGT, Perak terus mempereratkan hubungan dengan wilayah Lampung, Indonesia.

bukan sahaja dari aspek diplomatic, hubungan itu dijalinkan dalam mencari peluang memantapkan dagangan dan ekonomi.

Menteri Besar datuk seri dr zambry abdul kadir, yang menerima kunjungan daripada Gabenor Lampung, Sjachroedin Abdin mengadakan perbincangan mengenai kerjasama pelaburan dalam sektor hidro dan pertanian.

sementara itu, Sjachroedin berkata kunjungannya itu adalah kali kedua selepas Selangor dalam membincangkan kerjasama perdagangan dalam sektor terbabit.

delegasi kali ini turut disertai 14 pegawai wilayah Lampung serta para pengusaha.

pada sebelah malamnya, kesemua mereka menghadiri majlis makan malam di Kediaman Rasmi menteri besar di Ipoh.

Lampung adalah sebuah wilayah yang terletak di Sumatera dilihat berpotensi dalam sector agrikultur.

end//baizura

BALAI BOMBA BARU

BALAI BOMBA BARU

Perak antara enam negeri yang bakal menerima satu lagi balai bomba baru yang dirancang dibina di Jelapang; telahpun diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Dato’ Wan Mohd Nor Ibrahim berkata langkah itu dapat memastikan setiap kawasan menerima tempoh respon yang lebih cepat daripada pihaknya.

ia sekaligus dapat mengurang jumlah kos kerugian yang dialami dalam sesuatu kejadian.
tahun lalu, statistik kebakaran dan kecemasan yang berjaya diselesaikan meningkat kepada 55 ribu kes dengan kadar kehilangan harta hampir 50 peratus.

Jelas Datuk Wan Mohd Nor lagi, matlamat itu selaras dengan misi jabatan dengan menetapkan tempoh respon 10 minit untuk setiap anggota bertindak ke atas setiap kes kecemasan.

beliau berkata demikian di Ipoh.

sebagai langkah meningkatkan perkhidmatan jabatan, beberapa balai bomba yang dikenal apsti akan dinaiktaraf dalam tempoh lima tahun ini.


end//