Monday, August 29, 2011

PEMANTAUAN MERCUN RAYA

PEMANTAUAN MERCUN

bagi memastikan keselamatan dan mengekang aktiviti penyeludupan mercun di negeri ini sempena hari raya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak akan mengetatkan lagi kawalan dan pemantauan.

Ketua Polisnya, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya sudahpun mengarahkan kesemua Ketua Polis Daerah dan balai seluruh negeri meningkatkan tahap pemantauan serta penguatkuasaan terhadap penjualan bahan merbahaya tersebut.

selain membuat pemantauan di kedai-kedai runcit dan bazaar Ramadhan; turut dilaksanakan pemeriksaan yang lebih ketat di pintu masuk negeri ini atau di sempadan.

usaha berkenaan juga mendapat kerjasama agensi berkaitan seperti pihak Kastam dan imigresen.

Datuk Shukri memaklumkan pada tahun ini belum ada tangkapan yang dibuat berhubung penjualan dan penyeludupan mercun secara besar-besaran dan ia satu perkembangan yang positif.

bagaimanapun; peniaga yang mempunyai premit sah dibenarkan menjual mercun dan bunga api mengikut senarai yang dibenarkan sahaja.

beliau berkata demikian di Ipoh baru-baru ini.

End//baizura

Thursday, August 11, 2011

FELCRA AGIHAN

FELCRA AGIHAN

Durian Runtuh buat peserta Felcra Berhad yang bakal dinikmati sebelum akhir tahun ini.

ia susulan unjuran perolehan bagi tahun 2011; dijangka meningkat kepada 200 juta ringgit.

Pengerusinya; Datuk tajuddin Abdul Rahman berkata; unjuran tahun ini boleh mencaapai 900 juta ringgit berbanding tahun lepas 700 juta ringgit.

faktor tersebut didorong dengan kenaikan nilai komoditi sawit yang ditunjukkan sejak awal tahun amat memberangsangkan iaitu mencecah sehingga 700 ringgit per tan metric.

Jelas Datuk Tajuddin; pihaknya terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat pada 22 ogos ini sebelum sebarang pengumuman dibuat.

beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 130 anak yatim dan 55 warga emas sekitar Perak di Ipoh.

dalam pada itu; Datuk tajuddin turut mengumumkan pengagihan dividen peringkat keempat bagi perolehan 2010 untuk peserta di Perak akan diagihkan minggu depan.

dengan nilai 28 juta ringgit; agihan terakhir tersebut melibatkan 19 ribu 800 peserta Felcra.

disifatkan sebagai bonus Hari Raya; setiap daripadanya dianggarkan akan menerima antara 2 ribu hingga 3 ribu ringgit.

end//baizura



Sunday, August 7, 2011

BUNUH MENGELEMBU

BUNUH MENGELEMBU

dalam tempoh 24 jam; seorang lagi warga emas maut dalam satu kejadian samun di negeri ini.

sekitar pukul 2 pagi tadi; kejadian samun dan bunuh berlaku di Taman Buntung Ria; Mengelembu; Ipoh melibatkan seorang lelaki Looi Kim Loong, 67 tahun.

ketika kejadian; mangsa bersama dengan isteri dan anaknya turut berada di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat mangsa ditemui keluarganya selepas mendengar bunyi bising dibilik mangsa.

Hasil pemeriksaan, didapati terdapat kesan cedera dibahagian leher mangsa yang dipercayai di tikam dengan objek tajam.

mayat Kim Loong kemudiannya di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

bagaimanapun; ahli keluarga mangsa yang lain tidak mengalami kecederaan. Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Datuk Dzuraidi memaklumkan setakat ini tiada tangkapan dibuat; dan orang ramai yang mengetahui kejadian berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen di talian 245 1222.

dalam tempoh seminggu berlaku 3 kes samun dan bunuh.

semalam; kejadian melibatkan seorang warga emas maut di Parit Buntar manakala Khamis lalu melibatkan pembunuhan Timbalan Pengarah Veterinar Perak Dr Rohani Kasim di Tambun; Ipoh.

end//

Wednesday, August 3, 2011

POLIS DADAH

HUKUM DADAH

di Ipoh; seorang bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan memiliki dadah seberat 39.2 gram.

Majistret Nurul INtan Farena Zainal Abidin menetapkan hukuman berkuatkuasa hari ini.

Bagaimanapun; tertuduh yang ditemani pegumabela Ranjit Singh Sindhu membuat permohonan menfailkan rayuan penangguhan hukuman di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Majistret Nurul INtan Farena membenarkan permohonan berkenaan dengan menetapkan wang jaminan ditambah kepada 5 ribu ringgit.

terdahulu; Timbalan pendakwaraya Mohd Al – Hirzan Mahamad Akhir meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh ekoran perbuatannya sebagai seorang anggota polis telah mencalarkan imej polis.

pada Januari tahun lalu; tertuduh 43 tahun ditahan di sebuah pusat mencuci kereta sekitar Ipoh kerana bersamanya terdapat dadah jenis Cannabis.

kesalahan tersebut didakwa mengikut seksyen 6 akta dadah merbahaya 1952.

sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak kurang 3 kali dan tidak lebih 9 kali.

end//

MAHKAMAH BUNUH

MAHKAMAH BUNUH

sementara itu; di Mahkamah Seksyen Ipoh pula tiga rakan mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

tertuduh berusia antara 18 hingga 36 tahun itu ditahan 22 julai lalu di sebuah restoran sekitar Ipoh turut didakwa terlibat dalam satu pergaduhan sehingga menyebabkan kematian tersebut.

r.Ganesan; S.Sivakumar dan hasyim Jaganthan Abdullah didakwa dengan niat membunuh S.Sunther yang pernah berkhidmat sebagai anggota polis.

kejadian antara pukul 10 hingga 12 tengah malam itu yang bermula dengan tercetusnya pertelingakaran antara mereka mengundang kematian si mati yang berusia 50 tahun akibat cedera parah di kepala.

kesalahan tersebut dilakukan mengikut seksyen 304 (a) kanun keseksaan.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin 8 ribu ringgit seorang dengan seorang penjamin.

sebutan semula kes ditetapkan 27 september depan.

terdahulu peguambela; Ranjit Singh Sindhu memohon pengurangan nilai jaminan daripada 20 ribu ringgit seorang.

alasannya tertuduh dengan si mati mempunyai hubungan sebagai rakan dan pergaduhan itu adalah atas dasar tersebut.

end//

Tuesday, August 2, 2011

MERDEKA RAMADHAN

MERDEKA RAMADHAN

Program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan kali ini berkonsep mengimarahkan masjid dan surau yang terpilih.

bermula semalam sehingga 14 ogos; kesemua agensi di bawah Jabatan Penerangan Negeri Perak termasuk RTM Perak terlibat menjayakan konvoi di 11 daerah seluruh negeri.

menurut Urusetia Program Sazali Ghazali; selain menyebarkan jalur gemilang konvoi kali ini akan meraikan anak-anak yatim dan penduduk kampung menerusi majlis berbuka puasa.

seterusnya disertai dengan menyempurnakan ibadah tarawih dengan pemimpin tempatan serta menyampaikan sumbangan bantuan.

Bagi menjayakan kempen kibar jalur gemilang pula; Sazali berkata sebanyak 300 jalur gemilang akan diedarkan di setiap lokasi.

justeru; masyarakat tempatan boleh mendapatkannya di lokasi yang ditetapkan.

bagi mengetahui persinggahan; mereka boleh mendengarkan laporan Skuad Ronda RTM Perak menerusi saluran radio Perak FM.

semalam; surau insaniah Kampung Sungai Tapah Tambahan; Gugusan Manjoi menjadi lokasi pertama singgahsana.

Majlis dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Manjoi; Datuk Nadzri Ismail.

Dan hari ini; konvoi tersebut akan ke Selatan Perak iaitu ke masjid Jamek Sungai Dara; Tanjung Malim.

end//baizura