Wednesday, February 15, 2012

PELUANG KARTUNIS

PELUANG KARTUNIS

penggiat industri kreatif khususnya kartunis seharusnya sedar akan peluang yang ada seperti peruntukkan dana buat mereka agar bakatnya dapat diperluaskan.

sebagai tunjang utama dalam dunia animasi, mereka harus bijak mencipta dan merebut peluang seperti yang ditawarkan Suruhanjaya Multimedia Malaysia SKMM.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan menyarankan para kartunis menjaga hak mereka.

pernah bergelar sebagai kartunis “ Chek” suatu ketika dahulu, beliau menyifatkan idea dan bakat kartunis itu tidak seharusnya dipertaruhkan demi kepentingan pihak lain.

beliau yang juga Pengerusi Kolej Poly Tech Mara KPTM berkata, sebagai pelapis industri kreatif, pelajar perlu menjadikan diri mereka releven dengan industri itu kerana ia satu bidang yang luas.

datuk Sohaimi ditemui pada bengkel kerjaya dan animasi bersama kartunis Konsortium Cartoonist at Work CAW di KPTM Ipoh.

menerusi dana 5 juta ringgit yang diterima Konsortium C-A-W daripada SKMM, dijangka 9 atau 10 produksi animasi akan disiarkan menerusi RTM dan stesen tv yang lain mulai tahun depan.

end//baizura

Tuesday, January 31, 2012

BR1M ORANG ASLI

BR1M ASLI 31.1.2012


Tidak berjudi dan menyalahgunakan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M.

ingatan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN LINtang, Datuk Ahmad Pakeh Adam khasnya buat masyarakat orang asli yang menerima bantuan berkenaan.

Beliau yang ditemui pada majlis penyampaian BR1M kepada masyarakat orang asli di Kg Bawong Sg Siput berkata, pihak berkuasa ada penerima bantuan itu ditahan atas kegiatan yang tidak berfaedah.

Sementara itu, bagi orang asli yang ditolak permohonannya ; Datuk Ahmad Pakeh meminta mereka mengumpulkan surat berkenaan.

ia untuk memudahkan pihaknya membantu mereka membuat semakan semula di Lembaga Hasil Dalam negeri LHDN.

untuk fasa pertama pengagihan BR1M di DUN Lintang, seramai 10 ribu orang layak menerima termasuk golongan orang asli.

pengagihan BR1M di perkampungan orang asli pagi tadi mendapat kerjasama Bank Simpanan Nasional BSN dan Jabatan kemajuan Orang Asli JAKOA.

END##baizura