Wednesday, February 15, 2012

PELUANG KARTUNIS

PELUANG KARTUNIS

penggiat industri kreatif khususnya kartunis seharusnya sedar akan peluang yang ada seperti peruntukkan dana buat mereka agar bakatnya dapat diperluaskan.

sebagai tunjang utama dalam dunia animasi, mereka harus bijak mencipta dan merebut peluang seperti yang ditawarkan Suruhanjaya Multimedia Malaysia SKMM.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan menyarankan para kartunis menjaga hak mereka.

pernah bergelar sebagai kartunis “ Chek” suatu ketika dahulu, beliau menyifatkan idea dan bakat kartunis itu tidak seharusnya dipertaruhkan demi kepentingan pihak lain.

beliau yang juga Pengerusi Kolej Poly Tech Mara KPTM berkata, sebagai pelapis industri kreatif, pelajar perlu menjadikan diri mereka releven dengan industri itu kerana ia satu bidang yang luas.

datuk Sohaimi ditemui pada bengkel kerjaya dan animasi bersama kartunis Konsortium Cartoonist at Work CAW di KPTM Ipoh.

menerusi dana 5 juta ringgit yang diterima Konsortium C-A-W daripada SKMM, dijangka 9 atau 10 produksi animasi akan disiarkan menerusi RTM dan stesen tv yang lain mulai tahun depan.

end//baizura

No comments:

Post a Comment