Thursday, May 27, 2010

MY SMS MBI

SMS-27.05.2010

Warga Ipoh kini boleh berhubung secara interaktif dengan Majlis Bandaraya Ipoh
dengan pelancaran ‘My SMS MBI’menerusi nombor 15888.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata 13 jenis perkhidmatan disediakan melalui ‘MySMS’. Antaranya semakan kompaun, semakan bil cukai taksiran, aduan dan semakan status aduan.

Permohonan bagi mendapatkan borang petak letak kereta, pemohonan petak khas, sewaan kompleks sukan MBI, tiket bermusim dan tukar alamat cukai taksiran juga boleh dibuat menerusi sistem ini. Borang akan dihantar kepada emel pengguna.

MBI akan mengambil tindakan bergantung kepada tahap keseriusan masalah tersebut.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Khas dan Anugerah
perkhidmatan cemerlang anggota Majlis bandaraya Ipoh (MBI) 2009 di Ipoh.

Sistem pesanan ringkas (SMS) ini adalah insiatif Majlis Bandaraya Ipoh dalam membantu orang ramai demi meningkatkan prestasi perkhidmatan.

Pengguna dikenakan caj 35 sen bagi setiap SMS.

Sebanyak 127 buah agensi kerajaan telah menggunakan perkhidmatan SMS ini.

End//

No comments:

Post a Comment