Monday, May 17, 2010

nelayan pangkor-bantuan

Nelayan pesisir pantai di Pulau Pangkor boleh menarik nafas lega kerana Kementeri Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu mereka menyelesaikan beberapa masalah yang dialami.

Initiatif ini diambil bertujuan bagi meningkatkan pendapatan mereka disamping menjana ekonomi baru melalui perniagaan hasil laut.

Timbalan Menteri berkenaan Dato Wira Johari Baharum berkata masalah kemiskinan ini timbul kerana kebergantungan terhadap hasil laut yang tidak menentu dan tiada sumber pendapatan sampingan.

Pihaknya akan membantu para nelayan ini untuk menghasilkan produk berasaskan hasil laut dan memasarkanya keseluruh pasaraya dalam negara.

Disamping itu, perbincangan turut akan diadakan bagi membantu beberapa kumpulan nelayan untuk mendapatkan kemudahan bot laut dalam.

Jelasnya lagi , beliau juga akan mencadangkan kepada Kementerian Pertanian dan LKIM dibawah projek bumi hijau dan tanaman fertigasi bagi penduduk mengeluarkan sayuran sendiri untuk pasaran di Pulau Pangkor.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri larian amal 1 Perak di Pulau Pangkor.

end

No comments:

Post a Comment