Tuesday, October 27, 2009

JAMBATAN RUNTUH




22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang digunakan runtuh pada pukul 10.30 malam tadi.

Jambatan gantung besi yang baru disiapkan itu digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang.

Menurut jurucakap polis, kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

end

No comments:

Post a Comment