Thursday, October 8, 2009

KD SRI INDERAPURA TLDM TERBAKAR

KD Sri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut.

Ia merupakan kapal dari skuadron LST iaitu kapal pendarat kereta kebal dan pasukan amfibi itu dijadualkan belayar ke malaysia timur pada 12 oktober ini untuk penghantaran barang-barang logistik ke markas wilayah laut 2, kota kinabalu, sabah.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh cawangan perhubungan awam TLDM menyatakan, semasa kejadian seramai 77 orang anggota termasuk 6 pegawai dan 22 pelatih sedang bertugas.

Pihak bomba TLDM masih mengawal kebakaran sehingga kini dan dibantu oleh 2 jentera bomba dari manjung dan sebuah dari sitiawan. Turut membantu adalah pasukan Agensi Penguatkuasaan maritim malaysia (APMM), Boustead Naval Shipyard dan Bot tunda awam.

Kebakaran ini tidak melibatkan kemalangan jiwa.

KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar TLDm mempunyai kelajuan 20 knot, mempunyai berat 4975 tan dan panjangnya 159.2 meter itu dibina pada tahun 1970 telah ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada tahun 1995.

Sementara itu, di Port Dickson, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi mengesahkan tiada unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Siasatan awal mendapati kebakaran berlaku akibat lintar pintas. Berikutan kejadian itu, TLDM menubuhkan sebuah lembaga siasatan yang diketuai seorang pegawai berpangkat kolonel untuk mengenalpasti punca kebakaran.

End// ainon

No comments:

Post a Comment