Friday, October 9, 2009

KUMPULAN PERTAMA ASKAR WATANIAH

Hasrat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan kompeni askar wataniah di setiap parlimen di perak akhirnya terlaksana.

222 kawasan parlimen di negara ini, hanya 97 kawasan telah dilancarkan dengan kekuatan 100 anggota di setiap kawasan. Selebihnya akan dilancarkan secara berperingkat sehingga 2011.

Penubuhan askar itu akan memberi pendedahan kepada orang awam tentang aktiviti, latihan dan tugas anggota tentera dan hubungan baik diantara warga awam dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat dipertingkatkan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan kumpulan pertama kompeni askar wataniah kawasan parlimen perak selatan di Bagan Datoh, Perak. Hadir sama, ketua setiausaha kementerian pertahanan, Datuk Abu Bakar Abdullah.

Jelasnya, penubuhan askar wataniah sebagai lapisan kedua dalam pertahanan negara memerlukan komitmen yang jitu dari ahli-ahli parlimen dan pemimpin masyarakat setempat bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai paras keanggotaan yang diperlukan.

Perak kini mempunyai 5 kawasan yang menempatkan kompeni askar wataniah iaitu di Kampar, Lumut, Pasir Salak, Teluk Intan dan Bagan Datoh.

Kerajaan juga turut memberi perhatian dari segi pembangunan dalam memantapkan keupayaan tentera darat sejajar 1 Malaysia, 1 Wataniah, 1 Wawasan.

End// AINON

No comments:

Post a Comment