Sunday, October 4, 2009

LEMBAH PELANCONGAN DI TAMBUN

Berita baik kepada penanam limau tambun di Ipoh

Kerajaan negeri akan mengumumkan untuk menjadikan kawasan limau tambun di perak sebagai lembah pelancongan yang menarik dan menjadi daya tarikan baru ke negeri itu.

Menteri besarnya, Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kajian profesor dari taiwan mendapati kawasan penanaman limau tambun itu berpotensi untuk didirikan resort-resort dan bukannya hanya memasarkan buah-buahan sahaja.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui ahli exconya, Dato' Dr. Mah Hang Soon telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak penanam dan sedia membantu memberi kawasan serta penambahbaikan bagi merealisasikan produk pelancongan tersebut.

Jelasnya lagi, Limau tambun di negeri itu bukan sahaja berkualiti tetapi nilai pokok tersebut seperti kulit buah, bunga dan daun mempunyai fungsi yang tersendiri termasuk untuk merangsang fungsi paru-paru dan merawat pesakit asma.

Dato Seri Dr Zambry berkata demikian kepada media di Majlis raya bersama Persatuan Usahawan Muda Malaysia (PUMM) di Ipoh. Hadir sama pengerusi PUMM, Dato Eric Ng Wai Sing.

Di Majlis tersebut, beliau juga turut menyumbangkan 50 ribu ringgit kepada PUMM Perak serta menyampaikan duit raya kepada lebih 100 orang anak-anak yatim.


End// AINON

No comments:

Post a Comment