Monday, July 5, 2010

HUTAN LIPUR KUALA WOH

HUTAN LIPUR KUALA WOH

sector pelancongan dijadikan focus utama dalam meningkatkan hasil pendapatan negeri Perak.

justeru, Hutan Lipur Kuala Woh di Tapah dilihat berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat kebudayaan khususnya dalam mengenali kehidupan masyarakat orang asli.

cadangan berkenaan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam negeri Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar selepas melawat kawasan seluas 2.85 hektar itu.

hutan lipur kuala Woh yang terletak antara tapah dan Cameron hinglands masih terpelihara alam semula jadinya.

jelas datuk seri raja ahmad zainuddin lagi, kawasan tersebut yang sememangnya menjadi tumpuan aktiviti perkhemahan dan perkelahan turut mempunyai kelengkapan infrastruktur.

antaranya seperti chalet, dewan terbuka, gerai, tapak perkhemahan, tandas awam, bilik mandi dan juga sebuah dewan penerangan mengenai hutan tersebut.

turut menjadi tarikan ialah jambatan gantung, gunung batu putih dan punca air panas.

selain berhampiran dengan bandar tapah, hutan Lipur Kuala Woh juga berhampiran dengan susur masuk dan keluar ke Lebuhraya Utara-Selatan.


end//

No comments:

Post a Comment