Saturday, July 3, 2010

TLDM SULTAN SELANGOR

TLDM SULTAN SELANGOR

sultan selangor, sultan Sharafuddin Idris shah berpuas hati dengan rancangan pembangunan TLDM yang disifatkan teratur dan sistematik.

tambahan pula dengan kehadiran kapal selam kedua negara, KD tun razak serta perolehan yang dirancang dalam rancangan Malaysia ke 10.

ia selaras dengan hasrat TLDM untuk mencapai kedudukan bertaraf antarabangsa atau “a world class navy”.

sultan sharafuddin bertitah demikian di majlis istiadat perbarisan diraja dan pengurniaan watikah tauliah di pangkalan TLDM, Lumut.

dalam pada itu, baginda juga menyeru agar kebajikan anggota TLDM sentiasa diberi perhatian kerana kecemerlangan sesuatu organisasi adalah bermula daripada suasana kerja dan keluarga yang bahagia.

baginda juga mengingatkan parajurit negara agar menjauhi aktviti negative kerana ia akan menjejaskan kredibiliti angkatan tentera Malaysia amnya.

END//

TAULIAH TLDM

pada majlis yang sama, seramai 54 anggota TLDM berpangkat pegawai menerima pentaulihan.

mereka terdiri daripada empat kategori iaitu pegawai tauliah jangka pendek pengambilan ke 58, pegawai tauliah jangka pendek pengambilan wanita ke 11, pegawai tauliah jangka pendek pengambilan graduan ke 19 dan pegawai tugas khas ke 30.

turut ditauliahkan pegawai terbaik. kadet kanan pengambilan ke 58 terbaik keseluruhan ditauliahkan kepada kamarul hainizam abdul razak.

bagi pegawai kadet kanan pengambilan wanita ke 11 terbaik akademik ialah nurziah ahmad pauzi.

leftenan Muhammad firdaus a.hamid dan anuar ambak masing-masing dipilih sebagai pegawai graduan terbaik dan pegawai tugas khas terbaik.

kesemua anggota pegawai yang tamat latihannya menerima pentaulihan daripada sultan selangor, sultan sharafuddin idris shah yang juga kapten TLDM.

hadir sama ke majlis panglima tentera laut, tan sri abdul aziz jaafar.


end//baizura

No comments:

Post a Comment