Sunday, July 11, 2010

UMNO PARITBUNTAR

UMNO PARITBUNTAR

kekuatan utama barisan nasional terletak pada perpaduan yang kukuh antara parti komponennya.

justeru, sebarang perselisihan faham perlu dibincang demi mencapai penyelesaian terbaik.

demikian saranan menteri besar, datuk seri dr zambry abdul kadir kepada ahli BN.

beliau yang juga pengerusi BN Perak mengharapkan, agar BN bergerak bersama masyarkat bagi menjaga keamanan serta memperkukuhkan perpaduan.

malah, pemimpin dan ahli umno juga dinasihatkan supaya sensitive pada landskap politik semasa. pendekatan lama harus ditukar dengan pendekatan baru bagi meraih kembali sokongan rakyat.

datuk seri dr zambry berucap pada mesyuarat pewakilan umno parit buntar kali ke 22 di parit buntar.

beliau juga mengharapkan agar fenomena pilihanraya lepas tidak berulang iaitu pemerintahan negeri Perak beralih kepada pembangkang yang sebelum ini dipegang oleh BN sejak merdeka.

end// hakimie

No comments:

Post a Comment