Wednesday, January 5, 2011

PUSAT PERLINDUNGAN BAYI

PUSAT PERLINDUNGAN BAYI

Pusat Perlindungan Bayi yang ditubuhkan oleh Kumpulan Perubatan Johor – Hospital Pakar Ipoh (KPJ-ISH) menerima bayi pertama sejak bermula operasinya pada 27 Disember lalu.

Pusat tersebut merupakan antara inisiatif yang diambil oleh KPJ-ISH bagi melindungi bayi terbiar termasuk bayi cacat dalam usaha mengurangkan peningkatan kes pembuangan bayi yang sering berlaku baru-baru ini.

Sehubungan itu, pemeriksaan ke atas bayi berkenaan mendapati ukur lilit kepala bayi yang berusia tujuh bulan itu agak besar berbanding bayi normal dan disahkan sihat serta aktif dengan berat 7.8 kilogram.

Namun begitu, pihak hospital telah menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan kaedah system Imbasan dan mendapati bayi tersebut mengalami hydrocephalus atau cecair terkumpul dalam otak.

Setakat ini, bayi berkenaan dirawat menggunakan rawatan pembedahan saraf dengan memasukkan tiub dari kepala ke perut bagi membolehkan lebihan cecair dialirkan ke bahagian perut bayi itu.

Pihak hospital percaya, melalui kaedah rawatan yang dijalankan itu bayi berkenaan mampu menjalani kehidupan normal seperti bayi lain dan kini diserahkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan, pihak hospital masih menunggu kelulusan daripada JKM untuk menjalankan pembedahan selain menentukan sama ada ia dilakukan di KPJ-ISH ataupun di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

end/jaya

No comments:

Post a Comment