Saturday, January 29, 2011

ZAHID-ATM

[[BERITA]]
29.1.2011

[[READER]]

Negara-negara luar kini sudah mula mengiktiraf Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia hasil peranan penting yang dimainkannya dalam misi pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Vt [[ Vcg : Bagan Datoh , Perak ]]

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini telah dibuktikan apabila ATM melaksanakan misi Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lubnan.

Selain mengawal keamanan, ATM turut mengadakan program Jiwa Murni seperti membina masjid, jalan dan sekolah di kawasan yang mereka berkhidmat di luar negara.

Ianya mendapat sambutan dan diterima baik di kalangan penduduk Islam dan Kristian serta pasukan tentera Lubnan.

Ujarnya sehubungan itu, pihak Unifel telah memberi mandat kepada ATM untuk berada di bahagian hadapan bagi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku di kawasan yang menghadapi konflik.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas mengadakan gotong royong membaiki rumah orang miskin di Bagan Datoh.

Tambahnya lagi, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada kaedah yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan.

ATM berterima kasih kepada Perdana Menteri yang begitu prihatin serta meluluskan peruntukan tambahan untuk ATM bergerak di peringkat antarabangsa.

end//AZRUL HAKIMIE ANUER

No comments:

Post a Comment