Thursday, July 30, 2009
PEPERIKSAAN TETAP DIJALANKAN
Sehubung dengan itu, semua peperiksaan kebangsaan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan berjalan seperti yang dijadualkan.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin, jika perlu, pelajar yang sakit mungkin akan menduduki peperiksaan tersebut di hospital.
Dalam pada itu, peperiksaan UPSR akan diadakan dari 8 hingga 10 September, PMR dari 7 hingga 9 Oktober dan SPM dari 19 November hingga 16 Disember.
End/G.VENE GANAISON
SMK GERIK CUTI MULAI HARI INI
Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik akan bercuti selama seminggu mulai hari ini.
Pihak sekolah mengambil keputusan tersebut apabila ramai pelajar sekolah ini disyaki terkena jangkitan seperti influenza H1N1.
Sehubungan itu, pihak sekolah meminta Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah (PIBG) untuk menyebarkan maklumat ini kepada ibubapa pelajar sekolah tersebut.
End/G.VENE GANAISON
UPSI - CUTI SEMESTER DIAWALKAN
Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak hari Selasa lagi.
Menurut pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak, mereka masih menunggu laporan dari Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapatkan maklumat bilangan penuntut UPSI yang terlibat dan pertambahan kes jika ada.
End/ G.VENE GANAISON
Tuesday, July 28, 2009
SEKOLAH TAMIL
Pengerusi MIC negeri Datuk G. Rajoo berkata, kerja-kerja pembinaan semula bangunan itu bermula 17 Ogos ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun.
Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Perak Sangeeta Sabah Ipoh, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ghanti Kalasalai Sungai Siput dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tan Sri Dato’ Manickavasagam Tanjung Malim.
Kos pembinaan sekolah baru dan pembinaan bangunan tambahan bagi ketiga-tiga sekolah ini menelan belanja sebnyak 6 juta Ringgit.
Tambah beliau, pelajar-pelajar bagi sekolah yang terlibat dalam pembinaan semula itu akan ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Buntong sehingga ia siap dibina.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatannya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Perak Sangeetha Sabah di Ipoh.
End/// HAWANIS
MASALAH RAKYAT DIUTAMAKAN - MB
Pelbagai masalah diajukan terus kepada menteri besar dan dapat menjalin kemesraan di kalangan penduduk dengan pemimpin.
Menurut salah seorang penduduk N. Siva, sejak peralihan kuasa di Perak, terdapat banyak perubahan yang berlaku. Pendekatan kerajaan negeri ‘bekerja untuk rakyat’ dialu-alukan oleh seluruh rakyat Perak.
Dia berkata demikian selepas menyerahkan beberapa dokumen berkaitan masalah pengurusan tempat ibadat di Parit Buntar.
Dokumen tersebut diserahkan kepada pegawai khas Menteri besar, Azhar Ahmad di pejabatnya di Ipoh.
end/G.Vene Ganaison
Sunday, July 26, 2009
PEMBINAAN KUIL TANPA KELULUSAN
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menasihatkan masyarakat india agar mematuhi
undang-undang yang ditetapkan sebelum membuat sebarang aduan atau permohonan kepada pihak kerajaan.
Pembinaan kuil tanpa kebenaran pemilik tanah pihak swasta harus dielakkan dan pihak kerajaan tidak akan
bertanggungjawab terhadap masalah tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri Perayaan Adi Parasakti di Kuil Sri Maha Mariamman, Taiping.
End/G.VENE GANAISON
PROPAGANDA SMS 1 MALAYSIA
Datuk T. Murugiah, pesanan yang dihantar melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) itu sebenarnya cuba mengganggu usaha baik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan perpaduan di kalangan penduduk negara ini.
Masyarakat India perlu memberi kerjasama kepada kerajaan dan Perdana Menteri kita agar konsep satu Malaysia dapat dijayakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Taiping.Perak
End/ G.VENE GANAISON
Wednesday, July 22, 2009
MODEL-SEBAT
Itulah kata putus Kartika Sari Dewi Shukarno, seorang model sambilan dari Singapura yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan Isnin lalu.
Beliau didapati bersalah kerana meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan Kuantan Pahang, setahun lalu.
Isnin lalu Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus membuat keputusan itu selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah seperti sebutan kali pertama pada awal Disember 2008.
Selain hukuman enam kali sebatan, tertuduh turut didenda 5 ribu ringgit, mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).
Tertuduh juga boleh dipenjara tiga tahun jika gagal membayar denda berkenaan manakala hukuman rotan itu akan dilaksanakan kakitangan penjara.
Menurut Kartika Sari Dewi, biarpun denda itu sudah di bayar namun beliau masih tidak berpuashati sekiranya hukuman 6 sebatan itu tidak dilakukan keatas dirinya.
Menurut bapa Kartika Sari, Shukarno beliau redha dan hormat dengan keputusan anaknya itu..Beliau bersama keluarganya akan menunaikan Umrah sebaik sahaja Kartika Sari Dewi menjalani hukuman 6 sebatan itu.
End/samat.
MBI
Buktinya, setelah usaha keras sejak 6 bulan lalu merealisasikan impian itu, ia dicemari semula oleh mereka yang tidak bertanggungkawab.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, usaha menjadikan bandaraya Ipoh Bersih dan Hijau sejak 6 bulan lalu berjaya mengatasi 64 peratus masalah kebersihan di bandaraya berkenaan.
Namun apa yang dikesali,kebanyakan kawasan yang telah dibersihkan oleh MBI dicemari semula oleh mereka yang tidak bertangungjawab.
Ia dikesan paling banyak berlaku di kawasan taman perumahan awam di sekitar bandaraya Ipoh.
Datuk Roshidi berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan pertemuan dengan penduduk di Kampong Baru Simpang Pulai.
MBI juga telah mengenal pasti terdapat lebih 44-ribu kawasan longgokan sampah haram di sekitar Ipoh.
Jika tidak ditangani dengan segera akan membawa kepada masalah yang lebih besar seperti masalah banjir kilat, bau busuk dan yang lebih teruk adalah masalah denggi yang boleh menyebabkan kematian.
Sementara itu kerajaan negeri menggesa ahli-ahli Majlis Bandaraya Ipoh berperanan dalam membangunkan Bandaraya Ipoh.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ahli-ahli majlis merupakan kerajaan peringkat ketiga kerana mereka lebih hampir dengan rakyat untuk mengetahui masalah mereka.
Justeru, mereka perlu meninjau golongan miskin tegar di zon masing-masing dan segera mendapatkan bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memuji Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim yang menjalankan aktiviti turun padang secara terancang bertemu penduduk.
Malah kerajaan negeri masih dalam pertimbangan untuk menaikkan elaun peruntukan kepada ahli-ahli majlis.
Setakat ini, peruntukkan elaun kepada ahli-ahli majlis adalah sebanyak 5 ribu ringgit di setiap zon bagi tujuan pelaksanaan projek-projek gotong royong dan seumpamanya.
END/SAMAT/HASIF
LIGA SUPER-PERAK vs PHG
Pasukan Perak yang berjersi putih memberi aksi yang baik pada awal babak pertama perlawanan. Khairul Izzat Salehuddin telah menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 dan memberi semangat kepada pasukan Perak.
Namun, kemenangan itu tidak bertahan lama apabila Mohd Shahrizan dari Pahang mengkukuhkan kedudukan pasukan tersebut dengan jaringan gol pada minit ke 81.
Kedua-dua pasukan melakukan aksi yang baik dalam mempertahankan kedudukan mereka dan sama sekali mencari satu lagi gol untuk melangkah menjuarai perlawanan tersebut.
Kemenangan pasukan Pahang menjadi kenyataan pada minit terakhir apabila Mohd Hafiz Kamal menjaringkan gol kedua Pahang menerusi sepakan dari kiri pintu gol.
Perlawanan antara Pahang dan Perak berakhir dengan keputusan 2-1.
End/G.VENE GANAISON
Tuesday, July 21, 2009
DERMASISIWA
Yayasan Perak daerah Kerian meluluskan 30 peratus permohonan dari kalangan penyokong parti pembangkang.
Ketua UMNO Bagan Serai Dato' Zaili Cha berkata, senario itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional membela nasib rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Kerajaan negeri juga tidak pernah membezakan pelajar cemerlang di Perak dan setiap permohonan yang diterima akan diluluskan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Dermasisiwa Yayasan Perak bagi daerah Kerian.
Pada majlis tersebut lebih 300 pelajar dari daerah ini yang berjaya melanjutkan pengajian di institusi pengajaian tinggi baru-baru ini menerima sumbangan dermasiswa berjumlah RM 241,000.
INSTITUSI DIRAJA
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah pengekalan Institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa semata.
Jelas baginda lagi, Raja-Raja mempunyai kuasa dan tanggung jawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang.
Raja Berperlembagaan juga memiliki tiga hak, iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.
Baginda juga mengingatkan, rakyat hendaklah disemai dengan budaya kehidupan yang berlandaskan kepada semangat Perlembagaan iaitu semangat menghormati undang-undang serta menghormati institusi penguat kuasa undang-undang demi keamanan dan kesejahteraan negara.
Sultan Azlan Shah bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di Ipoh, hari ini.
Tegas baginda lagi, jika prinsip asas ini tidak dipatuhi lagi dan mahu diketepikan kerana pengaruh budaya luar yang cuba diserapkan, dikhuatiri negara akan terheret kepada satu anarki di mana akhirnya kelangsungan sejarah negara bangsa, keamanan dan kesejahteraan hanya tinggal sejarah.
End /// WANIS
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah Perlembagaan Persekutuan merangkumi manifestasi persetujuan yang telah dicapai bersama di antara penduduk di negara ini yang menyentuh aspek-aspek agama, negara, kaum, budaya dan bahasa.
Tegas baginda lagi, di bawah Perlembagaan Persekutuan setiap warga Malaysia itu terjamin diberikan perlindungan secara adil dan saksama.
Sultan Azlan Shah bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di Ipoh, hari ini.
Turut berangkat di majlis ini Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah, dan Menteri Besar, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
End /// WANIS
KILANG SOLAR PHOTOVOTAIC
Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata dengan penggunaan teknologi photovoltaic itu, diharap dapat memenuhi permintaan bekalan tenaga terutama pada masa hadapan yang kian bertambah dengan harga yang lebih rendah.
Menurut beliau lagi, Syarikat TCTI yang beroperasi di Lembah Silikon dengan kerjasama syarikat tempatan Red Solar (M) Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan membina kilang itu di dua lokasi berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara ketiga-tiga pihak di Ipoh.
Pelaburan teknologi solar terbaru ini bernilai 887 juta ringgit. Ia diharap dapat memenuhi visi kerajaan negeri untuk menjadikan Perak sebagai negeri maju menjelang 2015.
Kawasan pembinaan kilang seluas 25 ekar itu juga dapat membuka 1,000 peluang pekerjaaan di sekitar kawasan berkenaan.
Pada majlis ini PKNP diwakili Ketua Eksekutif Datuk Samsudin Hashim manakala Red Solar oleh Rais Hussin dan Siva Sivaram mewakili Syarikat TCTI.
End //// WANIS
Monday, July 20, 2009
KAMERA PENGESAN SAMAN SECARA AUTOMATIK (AES)
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, sistem AES mampu mengurangkan nahas jalan raya dan mendidik pengguna supaya lebih berhemah.
Semua kesalahan yang dilakukan akan direkod melalui kamera automatik dan saman dikeluarkan serta-merta melalui sistem komputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang akan beroperasi selama 24 jam.
Pelaksanaan AES akan memberi impak yang lebih baik dalam usaha mendidik pengguna jalan raya mengenai cara pemanduan yang berhemah.
Di Perak, terdapat 50 lokasi yang dikenalpasti mempunyai risiko berlaku kemalangan dan akan dilengkapi dengan AES.
AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
Setiausaha Agongnya Dato' Wira Jamaluddin Abd Rahim berkata, akta berkenaan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya sehingga boleh menjejaskan Keraguan rakyat.
Dato' Wira Jamaluddin berkata demikian ketika diminta menggulas cadangan beberapa pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah baru-baru ini supaya ISA dimansuhkan dan ianya masih relevan sehingga kini.
Katanya, beberapa pemimpin negara dahulu dan sekarang pernah ditahan dibawah ISA tetapi kredibiliti kepimpinan mereka masih diterima dan ada di antara mereka menjadi Menteri dan Menteri Besar.
Dalam perkembangan lain, 4B juga mahu semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan NGO di negara ini jangan mempolitikkan kes kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Tuduhan liar terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM tidak berasas kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.
Katanya, sebagai badan NGO yang profesional, ia perlu menghormati sisatan yang dijalankan bukannya membuat andaian kepada pihak tertentu yang akhirnya akan merugikan kepentingan rakyat keseluruhannya.
MEMELIHARA KHAZANAH HUTAN
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak mempunyai hampir 1.04 juta hektar atau 50 peratus jumlah kawasan hutan.
Hutan penting sebagai sumber pendapatan negeri, sumber bahan mentah, pusat tadahan air dan pengimbang biodiversiti serta pemangkin eko lestari bagi mengindahkan alam sekitar.
Jelas beliau lagi, Jabatan Perhutanan perlu memainkan peranan penting dalam mengurus, mengawasi atau mencegah penerokaan hutan secara haram.
Kerajaan negeri juga telah memperuntukan 62 juta ringgit kepada jabatan perhutanan di bawah RMK 9 dan 94.1 juta ringgit dibawah peruntukan kumpulan wang pembangunan hutan.
Beliau berkata demikian selepas berucap pada Majlis Perasmian bangunan Jabatan Perhutanan negeri perak di Ipoh.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
END / HAKIMIE
Friday, July 17, 2009
HAK PENGGUNA
Aduan yang dibuat melalui laman web dan email adalah antara aduan terbanyak yang diterima oleh kementerian ini iaitu sebanyak 2,648 aduan.
Antara aduan-aduan yang kerap dibangkitkan oleh pengguna adalah lebih kepada masalah perkhidmatan dan aktviti jualan langsung yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.
KPDNKK turut menetapkan tempoh penyelesaian aduan selama 3 minggu dan kini sedang berusaha untuk mencari pendekatan yang lebih berkesan bagi memendekkan tempoh itu kepada 1 minggu.
Pengguna boleh membuat aduan melalui tiga cara iaitu melalui talian bebas tol 1800-886-800, atau melalui laman web
e-aduan.kpdnkk.gov.my atau hantarkan sms dengan menaip adu jarak aduan anda dan hantar ke 32255.
End //// Wanis
TAN LIAN HOE
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Tan Lian Hoe berkata, tujuan pemeriksaan adalah untuk memberi kesedaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan berlebihan dan membebankan pengguna.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pasar Besar Sungai Siput hari ini.
Menurut beliau, pengguna harus tahu hak-hak mereka sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam pada itu, pemeriksaan juga bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi peniaga dan seterusnya berusaha menyelesaikan masalah tersebut.
Tambah beliau lagi, pihaknya telah menerima sebanyak 4995 aduan sepanjang Januari hingga Jun 2009 dan 75 peratus daripadanya telah berjaya diselesaikan manakala 25 peratus lagi masih dalam tindakan pihak kementerian.
End///Wanis
TUNAS MEKAR – MB
Sebelum ini, program ini telah dilaksanakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan dan Melaka.
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata program ini merupakan satu perkongsian pintar antara pengusaha, graduan dan pensyarah UiTM untuk mencapai dasar “Situasi Menang-menang” kepada semua pihak.
Gandingan dan komitmen semua pihak dapat menjana usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera dan memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berkualiti.
Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program Tunas Mekar, Negeri Perak di Ipoh.
Program yang dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalakkan para graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menganggur untuk membantu memajukan IKS di luar bandar..
Sejumlah 7 million telah diperuntukkan kepada Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU-JPM) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Kedua untuk pelaksanaan program Tunas Mekar tahun 2009.
Pada majlis itu, seramai lebih daripada 10 graduan bakal mengusahakan pelbagai projek usahawan seperti ternakan keli, ternakan kambing, jahitan dan sebagainya diraikan.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Perumahan, Pelancongan, dan Hal Ehwal Wanita Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ramli dan Timbalan Naib Canselor UITM, Profesor Dr. Mohd Kamal Harun.
End///Suhaila
Thursday, July 16, 2009
DATUK SS - MUTU KERJA
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim berkata penjawat awam perlu bersedia menghadapi sebarang perubahan selaras dengan teknologi semasa yang kian mencabar.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Jamal Mahussin dalam konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke 22 di Ipoh..
Menurutnya, kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) tidak seharusnya dilihat untuk meningkatkan sistem penyampaian semata-mata.
Sebaliknya KMK dalam sektor awam perlu dilihat dalam skop yang lebih luas dan menyeluruh terutamanya yang berkaitan dengan kehendak pelanggan.
Menurutnya, kerajaan negeri sememangnya menggalakan cetusan idea-idea baru untuk dikongsi bersama bagi meningkatkan kualiti dan sistem penyampaian perkhidmatan di semua agensi kerajaan.
End///HASIF
TUANKU ZARA - HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Dr. Zaidah Hussain berkata, peralatan moden itu perlu bagi mengelak segala kesulitan berlaku.
Menurutnya, pihak hospital memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk mengurangkan bebanan kos yang ditanggung oleh pakar-pakar perubatan khususnya di hospital-hospital kerajaan.
Jelas beliau lagi, penyakit seperti sakit jantung, buah pinggang dan kanser dapat dikurangkan dengan adanya sumbangan alat-alat perubatan moden yang disalurkan.
Setiap bulan, lebih kurang 300 pesakit kanak-kanak ditempatkan di hospital itu.
Dr Zaidah Hussain berkata demikian di Majlis Penyerahan alat-alat perubatan kepada wad kanak-kanak di Ipoh.
Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim turut menyempurnakan upacara penyerahan simbolik alat-alat perubatan kepada Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Zaidah.
End///SHAKIRAN
MASALAH SAMPAH MASALAH BERSAMA
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, masalah utama adalah sikap penduduk sendiri yang tidak mengamalkan kebersihan.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengenal pasti bahawa terdapat lebih 44 ribu longgokan sampah haram di sekitar Ipoh.
Masalah ini jika tidak ditangani akan membawa kepada masalah yang lebih besar seperti masalah banjir kilat, bau busuk dan yang lebih teruk adalah masalah denggi yang boleh menyebabkan kematian.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan program Turun Padang Datuk Bandar Ipoh di Menglembu.
Beliau turut menyentuh beberapa permasalahan penduduk yang lain seperti masalah jalan dan masalah bangunan lama yang hampir runtuh akibat tidak digunakan.
End///Suhaila
Tuesday, July 14, 2009
MUZAKARAH ISLAM
itu harapan Raja Muda Perak, Raja nazrin Shah agar penyatuan ummah dirintis bagi membina modal keupayaan Melayu.
Dalam titah utama Baginda bertajuk Islam dan Melayu, modal keupayaan umat, Raja Nazrin menegur sikap ummah yang taksub kepada perjuangan sempit.
Baginda bertitah di Muzakarah cendikiawan Islam 2009 di Ipoh, Perak yang dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Menurut Raja Nazrin, umat Melayu Islam kini berdepan cabaran besar yang menyentuh identiti, maruah martabat dan kelangsungan bangsanya.
Jesteru, penting agar Melayu dan Islam yang kini menjadi ramuan sakti disatukan lagi bagi membina keupayaan umat yang kuat.
Baginda kecewa kerana pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing- masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambah lagi kelemahan ummah.
Kesemua ini berpunca kerana budaya berpolitik kini yang menganjurkan pemikiran yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan.
Jiaka dibiarkan perbalahan akan terus berlanjutan, akan bertambah binasalah bangsa.
PLUS BERI KEMUDAHAN KEPADA PENGGUNA LEBUHRAYA
Langkah terbaru itu diambil bagi mengelak kemalangan yang sering berlaku terutamanya melibatkan kenderaan berat di Plaza Tol Jelapang akibat curam menuruni Terowong Menora.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pembukaan dua lorong ekspress bagi pengguna Lebuh raya yang ingin meneruskan perjalanan dari Utara ke Selatan, dapat menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan mereka dengan lebih selesa serta selamat.
katanya, kerajaan amat peka dan prihatin terhadap masalah keselamatan rakyat terutamanya bagi pengguna Lebuh Raya utara-Selatan.
Datuk Shaziman Abu Mansor berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Laluan Terus Tanpa Henti di Tapak Tol Ipoh Selatan.
Beliau turut berharap, agar semua syarikat konsesi lebuh raya dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna lebuh raya.
Sementera itu, Pengerusi PLUS Expressways Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata, pengalihan Plaza Tol Ipoh Selatan dan Jelapang serta pengasingan lalu lintas lebuh raya dan lalu lintas tempatan akan dapat menangani kadar kesesakan terutamanya pada waktu puncak musim perayaan dan cuti penggal.
End/ G.Vene Ganaison
Monday, July 13, 2009
LAWATAN ISTERI MB KE PUSAT AUTISME
Isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, kerja-kerja amal sebegini perlu diletakkan sebagai matlamat utama.
Beliau yang juga Yang di Pertua BAIDURI berkata, program sebegini dapat mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak di samping memberi galakan kepada NASOM untuk meneruskan usaha dan tanggungjawab membantu kanak-kanak autisme.
Beliau berkata tahap kesedaran mengenai autisme di kalangan rakyat
Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) di Ipoh.
Hadir sama Pengerusi Sekretariat Kebajikan Wanita UMNO Perak Dato’ Ainon Khairiah Mohd Abas, Presiden NASOM Malaysia Megat Ahmad Shahrani Megat Shahruddin dan Pengerusi NASOM Ipoh, Enzalelawathy Zaludin serta Pergerakan Wanita UMNO Perak.
Dalam pada itu, Pergerakan dan Sekretariat Kebajikan Wanita UMNO Perak turut memberi sumbangan berbentuk ketuhar dan basikal kepada NASOM Ipoh.
End /// Nor Hawanis Abd Aziz
KEMALANGAN MAUT DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH
Mangsa dikenali sebagai Zamri Bin Chek Wee, 35 tahun dari Bota, mati di tempat kejadian setelah melanggar belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba.
Menurut saksi kejadian, mangsa mengalami cedera parah dan mati di tempat kejadian.
Mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.
End/// G.Vene Ganaison
Friday, July 10, 2009
ISU PEMANSUHAN PPSMI
Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini menjelaskan mengapa ia mengambil masa sehingga dua tahun setengah sebelum pemansuhannya dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2012.
Ia antara lain bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar memberi impak baik kepada pelajar demi memertabatkan bahasa melayu dalam sistem pendidikan negara.
Tan Sri Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Minda di Universiti Tuanku Abd Rahman UNITAR di Kampar.
Dalam pada itu Tan Sri Muhyiddin turut menegaskan langkah menjadi bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek sains dan matamatik adalah wajar memandangan sebelum PPSMI dilaksana kan dinegara,ia telah terbukti berjaya melahiran ramai cedikawan walaupun mereka belajar dalam bahasa pengantar berkenaan.
end/ Samat Majid
1 JUTA UNTUK MENGURANGKA BANJIR DI IJOK
Jabatan Kerja Raya JKR Perak memperuntukkan 1 juta ringgit bagi membina skturtur jambatan yang menghubungkan Ulu Teras ke Pekan Rantau Panjang di Ijok, Selama, Perak.
Ahli dewan undangan negeri ADUN Kubu Gajah Dato Raja Ahmad Zainudin Raja Omar berkata, projek jambatan berkenaan yang sedang dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2010.
Dengan terbinanya jamabtan itu kelak ia akan memberi kemudahan kepada 17 ribu penduduk di sekitar Kubu Gajah.
Jambatan ini dapat menjimatkan masa kepada para petani, penternak dan peladang di kawasan itu untuk membawa hasil mereka bandar berharmpiran.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat bersama penduduk dan JKR Perak di Kg Masjid, Ijok, Selama.
Dato Seri Raja Ahmad turut meminta JKR Perak dan juga agensi-agensi terlibat membantu dalam kerja-kerja melebar dan mendalamkan sungai yang berpotensi untuk berlakunya banjir di kawasan Ijok.
End/ G.Vene Ganaison
Thursday, July 2, 2009
SEMINAR KEPENGGUNAAN
Sebanyak 168 kes telah difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sehingga Jun tahun ini. Kes-kes ini berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan sub standard.
Menurut Pengerusi Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri mengadakan seminar dalam meningkatkan kesedaran kepada pengguna khususnya pengguna suri rumah dan wanita.
Wednesday, July 1, 2009
BOOK SALE @ LIBRABY
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak akan mengadakan jualan buku dari pelbagai agensi penerbitan buku.
Pengarahnya Mohamad Nazari Abdul Hamid berkata program ‘Book Sale @ Library’ diadakan setiap sabtu minggu pertama setiap bulan bertujuan dalam memberi pendedahan kepada semua golongan masyarakat supaya menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup.
ACARA PERENANG MERENTASI SELAT INGGERIS 2009

Cik Zahra Mousamah bt Abdul Halim akan memecahkan rekod sebagai perenang wanita pertama Malaysia dan termuda merentasi Selat Inggeris dari Dover, Selatan United Kingdom ke Calais, Utara Perancis sejauh 39 km pada 2 hinnga 6 Julai ini.
Zahra yang akan melanjutkan pengajiannya ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Sains Sukan memberitahu, dia akan ke