Wednesday, July 22, 2009

LIGA SUPER-PERAK vs PHG

Pahang mendahului Perak selepas menang 2-1 dalam perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.

Pasukan Perak yang berjersi putih memberi aksi yang baik pada awal babak pertama perlawanan. Khairul Izzat Salehuddin telah menjaringkan gol pertama pada minit ke-10 dan memberi semangat kepada pasukan Perak.

Namun, kemenangan itu tidak bertahan lama apabila Mohd Shahrizan dari Pahang mengkukuhkan kedudukan pasukan tersebut dengan jaringan gol pada minit ke 81.

Kedua-dua pasukan melakukan aksi yang baik dalam mempertahankan kedudukan mereka dan sama sekali mencari satu lagi gol untuk melangkah menjuarai perlawanan tersebut.

Kemenangan pasukan Pahang menjadi kenyataan pada minit terakhir apabila Mohd Hafiz Kamal menjaringkan gol kedua Pahang menerusi sepakan dari kiri pintu gol.

Perlawanan antara Pahang dan Perak berakhir dengan keputusan 2-1.

End/G.VENE GANAISON

No comments:

Post a Comment