Thursday, July 16, 2009

TUANKU ZARA - HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN

Peralatan perubatan moden di hospital akan digunakan dalam menjalankan pemeriksaan dengan lebih cekap khususnya pemeriksaan terhadap kanak-kanak.

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Dr. Zaidah Hussain berkata, peralatan moden itu perlu bagi mengelak segala kesulitan berlaku.

Menurutnya, pihak hospital memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk mengurangkan bebanan kos yang ditanggung oleh pakar-pakar perubatan khususnya di hospital-hospital kerajaan.

Jelas beliau lagi, penyakit seperti sakit jantung, buah pinggang dan kanser dapat dikurangkan dengan adanya sumbangan alat-alat perubatan moden yang disalurkan.

Setiap bulan, lebih kurang 300 pesakit kanak-kanak ditempatkan di hospital itu.

Dr Zaidah Hussain berkata demikian di Majlis Penyerahan alat-alat perubatan kepada wad kanak-kanak di Ipoh.

Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim turut menyempurnakan upacara penyerahan simbolik alat-alat perubatan kepada Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Zaidah.

End///SHAKIRAN

No comments:

Post a Comment