Thursday, July 16, 2009

DATUK SS - MUTU KERJA

Penjawat awam diingatkan supaya terus bergiat aktif membuat pembaharuan yang inovatif dan kreatif.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim berkata penjawat awam perlu bersedia menghadapi sebarang perubahan selaras dengan teknologi semasa yang kian mencabar.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Jamal Mahussin dalam konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) ke 22 di Ipoh..

Menurutnya, kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) tidak seharusnya dilihat untuk meningkatkan sistem penyampaian semata-mata.

Sebaliknya KMK dalam sektor awam perlu dilihat dalam skop yang lebih luas dan menyeluruh terutamanya yang berkaitan dengan kehendak pelanggan.

Menurutnya, kerajaan negeri sememangnya menggalakan cetusan idea-idea baru untuk dikongsi bersama bagi meningkatkan kualiti dan sistem penyampaian perkhidmatan di semua agensi kerajaan.

End///HASIF

No comments:

Post a Comment