Tuesday, July 21, 2009

KILANG SOLAR PHOTOVOTAIC

Daerah Manjung dan Kanthan di Perak, dikenal pasti bagi membina kilang pengeluar panel tenaga solar photovoltaic menjelang 2011.

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata dengan penggunaan teknologi photovoltaic itu, diharap dapat memenuhi permintaan bekalan tenaga terutama pada masa hadapan yang kian bertambah dengan harga yang lebih rendah.

Menurut beliau lagi, Syarikat TCTI yang beroperasi di Lembah Silikon dengan kerjasama syarikat tempatan Red Solar (M) Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan membina kilang itu di dua lokasi berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara ketiga-tiga pihak di Ipoh.

Pelaburan teknologi solar terbaru ini bernilai 887 juta ringgit. Ia diharap dapat memenuhi visi kerajaan negeri untuk menjadikan Perak sebagai negeri maju menjelang 2015.

Kawasan pembinaan kilang seluas 25 ekar itu juga dapat membuka 1,000 peluang pekerjaaan di sekitar kawasan berkenaan.
Pada majlis ini PKNP diwakili Ketua Eksekutif Datuk Samsudin Hashim manakala Red Solar oleh Rais Hussin dan Siva Sivaram mewakili Syarikat TCTI.

End //// WANIS

No comments:

Post a Comment