Monday, July 20, 2009

MEMELIHARA KHAZANAH HUTAN

Semua pihak perlu bertanggungjawab memelihara khazanah hutan negara, keghairahan meraih keuntungan semata-mata tidak harus dikompromi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Perak mempunyai hampir 1.04 juta hektar atau 50 peratus jumlah kawasan hutan.

Hutan penting sebagai sumber pendapatan negeri, sumber bahan mentah, pusat tadahan air dan pengimbang biodiversiti serta pemangkin eko lestari bagi mengindahkan alam sekitar.

Jelas beliau lagi, Jabatan Perhutanan perlu memainkan peranan penting dalam mengurus, mengawasi atau mencegah penerokaan hutan secara haram.

Kerajaan negeri juga telah memperuntukan 62 juta ringgit kepada jabatan perhutanan di bawah RMK 9 dan 94.1 juta ringgit dibawah peruntukan kumpulan wang pembangunan hutan.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada Majlis Perasmian bangunan Jabatan Perhutanan negeri perak di Ipoh.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


END / HAKIMIE

No comments:

Post a Comment