Tuesday, July 21, 2009

INSTITUSI DIRAJA

Raja mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme “semak dan imbang” yang dapat membantu memperkukuhkan institusi demokrasi.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah pengekalan Institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa semata.

Jelas baginda lagi, Raja-Raja mempunyai kuasa dan tanggung jawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang.

Raja Berperlembagaan juga memiliki tiga hak, iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran.

Baginda juga mengingatkan, rakyat hendaklah disemai dengan budaya kehidupan yang berlandaskan kepada semangat Perlembagaan iaitu semangat menghormati undang-undang serta menghormati institusi penguat kuasa undang-undang demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Sultan Azlan Shah bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan di Ipoh, hari ini.

Tegas baginda lagi, jika prinsip asas ini tidak dipatuhi lagi dan mahu diketepikan kerana pengaruh budaya luar yang cuba diserapkan, dikhuatiri negara akan terheret kepada satu anarki di mana akhirnya kelangsungan sejarah negara bangsa, keamanan dan kesejahteraan hanya tinggal sejarah.

End /// WANIS

No comments:

Post a Comment