Thursday, July 2, 2009

SEMINAR KEPENGGUNAAN

Sebanyak 168 kes telah difailkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sehingga Jun tahun ini. Kes-kes ini berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan sub standard.

Menurut Pengerusi Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri mengadakan seminar dalam meningkatkan kesedaran kepada pengguna khususnya pengguna suri rumah dan wanita.

Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menyalurkan informasi dan pengetahuan kepada para pengguna supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.

Tegasnya, pelbagai akta telah digubal untuk menjamin dan melindungi hak pengguna, dan pada masa yang sama pengguna juga harus bijak untuk memilih barangan dan perkhidmatan yang selamat untuk menjamin kesejahteraan keluarga.

Beliau berkata demikian dalam perasmian Seminar Standard dan Kepenggunaan Anjuran Puspanita Perak di Ipoh.

No comments:

Post a Comment