Wednesday, July 22, 2009

MODEL-SEBAT

“Saya tidak akan membuat rayuan terhadap hukuman 6 sebatan ke atas diri saya, malah mohon disegerakan hukuman itu.”

Itulah kata putus Kartika Sari Dewi Shukarno, seorang model sambilan dari Singapura yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan Isnin lalu.

Beliau didapati bersalah kerana meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan Kuantan Pahang, setahun lalu.

Isnin lalu Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus membuat keputusan itu selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah seperti sebutan kali pertama pada awal Disember 2008.

Selain hukuman enam kali sebatan, tertuduh turut didenda 5 ribu ringgit, mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

Tertuduh juga boleh dipenjara tiga tahun jika gagal membayar denda berkenaan manakala hukuman rotan itu akan dilaksanakan kakitangan penjara.

Menurut Kartika Sari Dewi, biarpun denda itu sudah di bayar namun beliau masih tidak berpuashati sekiranya hukuman 6 sebatan itu tidak dilakukan keatas dirinya.

Menurut bapa Kartika Sari, Shukarno beliau redha dan hormat dengan keputusan anaknya itu..Beliau bersama keluarganya akan menunaikan Umrah sebaik sahaja Kartika Sari Dewi menjalani hukuman 6 sebatan itu.

End/samat.

No comments:

Post a Comment