Friday, July 17, 2009

HAK PENGGUNA

Sebanyak 75 peratus aduan pengguna berjaya diselesaikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sepanjang tempoh 6 bulan ini manakala 25 peratus aduan lagi masih dalam tindakan pihak kementerian.

Aduan yang dibuat melalui laman web dan email adalah antara aduan terbanyak yang diterima oleh kementerian ini iaitu sebanyak 2,648 aduan.

Antara aduan-aduan yang kerap dibangkitkan oleh pengguna adalah lebih kepada masalah perkhidmatan dan aktviti jualan langsung yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

KPDNKK turut menetapkan tempoh penyelesaian aduan selama 3 minggu dan kini sedang berusaha untuk mencari pendekatan yang lebih berkesan bagi memendekkan tempoh itu kepada 1 minggu.

Pengguna boleh membuat aduan melalui tiga cara iaitu melalui talian bebas tol 1800-886-800, atau melalui laman web
e-aduan.kpdnkk.gov.my atau hantarkan sms dengan menaip adu jarak aduan anda dan hantar ke 32255.



End //// Wanis

No comments:

Post a Comment