Tuesday, July 14, 2009

PLUS BERI KEMUDAHAN KEPADA PENGGUNA LEBUHRAYA

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (Plus) antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak perlu berhenti di Plaza tol Ipoh Selatan dan Ipoh Utara untuk membayar tol.

Langkah terbaru itu diambil bagi mengelak kemalangan yang sering berlaku terutamanya melibatkan kenderaan berat di Plaza Tol Jelapang akibat curam menuruni Terowong Menora.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pembukaan dua lorong ekspress bagi pengguna Lebuh raya yang ingin meneruskan perjalanan dari Utara ke Selatan, dapat menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan mereka dengan lebih selesa serta selamat.

katanya, kerajaan amat peka dan prihatin terhadap masalah keselamatan rakyat terutamanya bagi pengguna Lebuh Raya utara-Selatan.

Datuk Shaziman Abu Mansor berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Laluan Terus Tanpa Henti di Tapak Tol Ipoh Selatan.

Beliau turut berharap, agar semua syarikat konsesi lebuh raya dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna lebuh raya.

Sementera itu, Pengerusi PLUS Expressways Berhad, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata, pengalihan Plaza Tol Ipoh Selatan dan Jelapang serta pengasingan lalu lintas lebuh raya dan lalu lintas tempatan akan dapat menangani kadar kesesakan terutamanya pada waktu puncak musim perayaan dan cuti penggal.

End/ G.Vene Ganaison

No comments:

Post a Comment