Friday, July 17, 2009

TUNAS MEKAR – MB

Program Tunas Mekar melebarkan sayapnya di negeri Perak selepas pelancarannya di Pulau Pinang pada 19 Mei 2005.

Sebelum ini, program ini telah dilaksanakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Kedah, Johor, Kelantan dan Melaka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata program ini merupakan satu perkongsian pintar antara pengusaha, graduan dan pensyarah UiTM untuk mencapai dasar “Situasi Menang-menang” kepada semua pihak.

Gandingan dan komitmen semua pihak dapat menjana usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera dan memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berkualiti.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program Tunas Mekar, Negeri Perak di Ipoh.

Program yang dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalakkan para graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menganggur untuk membantu memajukan IKS di luar bandar..

Sejumlah 7 million telah diperuntukkan kepada Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU-JPM) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Kedua untuk pelaksanaan program Tunas Mekar tahun 2009.

Pada majlis itu, seramai lebih daripada 10 graduan bakal mengusahakan pelbagai projek usahawan seperti ternakan keli, ternakan kambing, jahitan dan sebagainya diraikan.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Perumahan, Pelancongan, dan Hal Ehwal Wanita Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ramli dan Timbalan Naib Canselor UITM, Profesor Dr. Mohd Kamal Harun.

End///Suhaila

No comments:

Post a Comment