Wednesday, July 22, 2009

MBI

Usaha Majlis Bandaraya Ipoh, M-B-I menjadikan bandaraya itu bersih dan hijau akan sia - sia sekiranya masyarakat setempat tidak komited merealisasikannya.

Buktinya, setelah usaha keras sejak 6 bulan lalu merealisasikan impian itu, ia dicemari semula oleh mereka yang tidak bertanggungkawab.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, usaha menjadikan bandaraya Ipoh Bersih dan Hijau sejak 6 bulan lalu berjaya mengatasi 64 peratus masalah kebersihan di bandaraya berkenaan.

Namun apa yang dikesali,kebanyakan kawasan yang telah dibersihkan oleh MBI dicemari semula oleh mereka yang tidak bertangungjawab.

Ia dikesan paling banyak berlaku di kawasan taman perumahan awam di sekitar bandaraya Ipoh.

Datuk Roshidi berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan pertemuan dengan penduduk di Kampong Baru Simpang Pulai.

MBI juga telah mengenal pasti terdapat lebih 44-ribu kawasan longgokan sampah haram di sekitar Ipoh.

Jika tidak ditangani dengan segera akan membawa kepada masalah yang lebih besar seperti masalah banjir kilat, bau busuk dan yang lebih teruk adalah masalah denggi yang boleh menyebabkan kematian.

Sementara itu kerajaan negeri menggesa ahli-ahli Majlis Bandaraya Ipoh berperanan dalam membangunkan Bandaraya Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ahli-ahli majlis merupakan kerajaan peringkat ketiga kerana mereka lebih hampir dengan rakyat untuk mengetahui masalah mereka.

Justeru, mereka perlu meninjau golongan miskin tegar di zon masing-masing dan segera mendapatkan bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memuji Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim yang menjalankan aktiviti turun padang secara terancang bertemu penduduk.

Malah kerajaan negeri masih dalam pertimbangan untuk menaikkan elaun peruntukan kepada ahli-ahli majlis.

Setakat ini, peruntukkan elaun kepada ahli-ahli majlis adalah sebanyak 5 ribu ringgit di setiap zon bagi tujuan pelaksanaan projek-projek gotong royong dan seumpamanya.

END/SAMAT/HASIF

No comments:

Post a Comment