Sunday, April 25, 2010

BOMBA SIMPANG PULAI

sehingga mac ini sebanayak 18 ribu 434 panggilan kecemasan yang diterima jabatan bomba dan penyelamat berkaitan kes kebakaran.

tahun lepas di perak, sebanyak tiga ribu 85 bilangan kebakaran yang diterima dengan lapan kematian dan 28 kecederaan.

daripada jumlah keseluruhan panggilan yang diterima 62 yang diterima adalah panggilan palsu.

berhadap dengan risiko kemalangan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, akan bertindak mengadakan program kesedaran berterusan.

menterinya dato seri kong cho ha berkata anggota bomba juga diharapkan mengambil inisiatif masing-masing untuk mengawal kejadian yang tidak diingini berlaku.

berbekalkan peralatan berteknologi, beliau yakin kualiti perkhidmatan dapat diberikan. malah peralatan sedia ada perlu diselenggarakan dengan sebaik-baiknya.

dato seri kong cho ha berucap demikian di majlis perasmian balai bomba dan penyelamat simpang pulai di simpang pulai.

hadir sama menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir

end//

No comments:

Post a Comment