Saturday, April 24, 2010

MUZIUM TLDM

MUZIUM TLDM 24.4.2010


Bandar Lumut yang kini dikenali Bandar tentera laut akan diberi wajah baru berikutan ia menjadi tempat perhatian orang ramai.

menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, projek berkenaan akan dimasukkan dalam rancangan Malaysia ke 10 RMK 10.

selain rancangan projek menaikkan papan tanda “selamat datang “di Bandar berkenaan, usaha mewujudkan sebuah muzium khas tentera laut akan dibina.

sehingga kini kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian pertahanan dan juga kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

walau bagaimanapun, jelas dato seri dr zambry, perancangan memperindahkan Bandar Tentera laut ini masih diperingkat awal.

beliau berkata demikian selepas melawat tapak pameran maritime di lumut.

pameran ini diadakan sempena sambutan HAri tentera Laut diraja Malaysia TLDM pada 27 april ini.

end//baizura

No comments:

Post a Comment