Tuesday, April 27, 2010

LOCAL AGENDA 21

PBT LA 21 27.4.2010
4 PTG

pihak berkuasa tempatan PBT negeri perak diberi peruntukkan antara 45 hingga 65 ribu ringgit untuk memperhebatkan “local agenda 21”
L-A 21.

peruntukkan itu diperoleh daripada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan KPKT yang berjumlah 750 ribu ringgit.

menurut exco kerajaan tempatan negeri, dato dr mah hang soon, kerajaan akan menjadi fasilitator dalam menjayakan L-A 21 ini.

turut ditekankan peranan masyarakat setempat serta pertubuhan badan bukan kerajaan NGO untuk merealisasikannya.

Media turut memainkan peranan penting yang dilihat dapat membantu kelancaran program berkenaan.

dato dr mah hang soon berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Local agenda 21 dengan wakil PBT di Ipoh.

L-A 21 adalah program pembangunan mampan global yang disokong oleh 178 negara pada tahun 1992.

antara perkara yang ditekankan ialah kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar, mempertingkatkan kesihatan, serta memerangi kemiskinan.

end// baizura

No comments:

Post a Comment