Friday, April 9, 2010

MATI DITEMBAK TAIPING

MATI DITEMBAK
Polis menembak mati dua beradik yang disyaki terlibat dalam 15 kes samun bersenjata sejak dua tahun lepas, dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Kamunting, Taiping kira-kira 100 kilometer dari Ipoh .

R.Satchithantham, 28 tahun dipercayai terlibat dengan lebih 15 kes jenayah di seluruh negara manakala abangnya R.Logeswaran, 35 tahun mempunyai 21 rekod jenayah dan tersenarai sebagai orang yang dikehendaki polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10 malam selepas polis menerima maklumat mengenai sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

Katanya semasa ditahan oleh satu pasukan polis, kereta itu berundur lalu cuba memecut lari, dan sejurus kemudian beberapa das tembakan kendengaran dari arah kereta berkenaan.

Polis kemudiannya membalas tembakan, dan kereta itu kemudiannya terbabas.

Polis menemui sepucuk Revolver .22 bersama enam butir peluru, tiga kelongsong peluru, dua bilah parang dan sebilah pedang samurai di dalam kereta itu.

Beliau berkata polis percaya 15 kes samun bersenjata api dan parang sejak 2008 dapat diselesaikan dengan terbunuhnya dua suspek itu.

Logeswaran mempunyai 21 rekod jenayah disamping enam waran tangkap.

Polis percaya masih ada lagi anggota kumpulan ini yang bebas dan siasatan sedang ditingkatkan bagi mengesan saki baki anggota kumpulan penjenayah itu.

Katanya kumpulan itu dipercayai aktif sejak dua tahun lepas di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kedah dan Perlis.

###

No comments:

Post a Comment