Tuesday, April 27, 2010

K-I-K POLIS

KIK POLIS 27/4/2010
4 PTG

perangi jenayah rasuah melalui konvensyen inovasi dan kreatif K-I-K. cara itu diakui akan memberi kesan.

demikian pandangan ketua polis perak, dato zulkifli Abdullah.

beliau menjelaskan, hasil kertas kerja yang berpotensi yang dibentangkan dalam K-I-K, secara langsung dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan anggota.

berketepatan dengan objektif K-I-K polis diraja Malaysia PDRM untuk menambahbaikan kualiti kerja.

dato zulkifli berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan konvensyen inovasi dan Kreatif peringkat kontijen Perak di ipoh.

konvensyen yang bermula semalam, melibatkan penyertaan 21 kumpulan daripada ibu pejabat polis daerah IPD sekitar perak.

masing-masing membentangkan kertas kerja untuk kategori pengurusan. terdapat tiga panel yang mengadili kertas kerja.

ia diketuai mantan pensyarah Institut tadbiran awam Negara INTAN, Abdullah hamid.

kumpulan RODA dari IPD ipoh muncul johan dalam menghasilkan kertas kerja yang berinovasi.

tajuk yang dikemukan ialah “pengumpulan maklumat kes kecurian motosikal adalah baik”.

end//baizura

No comments:

Post a Comment