Sunday, April 11, 2010

MATI TG RAMBUTAN

MATI TG RAMBUTAN

seorang lelaki India ditemui mati berhampiran kampong tonggang, tanjung rambutan pagi tadi.

mangsa dianggarkan berumur 35 tahun lengkap berpakaian dengan
t-shirt berwarna biru gelap dan berseluar jeans.

ketika mayatnya ditemui pihak polis, mangsa berada pada jarak 1.5 kilometer dari jalan besar kampong tonggang.

terdapat kesan kelar dipergelangan tangan kiri mangsa serta kesan calar pada leher. namun tiada sebarang dokumen mangsa ditemui.

menurut jurucakap polis, mangsa disyaki mati tengah malam tadi dan berkemungkinan mati di tempat berasingan.

mayatnya kini dihantar ke hospital raja permaisuri ipoh untuk bedah siasat.

orang ramai yang kehilangan keluarga boleh menghubungi ibu pejabat daerah ipoh di talian 245 1562.

end//

No comments:

Post a Comment