Friday, April 30, 2010

KEMPEN SEMARAK SEMANGAT 1 MALAYSIA

kempen dan karnival rakyat Semarak Semangat 1 Malaysia akan diadakan esok di Dewan Sekolah Menengah Tun Perak Padang Rengas di Kuala Kangsar.

Ia akan berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 11.30 malam.

Majlis seumpama ini dapat menghubungkan jalinan antara pemimpin dengan rakyat.
Antara pengisian kempen ini ialah larian semarak semangat 1 Malaysia yang merupakan acara utama. Ia turut melibatkan penyertaan daripada beberapa pemimpin.

Lain-lain aktiviti termasuklah, pertandingan Tarik Tali, sukaneka rakyat, pameran daripada agensi kerajaan dan swasta serta persembahan kebudayaan.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis terkemuka tanah air seperti Fabulous Cat dan Yana.

Majlis ini bakal disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Beliau akan diringi dengan konvoi motorsikal dan teksi sebagai gimik pelancaran kempen ini.

Karnival rakyat itu akan disertai oleh pertubuhan badan bukan kerajaan NGO serta par pelajar dan dianggarkan lebih seribu pengunjung yang akan hadir.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment