Saturday, April 24, 2010

TABUNG PKMM

TABUNG PKMM 24.4.2010
4 PTG

Tabung kebajikan kontraktor akan ditubuhkan di bawah persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak.

Ia bagi membantu ahlinya yang berhadapan dengan masalah modal terutamanya bagi menyelesaikan masalah projek terbengkalai.

Yang Dipertua PKMM perak , Datuk Jamaludin Abdul Rahim berkata pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan di kediaman menteri besar untuk menjayakan penubuhan tabung berkenaan.

ia bakal disertai seribu 500 kontraktor perak.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman antara PKMM dengan persatuan kontraktor sumatera utara, PKSU di ipoh.

Melalui kerjasama berkonsepkan “perkongsian kasih sayang” sebegini, ia menjadi platform untuk kontraktor bumiputera menjalinkan hubungan perniagaan dengan kontraktor luar negara.

PKMM Perak akan membuka cawangannya di medan, Indonesia.

Majlis MOU itu turut disaksikan pengerusi majlis amanah rakyat, dato seri idris jusoh.


End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment