Friday, April 16, 2010

PAC- AGENSI

PAC 16.4.2010

tindakan drastic akan diambil sekiranya semua agensi kerajaan negeri Perak tidak mencapai kedudukan empat bintang dalam petunjuk prestasi utama KPI menjelang tahun 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menegaskan, pelaksanaan itu sekurang-kurang perlu dicapai pada tahun depan.

walaupun kini terdapat agensi yang mencapai empat bintang, namun kedudukan itu masih belum memuaskan.

beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAC di Ipoh.

dalam pada itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengharapkan agar agensi kerajaan negeri yang terbabit mengambil tindakan segera bagi isu pencerobohan tanah.jika dilengahkan, ia akan memberi kesan buruk kepada kerajaan.

dari segi pembinaan projek, pemantauan yang jelas perlu dilakukn agar tiada sebarang projek yang terabai.

bagi memastikan peralatan projek dijaga, pihak agensi juga diminta melaporkan kepada PAC sekiranya agensi tidak memilik stor untuk menjaga peralatan yang dibeli.

end//

No comments:

Post a Comment