Sunday, April 25, 2010

KARNIVAL VESPA

KARNIVAL VESPA


Hari ini diadakan Karnival Vespa,motor klasik dan kereta antik peringkat antarabangsa di arena square kuala kangsar. Acara ke-8 itu dihadiri lebih 10 ribu pengunjung.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Karnival berkenaan Toh Kamar Lela Shukri Radzi, aktiviti ini bertujuan bagi memperkenalkan daerah kuala kangsar sebagai salah sebuah destinasi pelancongan.

karnival ini merupakan aktiviti yang termasuk dalam kelendar pelancongan perak.
dengan penyertaan 3ribu 28 orang karnival ini juga turut mendapat perhatian dari negara jiran seperti Indonesia,Thailand,Burnie dan Singapura.

Karnival ini dirasmikan menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz.

Bermula 16 april lalu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Perak ia sempena dengan sambutan ulangtahun keputeraan paduka seri sultan perak, sultan azlan shah ke 82 pada 19 april lalu.

End//Aimidiyana

No comments:

Post a Comment