Sunday, April 11, 2010

TANAH ORANG ASLI

TANAH ASLI

pulangan yang setimpal akan dinikmati masyarakat Orang Asli di perak apabila mereka memajukan kawasan tanah demi meningkatkan sumber pendapatan.

tegas menteri besar perak, dato seri dr zambry abdul kadir, beliau tidak mahu ada pihak yang cuba bersikap tidak adil mengenai hal itu kerana ia akan merencatkan usaha membasmi kemiskinan di negeri ini.

bagi menjaga dan memelihara kebajikan orang asli , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sedang mengemaskini senarai bilangan Orang Asli yang miskin.

ia bertujuan memudahkan kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan untuk mereka.

berhubung masalah tanah adat orang asli di perak , dato seri dr zambry berkata perkara itu telahpun dimaklumkan pada mesyuarat Majlis tanah Negara, dan dijangkakan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat kerajaan persekutuan yang merangkumi seluruh masyarakat di Negara ini.

dato seri dr zambry berkata demikian selepas merasmikan program Juara Rakyat: Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli Tapah di Batu 7, Kuala Woh.

lebih seribu Orang Asli sekitar daerah Batang Padang menjayakan program ini.

end//

No comments:

Post a Comment