Saturday, April 24, 2010

PERUNTTUKAN SIKH

PERUNTTUKAN SIKH – PM 23.4.2010

pada majlis yang sama, perdana menteri, dato seri mohd najib abdul razak turut mengumumkan peruntukkan bernilai 4 juta ringgit untuk kepentingan masyarakat Sikh di Negara ini.

Ia termasuk peruntukkan bagi menambahbaikkan dan menyelenggara setiap satu daripada lebih kurang 118 tempat ibadat sikh atau gurdwara.

satu juta ringgit masing-masing untuk usaha memartabatkan bahasa ibunda kepada golongan muda Punjabi dan projek kebudayaan masyarakat sikh.

terdapat hampir 150 ribu masyarakat sikh di Negara ini.

jelas dato seri mohd najib, walau pun bilangan itu kecil namun, kerajaan dibawah pimpinan beliau senantiasa memastikan setiap keperluan dan hak rakyat diberi secara adil dan saksama.

malah, kaum ini juga disarankan membentuk satu komuniti atas nama persatuan yang kukuh dan efektif untuk menyuarakan suara minority mereka.

dato seri mohd najib berkata demikian dalam ucapan perasmian hari vasakhi satu Malaysia peringkat kebangsaan di Ipoh.

end//

No comments:

Post a Comment