Tuesday, April 13, 2010

JAWATANKUASA ANTARA AGAMA

14.4.2010

perjumpaan khas bersama semua mufti negeri untuk memberi taklimat mengenai penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama akan dianjurkan dalam tempoh terdekat.

ia termasuk perincian mengenai peranan jawatankuasa berkenaan.

memetik kenyataan akhbar semalam oleh pengerusi fatwa perak, Tan Sri Harussani Zakaria, beliau kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu kerana bimbang akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

tan sri Harussani berkata, pihaknya mencadangkan agar penubuhan jawatankuasa itu dirujuk kepada majlis raja-raja yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap agama islam.

pada 6 april lalu, kabinet bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yang dianggotai oleh wakil semua agama.

jawatankuasa itu tidak akan membincangkan perkara-perkara tuntutan agama sebaliknya ia menyediakan ruang kepada semua pihak untuk berbincang dan berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

end//

No comments:

Post a Comment