Monday, April 5, 2010

IPOH INTERNATIONAL RUN 2010

IPOH LARI

sasaran 12 ribu peserta program Ipoh International run 2010 mampu dicapai berdasarkan kejayaan program ini yang dianjurkan sejak 25 tahun lalu.

ia kerana, program berkenaan terbuka kepada peserta antabangsa dan tempatan.

menurut datuk Bandar ipoh, datuk roshidi hashim, setakat ini majlis bandaraya ipoh MBI sedang membuat promosi ke singapura, selatan Thailand dan Bandar medan.

malah pertandingan ini juga turut menggalakkan penyertaan daripada para pelajar

jelas datuk roshidi, sebagai kemudahan peserta tapak khemah turut disediakan MBI di sekitar stadium indera mulia.

beliau berkata demikian di Ipoh.

tarikh pendaftaran telahpun dibuka sejak 5 april lalu hingga 12 julai depan. t-shirt percuma akan diberikan kepada 5 ribu perserta terawal mendaftar.

selain membuka kaunter di kompleks membeli-belah, pendaftaran juga boleh menerusi portal MBI di www.mbi.gov.my atau hubungi talian 05-2083377 atau 05-2083243 atau 05 2083247.

11 kategori dipertandingankan iaitu mengikut peringkat umur. hadiah pertandiangn berbentuk piala iringan, wang tunai serta sijil penyertaan.


end//baizura

No comments:

Post a Comment